You are on page 1of 44

HURAIKAN STRUKTUR MASYARAKAT FEUDAL YANG DIAMALKAN DI NEGARA

ENGLAND PADA ABAD KE-16 HINGGA KE-17.

A. Pendahuluan
1.Masyarakat feudal merupakan sebuah masyarakat yang mangamalkan sistem hierarki atau
kedudukan ditentukan melalui kedudukan pangkat dan pemilikan tanah.
2.Sistem feudal mula muncul di England semasa pemerintahan Raja William dan menjadi lebih
sistematik dan berkembang di seluruh Eropah menjelang zaman pertengahan.
3. Masyarakat feudal di England terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang
diperintah.Golongan pemerintah terdiri daripada raja, bangsawan dan pahlawan manakala
golongan yang diperintah terdiri daripada petani dan hamba.
5.Setiap anggota dalam lapisan masyarakat feudal mempunyai peranan masing-masing.
B. Isi
 Raja
 Kedudukan paling tinggi dalam masyarakat feudal di England terletak pada raja.
 Dalam sistem feudal di England, raja mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan.
 Raja berganturng kepada golongan bangsawan bagi mengukuhkan kedudukan dan
kekuasaannya.
 Semasa pemerintahan dinasti Tudor dan Stuarts, sistem pemerintahan monarki mutlak
diamalkan di England.
 Walaupun pemerintah mempunyai kuasa mutlak, namun dalam menjalankan
pemerintahan mereka tertakluk kepada undang-undang Magna Carta.

 Bangsawan (vassal)
 Dalam susun lapis masyarakat feudal, golongan bangsawan berada di lapisan kedua di
bawah raja.
 Golongan bangsawan membantu raja dalam hal ehwal pentadbiran dan menguruskan
ekonomi.
 Mereka menerima dan memerintah tanah yang diperoleh secara langsung daripada raja.
Sebagai balasan, golongan bangsawan membayar cukai dan memberikan bantuan
ketenteraan kepada raja.
 Menjelang abad ke-16 dan 17, kedudukan dan peranan pengaruh golongan bangsawan
merosot. Perkembangan dalam politik dan ekonomi menyebabkan kedudukan raja
semakin kukuh.
 Kedudukan yang semakin kukuh membolehkan raja mengawal golongan bangsawan
yang semakin lemah. Di samping itu, raja tidak bergantung kepada golongan
bangsawan dalam menjalankan pentadbiran.

 Pahlawan (knight)
 Dalam susun lapis masyarakat feudal, golongan pahlawan berada di bawah golongan
bangsawan.
 Golongan ini mempunyai pasukan tentera dan menawarkan perkhidmatan tentera
kepada raja dan tuan tanah.
 Mereka menerima ganjaran dalam bentuk tanah, harta rampasan perang daripada raja
atau tuan tanah.
 Mereka juga mempunyai hak untuk mengutip cukai daripada penduduk di bawah
penguasaan mereka.
 Menjelang abad ke-16 dan 17, perubahan dalam politik menyebabkan kedudukan dan
peranan golongan pahlawan berubah.
 Perkembangan ini menyebabkan raja tidak bergantung kepada pahlawan untuk
mendapat bantuan ketenteraan.
 Sebaliknya, raja menubuhkan pasukan tenteranya sendiri yang terdiri daripada petani
dan rakyat biasa.

1
 Petani (serf)
 Dalam susun lapis masyarakat feudal England, golongan petani berada di bawah
penguasaan golongan bangsawan.
 Mereka mengusahakan tanah milik tuan tanah dan sebagai balasan menerima
perlindungan daripada mereka. Perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi
menyebabkan kehidupan petani berubah. Kemunculan kilang-kilang perindustrian
menyebabkan golongan petani berhijrah ke bandar.
 Di samping bekerja sebagai pekerja di kilang perindustrian, mereka menjadi buruh
upahan kepada tuan tanah. Menjelang abad ke-16 dan 17 Masihi, golongan petani tidak
terikat kepada tuan-tuan tanah.

 Hamba
 Golongan yang mempunyai kedudukan terendah dalam susun lapis masyarakat feudal
ialah golongan hamba.
 Golongan hamba pada zaman pertengahan tidak memiliki tanah dan terikat kepada tuan
tanah. Menjelang abad ke-16 dan 17, perubahan dalam bidang ekonomi, politik dan
sosial menyebabkan kedudukan golongan hamba turut berubah.
 Golongan hamba dibebaskan oleh tuan tanah dan sebahagian daripada mereka
berhijrah ke bandar.

C. Kesimpulan
 Menjelang abad ke-16 dan 17, berlaku perubahan yang amat ketara dalam susun lapis
masyarakat feudal di England.
 Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi, politik dan sosial menyebabkan kedudukan
dan peranan masyarakat turut berubah.
 Perubahan ini menyebabkan sistem feudal yang mencorakkan kehidupan masyarakat di
Eropah mulai lenyap.
 Perkembangan ini melahirkan masyarakat baru yang berfikiran terbuka serta tidak terikat
kepada gaya hidup tradisional.

Catatan :
 Calon perlu menjelaskan SEMUA susunan lapis masyarakat di England.
 Calon perlu menjelaskan perubahan yang berlaku dari segi status dan
kedudukkan setiap susunlapis masyarakat tersebut.

2
BINCANGKAN PERKEMBANGAN MASYARAKAT MARITIM PORTUGAL DARI ABAD KE-
16 MASIHI HINGGA ABAD KE-17 MASIHI

1.0 Pengenalan

- Masyarakat maritim merupakan masyarakat pedagangan dan masyarakat berasaskan


kelautan. Selain berdagang, masyarakat maritim adalah golongan masyarakat yang menguasai
ilmu pelayaran dan perkapalan.
- - Penjelajahan dan penerokaan adalah satu unsur yang penting dalam kehidupan manusia
yang bertamadun. Penjelajahan dan penerokaan orang Eropah ke dunia luar bermula sejak
abad ke-15 dan awal abad ke-16. Sasaran pelayaran mereka adalah ke benua Afrika, Asia, dan
Amerika .Negara Eropah yang mula-mula belayar ialah Portugal dan diikuti Sepanyol,Perancis
dan Britain.

2.0 Isi-isi penting

2.1 Kegiatan ekonomi

 Perkembangan masyarakat maritim Portugal dari abad ke-16 Masihi hingga abad ke-
17 Masihi adalah berasaskan laut iaitu melalui aktiviti ekonomi mereka. Antara kegiatan utama
yang mereka jalankan ialah aktiviti perdagangan. Kegiatan ini telah berkembang luas di Lautan
Atlantik apabila sebuah kapal Portugal tiba di Pantai Brazil dan Amerika Selatan. Mereka turut
membawa pelbagai barangan untuk diperdagangkan. Penguasaan Cochin pada tahun 1503
membolehkan Portugal menguasai Pantai Malabar dan Lautan Hindi. Pedagang Portugal juga
telah membawa hasil hutan seperti kayu kayan dan bahan pencelup dari Brazil.
 Pada abad ke 17 Masihi mereka juga mendapat emas yang meningkatkan
pendapatan mereka. Seterusnya, Portugal juga muncul sebagai pelabuhan pembekal kerana
mempunyai pelabuhan yang menjadi tumpuan para pedagang, iaitu Pelabuhan Lisbon dan
Antwerp. Pelabuhan ini dijadikan sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran barangan
dagangan. Kegiatan ekonomi perdagangan ini membuktikan bahawa masyarakat maritim di
Portugal bergantung kepada aktiviti kelautan. Di samping itu, masyarakat maritim di Portugal
juga terlibat dalam kegiatan laut seperti aktiviti menangkap ikan dan mengumpul hasil laut.
Aktiviti ini dijalankan dengan pesat sehingga perikanan menjadi salah satu pekerjaan bagi
masyarakat maritim Portugal untuk meneruskan kehidupan.
 Oleh itu, jelaslah bahawa melalui kegiatan ekonomi yang dijalankan telah
membawa kepada perkembangan masyarakat maritim Portugal dari abad ke 16 Masihi hingga
abad ke 17 Masihi.

2. Petempatan
- Perkembangan masyarakat maritim Portugal dari abad ke-16 Masihi hingga abad ke-17
Masihi juga adalah dari aspek petempatan mereka yang terletak di kawasan pesisir pantai,
pulau-pulau dan lembah sungai. Dari segi geografi , Portugal terletak di Semenanjung Iberia
yang dikelilingi oleh laut Atlantik. Kedudukan ini memudahkan mereka menjalankan kegiatan
yang berkaitan dengan kelautan.
- Petempatan ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat ketika itu bergantung hidup
dengan sumber laut seperti menangkap ikan, berdagang dan mengutip hasil laut.
- Selain itu, terdapat juga pelabuhan yang menjadi tempat tinggal mereka. Antara
pelabuhan yang menjadi tumpuan mereka ialah Pelabuhan Lisbon dan Antwerp. Pelabuhan ini
memainkan peranan sebagai tempat mengumpul dan mengedar barangan. Melalui petempatan
ini jelas membuktikan bahawa masyarakat maritim Portugal telah berkembang dalam aktiviti
kelautan dari abad ke 16 Masihi hingga abad ke 17 Masihi.

3
3. Kemahiran membina kapal dan membaiki kapal.
- Seterusnya perkembangan masyarakat maritim Portugal dari abad ke-16 Masihi hingga
abad ke-17 Masihi adalah kemahiran membina kapal dan membaiki kapal. Masyarakat maritim
Portugal mempunyai kemahiran membina kapal-kapal besar. Kapal-kapal besar ini berfungsi
sebagai kapal perang dan kapal dagang. Sebagai bukti,masyarakat maritime Portugal berjaya
membina kapal jenis Caravel yang mempunyai berat seberat 2000 tan. Kapal jenis ini dibina
dengan menggunakan teknologi yang sangat tinggi.Kapal ini dicipta untuk pelayaran bagi jarak
yang jauh.
- Dengan terciptanya kapal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat maritime di
Portugal bergantung kepada aktiviti laut.

4. Kemahiran dalam ilmu pelayaran


- Perkembangan masyarakat maritim Portugal dari abad ke-16 Masihi hingga abad ke-17
Masihi dapat dilihat dalam aspek kemahiran ilmu pelayaran dan kelautan. Masyarakat maritime
Portugal mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran hasil usaha Putera Henry. Beliau telah
membina sekolah pelayaran dan memberikan latihan kepada masyarakat tentang ilmu –ilmu
berkaitan laut. Penubuhan sekolah ini telah membantu masyarakat Portugal terdedah kepada
pelbagai ilmu yang berkaitan laut. Antara ilmu yang dikuasai oleh mereka adalah ilmu
pelayaran. Ilmu pelayaran adalah ilmu yang mengajar bagaimana untuk menggerakkan kapal
dari satu tempat ke tempat yang lain.
- Bagi memudahkan pelayaran, alatan seperti kompas, astrolab dan carta pelayaran turut
dicipta. Alatan-alatan ini telah membantu pelayar Portugal menentukan kedudukan kapal
ketika berada di tengah laut. Seterusnya, adalah ilmu kartografi yang merupakan ilmu
pengetahuan dan teknologi dalam pembuatan peta pelayaran. Sebagai bukti, mereka telah
berjaya mencipta peta benua Eropah yang membantu para pelaut Portugal untuk melancarkan
ekspedisi. Dengan mempunyai peta pelayaran ini dapat memudahkan masyarakat maritim di
Portugal pergi belayar ke tempat-tempat yg ingin mereka tuju dgn merujuk kepada peta
tersebut. Tambahan pula, masyarakat ini turut menguasai ilmu astronomi yg menjadikan bulan,
bintang dan matahari sebagai panduan untuk membawa kapal ke sesuatu tempat.
- Jelaslah bahawa kemahiran dalam ilmu pelayaran dan kelautan telah membawa
kepada perkembangan masyarakat maritime Portugal dari abad ke 16 Masihi hingga abad ke
17 Masihi.

5. Penjelajahan dan penerokaan.


- Seterusnya perkembangan masyarakat maritime Portugal dari abad ke-16 Masihi hingga
abad ke-17 Masihi ialah melalui penjelajahan dan penerokaan. Penglibatan dalam kegiatan ini
adalah hasil usaha Putera Henry yang mahukan masyarakat di Portugal mahir dalam bidang
pelayaran. Usaha beliau telah berjaya melahirkan ramai pelayar-pelayar hebat seperti Vasco da
Gama, Bartholomew Diaz, dan Alfonso de Albuquerque.
- Mereka telah banyak menjelajah negara-negara lain seperti Kepulauan Madeira, pantai
barat Afrika, Tanjung Harapan dan berjaya menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi.
- Masyarakat Portugal turut melancarkan beberapa ekspedisi untuk mencari jalan laut ke
Timur. Semua kejayaan ini telah meletakkan asas bagi Portugal melakukan penjelajahan ke
negara-negara Asia Tenggara, China dan Jepun.
- Oleh itu jelaslah bahawa aktiviti penjelajahan dan penerokaan telah membawa kepada
perkembangan masyarakat maritim di Portugal dari abad ke 16 Masihi hingga abad ke 17
masihi.

6. Sifat ingin tahu dan semangat keterbukaan.


- Seterusnya perkembangan masyarakat maritime Portugal dari abad ke-16 Masihi hingga
abad ke-17 Masihi adalah sifat ingin tahu dan semangat keterbukaan. Semangat ingin tahu
menyebabkan mereka ingin mengetahui peradaban masyarakat lain. Semangat ini juga
mendorong mereka menjalankan kajian tentang bentuk muka bumi , iklim dan cuaca sesuatu
tempat.

4
- Semangat keterbukaan mendorong mereka untuk belayar ke tempat baharu dan
menjalinkan hubungan dengan masyarakat di situ. Hubungan seperti ini menggalakkan
pemindahan idea dan teknologi. Masyarakat Portugal mempelajari ilmu dan teknologi daripada
orang Islam dan orang China .
- Jelaslah bahawa melalui sifat ingin tahu dan semangat keterbukaan membuktikan
masyarakat maritime Portugal berkembang dalam aktiviti kelautan dari abad ke 16 Masihi
hingga abad ke 17 Masihi.

3.0 Kesimpulan.
- Masyarakat maritime Portugal berjaya membina sebuah empayar perdagangan serta
menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi selama lebih daripada satu kurun.
Perkembangan masyarakat maritime Portugal bukan sahaja berkembang dalam aktiviti
perdagangan tetapi juga di dalam bidang pelayaran dan penerokaan.
- Mereka menjadi perintis dan meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan
Negara Eropah yang lain.Ini menjadikan Portugal masyarakat maritime yang unggul pada abad
ke 16 Masihi hingga ke 17 Masihi.

5
BINCANGKAN FAKTOR - FAKTOR KEMUNCULAN MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN
PADA ABAD 16 dan 17 M.

A. PENGENALAN
Masyarakat maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut
seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan dan
penjelajahan.
Masyarakat maritim terdiri daripada golongan pedagang, nelayan, nakhoda, anak kapal dan
peneroka.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemunculan masyarakat maritim di Jepun pada
abad ke -16 dan 17M.

B. ISI
1. Kedudukan geografi
i. Jepun terdiri dari beberapa buah pulau seperti Kyushu, Shikoku, Hokaido dan Honshu.
ii. Petempatan didirikan di kawasan pesisiran pantai kerana bentuk muka buminya
bergunung-ganang.
iii. Lokasi petempatan yang berhampiran laut menyebabkan penduduknya terlibat dengan
ekonomi berkaitan kelautan

2. Perdagangan
i. Pada zaman Ashikaga, kegiatan perdagangan berkembang dengan pesat di Jepun.
ii. Pedagang - pedagang Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan Negara di
rantau Asia Tenggara.
iii. Menjelang zaman Tokugawa, pedagang Jepun menjalinkan hubungan perdagangan
dengan China, Korea, dan Vietnam.
iv. Zaman Nobunaga, lebih ramai pedagang dari Portugal yang dating ke Jepun.
v. Kemasukan pedagang asing menyebabkan muncul masyarakat maritm di Jepun.

3. Kemunculan Pelabuhan
i. Perkembangan pesat kegiatan perdagangan menyebabkan muncul pelabuhan
entrepot di Jepun. Contohnya, Kyushu, Nagasaki, dan Shimoda.
ii. Pelabuhan-pelabuhan ini menjadi tumpuan pedagang-pedagang Jepun dan luar Negara.
Pertengahan abad ke-16, kapal pedagang Portugal berlabuh di pelabuhan Kyushu.
iii. Kemunculan pelabuhan-pelabuhan merangsang pertumbuhan masyarakat maritim di
Jepun.

