You are on page 1of 2

Soalan 40.

Bincangkan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing


di negeri Kelantan pada abad ke-19 hingga ke-20.
Pendahuluan :
Pada tahun 1903, W.A. Graham telah dilantik sebagai Penasihat British di Kelantan. Tugas beliau ialah
menasihati sultan dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Penentangan terhadap British berlaku di Pasir Puteh semasa pemerintahan Sultal Muhammad IV.
Penentangan ini diketuai oleh Tok Janggut atas arahan Engku Besar Jeram Tuah Ahmad. Engku Besar
Jeram Tuan Ahmad adalah pembesar di daerah Jeram. Beliau menikmati beberapa keistimewaan
sebelum campur tangan British di Kelantan.
Isi-isi Penting:
Proses Penentangan
Engku Besar Jeram yang tidak berpuas hati dengan sistem pentadbiran British telah berjumpa dengan
Tok Janggut dan meminta beliau supaya menentang dan mengusir orang British di Pasir Puteh.
Kebangkitan Tok Janggut bermula apabila Encik Latif menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap
Tok Janggut atas tuduhan gagal membayar cukai. Sarjan Che Wan telah ditikam oleh Tok Janggut dan
anggota polis yang lain Berjaya melarikan diri lalu membuat laporan kepada Encik Latif.
Tok Janggut dan pengikutnya Berjaya menyerang balai polis dan pejabar daerah Pasir Pureh. Engku Besar
Jeram dilantik sebagai Raja Pasir Puteh dan Tok Janggut Sebagai Perdana Menteri. Mereka hanya
menduduki pasir Puteh selama 3 hari sahaja. Pada tahun 1915, British dari negeri-negeri melayu
menawan semula Pasir Puteh dan Tok Janggut dan pengikut terpaksa melarikan diri. Belaku
pertempuran di Kampung Dalm Pupuh dan Tok Janggut terkorban manakala Engku Besar Jeram
tercedera diselamatkan oleh Awang Deraman dan melarikan diri ke Reman, Thailand.

Sebab-sebab Penentangan:
Kemerosotan Kuasa Engku Besar Jeram Tuan Ahmad
Campur tangan British menyebabkan kewibawaan Engku Besar Jeram tercabar. W.A Graham
mencadangkn supaya membentuk jajahan di Kelantan dlm Majlis Mesyuarat Negeri. Kesannya jajahan
pasir puteh dibentuk. Kuasa hal-ehwal pentadbiran bukan lagi dlm kuasa Engku Besar Jeram tetapi
Pegawai daerah.
Pelantikan Che Andak sebagai Tok Kweng (penghulu) yang bertanggungjawab terus kepada Pegawai
Daerah memburukan lagi keadaan.Engku Besar Jeram berasa lebih tercabar apabila beliau dilantik
sebagai Tok Kweng Muda, jawatan yang lebih rendah daripada jawatan Tok Kweng.
Sebelum campur tangan British, Kedudukan Engku Besar Jeram lebih tinggi daripada Che Andak. Engku
Besar jeram semakin tidak puas hati apabila dikehendaki membayar cukai kerana sebelum ini beliau
tidak dikenakan cukai malah dpt mengutip cukai. British telah melayannya seperti rakyat biasa.
Peraturan baharu sistem cukai yang diperkenalkan oleh British
Undang-undang Hasil Padi diperkenalkan pada tahun 1905. Berdasarkan undang-undang tersebut, setiap
rakyat Kelantan mesti melaporkan kepada Tok Kweng jumlah hasil sawah yang dimiliki dan kawasan
letaknta tanah sawah itu.
Satu sistem cukai turut diperkenalkan di Pasir Puteh. Menurut sistem cukai baharu ini, semua tanah sama
ada diusahakan atau tidak dimestikan membayar cukai.
Sikap kasar pegawai yang bertugas.
Penduduk Kelantan yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda . Kadangkala mereka
dimarahi dengan kata-kata kesat. Tindakan ini adalah tidak munasabah kerana pejabat bayaran cukai
terletak jauh di Bandar.
Tambahan pula, pembayaran hanya boleh dilakukan dlm waktu dan hari tertentu sahaja. Hakikatnya,
mereka tidak dpt membayar dlm waktu tertentu kerana syarat yang ditetapkan oleh British .
Contohnya, Tok Janggut pernah ke pejabat bayaran cukai beberapa kali tetapi gagal membayar dlm
masa yang ditetapkan.

Pelantikan Encik Latiff sebagai Pegawai Daerah Pasir Puteh.


Pelantikan ini tidak disenangi oleh penduduk Kelantan kerana beliau bukan anak jadi Kelantan tetapi
berasal dari Singapura. Beliau merupakan seorang yang tegas menguatkuasakan undang-undang
tanah dan memungut hasil cukai mulai 1 Januari 1915.

Penduduk Kelantan juga tidak puas hati dengan tindakan beliau menawarkan kontrak pengutipan telur
penyu dan kercut kerana sebelum ini melakukan pekerjaan ini tanpa sebarang bayaran.
Penutup :
Kesan kebangkitan penentangan terhadap British di Kelantan menyebabkan British bertapak lebih kukuh
dikelantan.
Kebangkitan di Kelantan menjadi perangsang kepada kebangkitan menentang British di Terengganu.

You might also like