You are on page 1of 4

1.

3 Keunggulan Sistem Pemerintahan


dan Undang-undang
SISTEM PENTADBIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

1. Dikenali sebagai Pembesar Empat Lipatan.

2. Sultan Melaka memberikan kuasa mentadbir sesuatu wilayah, sungai atau pulau kepada
para Pembesar Berempat

Terdapat :

a) Sultan
 Mengetuai pemerintahan
 Berkuasa dalam segala aspek dalam pemerintahan, peperangan, hubungan
diplomatik dan agama

b) Pembesar Berempat, iaitu


 Bendahara
 Penghulu Bendahari
 Temenggung
 Laksamana

c) Pembesar Lain membantu dalam pentadbiran ialah


 Syahbandar
 Bentera
 Orang Kaya
 Hulubalang
 Penghulu
Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka mempunyai Dua peringkat iaitu
:

1) Pentadbiran Peringkat Pusat


a) Dilaksanakan oleh Pembesar Berempat
 Terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan
Laksamana
 Hubungan dan persefahaman dua hala antara Sultan dengan pembesar
b) Permuafakatan antara Sultan dengan pembesar mewujudkan proses
pentadbiran yang sempurna
 Dapat mengelakkan sebarang tindakan sewenang-wenangnya oleh
pemerintah

c) Bendahara
 Pembesar yang mempunyai tugas dan peranan yang sangat penting
 Tugas :
- ketua pentadbir
- ketua turus angkatan tentera
- menasihati Sultan dalam pelbagai hal
- menjadi pemangku Sultan
 Contoh :
- Bendahara Tun Perak ialah bendahara yang paling
lama berkhidmat dalam Kesultanan Melayu Melaka

d) Sistem Kewangan yang teratur


 Sumber pendapatan Kesultanan Melayu Melaka diperoleh daripada
urusan perdagangan
- segala jenis cukai dan ufti daripada wilayah taklukan
serta naungan
- Penghulu Bendahari dilantik menguruskan
perbendaharaan
- Syahbandar bertanggungjawab mengutip cukai di
pelabuhan
- Pembesar lain mengutuip cukai di kawasan pegangan
 Hasil perbendaharaan akan disalurkan untuk kepentingan kerajaaan
seperti membeli senjata dan membina istana
e) Sistem Keselamatan yang kemas
 Untuk menjaga keamanan di darat dan laut
- Temenggung dilantik untuk menjaga keselamatan
Kota Melaka
- Laksamana bertindak sebagai panglima angkatan laut
Melaka

2) Pentadbiran Peringkat Jajahan


 Pembesar ini dilantik oleh Sultan dan Pembesar Berempat
 Pembesar ditugaskan menguruskan pentadbiran di daerah dan
kampung
 Peranan :
- menjaga dan mengelakkan keamanan kawasan
pentadbiran
- dibenarkan mengutip cukai
Undang-undang

You might also like