4. Kemajuan dalam Teknologi Pelayaran


i. Kemajuan yang dicapai oleh Jepun dalam teknologi pelayaran dan pembinaan kapal
menyebabkan Negara tersebut berjaya muncul sebagai sebuah masyarakat maritim.
ii. Jepun melahirkan ramai pelayar yang mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran
serta pengetahuan dalam ilmu nautika, kartografi dan perkapalan.
iii. Pada abad ke-16 M, muncul pusat pembinaan dan baik pulih kapal-kapal di Jepun.
Masyarakatnya juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal besar yang sesuai untuk
pelayaran jarak jauh.
iv. Kapal Shuisen merupakan kapal layar yang digunakan oleh pedagang Jepun untuk
belayar ke Asia Tenggara.

5. Dasar Kerajaan Jepun


i. Dasar buka pintu yang diamalkan oleh kerajaan Jepun juga menyumbang kepada
kemunculan masyarakat maritime di Jepun.
ii. Dasar ini menyebabkan masyarakat maritim Jepun terdedah kepada pengaruh dari luar
seperti dari Asia dan Barat.

6
iii. Menjelang akhir abad ke-16, Pedagang dari Portugal menjalankan aktiviti perdagangan
dengan Jepun. Hubungan ininmenyebabkan masyarakat maritime Jepun menerima teknologi
perkapalan.
iv. Perkembangan ini memainkan peranan dalam merancakkan kegiatan maritime di
Jepun.

6. Galakan Pemerintah.
i. Pemerintah memainkan peranan dalam kemunculan masyarakat maritime di Jepun.
ii. Hideyosi merupakan pemerintah yang berminat dalam aktiviti perdagangan. Beliau
menggalakkan pedagang Jepun berdagang ke seberang laut. Semasa pemerintahan beliau,
Jepun menjalinkan hubugan perdagangan dengan China dan Korea.
iii. Beliau turut memainkan peranan mengawal kegiatan perdagangan dengan Negara-
Negara asing dengan mengawal segala aktiviti perdagangan di pelabuhan Nagasaki mulai
tahun 1587.
iv. Shogun Tokugawa memberi galakan kepada rakyat untuk melibatkan diri dalam aktiviti
perdagangan maritim.
v. Semasa pemerintahan Tokugawa Ieyasu, dasar perdagangan Shuisen diperkenalkan .
Mengikut dasar ini, kapal dagang yang menjalankan aktiviti perdagangan dengan Negara asing
dikehendaki memiliki mohor merah.
vi. Ini menyebabkan ramai golongan bangsawan melibatkan diri dalam perdagangan
maritim.

7. Pengaruh luar
i. Kemunculan masyarakat maritime kerana wujudnya hubungan antara Jepun dengan
Negara-negara lain. Contohnya pada abad ke-16 M, Jepun menjalinkan hubungan dengan
Portugal.
ii. Shogun Ashikaga membenarkan pedagang Portugal berdagang di Pelabuhan Nagasaki.
iii. Menjelang abad ke-17M, pedagang dari Belanda, British dan Sepanyol menjalankan
perdagangan dengan Jepun. Ini menyebabkan aktiviti perdagangan di Jepun semakin pesat.
iv. Perkembangan ini meletakkan asas bagi kemunculan masyarakat maritim di Jepun.

C. Kesimpulan
i. Masyarakat maritim Jepun memainkan peranan penting dalam menjadikan Jepun
sebuah kuasa maritime di Asia.
ii. Kehadiran kuasa-kuasa Barat juga menyebabkan Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa
maritim di Asia.

7
BINCANGKAN SISTEM PEMBESAR DALAM PEMERINTAHAN BERAJA DI CHINA PADA
ZAMAN DINASTI CHING PADA ABAD KE 17 HINGGA ABAD KE 20 MASIHI.

A. Pengenalan
1. Dinasti Ching telah memerintah China pada 1644 sehingga 1911 . Dinasti ini telah
mengasaskan empayar yang luas dan berjaya menyatukan seluruh empayar China di bawah
satu pemerintahan pusat.
2. Pembesar ialah pegawai-pegawai yang dilantik oleh maharaja untuk membantunya dalam
urusan pentadbiran sama ada di peringkat pusat, wilayah dan daerah. Mereka mesti lulus
dalam Peperiksaan Perkhidmatan Awam.
3. Pembesar di China terbahagi kepada 3 peringkat iaitu di peringkat pusat, wilayah dan daerah
serta berperanan dari segi politik, ekonomi dan sosial

B. ISI

1. Peranan Pembesar di Peringkat Pusat


- Terdiri daripada beberapa peringkat
i. Sekretariat Agung
-Terdiri daripada 3 hingga 6 orang setiausaha agung yang dipilih oleh maharaja China. Tugas
Sekretariat Agung:
a) Membantu maharaja menyelia dan menyelaras 6 badan kementerian dalam pentadbiran
pusat.
b) Memaklumkan kepada maharaja segala perjalanan dalam 6 badan kementerian.

ii. Majlis Tertinggi.


- Majlis ini menjadi badan penasihat yang penting kepada raja atau maharaja. Ciri-ciri Majlis
Tertinggi ialah :
a. Dibahagikan kepada enam kementerian.
b.Setiap kementerian akan dikawal oleh seorang pegawai kanan atau Shangschu. Sangschu
akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan berdasarkan
kementeriannya.
c.Enam kementerian tersebut ialah Kementerian Personal atau Ministry of Personal terdiri
daripada Lembaga Personal, Lembaga Kewangan, Lembaga Adat, Lembaga Perang, Lembaga
Hukuman, dan Lembaga Kerja-kerja Awam. Terdapat 4 jabatan utama yang bertanggungjawab
terhadap pelantikan, penganugerahan, rekod perkhidmatan dan penilaian prestasi.

d.Kementerian Kewangan terdiri daripada 13 orang pegawai dan setiap orang


dipertanggungjawabkan untuk mengawal salah satu daripada 13 provinsi dan mewakili 4
bahagian yang khusus, iaitu penduduk, akaun awam, akaun khusus, dan akaun pertanian atau
tanaman. Kementerian ini menyimpan kewangan negara, memastikan kekayaan maharaja,
serta menguruskan perbelanjaan negara dengan baik.

e. Kementerian Adat dibahagikan kepada 4 jabatan yang bertanggungjawab kepada adat


istiadat, pengorbanan, penerimaan tetamu, dan barangan. Kementerian ini juga menguruskan
hal ehwal agama Buddha dan Taoisme. Anggotanya terdiri daripada golongan cendekiawan.
Kementerian ini turut mengendalikan Sistem Peperiksaan Kerajaan dan melaporkan kepada
maharaja sama ada pelajar tersebut layak memegang jawatan atau tidak.

f. Kementerian Perang mempunyai 4 jabatan yang bertanggungjawab terhadap pelantikan


pegawai, pengawasan operasi, peralatan, dan pembekalan kelengkapan tentera. Oleh yang
demikian, kalangan ketua-ketua tentera sering mendapat tempat istimewa dalam kerajaan.

g. Kementerian Keadilan terbahagi kepada 13 jabatan berasaskan prinsip setiap satu di setiap
provinsi.

8
h. Kementerian Kerja Raya dibahagikan kepada 4 jabatan dan berfungsi mengawal beberapa
gudang dan kilang. Kementerian ini bertanggungjawab dalam kerja pembinaan, mendapatkan
guna tenaga untuk perkhidmatan awam, pembuatan barang untuk kerajaan, komunikasi laut
dan darat, penyelarasan timbangan, dan mengawal pengeluaran barangan tertentu dari
kawasan pergunungan dan tasik di China.

iii. Lembaga Penapis atau Censorate


- Memastikan pembesarnya menjalankan arahan serta menjadi mata dan telinga maharaja. Ciri-
ciri Lembaga Penapis :
a. Terdiri daripada 2 orang Censor, beberapa timbalan, dan 4 pegawai rendah yang
bertanggungjawab dalam menguruskan surat-menyurat Censorate dan urusan pentadbiran.
b. Kuasa utama Censorate terletak pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk
membendung amalan korupsi, penyalahgunaan kuasa, dan ketidakcekapan.
c. Pada zaman Dinasti Ching, maharaja menempatkan 24 orang Censorate di Peking atau ibu
kota dan lebih 56 orang Censorate di wilayah.
d. Jabatan ini berhubung terus dengan maharaja sekiranya terdapat pembesar wilayah yang
‘curang’ terhadap maharaja. Secara langsung ini merupakan satu langkah maharaja untuk
mengekalkan kawalannya ke atas pembesar wilayah tersebut dan memudahkan maharaja
untuk mengambil tindakan sekiranya kedudukannya terancam atas perlakuan pembesar
berkenaan.

2. Peranan Pembesar di Peringkat Wilayah

i. Secara umumnya jawatan pembesar wilayah di China dikenali dengan nama Gabenor.

ii. Dalam pentadbiran semasa Dinasti Ching (Manchu) Gabenor dibantu oleh pegawai-pegawai
daerah yang dilantik oleh maharaja seperti Bendahari dan Hakim. Bendahari bertugas sebagai
bendahari amal di wilayahnya. Hakim bertugas mengawal undang-undang jenayah dan bidang
kuasa rayuan dalam perkara-perkara jenayah, serta menjadi Pengawal Garam dan Pegawai
Bijirin. Manakala, Tao-tai ialah seorang pegawai yang bertugas dalam pentadbiran khas dalam
lingkungan dan jajahan pula dikawal oleh ketua jajahan.

iii. Dalam melaksanakan tugasnya memegang amanah “mandat dari syurga”, maharaja amat
bergantung kepada kekuatan angkatan tentera. Oleh itu jawatan ketua-ketua tentera sering
mendapat tempat istimewa dalam kerajaan.

iv. Justeru pembesar wilayah juga dilantik dalam kalangan bijak pandai (gentry) yang telah lulus
pendidikan Confucius. Keistimewaan pembesar wilayah:

a. Dibenarkan mengubah dasar yang dibentuk oleh pemerintah pusat dengan kebenaran
adat istiadat dan keadaan setempat.
b. Diberi kebebasan bertindak dalam hal-hal yang berkaitan dengan adat istiadat tempatan
dan menjalankan perintah mahajara.
c. Dianggap sebagai pemerintah separuh merdeka.
d. Bebas ditukarkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain di seluruh empayar atas
arahan maharaja.
e. Menjaga keamanan dan ketenteraman di wilayah-wilayah masing-masing.
f. Menghantar hasil, cukai atau wang kepada kerajaan pusat.

3. Peranan pembesar peringkat Daerah


i. Diketuai oleh majistret daerah dan dibantu oleh penduduk yang mengetahui hal ehwal
masyarakat setempat.
ii. Perkhidmatan peringkat daerah diwujudkan. Ia terdiri daripada
 Bahagian pentadbiran dan sivil
 Bahagian percukaian dan banci

9
 Bahagian protocol dan upacara
 Bahagian ketenteraan
 Bahagian kerja awam
 Bahagian pencegahan jenayah
iii. Selain itu, diwujudkan juga unit pentadbiran lain seperti jabatan (Chou) dan subprefecture
(Ting)

C. KESIMPULAN

1. Keseimbangan antara kalangan tentera yang menjadi tulang belakang dalam pertahanan
negara serta kehadiran kalangan sarjana dalam sistem pembesar di negara China telah
menjadikan pemerintahan China mampu bertahan daripada sebarang ancaman luar sehingga
abad ke-19.

Catatan Guru
 Calon seharusnya dapat menyatakan tentang sistem pembesar di peringkat pusat,
wilayah, dan daerah

10
BINCANGKAN DASAR PEMERINTAHAN PETER THE GREAT 1689-1725 DALAM ASPEK
POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL YANG MEMBAWA KEUTUHAN NEGARA RUSIA.

A.Pendahuluan
 Tsar Peter Agung merupakan pemerintah Rusia antara tahun 1689 hingga 1725 selama 36
tahun.
 Sepanjang pemerintahannya, beliau telah melakukan pelbagai pembaharuan dalam bidang
politik, ekonomi dan sosial dan keagamaan.
 Sebelum menaiki takhta, beliau mengembara ke negara-negara Eropah Barat seperti
Jerman, Belanda, Austria, Britain dan Perancis.
 Kemajuan yang dicapai oleh negara-negara tersebut mendorong Tsar Peter Agung untuk
melakukan pembaharuan bagi memajukan Rusia.
 Terdapat pelbagai langkah yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung bagi mengukuhkan
pemerintahan monarki mutlak di Rusia.

B. Isi
Pembaharuan Politik.
 Pembaharuan dalam pemerintahan.
 Semasa pemerintahan Tsar Peter Agung, sistem pemerintahan Rusia telah disusun
semula.
 Beliau mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang cekap dan teratur.
 Selain itu, beliau melakukan rombakan dalam institusi pentadbiran seperti Duma,
Zemski Sobor dan Prikazi.
 Pada tahun 1711, Duma dan Zemskii Sobor digantikan dengan Majlis Senat.
 Beliau menubuhkan badan perundangan yang dikenali sebagai Colleges untuk
mengurangkan beban tugas anggota Senat.
 Jelas, pembaharuan yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung mengukuhkan lagi
kedudukannya sebagai pemerintah berkuasa mutlak di Rusia.

 Pembaharuan dalam bidang ekonomi.


 Tsar Peter Agung mengambil langkah-langkah untuk memajukan sektor perindustrian.
 Semasa pemerintahannya, penekanan diberikan kepada pembangunan industri berat
dan industri pembuatan.
 Kerajaan pusat memberikan pelbagai insentif dan subsidi untuk membangunakan sektor
perindustrian.
 Tsar Peter Agung turut menggalakkan pemodal-pemodal asing mendirikan kilang di
Rusia.
 Di samping industri berat seperti besi dan keluli, industri kaca dan barangan kulit turut
dimajukan.
 Tsar Peter Agung turut memperkenalkan pelbagai jenis cukai untuk menambahkan
perbendaharaan negara.
 Contohnya, beliau memperkenalkan cukai kepala yang dibayar dalam bentuk tunai pada
tahun 1718 dan cukai tidak langsung.
 Kesan daripada pengenalan sistem cukai ini, maka perbendaharaan negara meningkat.
 Tuntasnya, perubahan yang beliau lakukan dalam bidang ekonomi telah dapat
meningkatkan ekonomi dan mengukuhkan kedudukannnya di Rusia.

 Perubahan dalam bidang pendidikan.


 Dalam konteks ini, Tsar Peter Agung memberi penekanan kepada kemajuan dalam
bidang pendidikan.
 Beliau menghantar pelajar-pelajar ke barat bagi menuntut ilmu dan mempelajari
kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.
 Semasa pemerintahan beliau, banyak sekolah didirikan di seluruh Rusia.
11
 Antara sekolah-sekolah yang didirikan di Rusia adalah The Nagivator School dan Naval
Academy.
 Sekolah-sekolah ini menekankan bidang Aritmetik, Geometri, Geografi dan pelayaran.
 Beliau merancang pembinaan sebuah universiti yang dikenali sebagai The Imperial
Academy of Science.
 Justeru,, pembaharuan yang dilakukan dalam pendidikan menyaksikan pembangunan
Rusia yang mengukuhkan kedudukan monarki di Rusia.
 Pembaharuan dalam bidang keagamaan.
 Tsar Peter Agung telah bertindak menyusus semula pentadbiran gereja untuk
mengurangkan kuasa dan keistimewaan yang dimiliki oleh gereja.
 Beliau bertindak meletakkan pentadbiran gereja di bawah bidang kuasanya.
 Beliau juga memperkenalkan badan yang dikenali sebagai Holy Synod untuk
mengambilalih peranan ketua gereja Kristian Ortodoks.
 Beliau melantik dirinya sebagai pengerusi Holy Synod untuk mengukuhkan
kedudukannya dalam badan tersebut.
 Tuntasnya, pembaharuan dalam bidang agama mengukuhkan kedudukan Tsar daripada
penguasaan institusi gereja.

 Pembaharuan dalam bidang ketenteraan.


