You are on page 1of 3

Penularan Budaya Barat mempengaruhi masyarakat Malaysia

Pandangan dari sudut sejarah


Penjajahan Barat di Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada 3 kuasa
besar iaitu Penjajahan Portugis (1511-1641), Penjajahan Belanda (16411824) dan Penjajahan British (1826-1941) dan (1946-1948). Semua
penjajahan dibuat adalah dasar kepentingan sesuatu negara penjajah.
Banyak faktor
yang telah mempengaruhi sesebuah negara tersebut untuk menjajah.
Antaranya ialah faktor ekonomi, keagamaan, perluasan kuasa dan bahan
mentah dan bahan galian.
Di Eropah, setiap negara penjajah akan menjadi kaya kerana hasil
kekayaan negara yang dijajah di bawa pulang dan di dagang semula
kepada negara-negara Eropah yang lain. Bahan-bahan mentah, rempah
ratus, tembikar, emas, berlian semuanya di bawake negara mereka.
Perubahan di Barat termasuk kemajuan pesat bidangindustri, teknologi
dan dasar politik kerajaan barat telah mendesak kuasakuasa barat seperti British, Sepanyol, Portugis, Belanda dan Perancis
berusaha untuk mencari kawasan dan yang boleh memenuhi keperluan
mereka
Melaka mula dikuasai oleh pihak Portugis di bawah pimpinan Alfonso de
Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Ia menjadi suatu pangkalan strategik
bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur dan diperintah oleh
mereka selama 130 tahun. Pada 10 Ogos 1511, armada Portugis pimpinan
Alfonso de Albuquerque berjaya menakluki Melaka. Menurut Tom Pires,
penulis Portugis yang menghasilkan 'Suma Oriental' sistem pentadbiran
lama masih digunakan untuk mengawal penduduk-penduduk Asia di situ.
Penjajah Portugis mentadbir Melaka secara ketenteraan. Segala kerja dan
tugas kepolisan dilaksanakan oleh askar-askar Portugis. Menjelang tahun
1511 Melaka telahpun menjadi masyarakat kosmopolitan. Pihak Portugis
lebih senang mentadbir Melaka dengan menggunakan sistem "Kapitan".
Di bawah sistem ini suku-suku kaum akan diletakkan di bawah seorang
ketua kaum. Ketua ini bertindak sebagai intitusi polis untuk menjaga
kekuasaannya. Perkataan "Kapitan" berasal dari bahasa Sepanyaol dan
ada kemungkinan sistem itu digunakan di tanah jajahan Portugis lainnya.
Bangsa Portugis merupakan orang Eropah pertama menjejakkan kaki ke
Melaka.
Melaka sekali lagi dijajah apabila Belanda berjaya merampasnya dari
tangan Portugis pada 14 Januari 1641. Belanda juga memerintah Melaka
dengan menggunakan sistem ketenteraan di samping meneruskan sistem
ber'kapitan' yang diperkenalkan oleh Portugis dahulu. Apabila penduduk
Eropah bertambah dan wujudnya keperluan kepada anggota polis maka
sebuah pasukan polis yang dinamakan 'Burgher Guard' ditubuhkan.
Burgher Guard adalah badan yang baru dan para pegawainya terdiri
daripada orang Belanda yang tinggal di Melaka. Anggota-anggota

bawahannya adalah pribumi tempatan. Pasukan polis itu


bertanggungjawab kepada Majlis Keadilan yang anggota-anggotanya
dipilih di kalangan orang Belanda di Melaka. Penghulu juga menjalankan
tugas-tugas polis semasa Melaka di bawah pemerintahan Belanda.
Kedatangan Inggeris di Tanah Melayu bermula pada tahun 1786 diPulau
Pinang oleh Francis Light. Kedatangan ini adalah berpunca daridorongan
Kompeni Hindia Timur Inggeris yang turut direstui oleh kerajaanInggeris di
London. Pada 23 April 1791 Francis Light telah menewaskanKedah dan
Kedah telah mengikat perjanjian dengan Light. Pihak Kompeni Hindia
Timur tidak berpuas hati dan mereka mahu mengambil Seberang
Perai sepenuhnya.
Inggeris bermula campur tangan selepas Perjanjian
Pangkor pada tahun 1874 yang mana
Pahang, Perak dan Selangor diperintah dengan menggunakan Sistem
Residen. Pada tahun 1884 pula sistem pungutan cukai yang telah
menyebabkan Sultan dan pembesar Melayu kehilangan hak untuk
memungut cukai. Cukai ini dikutip untuk kepentingan
kerajaan Inggeris sendiri.
Pada tahun 1895 ditubuh pula Negeri-negeri Melayu Bersekutu di bawah
pentadbiran berpusat di KualaLumpur. Seperti mana yang kita ketahui,
dasar-dasar yang dibuat olehpihak Inggeris di Tanah Melayu telah
menggangu pentadbiran kerajaan Melayu
dan kehilangan kuasa pembesar-pembesar tempatan serta
mereka tidak menghormati
adat budaya tempatan, tidak sopan,
pencemaran ke atas kesucian agama Islam.
Campur tangan ini
kemudiannya membawa kepada penjajahan sepenuhnya
negeri-negeri
Melayu di bawah penguasaan Inggeris. Penyerahan kuasa ini dibuat
secara sukarela oleh raja-raja Melayu dengan hanya mendapat janji-janji
palsu dan pemberian pencen kecil yang diberikan oleh kerajaan Inggeris
Kedatangan penjajah Barat bukan sahaja untuk menguasai bahan mentah dan
tanah jajahan, tetapi juga penyebaran agama Kristian. Semasa era penjajahan,
British juga menggalakkan penyebaran agama Kristian di kalangan mubaligh
mereka di seluruh Tanah Melayu dan Singapura (Nabir Abdullah, 1990). Sekolahsekolah mubaligh ditubuhkan seiring dengan usaha ini.
Frank Swettenham, Residen British di Selangor, menghasilkan penulisan berjudul
The Real Malay yang merendahkan martabat dan tamadun orang Melayu. Orang
Melayu digambarkan sebagai bangsa yang primitif, mengamalkan ekonomi sara
diri dan pindah randah serta tidak bertamadun. Justeru itulah kehadiran British
dikatakan mempunyai tanggungjawab yang cukup besar untuk mentamadunkan
bangsa Melayu menerusi gagasan the white mans burden. Buku ini
menggambarkan pandangan penjajah dari British di tanah melayu dan mereka
berpendapat penduduk melayu haruslah di majukan menurut kaca mata mereka

sendiri. Apa yang di amalkan pada masa itu adalah salah dan harus ditinggalkan
untuk mencapai kemajuan, dengan itu pihak penjajah berusaha untuk menukar
budaya penduduk melayu ketika itu.
Jika kita lihat filem-filem Malaysia yang lama, amat jelas pergaulan bebas dan
pakaian menjolok mata di pakai dengan bebas. Ini menunjukkan pengaruh
penjajahan masih lagi tebal bertapak di dalam masyarakat Malaysia. Pengaruh
budaya barat dilihat lebih moden dan hebat dari kaca mata kita sendiri.

Rujukan:
1) Kasim Thukiman, 2009, Hubungan Etnik Di Malaysia: Perspektif Teori Dan
Praktik
2) Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin, 2014, Pengajian Malaysia Edisi Kelima
3) Sir Frank Sweetenham, 1895, The Real Malay and Malay Sketches.

You might also like