You are on page 1of 5

KESINAMBUNGAN SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAYU MELAKA DALAM PENTADBIRAN SEMASA DI MALAYSIA

PERBEZAAN SISTEM PEMERINTAHAN ANTARA:


KERAJAAN MELAYU MELAKA
BENDAHARA Merupakan menteri utama yang mempunyai peranan sebagai penasihat raja. Mestilah berketurunan raja dan mempunyai pertalian rapat dengan raja. Memangku tugas raja semasa ketiadaan raja. Boleh bertindak sebagai ketua hakim sekiranya raja tiada. Berperanan sebagai pemilih raja dan pelantik raja.

KERAJAAN MALAYSIA KINI


PERDANA MENTERI Merupakan ketua kerajaan Malaysia yang menjalankan tugas-tugas pentadbiran negara. Turut bertindak sebagai penasihat kepada yang DiPertuan Agong. Di lantik melalui pilihan raya berdasarkan majoriti yang diperolehi oleh sesebuah parti.

KERAJAAN MELAYU MELAKA


PENGHULU BENDAHARI Bendahari kerajaan yang mengawal perbendaharaan negara. Bertanggungjawab memungut cukai dan hasil negeri. Turut ditugaskan menyimpan daftar hamba raja dan ketua bagi semua syahbandar.

KERAJAAN MALAYSIA KINI MENTERI KEWANGAN Perangka dan pengawal kepada sistem kewangan negara. Menguruskan hasil kutipan cukai. Merangka bajet tahunan negara.

KERAJAAN MELAYU MELAKA TEMENGGUNG Perlaksana @ ketua undang-undang, peraturan negeri dan keselamatan. Menjadi pendakwa raya sekiranya berlakku kesalahan individu yang terbukti. Bertindak sebagai ketua protokol dalam soal adat istiadat.

KERAJAAN MALAYSIA KINI


KETUA POLIS NEGARA Ketua polis bagi Malaysia. Bertanggungjawab menjaga keamanan dan kesejahteraan negara dengan penguatkuasaan undang-undang negara.

KERAJAAN MELAYU MELAKA LAKSAMANA


Jawatan yang agak baru berbanding jawatan-jawatan lain. Merupakan pahlawan dalam peperangan, terutamanya di laut. Digelar sebagai raja laut dan mengetuai semua pahlawan kerajaan. Bertanggungjawab memikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi serta menjadi diplomat dan membawa utusan kerajaan.

KERAJAAN MALAYSIA KINI KETUA ANGKATAN TENTERA


Bertanggungjawab mentadbir Angkatan Tentera Malaysia. Berada dibawah yang Di-Pertuan Agong. Bertanggungjawab memastikan sempadan negara tidak di ceroboh. Berkuasa mengambilalih tampuk pemerintahan negara sekiranya negara berada dalam kekacauan dengan arahan yang Di-Pertuan Agong.

You might also like