 Tsar Peter Agung mengambil langkah-langkah untuk membina pasukan tentera yang
kuat untuk menangkis serangan musuh, mematahkan pemberontakan dalam negeri dan
meluaskan jajahan takluk.
 Pada tahun 1695, Tsar Peter Agung melancarkan serangan untuk menguasai kubu
tTartar di Azov.
 Tsar Peter Agung berjaya menewaskan tentera Sweden dalam pertempuran di Poltova.
 Beliau berjaya menguasai Livonia, Estonia, Ingria dan Karelia daripada Sweden melalui
Perjanjian Nystadt.
 Kesannya, kejayaan Tsar Peter Agung menyebabkan Rusia muncul sebagai sebuah
empayar yang kuat di Eropah pada abad ke-18.
C. Kesimpulan
 Tsar Peter Agung telah mengambil langkah proaktif dalam pelabagai bidang termasuk
politik, ekonomi, dan sosial.
 Pembaharuan yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung mengukuhkan kedudukan beliau
sebagai pemerintah mutlak di Rusia.
 Pemerintahan Tsar Peter Agung merupakan zaman keagungan dalam pemerintahan
monarki di Rusia.
 Pembaharuan yang dilakukan oleh beliau menyebabkan Rusia muncul sebagai negara
yang kuat dan berpengaruh di benua Eropah. Hal ini menjadi asas kepada kemajuan
Rusia seterusnya.
Catatan :
 Calon perlu menghuraikan :
 Politik : 2 isi
 Ekonomi : 1 isi
 Sosial : 1 isi
 Huraikan isi perlu dikaitkan dengan usaha Peter The Great untuk keutuhan
negara Rusia.

12
HURAIKAN CIRI NEGARA KESATUAN PERANCIS DARI ABAD KE-18 MASIHI HINGGA
ABAD KE-19 MASIHI.
* Jika calon hanya membincang 2.1 kesemua urusan negara adalah dipusatkan dan
lengkap (terperinci) beri markah 15 - 17 sahaja. Jika jwb 2.1 dan ditambah 2 ciri yang lain
boleh beri 18 -20 markah.
1.0 Pengenalan
 Perancis adalah sebuah negara kesatuan (unitary) yang mengamalkan pemerintahan
republik, yang diisytiharkan pada 21 September 1792 berikutan Revolusi Perancis 1789.
 Perancis sebelum ini mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang dikemukakan
oleh Majlis Perhimpunan pada tahun 1791 oleh Majlis Perhimpunan Kebangsaan
dan telah ditandatangani oleh Raja Louis XVI berdasarkan idea Montesquieu melalui teori
pengasingan kuasa yang diutarakannya, kerajaan dibahagikan kepada 3 cabang iaitu badan
legislative, eksekutif dan judisary.
 Pemerintahan ini berlangsung selama setahun dan Perancis telah bertukar menjadi
republik setelah berlaku revolusi antara golongan Jacobin dan girobin serta mendapat
ancaman dari luar. Keaadaan ini menyebabkan munculnya Pemerintahan Ganas
yang dikuasai oleh golongan Jacobin di bawah Maximilien Robespierre yang mewujudkan
Mahkamah Revolusi termasuk menghukum raja Louis XVI dan isterinya.
Keaadaan tidak stabil muncul sehingga Napolean memerintah Perancis pada penghujung
abad ke 18(1799).
 Untuk memastikan dan mendirikan sebuah kerajaan pusat yang kuatdan
mempunyai kuasa yang luas serta bertujuan untuk memberi kuasa yang terhad kepada
kerajaan tempatan maka Perancis telah memilih Kerajaan Kesatuan. Jika kesatuan
diamalkan tidak akan berlaku masalah pertindihan kerana percanggahan antara pembuat
dasar dengan pelaksanaan dasar dapat dielakkan disebabkan pemerintahan yang dibuat
oleh kerajaan pusat.

2.0 Isi-isi Penting : Ciri Negara Kesatuan Perancis

2.1 Kesemua urusan negara adalah dipusatkan


- Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa wilayah atau cawangan dibentuk dan diberi
kuasa mentadbir. Kuasa mentadbir disalurkan dari pusat pemerintahan dan kuasa ini boleh di
tarik balik dan disebabkan kuasa wilayah, bahagian atau cawangan ini diberi boleh dipindah,
atau ditarik balik, maka wilayah atau bahagian merupakan agen kepada pemerintahan pusat
- Sebaik sahaja sistem feudal dihapuskan di Perancis, pentadbiran baharu telah di
lantik. Perancis telah dibahagikan kepada 83 department (kawasan), dan setiap department
dibahagikan kepada cantons(daerah) dan yang akhir sekali ialah commune. Setiap department
diwujudkan sebuah majlis yang dinamakan General Council. Ahli-ahlinya dilantik oleh
pemerintah peringkat pusat. Department merupakan institusi peringkat tempatan yang
menghubungkan penduduk tempatan dengan kerajaan di peringkat pusat.
- Commune dibentuk bagi mentadbir kawasan Bandar. Institusi ini diketuai oleh Datuk
Bandar (mayor) sebagai ketua eksekutif. Diwujudkan juga sebuah Majlis Bandaran
(Munipical Council) Antara tugas commune termasuklah mengendalikan perkara-perkara yang
menyentuh pentadbiran di bandar seperti meluluskan permit bangunan,menjaga keselamatan
penduduk,dan menguruskan pentadbiran perkahwinan. Commune merupakan institusi yang di
bentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan seperti pejabat
pendaftaran,mahkamah jabatan kerja raya,polis tempatan dan sebagainya.

2.2 DiKetuai Oleh Presiden


- dipilih oleh mesyuarat yang dihadiri oleh anggota daripada Dewan Senat dan Dewan
Perwakilan. Pegang kuasa selama 7 tahun dan kerabat raja tidak layak bertanding
- peranan presiden ialah kuatkuasakan undang-undang, tandatangan perjanjian dengan
negara luar (dapat persetujuan parlimen), kuasa bubar parlimen, ketua pasukan tentera

13
2.3 Kabinet
- diketuai oleh Perdana Menteri yang dilantik oleh Presiden
- dipilih dari anggota Dewan Perwakilan dan dapat sokongan majoriti parlimen
- anggota kabinet dilantik oleh Perdana Menteri
- terdiri dari Dewan Senat dan Dewan Perwakilan : menyertai perbahasan dan boleh
mengundi dalam dewan yang dianggotai.

2.4 Parlimen
- Merupakan badan perundangan tertinggi yang menggubal dan menguat kuasakan undang-
undang.
- terdiri dari Dewan Eksekutif yang bertanggungjawab kepada kedua-dua dewan dalam
parlimen
- Selain itu membincang dan kemukakan resolusi terhadap sebarang isu yang dikemukakan
kepada badan tersebut hanya isu kewangan sahaja tidak boleh dibahaskan (dibahaskan di
Dewan Perwakilan)

2.5 Dewan Senat


- Terdiri dari 300 ahli. 75 orang dipilih dari anggota Perhimpunan Kebangsaan. Jawatan ini
disandang seumur hidup. Tetapi kebiasaannya dipegang selama 9 tahun.
- Terdapat juga 100 orang anggota Dewan Senat akan ditukar 3 tahun sekali.

2.6 Dewan Perwakilan


- 584 anggota yang berhidmat selama 4 tahun dan dipilih oleh orang dewasa

3.0 Kesimpulan
- Sistem kesatuan mempunyai beberapa kelemahan namun kelemahan tersebut mudah
diselaras dan dilaksanakan kerana pemerintahan pusat mempunyai lebih kuasa untuk
menyesuaikan pentadbiran dengan keperluan semasa.
- Perancis kekal sebagai sebuah negara kesatuan sehingga sekarang.

14
BINCANGKAN LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH CAMILLO BENSO DE CAVOUR UNTUK
MENYATUKAN NEGARA BANGSA ITALI PADA ABAD KE-19 MASIHI.
1.0 Pengenalan
- Menjelang abad ke-19, Itali dikuasai oleh kuasa-kuasa asing. Namun begitu, tidak timbul
kesedaran untuk menyatukan wilayah-wilayah di Itali kerana banyak penghalang seperti
perbezaan cara hidup, tidak ada keseragaman dalam pentadbiran dan perbezaan dari segi
aliran pemikiran.
- Selepas tahun 1850, terdapat usaha penyatuan oleh Count Camillo Benso de Cavour
(1810 - 1861). Beliau merupakan seorang negarawan yang memainkan peranan penting dalam
usaha penyatuan negara bangsa Itali. Beliau berasal daripada keluarga bangsawan Piedmont.
Beliau turut memainkan peranan penting dalam politik Piedmont. Pada tahun 1847, beliau
mengasaskan akhbar Risorgimento dan menjadi ahli parlimen kerajaan Piedmont pada tahun
1848.
- Beliau telah merancang dan memperkenalkan Perlembagaan 1848 yang mengandungi
Dewan Perundangan dan Kabinet. Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Piedmont
menggantikan Massimo d’Azeglio pada tahun 1852. Selepas dilantik sebagai Perdana Menteri,
beliau telah mengambil pelbagai langkah untuk merealisasikan usaha penyatuan negara
bangsa Itali.

2.0 Langkah Penyatuan Itali : Camillo Benso de Cavour


2.1 Mengukuhkan Kerajaan Piedmont
- Count Cavour mengambil langkah untuk menyatukan Itali dengan mengukuhkan
kedudukan kerajaan Piedmont dalam bidang politik dan ekonomi bagi menghadapi
peperangan dengan Austria. Beliau menjalankan reformasi dalam bidang ketenteraan,
pentadbiran dan perundangan.
- Beliau juga berusaha mengembangkan sektor perindustrian dan perdagangan. Selain
daripada memodenkan sektor pertanian, beliau memperkenalkan industri-industri baharu.
Beliau juga menggalakkan kemasukan pelabur-pelabur dari luar negara untuk melabur di
Piedmont. Beliau juga mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar-pakar ekonomi luar negara
dalam membangunkan ekonomi Piedmont. Langkah-langkah tersebut diambil bertujuan untuk
mengukuhkan kedudukan kerajaan bagi menghadapi peperangan dengan Austria.
 Selain tindakan tersebut, dalam bidang agama, beliau memperkenalkan Undang-Undang
Siccardi bagi menghadkan kuasa gereja dalam bidang perundangan. Jelas ternyata, langkah-
langkah ini telah berjaya mengukuhkan kerajaan Piedmont sebagai langkah menyatukan negara
bangsa Itali.

2.2 Menjalinkan hubungan dengan Perancis


- Selain itu, langkah yang diambil oleh de Cavour untuk menyatukan Itali ialah dengan
menjalinkan hubungan dengan Perancis. Beliau menggunakan kebijaksanaan politik bagi
mengelakkan persahabatan antara Austria dengan Perancis. Beliau berpendapat bahawa
perikatan antara Austria dan Perancis akan mengancam kedudukan Piedmont . Beliau
mengambil langkah untuk menjalinkan hubungan rapat dengan Perancis.
- Pada tahun 1858, beliau telah mengadakan Mesyuarat Plombiers dengan pemimpin
Perancis, Napoleon. Raja Perancis turut bersetuju membantu Piedmont. Beliau juga
menguruskan perkahwinan antara keluarga kerabat diraja Piedmont dengan Perancis bagi
merapatkan hubungan antara kedua-dua negara.
- Pada tahun 1859, Perancis dan kerajaan Piedmont telah menandatangani pakatan
ketenteraan. Menurut perjanjian tersebut, Perancis akan mempertahankan Piedmont sekiranya
diserang oleh Austria. Pakatan ketenteraan ini membolehkan Piedmont mendapatkan bekalan
tentera dari Perancis dan mendapat Lombardy dan Venetia sekiranya Austria dapat ditewaskan
dalam peperangan tersebut. Tuntasnya, jalinan hubungan dengan Perancis telah membantu
Piedmont mengalahkan Austria justeru menyatukan negara bangsa Itali.
15
2.3 Pembentukan Persatuan Kebangsaan
- Langkah seterusnya yang diambil oleh Count Camillo Benso de Cavour untuk
penyatuan Itali ialah pembentukan Persatuan Kebangsaan. Persatuan ini ditubuhkan bagi
menyatukan kumpulan-kumpulan yang berjuang untuk menyatukan Itali.
- Persatuan ini memainkan peranan melahirkan kesedaran dalam kalangan nasionalis
untuk mewujudkan sebuah organisasi bagi menyelaraskan usaha ke arah penyatuan Itali.
Ternyata, langkah ini berjaya merapatkan hubungan dan kerjasama dalam kalangan nasionalis.

2.4 Menyelaraskan Pergerakan Kebangsaan Itali


- Count Cavour adalah menyelaraskan kegiatan pergerakan kebangsaan di Itali. Di
samping itu, beliau mengadakan hubungan sulit dengan pemimpin-pemimpin Persatuan
Kebangsaan. Antara tokoh-tokoh yang terlibat ialah Pallavincio, La Farina, Garibaldi dan
Daniele Manin. Contohnya, beliau mendapatkan bantuan La Farina bagi mencetuskan
kebangkitan rakyat di wilayah-wilayah utara dan tengah Itali.
- Beliau turut mendapatkan kerjasama daripada Garibaldi untuk menubuhkan pasukan
tentera sukarela daripada kalangan penduduk Lombardy. Persatuan Kebangsaan juga
menubuhkan depot-depot tentera dan mengedarkan risalah menyokong kepimpinan Piedmont.
Jelas ternyata, langkah-langkah ini telah mewujudkan kesepakatan dalam kalangan golongan
nasionalis untuk menyelaras usaha ke arah penyatuan Itali.

2. 5 Melakukan provokasi terhadap Austria


- Langkah yang diambil oleh Count Camillo Benso de Cavour untuk menyatukan Itali ialah
melakukan provokasi terhadap Austria. Beliau telah mencetuskan ketegangan agar Austria
memulakan peperangan terhadap Piedmont. Antara tindakan beliau ialah memutuskan
hubungan diplomatik dengan Vienna pada tahun 1857 apabila Vienna melucutkan jawatan
seorang Senator Sardinia daripada kerajaan Lombardy. Beliau juga mengarahkan La Marmora,
Menteri Kewangan Piedmont mengumpul dana untuk menghadapi peperangan dengan Austria.
Tindakan ini telah menyebabkan Austria melancarkan peperangan dengan Piedmont. Beliau
turut menjalinkan hubungan sulit dengan Persatuan Kebangsaan tetapi hubungan tersebut
menimbulkan kemarahan Austria.
- Pada tahun 1858, Austria telah menguatkuasakan undang-undang tentera di wilayah
Lombardy dan Venetia. Ramai pemimpin tempatan yang tidak puas hati melarikan diri ke
Piedmont. Permintaan Austria untuk ekstradisi ditolak oleh Piedmont.
2.6 Penyertaan dalam Perang Crimea
- Seterusnya, langkah yang diambil oleh Count Camillo Benso de Cavour untuk
menyatukan Itali ialah melibatkan Piedmont dalam peperangan yang berlaku di Crimea.
Cavour berpendapat kuasa-kuasa Eropah akan membantu Itali jika negara tersebut memainkan
peranan aktif dalam hal ehwal antarabangsa. Pada bulan Disember 1855, Perancis dan Britain
menjemput Piedmont menyertai peperangan yang berlaku di Crimea.
- Pada tahun 1856, pasukan tentera Piedmont mencapai kejayaan dalam dalam
pertempuran tersebut. Kemenangan ini memberi keyakinan kepada Piedmont untuk
menghadapi peperangan dengan Austria. Penyertaan dan kejayaan Piedmont dibincangkan
dalam Persidangan Damai Paris serta meningkatkan minat Raja Napoleon dalam urusan
Piedmont.
3.0 Kesimpulan
- Count Camillo Benso de Cavour telah memberikan sumbangan besar dalam usaha
menyatukan negara bangsa Itali. Sblm meninggal beliau berkaya ‘Italy is made. All is
safe’Perjuangan diplomasi menggunakan kaedah realpolitik yang digerakkan oleh beliau
menjadi asas kepada jelas lebih berkesan pusaha menyatukan Itali. Hal ini terbukti apabila
kerajaan Piedmont berjaya mengusir Austria dari bumi Itali berbanding dengan apa yang
dilakukan oleh Mazzini yang menggunakan kekerasan tetapi gagal. Namun begitu, langkah-
langkah yang dilakukan oleh beliau cukup untuk membangkitkan semangat kebangsaan dalam
kalangan masyarakat Itali.

16
HURAIKAN PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI PERANCIS PADA
ABAD KE 16 HINGGA 18M.

A. PENGENALAN

Masyarakat Perancis masih bergantung kepada bidang pertanian pada awal abad ke-16 hingga
abad ke 18 Masehi. Kemewahan masyarakat masih diukur dari keluasan ladang yang dimiliki.
Masyarakat masih lagi tinggal di desa berbanding di bandar.

B. ISI

1. Aspek Pertanian

Petani masih lagi terikat dengan tuan-tuan tanah dan golongan bangsawan. Petani masih lagi
mengerjakan tanah-tanah pertanian dalam sistem manor. Dalam sistem ini, petani mempunyai
kewajipan kepada tuan tanah, antaranya; tinggal di tanah kepunyaan tuan tanah,
mengusahakan tanah terutamanya pada musim menuai, membekalkan kayu api ke rumah
manor, membaiki jalan jka diminta oleh manor dan membayar cukai hasil pertanian yang
diusahakan kepada manor.

