You are on page 1of 5

PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN

1.NEGERI TERENGGANU
2.NEGERI KELANTAN

NAMA AHLI KUMPULAN:-

1.NUR ZUL ZAHIRAH


2.NURUL HAZIRAH
3.RUBAISYA
4.NUR HAWA ALISA
5.NUR ALYA NATASYA
6.NUR ALIA SYAFIQA
7.AMALINA QASRINA IZZATI
TOKOH PERJUANGAN NEGERI TERENGGANU

HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG

Latar belakang
Haji Abdul Rahman Limbong lahir dalam tahun 1285 H/1868M di Terengganu. Datuk neneknya
berasal dari Patani dan Terengganu.
Haji Abdul Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah.
Antara gurunya ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya. Ketika pulang
ke Terengganu, beliau mendapat pendidikan daripada Haji Ya’qub dan Haji Musa yang tinggal di
Paya Bunga dan seterusnya daripada Tok Ku Paloh.[1] Haji Abdul Rahman Limbong juga, seperti
gurunya Tok Ku Paloh, ialah seorang pengamal Tarikat Sammaniyah.

Pendakwah
Setelah menguasai ilmu yang padu dan memadai, Haji Abdul Rahman Limbong aktif mengajar
segenap masyarakat di Hulu Terengganu terutama di Limbong, Kemaman. Dari situlah gelaran
Haji Abdul Rahman Limbong mula digunakan.[2] Kitab-kitab yang beliau ajar meliputi beberapa
disiplin ilmu. Antaranya ialah kitab al-Ajrumiyah, kitab Mutammiman dan Tashil Nail al-Amani
yang berbincang mengenai ilmu nahu dalam bahasa Arabkesemuanya serta Matn Umm al-
Barahin mengenai ilmu tauhid. Untuk lebih memantapkan lagi penguasaannya, beliau juga
diajarkan kitab-kitab tauhid bahasa Melayu. Antara kitab yang pasti tidak diabaikan ialah Faridah
al-Faraid dan ad-Durr ats-Tsamin.
Kitab fikah bahasa Arab yang pernah diajarkan oleh Haji Abdul Rahman Limbong ialah Kitab
Tahrir dan bagi ilmu tasawuf, kitab Hidayah as-Salikin dan ad-Durr an-Nafis yang kedua-duanya
dalam bahasa Melayu.
Selain mengajar, Haji Abdul Rahman Limbong ialah seorang ulama yang suka mengembara
atau merantau ke beberapa buah negeri dalam mengembangkan syiar Islam. Antara tempat
yang pernah menerima kunjungan beliau ialah Beserah dan Kuantan
di Pahang, Kelantan, Patani, Kedah, Sambas
di Kalimantan, Jambi dan Riau di Sumatera dan Brunei.
Dalam pelayaran di laut, Haji Abdul Rahman Limbong menggunakan perahu buatan
orang Terengganu sendiri. Beliau berlayar bersama-sama dengan murid-muridnya
dari Terengganu dan juga ahli pelayaran pada zaman itu. Bahawa dinyatakan mereka telah
menggunakan perahu-perahu yang berukuran besar yang boleh dimuat barang-barang antara
100 hingga 350 tan.
Antara tempat yang banyak dihuni oleh orang-orang yang berasal dari Terengganu di
Kepulauan Riau yang dikenal pasti adalah di Kuala Maras dalam Kepulauan Jemaja, Kepulauan
Siantan dan Pulau Midai. Manakala di Sambas pula adalah di Kampung Dungun, Kecamatan
Sentebang.
Nama Dungun itu diberi oleh orang-orang Terengganu sebagai mengenang negeri asal mereka,
iaitu Dungun di Terengganu. Nama Dungun itu masih kekal digunakan sampai sekarang.
Dipercayai di tempat-tempat tersebut pernah dijelajahi dan menerima didikan daripada Haji
Abdul Rahman Limbong.
"Nama Haji Abdul Rahman Limbong saya dengar sejak kecil lagi daripada ibu saya, Hajah Wan
Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani ketika beliau menceritakan pembinaan sebuah masjid di
Sabang Barat, Pulau Midai, bahawa bahan utama bangunan ialah kayu cengal."
Semuanya dibawa dari Terengganu dengan sebuah perahu besar. Bahan-bahan itu semuanya
selesai dikerjakan di Terengganu dan hanya tinggal sepasang saja di Pulau Midai. Masjid itu
sehinggalah tahun 1969 masih berdiri dengan megahnya tetapi malangnya yang menjadi
pemimpin pada tahun tersebut ialah seorang yang tidak memahami nilai-nilai sejarah. Masjid itu
dimusnahkan lalu didirikan bangunan yang baru. Nilai sejarah yang masih tinggal hanyalah
sebuah mimbar yang dihiasi ukiran-ukiran. Mimbar tersebut juga berasal dari Terengganu.
Imam masjid yang pertama tersebut ialah Haji Wan Abdul Rahman bin Wan Abu Bakar yang
mendapat pendidikan di Mekah. Dipercayai Haji Wan Abdur Rahman bin Wan Abu Bakar
berkenalan dengan Haji Abdul Rahman Limbong sejak kedua-duanya tinggal di Mekah lagi.
Selanjutnya Haji Abdul Rahman Limbong juga pernah sampai ke daerah Pulau Tujuh termasuk
Kuala Maras dan Pulau Midai.

