You are on page 1of 3

Tugasan 3 SJHK3013

Pada zaman dahulu, Tanah Melayu pernah dijajah oleh beberapa negara barat
seperti Portugis, Belanda dan British bagi mengaut hasil bumi Tanah Melayu demi
kepentingan mereka. Setiap penjajah ini mempunyai cara pentadbiran yang
tersendirinya.

Ketiga-tiga penjajah mempunyai persamaan dalam bentuk pentadbiran mereka.


Mereka telah menggubalkan pelbagai dasar yang berkaitan ekonomi demi
kepentingan mereka kerana ingin meguasai ekonomi Tanah Melayu. Bagi Portugis,
mereka telah mengamalkan sistem pentadbiran perdagangan atau Dasar Monopoli
perdagangan. Di bawah sistem ini, kapal-kapal pedagang wajib membayar cukai.
Semua pedagang haruslah mendapatkan pas kebenaran sebelum menjalankan
aktiviti perdagangan. Portugis telah memonopoli barang dagangan utama. Mereka
membeli barangan dengan harga yang rendah lalu menjualnya dengan harga tinggi.
Bagi Belanda pula, mereka telah mengadakan perjanjian demi menguasai hasil bumi
tempatan. Contohnya, Belanda mengadakan perjanjian kerana ingin memonopoli
perdagangan timah dengan Perak. Dalam hal ini, Belanda cuba mempengaruhi
Sultan Perak membenarkan Belanda memonopoli bijih timah di Perak tetapi
hasratnya ditolak. Namun, pada akhirnya Sultan Perak dipaksa untuk
menandatangani perjanjian ini dan juga membenarkan Belanda mendirikan loji di
Kuala Perak. Belanda juga mempunyai Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) yang
menggubal dasar seperti setiap kapal pedagang wajib mendapatkan pas kebenaran
berdagang untuk berdagang di Melaka. Mereka juga dikatakan telah mengumpul
hasil hasil timah negeri Melayu sebanyak 500 ribu paun. Bagi pihak British, mereka
telah melaksanakan Dasar laissez-faire. Dasar ini menyebabkan perkembangan
ekonomi di Tanah Melayu. Di bawah dasar ini, British telah menghakis kuasa
pembesar dan sultan dalam pemilikan tanah dan penguasaan ekonomi masyarakat
setempat.

Ketiga-tiga penjajah ini telah melaksanakan bentuk penjajahan yang agak berbeza
di Tanah Melayu. Bagi Portugis, mereka mengamalkan sistem pentadbiran
berbentuk militer atau ketenteraan. Mereka tidak mengubah keseluruhan sistem
pentadbiran asal. Pentadbiran mereka lebih bersifat ekonomi. Raja Portugal melantik
Kapten kota yang dikenali sebagai Kapten Kota Melaka. Terdapat jawatan yang lain
seperti Kapten Angkatan Laut, Kapten Jeneral, Ketua Hakim. Terdapat juga 3 badan
utama iaitu Hal Ehwal Militer, Majlis Pentadbiran Sivil dan Kewangan serta
Pentadbiran Orang Tempatan. Bagi Belanda pula, mereka menjalani dasar berbaik-
baik dengan Johor kerana Johor pernah membantu mereka untuk menguasai
Melaka. Belanda juga menjalankan pentadbirannya yang berfokus kepada sektor
ekonomi. Pusat utama mereka adalah di Betawi yang merupakan pelabuhan
alternatif kepada pedagang seluruh dunia pada ketika itu. British pula mengamalkan
sistem residen di NNMB (Negeri-negeri Melayu Bersekutu) dan Sistem Penasihat di
NNMTB (Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu). Dalam sistem ini, kuasa Sultan
adalah terhad, hanya berkuasa dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu
sahaja. Pentadbiran negeri dibahagi kepada beberapa daerah. British juga
mengawasi tugas penghulu dan pembesar tempatan. Mereka juga memperkenalkan
pelbagai jenis cukai baru di Tanah Melayu.

Kesimpulannya, penjajah-penjajah ini mempunyai persamaan dan perbezaan


dalam bentuk pentadbiran mereka seperti yang telah dijelaskan tadi. Kita haruslah
menghayati dan menghargai sejarah ini kerana keterlibatan mereka telah menjadi
asas dalam acuan politik yang kita kenali pada hari ini.
Rujukan

PENJAJAHAN PORTUGIS. Imathirah97.blogspot.com. (2015). Muat Turun pada hari


14 Oktober 2020, dipetik daripada
http://imathirah97.blogspot.com/2015/08/penjajahan-portugis.html.

FAKTOR PENJAJAHAN BELANDA DI TANAH MELAYU.


Sepakatpadu.blogspot.com. (2015). Muat Turun pada hari 14 Oktober
2020, dipetik daripada
http://sepakatpadu.blogspot.com/2015/08/faktor-penjajahan-belanda-mula-
mem beri.html.

PENDUDUKAN BELANDA. Pmdecfive.blogspot.com. (2015). Muat Turun pada hari


14 Oktober 2020, dipetik daripada
http://pmdecfive.blogspot.com/2015/03/pendudukan-belanda.html.

PENJAJAHAN BRITISH DI TANAH MELAYU. Pmdecfive.blogspot.com. (2015). Muat


Turun pada hari 14 Oktober 2020, dipetik daripada
http://pmdecfive.blogspot.com/2015/04/penjajahan-british-di-tanah-
melayu.html.

Alphonsus, A. (2014). Zaman penjajahan. Slideshare.net. Muat Turun pada hari 14


Oktober 2020, dipetik daripada
https://www.slideshare.net/AlmAndAaA96/zaman-penjajahan-40052927.

You might also like