Petani mengusahakan tanah pertanian menggunakan kaedah sistem tanah lapang atau open
field. Tanah-tanah pertanian dibahagikan kepada tiga bahagian untuk pusingan dalam proses
penanaman. Bahagian pertama akan ditanam dengan oat dan barli pada musim bunga.

Selain itu, petani tidak lagi menjadi hamba atau serf, tetapi kini menjadi penyewa tanah yang
bebas atau mengambil upah sebagai buruh. Masyarakat petani kini digelar metayers. Metayers
mula mempelbagaikan pekerjaan. Di samping itu, penanaman pokok mulberi dan penternakan
ulat sutera diusahakan oleh Raja Henry VI telah meningkatkan ekonomi rakyat dan membawa
perkembangan bandar Paris, Lyons dan Marseilles.

Perkembangan dalam bidang pertanian dibantu dengan pembinaan jalan raya pada tahun 1747
yang membolehkan perhubungan lebih luas di Perancis dan membawa hasil pertanian ke
bandar-bandar besar.

2. Aspek Perdagangan

Kepesatan perdagangan di Perancis dapat dilihat pada masa pemerintahan Raja Henry VI.
Raja Henry VI telah menubuhkan sebuah angkatan tentera laut bagi melindungi perdagangan
Perancis. Seterusnya, Perancis mula menerajui perdagangan di seberang laut dan bersaing
dengan Belanda dan British.

Perancis mula membuka pusat perdagangan di India dan Amerika Utara. Kekayaan yang
dimiliki Portugal dan Sepanyol telah membangkitkan semangat Perancis untuk meluaskan
tanah jajahan di seberang laut dan mencari kekayaan. Oleh yang demikian, pedagang Perancis
mula melebarkan pencarian dengan membuka petempatan di Amerika Utara.

Pembukaan petempatan ini membolehkan pedagang Perancis memonopoli perdagangan bulu


dan memberi hak pembukaan petempatan imigran Perancis di Amerika. Pada tahun 1642,
Perancis berjaya membuka bandar Montreal.

17
3. Aspek Institusi Kewangan

Perkembangan dalam bidang perdagangan turut dipengaruhi oleh faktor perkembangan sistem
kewangan. Pada tahun 1500, wang tidak perlu dibawa dengan banyak untuk melakukan urusan
perdagangan. Keadaan tersebut memudahkan pedagang dan pengeluar mengawal dan
memasarkan barangan dengan bebas.

Selain itu, urusan pengutipan cukai juga mula dilaksanakan. Misalnya, 200 cukai berjaya dikutip
dalam satu masa di 120 tempat yang berlainan di Sungai Loire dan daerah-daerah yang lain.

Sistem perbankan di Perancis hanya berkembang pesat pada abad ke-18. Misalnya,
pembukaan Paris Bourse pada tahun 1724, Caisse D’escompte pada tahun 1776, dan Lorene
Royale pada tahun 1783. Syarikat Joint Stock berkembang pada pertengahan abad ke-18.
Pada tahun 1788, syarikat Perancis memperkenalkan insurans kebakaran.

C. KESIMPULAN

 Masyarakat Perancis masih bergantung kepada bidang pertanian pada awal abad ke-
16. Kemewahan masyarakat masih diukur dari keluasan ladang yang dimiliki mereka.
Masyarakat masih lagi selesa tinggal di desa berbanding dengan di bandar.

18
BINCANGKAN SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI CHINA PADA ABAD KE

A.Pengenalan
 Ekonomi feudalisme di China berkait rapat dengan keadaan geografi Negara China. Dua
per tiga daripada Negara China merupakan kawasan pergunungan dan gurun pula di
sebelah barat dan utara.
 Oleh yang demikian, keluasan yang sesuai untuk pertanian hanyalah 15% sahaja.
Namun China masih mampu untuk menampung makanan untuk penduduknya dan
mampu mengeksport makanan ke luar negara.
 Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan di China memperlihatkan kawalan yang
ketat daripada maharaja ke atas golongan petani dan pedagang asing yang berdagang
di China.
 Pentadbiran maharaja China memainkan peranan utama dalam perkembangan ekonomi
dan dibantu oleh golongan bangsawan sebagai penguasa kawasan luar bandar dan
mengawal aktiviti ekonomi di kawasan luar Bandar.
 Kemakmuran ekonomi China pada zaman pemerintahan Dinasti Ming diperlihatkan
dengan pertambahan penduduk kepada 150 juta pada akhir abad ke-16.
 Umumnya, sistem ekonomi feudalisme di China merangkumi pertanian, industri kecil,
perdagangan dan hubungan luar.
B. Isi
 Pertanian.

 Hasil pertanian menjadi penyumbang utama dalam ekonomi pada era pemerintahan
Dinasti Ming. Justeru, hampir 85% masyarakat China masih menetap di desa. Kawasam
tumpuan utama China ialah di kawasan laut Timur China dan Mongolia, iaitu di dataran
loes yang subur yang dilalui oleh Sungai Kuning. Sungai Yangtze menjadi nadi
kehidupan masyarakat dan penyumbang utama ekonomi, serta sistem perhubungan
utama kepada 12 wilayah di bawah pemerintahan empayar China. Di sini, terbentuk
Bandar-bandar besar China seperti Chungking, Hankow, Kiukiang, Anking dan Nanking.
 Tanaman utama yang diusahakan ialah padi sawah. Penanaman padi ini banyak
diusahakan di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning. Tanaman lain yang
diusahakan ialah kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan lain-lain bijirin. Bagi
masyarakat China yang tinggal di kawasan tanah tinggi seperti di bahagian utara China,
iaitu di sekitar Sungai Heilongjiang, mereka menanam padi huma, sekoi dan kekacang.
Kepelbagaian tanaman ini memperlihatkan kesuburan tanah dalam Negara China dan
kekayaan alam semulajadi.
 Pemerintahan Dinasti Ming telah mengadakan pelbagai pembaharuan untuk
meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. Antaranya: Meningkatkan penggunaan
sistem pengairan, mengamalkan pertanian selingan antara musim-musim tanaman,
menggunakan peralatan pertanian seperti cangkul, sabit dan penyisir tanah,
memperkenalkan kaedah pertanian baru seperti tanaman bergilir dalam skala yang
besar, memperkenalkan permulaan tanaman dua musim yang dipinjam dari Vietnam
Selatan dan Penggunaan baja telah meningkatkan hasil pengeluaran.
 Penanaman padi jenis baharu yang cepat masak dibawa dari Vietnam Selatan telah
membolehkan penanaman padi dilakukan dua kali setahun dalam semusim di tanah
yang sama. Tambahan pula, padi ini tidak memerlukan banyak air semasa musim
semaian dan ini telahmembolehkan padi baka baru ini ditanam di kawasan yang
berbukit di China. Seterusnya, pertambahan dalam hasil pertanian juga membolehkan
barang hasil pertanian ini dijual di bandar-bandar besar oleh tuan-tuan tanah. Malahan,
ada orang tengah yang membeli secara pukal dan menjual hasil pertanian ini di bandar-
bandar besar di China.
 Jelaslah, pertanian yang diusahakan oleh masyarakat China pada ketika ini merupakan
perkembangan sistem ekonomi feudalisme yang berlaku pada abad ke 16 masihi.

19
 Industri Kecil.

 Kepesatan perkembangan ekonomi turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di


pusat-pusat bandar yang besar seperti Nanjing dan Beijing. Bandar-bandar ini turut
menyumbang kepada pertumbuhan industri swasta. Khususnya, industri-industri skala
kecil seperti pengeluaran barang-barang kertas, sutera, kapas dan porselin. Industri
porselin telah berkembang sehinggapada zaman pemerintahan Maharaja Zhu Yuan
Zhang, industri ini member sumbangan yang besar dalam perbendaharaan Negara.
Kiangsi muncul sebagai pusat pengeluaran porselin yang utama.
 Soochow muncul sebagai pusat industri tekstil dan Sungkiang sebagai pusat utama
pengeluaran kain kapas. Perkembangan industri tekstil ini telah menjadikan kapas
sebagai satu tanaman penting dalam Dinasti Ming. Selain itu, industri kraf tangan dan
tenunan turut menyumbang dalam sector pertanian dan pembangunan Negara China.
Usaha pertukaran dengan Negara luar turut mencapai perkembangan pesat sehingga
mewujudkan perdagangan dengan Jepun, Afrika Timur, dan negara-negara Asia.
 Dengan ini, sistem ekonomi feudalisme di China semakin berkembang terutamanya dari
aspek pertumbuhan industri kecil sehingga menjadi pemangkin kepada perrkembangan
industri pada abad yang lain.

 Perdagangan.

 Pada abad ke-16, ekonomi feudalism yang mengutamakan pertanian sebagai sumber
utama di China telah menyebabkan status ekonomi perdagangan diletakkan sebagai
lapisan paling rendah dalam bidang ekonomi. Justeru, para pedagang dipandang hina
walaupun membawa pulangan yang banyak kepada Negara China.
 Namun begitu, aktiviti perdagangan di China tetap berjalan dengan lancar dengan
adanya sistem pengangkutan yang baik. China telah menggunakan sungai-sungai
sebagai jalan perhubungan yang utama. Sungai Yangtze yang boleh dimuduki kapal
sejauh seribu batu dari kuala telah membolehkan perdagangan dijalankan di seluruh
lembangan tengah.
 Sistem jalan air ini telah diperluaskan lagi dengan pembinaan Terusan Besar yang
menganjur dari Peking di sebelah utara ke Hangchow, selatan Sungai Yangtze.
Sementara di bahagian tengah dan selatan China pula, khasnya di wilayah-wilayah
timur, banyak terusan kecil yang membantu membawa barang dari satu kawasan ke
kawasan yang lain.
 Jelaslah, kerancakan perkembangan perdagangan yang berlaku pada abad ke 16 di
China mejadikan China mula didatangi pedagang-pedagang asing sekitar abad ke 18
masihi.

 Hubungan Luar Dan Perdagangan.


 Perdagangan di China pada abad ke-16 turut berkembang. Perkembangan ini berikutan
pembaharuan dasar pemerintahan Dinasti Ming. Pada abad ini, maharaja telah
membenarkan pelayar-pelayar China memulakan pelayaran ke pesisir pantai di Asia
Tenggara, selatan India, Sri Lanka, Hormuz dan pesisir pantai Afrika. Pelayaran ini
membuahkan hasil apabila wujudnya hubungan dengan negara luar dan hubungan
perdagangan.
 Hubungan dengan Negara luar ini telah meningkatkan perdagangan China dan
membawa pedagang-pedagang dari luar untuk berdagang di pelabuhan Canton.
Pelabuhan Canton menerima pelbagai bangsa, antaranya pedagang Asia Tenggara,
Arab dan Eropah.
 Kepelbagaian Negara para pedagang yang datang ini membolehkan China menerima
banyak aspek-aspek lain dari tamadun luar. Keterbukaan pemerintah era Dinasti Ming
ini telah membawa banyak perubahan dalam bidang pertanian di China.
 Hal ini berjaya meningkatkan ekonomi negara China pada abad ke16 masihi.

20
C. Kesimpulan
 Kesimpulannya, ekonomi feudalisme di China menunjukkan aspek dari segi pertanian,
industri kecil, perdagangan serta hubungan luar dan perdagangan yang menjadikan
negara China sebuah Negara yang wajar menjadi contoh kepada negara-negara lain.
Kepesatan dan kemakmuran ekonomi China pada zaman pemerintahan Dinasti Ming
telah menjadikan China sebagai sebuah Negara yang masyhur dalam perkembangan
ekonomi pada masa tersebut
Catatan :
 Calon perlu menghuraikan SEMUA kegiatan ekonomi feudal dari segi kemajuan
yang dicapai pada abad ke 16 di China.

21
BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PERKEMBANGAN PESAT DALAM
BIDANG PERTANIAN DI ENGLAND PADA ABAD KE 17 DAN 18.

A. PENGENALAN
 Pada akhir abad ke 17 revolusi pertanian telah berlaku di England. Pada masa ini berlaku
peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian secara besar-besaran.
 Peningkatan pengeluaran hasil pertanian ini mendorong pula kepada tercetus pula revolusi
perusahaan pada tahun 1760.
 Antara faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan dalam bidang pertanian
tersebut ialah

B. ISI UTAMA
1.Akta Pemagaran Tanah
i. Sebelum ini terdapat dua sistem pemilikan tanah di England iaitu tanah milik persendirian dan
tanah awam. Parlimen British telah meluluskan akhta pemagaran tanah awam.
ii.Dengan kelulusan ini tuan-tuan tanah telah bertindak memagari tanah-tanah awam. Petani-
petani yang tidak mampu telah bertindak menjual tanah-tanah mereka.
 Antara tahun 1761 hingga tahun1792 terdapat 500 000 ekar tanah dipagari.
 Tanah-tanah yang luas ini telah ditanam secara besar-besaran ini telah membawa kepada
lonjakan hasil pengeluaran.

 Pengenalan Kaedah Baru Pertanian


 Pada abad ke 18 telah diperkenalkan pelbagai kaedah pertanian baru antaranya ialah
sistem penanaman bergilir yang diperkenalkan oleh Lord Towenshend. Melalui kaedah
tanaman ini kesuburan tanah dapat dipelihara. Contohnya tanaman kentang digilirkan
dengan turnip.
 Thomas William Cake pula telah menambah baik sistem ini dan telah meningkatkan lagi
hasil pertanian.
 Pengenalan pertanian campur turut dilaksanakan .Dalam sistem penggiliran tanaman Lord
Townshend petani turut menanam rumput. Dengan itu rumput tersebut digunakan sebagai
makanan lembu.Ini melibatkan petani terlibat dengan pertanian campuran iaitu menanam
rumput dan menternak lembu.
 Coke of Holkham telah memperkenalkan kaedah menebus guna tanah pasir untuk tanaman
gandum dengan subur. Cara ini menyebabkan lebih banyak kawasan gandum dapat
ditanam.
 Beliau juga turut memperkenalkan kaedah baru penyewaan tanah iaitu melalui kontrak
jangka panjang. Cara ini telah berjaya menarik ramai usahawan melabur dalam sektor
perladangan.

3. Kaedah Penternakan Baru


 Robert Bakewell talah memperkenalkan kaedah baru dalam penternakan biri-biri dan lembu.
Beliau telah berjaya merevolusikan baka biri-biri terbaik dinamakan Leicestershire . Melalui
kaedah ini ternakan lebih cepat membesar dan matang.
 Bekalan daging, susu dan bulu telah dapat dipertingkatkan.Di samping itu najis binatang ini
membekalkan baja kepada petani untuk pertanian.
4. Teknologi Pertanian Baru
 Hasil ciptaan baru juga telah meningkatkan hasil pengeluaran. Antaranya penggunaan alat
penggali dan mesin penabur benih Jethrol Tull. Kaedah baru ini telah mempercepatkan
kerja,tanaman teratur dan memudahkan kerja menggembur serta tanaman dapat ditanam
dengan banyak.
 Teknik membajak Rotterham, sejenis bajak berbentuk tiga segi. Penciptaan alat ini telah
membolehkan kerja membajak dapat dilakukan dengan lebih cepat dan berkesan.
5. Pertambahan Penduduk

22
 Pertambahan penduduk England dan Wales turut menyumbangkan kepada perkembangan
pesat dalam bidang pertanian. Pada tahun 1700 jumlah penduduk England dan Wales ialah
5,5 juta orang dan telah meningkat kepada 6.5 juta orang pada tahun 1750.
 Pertambahan penduduk telah menggalakkan kegiatan pertanian bagi memenuhi keperluan
makanan. Tambahan pula peningkatan penduduk juga telah membekalkan tenaga buruh
dalam sektor pertanian.

C.KESIMPULAN
 Inovasi dalam kaedah,teknologi dan pengenalan tanaman baru telah membawa kepada
perkembangan pesat dalam pertanian di England.
 Ini terbukti melalui peningkatan eksport hasil pertanian dari 15% pada tahun 1750 kapada
45% pada tahun 1770.

23
HURAIKAN FAKTOR YANG MEMBAWA PERKEMBANGAN INDUSTRI DI JERMAN PADA
ABAD KE-19 MASIHI.
1.0 Pengenalan
- Masyarakat Jerman menjadi masyarakat industri agak lewat berbanding negara-negara
Eropah yang lain. Fasa Pertama Revolusi Perindustrian di Eropah menyaksikan England,
Perancis dan Belgium muncul sebagai negara-negara perindustrian.
- Berikutan dengan perkembangan sektor perindustrian di Eropah pada abad ke-19,
Jerman turut mengambil inisiatif memajukan bidang tersebut. Jerman hanya muncul sebagai
negara perindustrian pada Fasa Kedua Revolusi Perindustrian.
- Berikut adalah antara faktor yang membawa kepada perkembangan sektor perindustrian
di Jerman.