Pejuang
Dalam tahun 1920-an, Inggeris bercampur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala
Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai
oleh penjajah Inggeris.
Sungguhpun Haji Abdul Rahman Limbong seorang ahli sufi, akan tetapi beliau juga bijaksana
dalam selok-belok persoalan dunia. Haji Abdul Rahman Limbong ialah seorang sufi yang pernah
menjadi peguam. Pernyataan ini dapat dibuktikan dengan lantaran betapa banyak kalinya beliau
berhujah di mahkamah demi membela rakyat yang disaman oleh pihak pemerintah Inggeris.
Haji Abdul Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah meyatakan bahawa tanah
yang dibuka oleh rakyat itu ialah hak Allah, bukannya hak negeri dan ialah tanah pusaka
peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor bersama-sama dengan Sultan
Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama.

Dibuang negeri
Walau bagaimanapun, menurut laporan oleh H. W. Thomson dan J. L. Humphreys, Haji Abdul
Rahman Limbong dan pengikutnya dilabel sebagai penderhaka kepada kerajaan Terengganu.
Akhirnya Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap dan dibuang negeri ke Singapura dan
selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928. Beliau meninggal dunia di Mekah setahun
kemudian.
TOKOH PERJUANGAN NEGERI KELANTAN

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas


Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana
memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang
terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British ketika Perang Tok
Janggut di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik
sokongan banyak pengikut di Kelantan.

Biografi ringkas
Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada
pertalian dengan Sultan Muhammad IV yang mana bonda baginda diriwayatkan ialah adik
beradik ayah atau ibu Tok Janggut.[1], [2] Ada riwayat menyatakan bahawa beliau ialah anak
murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih
pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari
segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan
tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:

 cukai tanah
 cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
 cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
 kelapa sebanyak 3 sen setandan
 sireh sebanyak 5 sen sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff,
menggantikan Engku Besar. Engku Besar ialah cucu kepada Tengku Sri Maharaja Long Seri Ibni
Long Gafar Limbat yang memperoleh kuasa mentadbir kawasan timur Kelantan secara turun-
temurun. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang
berasal dari luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal
pengutipan cukai. Semua orang termasuk Sultan dan pembesar diwajibkan membayar cukai
tanah. Dikatakan Sultan Kelantan mempunyai 3000 ekar tanah dan para pembesarnya
mempunyai sekurang-kurangnya beratus-ratus ekar tanah. Keadaan ini juga tidak
menyenangkan Sultan. [3]
Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak
dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan
pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat dan keadaan ini
membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan
sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib
untuk bertemu dengan Tok Janggut. Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman
telah terbunuh. Pegawai Daerah kemudiannya lari ke Kota Bharu dan melaporkan kepada sultan
bahawa Tok Janggut ingin memberontak dan merampas kuasa. [4]
Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik
Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu
Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25
Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Pengikut Tok Janggut kemudiannya
mendirikan sebuah kerajaan yang didirikan di Pasir Puteh dengan Engku Besar Jeram sebagai
Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri, dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah. [5]
Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan
menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Keadaan ini ditambah lagi oleh peristiwa abang
Tok Janggut telah dibunuh oleh budak raja oleh sultan sebelumnya menambah kebimbangan
sultan mengenai kebenaran dakwaan British. [6] Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok
Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan
masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang
Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Pihak perisikan Inggeris mengesyaki bahawa
terdapat kerabat diraja dan orang besar Kelantan yang membantu pemberontakan Tok Janggut.
Antaranya ialah Tengku Chik Penambang (Tengku Panglima Raja) dan Tengku Abdul Ja'far Ibni
Sultan Muhammad II (Tengku Petra Dalam Kebun).[7] Tengku Abdul Ja'far yang sebelumnya
memakai gelaran Tengku Temenggong Kelantan melarikan diri ke Pattani apabila dinafikan hak
menaiki takhta Kelantan.
Perjuangan Tok Janggut ini juga sebenarnya datangnya daripada semangat pahlawan-pahlawan
Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Kesemua
pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi di Terengganu, Kelantan dan Siam apabila British
telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Lantaran tidak mahu bertempur
dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan
diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam

You might also like