2.0 Faktor perkembangan perindustrian di Jerman

2.1. Faktor Penyatuan Jerman.


- Pada awal abad ke-19, Jerman adalah sebuah negara pertanian yang berasaskan
sistem feudal. Negara Jerman jauh ketinggalan daripada negara-negara perindustrian yang lain
seperti Britain, Perancis dan Belgium. Tambahan pula, antara tahun 1830-an hingga 1840-an,
negara Jerman masih berpecah belah kepada negari-negeri yang berasingan. Hasil ekonomi
Jerman bergantung kepada sektor pertanian. Contohnya, Prusia, Saxony dan lain-lain
merupakan pengeluar utama hasil-hasil pertanian seperti ubi kentang, ubi bit dan lain-lain.
- Pada dekad 1830-an, perindustrian di Jerman dimulakan dengan pembuatan tekstil
secara kecil-kecilan. Perkembangan ekonomi Jerman berlaku antara tahun 1850 hingga 1870
apabila Jerman mengalami revolusi perindustrian.
- Berikutan penyatuan negara Jerman pada tahun 1871 dan dasar kerajaan untuk
menjadikan masyarakat Jerman sebagai sebuah masyarakat negara perindustrian telah
membawa era baru dalam sektor perindustrian. Perkembangan terbaru itu, telah menjadikan
sektor perindustrian di Jerman bertambah pesat dan dikenali sebagai Revolusi Perindustrian
Kedua. Kerajaan Jerman bukan sahaja menyokong industri berat tetapi juga industri kraftangan
dan aktiviti perdagangan.

2.2 Dasar Kerajaan Jerman.


- Mulai tahun 1867, kerajaan Jerman telah memulakan usaha membangunkan sektor
ekonominya. Kerajaan Jerman memberi keutamaan kepada sektor perindustrian dan
menjadikannya sebagai salah satu dasarnya. Lombong-lombong arang batu dan besi telah
dibuka untuk memajukan sektor perindustrian di Jerman. Jalan-jalan kereta api dibina bagi
memudahkan pengangkutan. Kilang-kilang kain dan peralatan elektrik didirikan.
- Kerajaan Jerman juga mendirikan sekolah dan kolej teknik vokasional bagi melahirkan
tenaga mahir. Usaha membentuk Jerman menjadi negara perindustrian menyebabkan
kerajaan mengubal dasar-dasar yang memberi keutamaan kepada sektor perindustrian. Pada
tahun 1879, Jerman menamatkan dasar perdagangan bebas dan mengamalkan dasar
melindungi industri. Hal ini membantu dalam menambahkan hasil pengeluaran Jerman pada
tahun 1872.
- Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pemerintah Jerman untuk menjaga kebajikan
masyarakat industri Jerman. Otto Von Bismarck telah memperkenalkan undang-undang insuran
sosial pada tahun 1883 bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan. Fungsi undang-
undang insuran tersebut ialah untuk menjaga kebajikan pekerja semasa ditimpa kemalangan
sewaktu bertugas. Undang-undang tersebut menyediakan satu peruntukan keselamatan
nasional yang lengkap bagi pekerja kilang menghadapi risiko kehidupan kota iaitu penyakit,
kemalangan dan umur tua. Akta-akta bagi mengatasi masalah-masalah tersebut telah
diluluskan pada tahun 1883, 1884 dan 1889. Ini bermakna masyarakat industri Jerman
dilindungi oleh insuran serta tabung pencen dan sakit. Penggunaan tenaga buruh kanak-kanak
cuba dibanteras oleh pihak kerajaan. Pada tahun 1839 satu undang-undang telah diluluskan;
pengambilan buruh kanak-kanak bawah 9 tahun dan menghadkan masa kerja kanak-kanak
kepada 10 jam.
24
2.3 Tenaga Buruh.
- Pada abad ke-19, penduduk di Jerman bertambah dan mengatasi penduduk Britain.
Penduduk Jerman meningkat dari 23 juta orang kepada 56 juta orang, berbanding Britain dari
10 juta kepada 37 juta orang dan Perancis yang bertambah dari 27 juta kepada 39 juta orang.
- Dengan itu, Jerman mempunyai penduduk yang paling ramai di Eropah. Masyarakat
industri Jerman menyediakan sumber manusia yang besar kepada sektor perindustrian. Mereka
merupakan tenaga mahir yang mendapat pendidikan dari sekolah-sekolah pertukangan, teknik
dan vokasional.
- Tenaga mahir disalurkan ke kilang-kilang bagi mengendalikan jentera-jentera di kilang-
kilang. Mereka merupakan tulang belakang kepada industri elektrik, kimia, petroleum,
kenderaan, tekstil dan lain-lain.

2.4 Kekayaan Bahan Mentah.


- Masyarakat industri Jerman turut muncul dengan adanya sumber bahan mentah yang
banyak. Contohnya, pengeluaran bijih besi di Saxony dan Silesia yang berjumlah 1.5 juta tan
pada tahun 1871 dan meningkat kepada 8.5 juta tan pada tahun 1900. Ini membolehkan
industrialis seperti Alferd Krupp menjadi pengusaha barangan besi yang terkemuka di dunia.
Syarikat Krupp telah mengeluarkan barangan besi dan kelui yang berkualiti tinggi.Pada tahun
1913, eksport besi dan keluli Jerman bernilai 100 juta pound sterling.
- Selain itu, Jerman juga kaya dengan sumber arang batu terutamanya di kawasan
Lembah Rhine serta Alsace dan Lorraine. Kawasan-kawasan yang kaya dengan bahan mentah
ini menjadi tumpuan pengusaha kilang untuk mendirikan perindustrian mereka.

2.5. Peranan Institusi Kewangan Modal.


- Kemunculan institusi perbankan memainkan peranan yang penting dalam kemunculan
dan perkembangan masyarakat industri Jerman. Perkembangan sistem perbankan di Jerman
menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan perniagaan. Pada tahun 1840-an, Bank of
Prusia berfungsi sebagai “joint stock” dalam pengeluaran kredit dan menyediakan pelaburan
kapital. Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan beberapa buah
bank utama yang terdiri daripada Disconto Gesellschaft of Stuttgard, Deutsche Bank,
Darmstadter Bank dan Dresdener Bank. Dengan bantuan dan peranan bank memberi bantuan
modal mempercepatkan perkembangan industri di Jerman sekitar tahun 1870-an.
- Penubuhan kesatuan kredit turut merangsang pertumbuhan sektor ini. Menjelang tahun
1911 sebanyak 25 000 kesatuan kredit di selruh Jerman. Persatuan Kredit Schulze Delitzech
antara persatuan yang banyak memberi bantuan kepada penguasa industri di Jerman.
- Hal ini menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, keluli, kapas dan
kain bulu serta kemajuan sistem pengangkutan darat dan laut.

2.6. Faktor Kemajuan sistem pengangkutan.


- Pembinaan jalan keretapi dibina dengan pesat pada tahun 1870, hasil pembangunan
industri besi dan keluli. Firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama keretapi di
Jerman.
- Kerajaan juga menyediakan perkhidmatan keretapi yang murah untuk menghantar besi
Jerman ke negara-negara Eropah yang lain. Kemajuan ini membolehkan Jerman mula
mengeksport besi dan keluli ke lain-lain negara Eropah.
- Pembangunan industri perkapalan turut menjadi faktor perkembangan perindustraian
Jerman. Berlaku peningktan dalam pembinaan kapal-kapal waap yang tertumpu di Hamburg,
Stettin, Danzig, Bremen dan Elby. Pembinaan kapal wap ini membolehkan barangan dihantar
dengan cepat dan dalam kuantiti yang banyak.

2.7. Faktor Kemajuan sains dan teknologi penyelidikan


- Kerajaan Jerman telah melaburkan wang yang banyak dalam penyelidikan terutama
dalam bidang kimia, automotif, dan elektrik. Penyelidikan itu telah melahirkan inovasi baru
seperti yang dibuat oleh syarikat Siemens dalam bidang kejuruteraan elektrik.
25
- Pewarna tiruan juga berjaya dicipta telah digunakan secara meluas dalam industri
tekstil.

2.8 Penubuhan Kartel


- Kartel ialah sebuah kumpulan pengeluar bebas secara rasmi yang bertujuan
meningkatkan keuntungan koletif.
- Kartel berperanan mengawal harga barangan, mengawal bekalan barangan dan
menjamin keuntungan dalam industry
- Anggota Kartel turut bersepakat dalam menentukan harga barangan selain turut
berperanan dalam mengawal kewangan dan pasaran barang

3.0 Kesimpulan
- Pada abad ke-19 dan 20, negara Jerman mengalami perkembangan pesat dalam
bidang ekonomi. Kemajuan teknologinya membawa kemunculan dan perkembangan
masyarakat industri Jerman.
- Menjelang abad ke-20, Jerman menjadi pemimpin dalam bidang perindustrian di
samping Britain dan Amerika Syarikat.

26
JELASKAN IDEA-IDEA YANG TERKANDUNG DALAM BUKU THE WEALTH OF NATION
OLEH ADAM SMITH.

A.Pendahuluan
 Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah dari Scotland. Beliau
terkenal kerana pengaruh bukunya The Wealth of Nation dan dianggap sebagai Bapa
Ekonomi moden. Beliau dilahirkan di Kirkcaldy, Fife, Scotland.
 Pendidikan awalnya bermula di Burgh School of Kirkcaldy dan seterusnya mempelajari
bidang falsafah moral pada tahun 1740 di Kolej Balliol, Universiti of Glasgow. Beliau
memegang jawatan sebagai Reaktor Universiti Glasgow dari tahun 1787 hingga 1789. Beliau
meninggal dunia pada 17 Julai 1790.
 Adam Smith merupakan seorang tokoh terkenal dalam zaman pencerahan terutamanya
dalam bidang ekonomi moden.Adam Smith mengasaskan disiplin ekonomi moden, polisi
merkantalisme, monopoli negara, memperkenalkan kerajaan berasaskan pasaran bebas,
menekankan kepentingan buruh dan pengkhususan pekerjaan.
B.Isi
1. Pengasas kepada disiplin ekonomi moden
 Sekitar abad ke-18, beliau telah memperkenalkan teori yang mengatakan bahawa
seseorang individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tapa bimbingan
atau arahan daripada negara.
 Sesebuah negara akan menjadi kuat apabila rakyatnya bebas.
 Beliau juga mengetengahkan idea mengakhiri sistem feudal, polisi merkantilisme,
monopoli negara, dan memperkenalkan kerajaan laissez-faire, iaitu kerajaan
berasaskan pasaran bebas.
2. Konsep ekonomi laissez-faire
 Laissez-faire ialah istilah Perancis yang membawa maksud "biarkan keadaan seperti
yang sedia ada".
 Konsep ini merujuk kepada kehendak sekumpulan pedagang
Perancis yang mahukan urusan perdagangan mereka tidak diganggu oleh kerajaan.
 Doktrin ini dikembangkan oleh Adam Smith di England.
 Beliau berpendapat kerajaan tidak harus campur tangan dalam urusan ekonomi,
sebaliknya membiarkan sistem ekonomi berfungsi seperti biasa
 Dengan cara ini, sistem ekonomi akan berfungsi dengan lebih cekap dan
memaksimumkan kebajikan umum.
3. Mengkritik Dasar Merkantilisme
 Beliau mengkritik dasar merkantilisme, iaitu apabila tindakan kerajaan mengawal koloni.
 Menurut beliau, koloni hanya akan berkembang pesat apabila diberi kebebasan
menjalankan aktiviti mengikut pilihan sendiri.
 Tindakan mengawal koloni secara politik akan membebankan negara induk dari segi
kewangan.
 Kritikan ini turut ditujukan kepada monopoli yang dilakukan oleh Syarikat Hindia Timur
Inggeris.

4. Teori Percukaian
 Menurutnya, teori percukaian ialah kerajaan hanya mergenakan cukai dengan cara
tidak menggugat kesejahteraan ekonomi dan rakyat sesebuah negara.
 Rakyat patut menyokong negara yang memberi kebebasan mengikut kebolehan
sendiri.
 Antara amalan ekonomi tersendiri yang dipercayainya ialah kekayaan negara dinilai
dari segi stok emas dan perak.
 Selain itu, negara patut mengekalkan penguasaan ke atas emas dan perak serta
mengenakan cukai ke atas barangan import, memberikan subsidi kepada
pengeksport, dan ( melindungi industri domestik.

27
5. Amalan Perdagangan
 Adam Smith berpendapat pembeli dan peniaga perlu sama-sama mendapat
keuntungan.
 Mengimport dan mengeksport barangan hendaklah memberi keuntungan
kepada kedua-dua pihak.
 Faedah perdagangan perlu dinikmati oleh kedua-dua pihak. Semua pihak perlu
meningkatkan kemakmuran sama seperti pertanian atau pembuatan.
 Kekayaan sesebuah negara bukan dalam kuantiti emas dan perak di dalam bilik
kebal, tetapi jumlah pengeluaran dan perdagangan.
6. Teori Ekonomi yang Sistematik
 Menentang teori lama ekonomi perdagangan yang menekankan perlunya
negara memiliki jongkong emas dalam jumlah besar.
 Menolak pandangan yang mengatakan bahawa tanah merupakan sumber
utama.
 Menckankan perkara yang paling penting ialah tenaga buruh.
 Beliau menekankan bahawa peningkatan kerja dan menentang peraturan usang
dan campur tangan pemerintah yang menghalang perkembangan dan perluasan
industri.
 Pasaran bebas bergerak menurut mekanisme secara automatik.
 Di mana pengeluar mengeluarkan barang yang diperlukan oleh masyarakat dan
permintaan terhadap barang tersebut akan meningkat.
 Walau bagaimanapun, harga barang tersebut dalam pasaran akan meningkat
jika barang yang diperlukan itu adalah kurang berbanding dengan permintaan.
 Hal ini akan menyebabkan keuntungan kepada pengeluar barangan tersebut.
7. Pengumpulan Modal
 Proses pengumpulan modal harus dilakukan lebih dahulu daripada pembahagian
kerja.Pengumpulan modal merupakan syarat utama terjadinya proses
pembangunan ekonomi.
 Dengan demikian, permasalahan pembangunan ekonomi secara luas adalah
kemampuan manusia untuk lebih banyak menabung dan menanam modal.
 Malahan, Smith menyatakan bahawa pelaburan dilakukan kerana pemilik modal
mengharapkan keuntungan.Keuntungan pula bergantung kepada iklim pelaburan
padahari ini dan keuntungan nyata.
 Keuntungan cenderung menurun dengan wujudnya
kemajuan ekonomi.Keadaan ini dapat digambarkan bahawa pada waktu
pengumpulan modal yang cepat.
 Maka persaingan meningkat antara pemilik modal dan dengan sendirinya akan
meningkatkan upah.Pada akhirnya, akan menurunkan keuntungan pemilik
modal.
C. Kesimpulan
 Adam Smith mengemukakan pandangan yang menjadi asas kepada kemajuan
pemikiran intelektual pada abad ke 18. Perdagangan berkembang menjadi sistem
ekonomi moden dan perdagangan bebas.Kegiatan ekonomi baru ini mempercepatkan
pertumbuhan revolusi perindustrian di Eropah.
 Adam Smith percaya bahawa kerajaan cuma mempunyai tiga fungsi utama iaitu
melindungi rakyat daripada penaklukan tentera, melindungi warganegara daripada
ketidakadilan dan menyediakan kemudahan seperti jalanraya dan sebagainya yang
tidak boleh disediakan oleh individu.
 Adam Smith telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan sistem
ekonomi moden hingga ke hari ini apabila idea-idea ekonomi baru yang diperkenalkan
telah memberi kesan besar terhadap perkembangan ekonomi moden.
Catatan :
Calon perlu menghurai EMPAT idea sahaja
28
SEJAUH MANAKAH PERTEMBUNGAN BUDAYA TEMPATAN DAN BARAT
MENYEBABKAN BERLAKUNYA DAHAGI DI INDIA PADA TAHUN 1857.
*Soalan ini mengkehendaki calon mengulas bagaimana pertembungan/kelainan yang
berlaku antara budaya timur dan budaya barat menyebabkan Dahagi India berlaku. Calon
tidak perlu menyebut terdapat faktor-faktor lain kerana budaya bermakna cara hidup yang
meliputi politik, eonomi dan sosial. Calon hanya perlu membuat generalosasi kecil dalam setiap
faktor untuk membuktikan berlaku pertembungan. Calon juga mesti menunjukkan kefahaman
tentengan pertembungan budaya ini dalam kesimpulan.
1.0 Pengenalan
- Pada tahun 1857 satu pemberontakan terbesar menentang pemerintahan British telah
berlaku di India. Pemberontakan ini dikenali sebagai Dahagi India dan merupakan
pemberontakan tentera atau sepoi menentang pemerintahan di India, Nawab atau Amir-Amir
yang kehilangan kuasa memerintah. Pemberontakan ini merupakan permulaan tindak balas
masyarakat India membebaskan negara daripada cengkaman pentadbiran British.
- Pertembungan budaya di antara timur dan barat merupakan faktor yang menyebabkan
tercetusnya peristiwa Dahagi yang meliputi faktor politik, elonomi dan sosial yang berbeza yang
menyebabkan penentangan berlaku ke atas SHTI(British).
B FAKTOR PERTEMBUNGAN BUDAYA TIMUR DAN BARAT
2.0 Sosial
2.1 Penghapuskan Amalan Thugge , Suttee dan Membunuh Bayi Perempuan
- Masyarakat India yg beragama Hindu marah dengan tindakan Gabenor Jeneral
British di India Lord William Bentick telah menghapuskan amalan thugge dan suttee
. Tradisi Sutte merujuk kepada amalan balu akan dibakar bersama-sama mayat suami
ketika upacara pengebumian.
- Amalan Thuggee ialah amalan merompak dan membunuh pengembara oleh kumpulan
agama atas nama Dewi Kali
- Masyarakat India juga tidak berpuas hati dengan penghapusan amalan membunuh bayi
perempuan yg dianggap akan memalu dan menyusahkan keluarga kerana terpaksa
menyediakan dowri perkahwinan anak perempuan mereka
*nyatakan kesimpulan yang menunjukan pertembungan

 Penggubalan Akta Kahwin Semula oleh Lord Dalhousie


 Undang-undang ini dianggap bertentangan dengan tradisi masyarakat Hindu yg
menetapkan isteri ‘mesti mati’ bersama-sama suami dan balu tidak dibenarkan kawin.
 Lord Dalhousie telah meluluskan dan memperkenalkan Akta Kahwin Semula bagi balu-
balu Hindu

 Diskriminasi (Perkembangan teknologi/sistem pengangkutan)


 Orang British memandang rendah masyarakat India. Sebagai contoh, masyarakat India
hanya boleh menaiki kereta api kelas ketiga[kelas pertama dan kedua dikhaskan untuk pegawai
Inggeris.
 Masyarakat India yang berkasta tinggi marah kerana menganggap situasi tersebut
mengancam sistem kasta yg mereka amalkan secara turun-temurun. Mereka terpaksa menaiki
dan duduk dalam gerabak bersama penduduk lain yang berkasta rendah

 . Isu Penggunaan Senapang Rifle Royal Enfield


 Pengenalan senapang Rifle Enfield menyemarakkan lagi kemarahan dan kebencian sepoi-
sepoi. Hujung peluru senapang telah disapu dengan rninyak lembu dan babi.
 Sepoi Hindu dan Muslim menganggap tindakan ini satu muslihat British menentang

29
kebudayaan mereka dan sebagai satu langkah mengkristiankan mereka.

 Ketidakpuasan hati golongan Sepoi.


 Tentera Benggala yang terlibat dalam Dahagi berasal dan kaum Brahmin dan Rajput yang
berkasta tinggi. Golongan ini tidak suka melakukan kerja berat dan berkhidmat di luar India.
 Perasaan tidak puas hati bertambah apabila Lord Canning meluluskan Akta Pengambilan
Tentera Am Melalui akta ini seseorang sepoi boleh dihantar berkhidmat di mana-mana
sahaja perkhidmatan mereka diperlukan.
 Apabila dihantar berkhidmat di kawasan jauh sepoi-sepoi ini tidak diberi elaun yang lebih.
Sepoi-sepoi ini bimbang bahawa kedudukan dan kasta mereka tercemar jika mereka bekerja
di luar India.
 Sepoi-sepoi ini juga tidak puas hati dengan dasar diskriminasi di antara mereka dan tentera
British. Mereka diberi layanan buruk dan gaji lebih rendah
 Kenaikan pangkat dalam tentera adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bukannya
keupayaan dan kebolehan seseorang calon.
 Penglibatan British dalam Perang Crimea memberi keyakinan kepada sepoi-sepoi bahawa
mereka dapat mengusir orang British dari tanah air mereka dengan mudah.

3.0 Politik:
3,1 Dasar pengilhakan Lord Dalhousie
 Proses penaklukan dan Undang:undang Lesap Waris yang dijalankan telah menyinggung
perasaan orang India, khasnya pemerintah wilayah-wilayah. Lord Dalhousie telah
mengilhakkan wilayah-wilayah di India tanpa mempertimbangkan perasaan orang India.
 Juga telah mencabar kedaulatan pemerintah tempatan seperti Nawab dan Camatic dan Raja
Tanjore.
 Tindakan Dalhousie menarik balik pembayaran• pencen Nana Sahib, anak angkat Baji Rao
selepas kemangkatan beliau menyebabkan Nana Sahib begitu benci terhadap pihak British
sehingga beliau sendiri memberi sokongan kepada Dahagi India.

3. 2 Pentadbiran tidak stabil


- Inggeris menggantikan sistem pentadbiran lama dengan pentadbiran baru yang
menyebabkan kesukaran masyarakat India menerima pentadbiran yang berlainan dengan
sistem yang telah mereka alami sejak turun temurun.
- Perubahan dalam pentadbiran tanah tidak disukai oleh penduduk India. Suruhanjaya
Inam yang dibentuk untuk menakaji pajakan tanah tanpa sewa telah menyebabkan Inggeris
merampas 20,000 estet di Deccan. Perubahan dalam pentadbiran hasil tanah telah
menyebabkan kesusahan dan kesengsaraan kepada para pemilik dan penyewa tanah.
- Di wilayah Oudh, Inggeris telah menghentikan bayaran kepada raja dan elaun serta
pencen kepada pegawai-pegawai. Tentera raja dibubar mengakibatkan mereka kehilangan
punca pencarian.
- Sikap angkuh pegawai -pegawai British dan sukar ditemui menyebabkan rakyat
membenci British. -Pengenalan Undang-Undang British yang dianggap asing dan tidak difahami
oleh rakyat serta Bahasa Inggeris dijadikan bahasa kehakiman telah menimbulkan kemarahan
di kalangan penduduk India.
- Inggeris juga tidak memberi jawatan penting (tinggi) dalam perkhidmatan awam dan
tentera kepada orang India. Orang orang India tidak diberi apa-apa hak politik,
menyebabkan semua lapisan masyarakat India menentang British.

 Ekonomi
 Penindasan Ekonomi
 Penindasan di dalam bidang perdagangan telah berlaku di Benggal sejak ia mula
beroperasi. Perdagangan telah lama dimajukan tetapi sektor perkilangan India telah
dimusnahkan dengan mengenakan cukai tarif yang tinggi di England bagi barang-barang
30
India. Ini menyebabkan eksport kapas dan sutera India ke England terhenti tetapi pasaran
India pula telah dibanjiri dengan barangan Inggeris. Ini menyebabkan industri perkilangan
India lumpuh.
- Industri-industri lain juga mengalami nasib yang sama, contohnya industri melebur besi
lumpuh kerana pengimportan besi dan besi waja. Industri desa, iaitu penggabungan pertanian
dan industri desa turut musnah.
- Keadaan ini menyebabkan pekerja-pekerja terlibat terpaksa menukar pekerjaan ke
sektor pertanian.
- India beransur-ansur bertukar menjadi jajahan pertanian untuk kapitalisme Inggeris. Ini
bermakna India membekalkan bahan-bahan mentah untuk pengilangan England dan rnembeli
barangan siap buatan British.

C. Kesimpulan
- Dahagi India merebak ke seluruh India. Pihak Inggeris berasa terancam dan cuba
melumpuhkan kebangkitan masyarakat India.Pada bulan Julai 1858, Dahagi India berjaya
ditamatkan. Maharaja Delhi berserta putera-puteranya ditangkap dan ditembak
- Dahagi India menjadi titik tolak permulaan semangat mengusir penjajah daripada tanah
India. Walaupun usaha tersebut gagal tetapi ia telah menjadi detik terpenting dalam sejarah
penentangan masyarakat India terhadap pihak Inggeris.

31
PERTEMBUNGAN BUDAYA BARAT DENGAN BUDAYA TEMPATAN MERUPAKAN SALAH
SATU FAKTOR TERCETUSNYA PERISTIWA DAHAGI DI INDIA. BINCANGKAN.

A.Pengenalan :
1. Pada tahun 1857 satu pemberontakan terbesar menentang pemerintahan British telah
berlaku di India. Pemberontakan ini dikenali sebagai Dahagi India dan merupakan
pemberontakan tentera atau sepoi menentang pemerintahan di India.
2.Pemberontakan ini merupakan permulaan tindak balas masyarakat India membebaskan
negara daripada cengkaman pentadbiran British.
3.Memang benar bahawa pertembungan budaya merupakan faktor yang menyebabkan
tercetusnya peristiwa Dahagi namun terdapat juga faktor-faktor lain iaitu faktor politik seperti
pengilhakan Lord Dalhousie, pentadbiran yang tidak stabil dan faktor ekonomi turut
menyebabkan tercetusnya Dahagi India.

B.Isi
a)Pembaharuan Sosial (Pertembungan budaya)
1.Penghapuskan Amalan Thugge dan Sutte yang Dianggap Kejam :
 Masyarakat India yg beragama Hindu marah dengan tindakan Gabenor Jeneral British di
India [Lord William Bentick] telah menghapuskan amalan thugge dan sutte. Tradisi Sutte
merujuk kepada amalan balu akan dibakar bersama-sama mayat suami ketika upacara
pengebumian. Amalan Thuggee ialah amalan merompak dan membunuh pengembara
oleh kumpulan agama atas nama Dewi Kali.
2.Amalan Membunuh Bayi Perempuan :
 Masyarakat India juga tidak berpuas hati dengan penghapusan amalan membunuh bayi
perempuan yg dianggap akan memalu dan menyusahkan keluarga kerana terpaksa
menyediakan dowri perkahwinan anak perempuan mereka.
3.Penggubalan Akta Kahwin Semula oleh Lord Dalhousie :
 Undang-undang ini dianggap bertentangan dengan tradisi masyarakat Hindu yg
menetapkan isteri ‘mesti mati’ bersama-sama suami.
4.Diskriminasi Kaum :
 Orang British memandang rendah masyarakat India. Sebagai contoh, masyarakat India
hanya boleh menaiki kereta api kelas ketiga[kelas pertama dan kedua dikhaskan untuk
pegawai Inggeris. Masyarakat India yang berkasta tinggi berasa marah kerana
menganggap situasi tersebut mengancam sistem kasta yg mereka amalkan secara
turun-temurun.

5. Isu Penggunaan Senapang Rifle Enfield


 Pengenalan senapang Rifle Enfield menyemarakkan lagi kemarahan dan kebencian
sepoi-sepoi. Hujung peluru senapang telah disapu dengan rninyak lembu dan babi.
 Sepoi Hindu dan Muslim menganggap tindakan ini satu muslihat British menentang
kebudayaan mereka dan sebagai satu langkah mengkristiankan mereka.

6. Ketidakpuasan hati golongan Sepoi.


 Tentera Benggala yang terlibat dalam Dahagi berasal dan kaum Brahmin dan Rajput
yang berkasta tinggi. Golongan ini tidak suka melakukan kerja berat dan berkhidmat di
luar India.
 Perasaan tidak puas hati bertambah apabila Lord Canning meluluskan Akta
Pengambilan Tentera Am Melalui akta ini seseorang sepoi boleh dihantar berkhidmat di
mana-mana sahaja perkhidmatan mereka diperlukan.
 Apabila dihantar berkhidmat di kawasan jauh sepoi-sepoi ini tidak diberi elaun yang
lebih. Sepoi-sepoi ini bimbang bahawa kedudukan dan kasta mereka tercemar jika
mereka bekerja di luar India.

32
 Sepoi-sepoi ini juga tidak puas hati dengan dasar diskriminasi di antara mereka dan
tentera British. Mereka diberi layanan buruk dan gaji lebih rendah
 Kenaikan pangkat dalam tentera adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan dan
bukannya keupayaan dan kebolehan seseorang calon.
 Penglibatan British dalam Perang Crimea memberi keyakinan kepada sepoi-sepoi
bahawa mereka dapat mengusir orang British dari tanah air mereka dengan mudah.
b. Politik:
1. Dasar pengilhakan Lord Dalhousie
 Proses penaklukan dan Undang:undang Lesap Waris yang dijalankan telah
menyinggung perasaan orang India, khasnya pemerintah wilayah-wilayah. Lord
Dalhousie telah mengilhakkan wilayah-wilayah di India tanpa mempertimbangkan
perasaan orang India.
 Juga telah mencabar kedaulatan pemerintah tempatan seperti Nawab dan Camatic dan
Raja Tanjore.
 Tindakan Dalhousie menarik balik pembayaran• pencen Nana Sahib, anak angkat Baji
Rao selepas kemangkatan beliau menyebabkan Nana Sahib begitu benci terhadap
pihak British sehingga beliau sendiri memberi sokongan kepada Dahagi India.

3. Pentadbiran tidak stabil


 Inggeris menggantikan sistem pentadbiran lama dengan pentadbiran baru yang
menyebabkan kesukaran masyarakat India menerima pentadbiran yang berlainan
dengan sistem yang telah mereka alami sejak turun temurun.
 Perubahan dalam pentadbiran tanah tidak disukai oleh penduduk India. Suruhanjaya
Inam yang dibentuk untuk menakaji pajakan tanah tanpa sewa telah menyebabkan
Inggeris merampas 20,000 estet di Deccan. Perubahan dalam pentadbiran hasil tanah
telah menyebabkan kesusahan dan kesengsaraan kepada para pemilik dan penyewa
tanah.
 Di wilayah Oudh, Inggeris telah menghentikan bayaran kepada raja dan elaun serta
pencen kepada pegawai-pegawai. Tentera raja dibubar mengakibatkan mereka
kehilangan punca pencarian.
 Sikap angkuh pegawai -pegawai British dan sukar ditemui menyebabkan rakyat
membenci British. -Pengenalan Undang-Undang British yang dianggap asing dan tidak
difahami oleh rakyat serta Bahasa Inggeris dijadikan bahasa kehakiman telah
menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk India.
 Inggeris juga tidak memberi jawatan penting (tinggi) dalam perkhidmatan awam dan
tentera kepada orang India. Orang orang India tidak diberi apa-apa hak
politik,menyebabkan semua lapisan masyarakat India menentang British.

c. Faktor Ekonomi
1. Penindasan Ekonomi
 Penindasan di dalam bidang perdagangan telah berlaku di Benggal sejak ia mula
beroperasi. Perdagangan telah lama dimajukan tetapi sektor perkilangan India telah
dimusnahkan dengan mengenakan cukai tarif yang tinggi di England bagi barang-
barang India.
 Ini menyebabkan eksport kapas dan sutera India ke England terhenti tetapi pasaran
India pula telah dibanjiri dengan barangan Inggeris. Ini menyebabkan industri
perkilangan India lumpuh.
 Industri-industri lain juga mengalami nasib yang sama, contohnya industri melebur besi
lumpuh kerana pengimportan besi dan besi waja. Industri desa, iaitu penggabungan
pertanian dan industri desa turut musnah.
 Keadaan ini menyebabkan pekerja-pekerja terlibat terpaksa menukar pekerjaan ke
sektor pertanian.

33
 India beransur-ansur bertukar menjadi jajahan pertanian untuk kapitalisme Inggeris. Ini
bermakna India membekalkan bahan-bahan mentah untuk pengilangan England dan
rnembeli barangan siap buatan British.

C. Kesimpulan
1.Dahagi India merebak ke seluruh India. Pihak Inggeris berasa terancam dan cuba
melumpuhkan kebangkitan masyarakat India.Pada bulan Julai 1858, Dahagi India berjaya
ditamatkan. Maharaja Delhi berserta putera-puteranya ditangkap dan ditembak
2.Dahagi India menjadi titik tolak permulaan semangat mengusir penjajah daripada tanah India.
Walaupun usaha tersebut gagal tetapi ia telah menjadi detik terpenting dalam sejarah
penentangan masyarakat India terhadap pihak Inggeris.
Catatan Calon
* Calon seharusnya dapat mengemukakan pertembungan budaya sebagai isi utama dan
faktor-faktor lain sebgai faktor sampingan yang menyebabkan tercetusnya Peristiwa
Dahagi di India.

34
SEJAUH MANAKAH SENTIMEN ANTI ASING MENYEBABKAN TERCETUSNYA
PEMBERONTAKAN BOXER DI CHINA PADA TAHUN 1899.
Pendahuluan:
 Pada tahun 1899, tercetus pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Boxer
di negara China yang dipimpin oleh kumpulan kongsi gelap Cina I-Ho Chuan.
 Matlamat utama pemberontakan ini adalah menghalau orang asing dari negara China
dan membunuh orang China yang beragama Kristian.
 Pemberontakan ini adalah reaksi orang China terhadap tekanan yang diberikan oleh
kuasa-kuasa asing seperti Inggeris, Perancis, Jerman dan lain-lain terhadap kerajaan
China.
 Anggota gerakan Boxer menganggap orang asing sebagai punca kepada segala
kepincangan yang berlaku di negara China.
 Sememangnya tidak dapat disangkal lagi bahawa sentiment anti asing merupakan salah
satu faktor penting yang mencetuskan pemberontakan Boxer di China.

B. Isi
1. Sentimen Anti Asing
 Sentimen anti asing merupakan salah satu faktor penting yang mencetuskaan
Pemberontakan Boxer.
 Sentimen anti asing meningkat ekoran pencerobohan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa
Barat sejak Perang Candu Pertama.
 Tindakan kuasa-kuasa Barat merebut konsesi juga menjatuhkan maruah dan
mencemarkan kedaulatan negara China.
 Sentimen anti asing bukan hanya menebal di kalangan rakyat China sahaja malah
sarjana dan pembesar serta tokoh-tokoh istana seperti Maharani Dowager, Putera
Chuang dan Kang-I juga, yang berganding bahu untuk menghalau orang asing dari
negara China.
 Jelaslah, sentimen anti asing merupakan faktor penting yang mencetuskan
Pemberontakan Boxer.

2. Sentimen Anti Kristian


 Selain faktor di atas, terdapat beberapa lagi faktor lain yang saling berkait antara satu
sama lain yang mencetuskan Pemberontakan Boxer.
 Sentimen anti Kristian merupakan salah satu faktor lain yang penting. Sentimen ini lahir
ekoran tindakan mubaligh Kristian menyebarkan agama Kristian dalam kalangan
masyarakat Cina.
 Penyebaran agama Kristian tidak disenangi oleh orang Cina kerana agama Kristian
bercanggah dengan kepercayaan Confucianisme, Buddha dan Taoisme.
 Orang Cina yang menganut agama Kristian juga mengasingkan diri mereka daripada
masyarakat Cina. Mereka juga meninggalkan beberapa adat lama dan enggan memberi
bantuan kewangan untuk upacara agama di tempat tinggal mereka.
 Mubaligh Kristian juga memperjuangkan hak-hak istimewa penganut Kristian dan
campur tangan dalam hal ehwal tempatan.
 Orang Cina yang memeluk agama Kristian dianggap sebagai pengkhianat bangsa
kerana mereka diperalatkan oleh orang asing. Mereka dikhuatiri akan taat kepada ketua
agama mereka dan tidak lagi percaya kepada ‘Anak dari syurga’ dan tidak mematuhi
undang-undang China.
 Tuntasnya, kebencian terhadap orang Kristian telah mendorong orang Cina
melancarkan pemberontakan Boxer.

35
3. Penguasaan ekonomi oleh orang asing
 Penguasaan ekonomi oleh orang asing juga merupakan faktor meletusnya
Pemberontakan Boxer.
 Penguasaan ekonomi negara China oleh kuasa-kuasa asing menimbulkan perasaan
benci rakyat tempatan terhadap orang asing.
 Kemasukan pelabur-pelabur asing menyebabkan pengusaha-pengusaha tempatan
hilang sumber pendapatan.
 Kemasukan barangan asing menyebabkan perusahaan tempatan seperti perusahaan
tekstil / kain kapas dan pertukangan kraf tangan merosot. Barangan China juga tidak
mampu menandingi mutu barangan Barat dan banyak kilang ditutup.
 Kadar pengangguran juga meningkat dalam kalangan orang tempatan.
 Orang Cina mempertanggungjawabkan semua ini kepada kehadiran kuasa Barat ke
negara mereka dan memanifestasikan kebencian mereka melalui Pemberontakan
Boxer.
 Jelaslah, penguasaan ekonomi tempatan oleh orang asing telah menimbukan perasaan
benci rakyat tempatan terhadap orang-orang asing.
4. Masalah kewangan
 Masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Manchu juga mencetuskan
Pemberontakan Boxer.
 Kerajaan Manchu menghadapi masalah kewangan yang serius kerana terpaksa
membayar ganti rugi perang kepada kuasa-kuasa Barat semenjak kekalahan mereka
dalam Perang Candu I lagi.
 Bagi menghadapi masalah ini, kerajaan China telah memperkenalkan dan menambah
cukai-cukai baru yang membebankan rakyat.
 Perkembangan ini menyebabkan rakyat menyertai pemberontakan bagi menghalau
orang asing dari negara China.
 Jelaslah bahawa masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan China telah
mendorong kepada rakyat orang Cina melancarkan pemberontakan.

5. Bencana alam
 Bencana alam juga merupakan salah satu faktor meletusnya Pemberontakan Boxer.
 Kejadian bencana alam seperti banjir dan kemarau telah meyebabkan kebuluran dan
kemusnahan harta benda.
 Masyarakat Cina berpendapat projek-projek pembangunan dan pembinaan kilang oleh
kuasa Barat telah mengganggu keharmoian alam serta meyebabkan kemarahan dewa-
dewi.
 Mereka berpendapat orang asing menjadi punca kepada segala penderitaan dan harus
diusir keluar dari bumi China.
 Tuntasnya, kepercayaan bahawa bencana alam yang berlaku disebabkan oleh orang
asing turut mendorong orang Cina melancarkan Pemberontakan Boxer.

C. Kesimpulan:
 Pemberontakan Boxer mendedahkan kelemahan dan kepincangan yang wujud dalam
kerajaan Manchu.
 Pemberontakan ini memberi kesedaran kepada kerajaan Manchu untuk melakukan
pembaharuan sebagai langkah untuk menguatkan diri bagi menghadapi ancaman
kuasa-kuasa asing.
 Pemberontakan Boxer meletakkan asas bagi kejatuhan kerajaan Manchu dan
kemunculan kerajaan Republik di negara China.
Catatan :
 Calon perlu membincangkan EMPAT FAKTOR SAHAJA yang menyebabkan
berlakunya Pemberontakan Boxer pada tahun 1899 di China

36
JELASKAN IMPLIKASI PERANG DUNIA PERTAMA (1914 - 1918 ) DARI ASPEK POLITIK
DAN EKONOMI
A.Pengenalan
 Perang Dunia Pertama tercetus antara tahun 1914 hingga 1918 yang hanya
melibatkan negara-negara Eropah. Perang ini juga melibatkan dua kuasa atau dua
blok yang berkepentingan.
 Pihak yang terlibat dalam perang ini ialah Triple Alliance (Perikatan Kuasa Tengah)
yang dianggotai oleh Jerman, Austria-Hungary dan Itali, dan Triple Entente (Pakatan
Bertiga) yang dianggotai oleh Rusia, Perancis dan Britain.
 Dalam peperangan ini, Jerman telah berjaya dikalahkan dan terpaksa menerima
syarat-syarat Perjanjian Versailles yang telah ditandatangani.
 Terdapat pelbagai kesan yang dapat kita lihat khususnya terhadap negara – negara
yang terlibat.
B. Isi
Kesan politik
1. Keruntuhan Pemerintahan Monarki / Sistem Beraja.
 Perang ini menamatkan sistem beraja di benua Eropah, khususnya di Jerman, Rusia
dan Turki.
 Pada tahun 1925, Khalifah Turki Uthmaniyyah turun takhta selepas kepimpinan diambil
alih Turki Muda ekoran kekalahan Turki dalam Perang Dunia Pertama. Perkembangan
ini meruntuhkan empayar Turki yang meliputi sebahagian daripada Eropah seperti
Bulgaria, Poland, Finland dan Czechoslovakia.
 Perang ini juga menyebabkan sistem beraja di Jerman tamat. Dalam keadaan ekonomi
dan sosial yang tenat dan keadaan perang yang tidak menentu, Kaiser William II di
turunkan takhta dan dilaporkan dibuang ke Belanda serta mendapat suaka politik di
Belanda.
 Ekoran ini kerajaan Republik telah didirikan di Jerman oleh pemimpin Parti Sosialis
Demokrat, Friedrick Elbert, dengan sokongan tentera dan pentadbir yang sedia ada.
Sehinggalah munculnya Adolf Hitler yang memerintah Jerman secara mutlak dan kuku
besi.
 Empayar Austria-Hungary turut mengalami kemusnahan apabila Dinasti Habsburg
tamat. Berlaku pemberontakan yang dicetuskan oleh bangsa-bangsa yang pernah
dikuasai seperti Pole, Slovak, Czech dan Finn.
 Di Rusia, perang ini menamatkan pemerintahan Tsar yang memerintah Rusia selama
400 tahun. Pada peringkat awal perang, Rusia sentiasa dikalahkan oleh Jerman yang
membuktikan kelemahan kerajaan Tsar. Malahan golongan tentera, kelas menengah,
buruh dan petani turut memandang rendah kepada Tsar.
 Mereka kemudian menyokong Vladimir Lenin yang berhasrat membentuk kerajaan
Komunis dan menyertai revolusi yang diadakan, ekoran daripada rasa tidak puas hati
rakyat atas kegagalan Tsar memulihkan ekonomi selepas tamat perang. Sehubungan itu
rakyat telah bangun sehingga mencetuskan Revolusi Bolshevik di bawah pimpinan
Lenin. Tsar Nicolas II terpaksa turun takhta dan menyerah kuasa kepada kerajaan
sementara. Malangnya beliau dan keluarganya telah dibunuh dengan kejam oleh
golongan pemberontak.
 Bagi menamatkan perang dengan Jerman dan Austria, Lenin telah menandatangani
Perjanjian Brest-Litovsk pada 3 Mac 1918. Melalui Perjanjian Brest Litovsk, Rusia hilang
suku (¼) wilayahnya di Eropah kepada Jerman dan tiga suku sumber arang batu dan
besi turut diserah. Kejayaan tersebut turut dibantu oleh peranan ejen perisikan Jerman.
 Jelaslah, perang Dunia Pertama ini telah mengubah landskap politik di Eropah di mana
telah menamatkan sIstem pemerintahan beraja di Negara-negara eropah.

2. Kemunculan negara-negara Baharu.


 Perang Dunia Pertama telah menyebabkan Jerman telah kehilangan kuasa, pengaruh

37
dan sebilangan besar wilayahnya. Kekuatan Jerman semakin lumpuh.
 Perjanjian Versailles pada 1919 telah mengubah peta Eropah dan menyaksikan
kemunculan negara-negara baharu.
 Keruntuhan empayar Rusia telah membentuk Negara baharu seperti Poland, Finland,
Estonia, Latvia dan Lithuania.
 Pemberontakan di Austria oleh penduduk bangsa asing melahirkan Hungary, Romania
dan Yugoslavia.
 Perpecahan empayar Turki Uthmaniyyah membebaskan banyak kawasan dibawah
pengaruhnya seperti Syria, Lebanon dan Iraq.
 Jelaslah, Perang Dunia Pertama menyaksikan empayar utama dunia telah runtuh dan
membawa kepada kemunculan negara bangsa yang baharu.

3. Kebangkitan Ideologi baharu seperti Demokrasi dan Sosialisme.


 Di Turki, sebuah kerajaan republik telah diasaskan di bawah kepimpinan Mustafa Kamal
Ataturk pada tahun 1923.
 Selepas Kaiser William II dibuang negeri, Parti Sosialis Demokrat di bawah pimpinan
Griendrich Ebertt telah membentuk Republik Weimer sebuah kerajaan demokratik tetapi
masih menggunakan khidmat golongan tentera.
 Kerajaan-kerajaan republik muncul di negara-negara baharu seperti Czechoslovakia,
Poland, Latvia dan sebagainya.
 Austria juga menjadi sebuah republik apabila pemerintahan Habsburg dihapuskan.
 Di Rusia, parti-parti politik ditubuhkan. Golongan pekerja menubuhkan Parti Buruh
Demokratik Sosial yang kemudian dikenali sebagai Parti Komunis. Parti ini kemudian
berpecah kepada dua. Golongan Bolsheviks yang dipimpin oleh Vladimir Lenin
mencetuskan revolusi yang mengasaskan kerajaan komunis yang pertama.
 Tidak dinafikan, Perang Dunia Pertama telah menyaksikan perkembangan ideologi
baharu di kebanyakan negara Eropah yang telah mengubah pemerintahan negara
tersebut.

4. Kehilangan Kekuasaan Jerman.


 Jerman kehilangan wilayah dan jajahan takluknya. Wilayah Alsace dan Lorainne diserah
kepada Perancis. Wilayah Euphen dan Malmedy diserah kepada Belgium. Wilayah Saar
yang kaya dengan arang batu di serah kepada Perancis.
 Wilayah ini (Saar) diletakkan di bawah pengawasan Liga Bangsa bagi tempoh 15 tahun.
Perancis dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan di daerah ini. Keadaan ini
menimbulkan rasa tidak puas hati Jerman.
 Jerman juga perlu mengiktiraf kemerdekaan Belgium, Poland dan Czechoslovakia.
Jerman juga hilang tanah jajahannya di Afrika dan Asia kepada pihak pemenang.
Cameron dan Togoland diserah kepada Britain dan Perancis.
 Jerman juga dilarang membesarkan pasukan tenteranya. Hanya 100 000 tentera sahaja
yang dibenarkan. Pengkalan tentera laut Jerman di Heligoland dan Dane dihapuskan.
Tentera juga dilarang berada di Rhine yang bersempadan dengan Peranchis.
 Jerman juga dilarang membeli senjata seperti meriam dan kereta kebal. Tindakan ini
menyebabkan rakyat Jerman merasa marah dan berasa terhina dan mula memandang
rendah kepada Kaiser William II.
 Kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Pertama ini telah melemahkan Jerman sebagai
antara kuasa utama tentera di Eropah seterusnya menjadikan Jerman negara yang
lemah di Eropah.

5. Penubuhan Liga Bangsa.


 Liga Bangsa ditubuhkan pada tahun 1919 yang berpusat di Geneva. Tujuan
penubuhannya adalah untuk menjaga keamanan serta mengelak daripada berlakunya
peperangan.
38
 Pertubuhan ini disertai oleh kebanyakan negara Eropah kecuali Rusia dan Amerika
Syarikat tidak menyertainya dan taraf kuasa besar diberikan kepada Britain, Perancis,
Itali dan Jepun. Di peringkat awal pertubuhan ini berjaya menyelesaikan masalah
sempadan antara Bulgaria dengan Greece pada tahun 1926.
 Penubuhan Liga Bangsa diharapkan dapat menyelesaikan masalah antara negara
melalui mesyuarat dan perundingan. Namun demikian, Liga Bangsa gagal menyekat
peperangan.
 Ketiadaan Amerika Syarikat dan Rusia sebagai anggota melemahkan pertubuhan ini
kerana berhadapan dengan masalah yang lebih mencabar pada tahun 1930-an seperti
penaklukan Itali terhadap Habsyah dan penaklukan Jepun ke atas Manchuria. Liga ini
akhirnya telah dibubarkan pada bulan April 1945
 Jelaslah, perang yang berlaku ini telah membawa kepada kemunculan Liga Bangsa
dengan harapan dapat mengekalkan keamanan dunai selepas tamatnya perang.

Kesan ekonomi
1. Kejatuhan mata wang
 Jerman dibelenggu masalah kewangan dengan menanggung beban hutang
sebagaimana yang ditetapkan dalam Perjanjian Versailles. Jerman dipaksa membayar
US$53 billion. Nilai mata wang Jerman mark telah menjunam, yang menyebabkan
berlakunya inflasi.
 Pada tahun 1942, nilai mata wang Jerman telah berkurang sebanyak 1% berbanding
tahun 1914. Pengeluaran industri Jerman juga terjejas. Pengeluaran arang batu dan
besi Jerman juga berkurangan daripada jumlah pengeluaran sebelum perang
 Di Perancis, pertempuran yang berlaku di utara Perancis, menyebabkan keupayaan
pengeluaran Perancis merosot kepada 70% bagi arang batu, 81% bagi keluli dan 63%
bagi besi.
 Setelah perang tamat, Perancis terpaksa menanggung hutang luar/ beban hutang
yang amat besar. Maka tidak hairanlah dalam Perjanjian Versailles, wakil Perancis
menuntut ganti rugi yang besar terhadap Jerman.
 Jelaslah, kemerosotan ekonomi khususnya kejatuhan mata wang merupakan antara
kesan yang tidak mampu dielak apabila berlakunya peperangan. Perkara ini amat
merugikan.
2. Berlakunya inflasi dan kekurangan makanan
 Peperangan juga telah menyebabkan pengeluaran arang batu dan besi di Jerman turut
terjejas. Jerman juga mengalami kekurangan makanan yang menyebabkan kerajaan
terpaksa mengenakan catuan terhadap makanan penting seperti roti, daging, susu yang
menyebabkan berlakunya rusuhan terhadap kerajaan di Berlin dan Leipzip yang
melibatkan hampir 300 000 orang pekerja.
 Di Rusia, timbul masalah dalam sektor pertanian akibat kekurangan buruh kerana
empat juta buruh dalam sektor ini dikerah menyertai pasukan tentera. Keadaan
tersebut menyebabkan pengeluaran pertanian terus berkurangan.
 Keresahan dalam kalangan masyarakat juga berlaku dan mogok yang melibatkan tiga
juta pekerja terjadi pada tahun 1916. Keadaan seperti ini memudahkan rakyat
melancarkan revolusi terhadap pemerintahan Tsar.
 Tuntasnya, perang yang berlaku ini bukan sahaja meninggalkan korban nyawa yang
tinggi malah memberi kesan kepada ekonomi dan juga kekurangan makanan akibat
kemusnahan kawasan pertanian.

3. Penutupan kilang dan kekurangan bahan bakar


 Pemerintahan Tsar di Rusia turut menghadapi masalah dalam belanjawan kerana
terpaksa mengagihkan peruntukan dalam bidang pendidikan dan perumahan kepada
bidang ketenteraan. Lebih memburukkan keadaan ialah kesan perang yang

39
berterusan menyebabkan kilang yang ditutup semakin bertambah dan Russia
menghadapi kekurangan bahan bakar yang serius.
 Tidak dinafikan kesan ekonomi perang ini menyebabkan banyak industri terpaksa
ditutup malah belanjawan perang juga semakin meningkat.

4. Sistem pengangkutan terganggu


 Pada tahun 1916, sistem pengangkutan tidak berfungsi. Kepincangan sistem
pengangkutan memberi kesan kepada tentera Russia yang berada di medan
peperangan kerana bekalan gagal dihantar kepada pasukan yang memerlukan
bantuan.
 Peperangan yang berlangsung ini jelas meninggalkan kesan ketara dalam bidang
pengangkutan di mana kegiatan ini gagal berfungsi disebabkan kemusnahan jaringan
jalan perhubungan.
5. Amerika Syarikat dan Jepun menguasai pasaran dunia
 Pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun. Perkara ini amat
dirasai oleh negara-negara Eropah terutamanya Britain, sebuah negara industri yang
sebelum ini menguasai peratus perdagangan terbesar di dunia. Perang Dunia
Pertama menyebabkan Britain kehilangan 1/3 daripada perdagangan luarnya.
 Tuntasnya, penglibatan negara Eropah dalam Perang Dunia Pertama memberi
peluang kepada kuasa AS dan Jeoun untuk muncul sebagai kuasa ekonomi pada
masa itu dan mengambil alih peranan negara eropah sebelumnya.

C.Kesimpulan:
 Kesimpulannya, kesan-kesan Perang Dunia Pertama mendorong tercetusnya Perang
Dunia Kedua. Hal ini kerana hubungan antarabangsa masih renggang selepas perang
dunia pertama tamat.
 Jerman berasa tidak puas hati terhadap Perjanjian Versailles kerana perjanjian ini
dianggap tidak adil dan telah menjejaskan maruah serta kedaulatan negara Jerman.
 Itali juga tidak puas hati kerana tidak diberikan tanah jajahan walaupun berda dalam
kumpulan menang.
 Liga Bangsa juga gagal menyekat pencerobohan Jerman ke atas Austria, Jepun ke atas
China dan Itali ke atas Abyssina.
 Keadaan ini mendorong kebangkitan pemerintahan diktator di Jerman dan Itali yang
mencetuskan Perang Dunia Kedua.

Catatan :
 Calon perlu menghurai :
Politik : 2 Isi
Ekonomi : 2 isi

40
HURAIKAN KESAN PERANG DINGIN PADA TAHUN 1945-1955.

1.0 Pengenalan
- Perang Dingin merujuk kepada konflik antara negara-negara Komunis yang diketuai oleh
Soviet Union dengan negara-negara Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Perang ini
melambangkan konflik antara negara-negara untuk memajukan kepentingan nasional melalui
cara-cara politik, ekonomi, dan psikologi.-
- Apabila tercetus perang dingin, kedua-dua pihak menjalanan kegiatan subversive,
propaganda, pengintipan, dan perang secara tidak langsung menerusi sekutu mereka.

2.0 Kesan Perang Dingin

2.1 Kemunculan Perikatan Tentera


· Selepas Perang Dingin Kedua, Soviet Union muncul sebagai kuasa militer yang paling kuat.
Kebangkitan Soviet Union menyebabkan negara-negara Eropah Barat mewujudkan Perikatan
Tentera.
- Antara Perikanan Tentera yang diwujudkan ialah Persetiaan Dunkirk dan Perjanjian Brusells.
Perikatan Tentera diwujudkan untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ketenteraan dan
ekonomi dalam kalangan negara-negara Eropah Barat.

2.2 Penubuhan Pakatan NATO dan WARSAW


- Pada tahun 1949 pula, Blok Komunis menyertai China selepas Parti Komunis China
(PKC) memenangi Perang Saudara dimana PKC dipimpin oleh Mao Tse-Tung. Kerana
perbezaan pengamalan sistem politik dan ekonomi, kedua-dua blok bersiap sedia dengan
sebarang kemungkinan seperti perang kilat. Amerika Syarikat (AS) membentuk pakatan tentera
yang digelar sebagai North Atlantic Treaty Organisation (NATO). NATO disertai oleh negara-
negara yang mengalami ancaman daripada komunis.
- Sebagai balasan, Blok Komunis menubuhkan Pakatan Warsaw yang beranggotakan
seluruh negara-negara Eropah Timur. NATO dan Pakatan Warsaw ini masing-masing
mempunyai senjata nuklear. Manakala satu lagi pakatan iaitu South-East Asia Treaty
Organisation (SEATO) yang disertai oleh AS, Australia, Britain, New Zealand, Perancis, Filipina,
Pakistan dan Thailand ditubuhkan bagi menghalang komunis ataupun kerajaan Rusia dan
China berpengaruh di Asia .

2.3 Dunia terbahagi kepada Blok Kapitalis dan Blok Komunis


- Akibat Perang Dingin yang paling ketara adalah, terbahaginya dunia kepada dua blok
yang berbeza iaitu Blok Kapitalis dana Blok Komunis. Dapat dilihat bahawa, Jerman telah
berpecah kepada dua iaitu Jerman Timur dan Jerman Barat dimana ini melambangkan
bagaimana blok-blok ini wujud .
- Jerman Barat diduduki oleh Tentera Berikat manakala tentera Rusia berpihak di Jerman
Timur. Sistem demokrasi diamalkan oleh Jerman Barat dan Jerman Timur pula mengamalkan
sistem komunis. Tembok Berlin telah dibina bagi memisahkan dua negara Jerman, dimana Ibu
kota lama Jerman dibahagikan dua kepada Kuasa Berikat dan Tentera Rusia .
2.4 Perlumbaan senjata dan ketenteraan
- Pertelagahan dua kuasa besar ini menyebabkan masing-masing mahu memberi
perhatian terhadap keupayaan ketenteraan. Akibatnya berlaku perlumbaan senjata tetapi
masing-masing cuba mengelakkan perselisihan yang mungkin akan tercetusnya peperangan
yang lebih besar.
- AS dan Rusia menggunakan pelbagai inisiatif bagi memperjuangkan kepentingan
masing-masing termasuklah melakukan kegiatan subversif , pengintipan , dan berperang
melalui sekutu-sekutu mereka sehingga melibatkan benua Asia.

41
- Contohnya yang berlaku di China, AS cuba membantu Chiang Kai-Shek menentang
Parti Komunis China (PKC). Namun, PKC memenanginya dan membawa kepada penyatuan
AS dengan Jepun yang sebelumnya adalah negara musuh yang sangat ditakuti . Ini kerana, AS
mahu membantu Jepun menggugat keselamatan China .

2.5 Kemunculan negara-negara berkecuali


- Perang Dingin menyebabkan negara-negara dunie ketiga menjadi rebutan antara dua
kuasa besar. Negara-negara dunia ketiga tidak mahu memihak kepada blok komunis atau blok
kapitalis.
- Perkembangan ini menyebabkan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
ditubuhkan. Matlamat utama NAM adalah mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong
blok Barat ataupun blok komunis.

2.6 Tamparan buat Asia


- Perang Dingin juga memberi tamparan hebat buat Asia apabila tercetus di benua Asia
sebuah peperangan yang berlanjutan selama tiga tahun iaitu Perang Korea. Dalang berlakunya
Perang Korea ini adalah dua kuasa besar yang terlibat dalam Peang Dingin, dimana Rusia dan
China memberi sokongan kepada Korea Utara menentang Korea Selatan yang mendapat pula
sokongan daripada AS.
- Sehingga kini kita dapat lihat bagaimana kesan Perang Dingin ini telah membina
tembok yang cukup kuat antara dua buah kerajaan negara Korea. Begitu juga yang berlaku di
Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Mujurlah Vietnam mampu menyelesaikan konflik mereka
sendiri atas pimpinan nasionalis mereka Ho Chi Minh. Biarpun politik dunia dipengaruhi oleh
Perang Dingin, banyak negara yang tidak mahu terlibat dalam persengketaan mereka dan tidak
menyokong mana-mana blok dan negara-negara ini digelar sebagai Negara-negara Dunia
Ketiga

2.7 Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO)


·- Perang Dingin menyebabkan Pakatan Tentera Antikomunis yang dikenali sebagai
SEATO ditubuhkan.
 Pakatan ini ditubuhkan untuk membendung kemaraan pengaruh komunis ke kawasan
Pasifik Barat dan Asia Tenggara.

3.0 Kesimpulan
- Perang Dingin yang bermula di benua Eropah tersebar ke bahagian-bahagian lain di dunia.
Perang ini berlanjutan hingga tahun 1980-an dan berakhir ekoran keruntuhan negara-negara
komunis di Eropah Timur pada tahun 1989. Biarpun politik dunia di pengaruhi oleh Perang
Dingin, tetapi byk Negara yang tidak mahu melibatkan diri dalam persengketaan tersebut.
Mereka tidak mahu menyokong komunis dan kapitalis. Negara-negara tersebut digelar Negara-
negara dunia ketiga.
- Persaingan antara dua kuasa bersa iatu rusia dan Amerika syarikat dan kemerosotan
ekonomi di eropah merupakan faktor dominan berlakunya Perang Dingin.

BINCANGKAN PENGLIBATAN UNITED KINGDOM DARI ASPEK POLITIK DAN EKONOMI


DALAM
Komanwel. [20 m ]
A. PENDAHULUAN
 Pertubuhan Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 dan merupakan salah satu
organisasi yang penting. Keanggotaannya terdiri daripada bekas tanah jajahan
British yang telah mencapai kemerdekaan. Pada akhir tahun 1950-an, kebanyakan
bekas tanah jajahan di Afrika, Asia, Carribbean, dan Pasifik yang mencapai
kemerdekaan memilih untuk menyertai Komanwel.
 Negara-negara ini yang mempunyai latar belakang sejarah yang sama melalui
pengalaman dijajah oleh British dibenarkan memilih jenis kerajaan sama ada
berbentuk republik, monarki, atau menerima monarki British.
42
 United Kingdom telah banyak memberi sumbangan dalam Komanwel.

B. ISI
Politik:
1. Sebagai pengasas dan ketua Komanwel
i. Penglibatan United Kingdom dalam Komanwel yang utama ialah menubuhkan Pertubuhan
Komanwel. United Kingdom boleh dianggap sebagai "pengasas" dan "ketua" Komanwel.
Penubuhan ini berjaya menjaga dan mengawal negara-negara bekas tanah jajahannya
daripada tanah jajahannya lenyap begitu sahaja.
ii. Hanya empayar British sahaja yang berjaya mewujudkan sebuah pertubuhan yang disertai
oleh negara-negara bekas tanah jajahannya yang dahulu pernah ditakluki tetapi kini mempunyai
status yang sama dengan Britain.
2. Memerintah tanah jajahannya berkerajaan sendiri
i. United Kingdom dalam Komanwel telah memerintah tanah jajahannya ke arah berkerajaan
sendiri seterusnya memberi kemerdekaan. Buktinya, bekas tanah jajahan British tidak dipaksa
untuk menyertai Komanwel dan keahliannya dalam Komanwel adalah bebas, iaitu boleh
menarik diri daripada Komanwel pada bila-bila masa. Misalnya, Myanmar meninggalkan
Komanwel pada tahun I'Hfl dan Republik Ireland meninggalkan pertubuhan ini pada tahun
1949.
ii. Negara-negara anggota juga disyaratkan supaya bersedia untuk bekerjasama dengan ahli-
ahli demi kepentingan bersama. Semasa Persidangan Perhubungan Komanwel di Lahore,
Pakistan pada tahun 1954, dua syarat lagi dicadangkan, iaitu mempunyai sistem parlimen dan
berkemampuan untuk mentadbir negara

3. Pengekalan legasi monarkinya


i. Penyertaan keanggotaan dalam Komanwel juga secara tidak langsung mengekalkan legasi
monarki United Kingdom. Pengekalan legasi ini memberi pengiktirafan kepada Queen (Raja
Inggeris) sebagai ketua negara dan mengekalkan keunikan Komanwel.
ii. Oleh itu, keanggotaan dalam Komanwel bukan secara automatik dan bekas-bekas tanah
jajahan British tidak semestinya diterima terus menjadi anggota setelah mencapai
kemerdekaan. Sesebuah negara bekas tanah jajahan British perlu memohon untuk menjadi ahli
Komanwel. Malahan, syarat seterusnya ialah negara-negara anggota yang berhasrat untuk
menukarkan status monarki menjadi republik, maka negara tersebut mestilah memaklumkan
kepada negara-negara anggota yang lain. Kesannya, lebih kurang 16 buah negara anggota
Komanwel memilih untuk mengakui Queen (Raja Inggeris) sebagai ketua negara.

4. Pengekalan model Barat


i. Sumbangan United Kingdom dalam penubuhan Komanwel adalah dengan memperkenalkan
sistem sosial, ekonomi, dan poliolitik berdasarkan model Barat. Penerapan sistem undang-
undang, birokrasi, ekonomi, dan lain-lain ini menjadikan struktur pentadbiran negara-negara
Komanwel lebih kemas dan berkesan.
ii. Keselarasan struktur politik, sosial, birokrasi serta sistem ekonomi yang sudah sebati dan
menjadi tradisi kepada negara Komanwel menyebabkan mereka lebih cenderung mengekalkan
hubungan baik dengan United Kingdom.

Ekonomi
1. Memberi bantuan ekonomi
i. United Kingdom ini juga menjalankan tanggungjawabnya untuk membangunkan tanah
jajahannya, termasuk wilayah-wilayah yang diamanahkan kepadanya yang ketinggalan dari
segi ekonomi. Oleh itu, Komanwel telah mengambil langkah yang wajar dengan bekerjasama
secara multilateral dalam bidang ekonomi dalam kalangan bekas tanah jajahannya akan
mengukuhkan ekonomi negara-negara berkenaan.

43
ii. Buktinya, negara Komanwel mengeksport lebih 50 peratus daripada teh, bijih timah, jut,
getah, minyak sawit, dan koko dunia. Malahan, negara Komanwel juga menyumbang separuh
daripada kduaran aluminium dunia.
2. Mewujudkan Rancangan Colombo
i. United Kingdom telah memujuk Amerika Syarikat, Kanada, dan Jepun untuk mewujudkan
Rancangan Colombo pada tahun 1950. Rancangan ini yang bertujuan memberi bantuan
kewangan, teknikal, dan biasiswa kepada negara-negara kurang maju. Dalam bidang ekonomi,
bantuan pembangunan tanah dan pertanian serta pengekalan kaedah pertaian moden telah
disumbangkan.
ii. Buktinya, beberapa negara anggota Komanwel seperti India, Fiji, Sri Lanka, dan Tanah
Melayu menikmati faedah daripada program ini sama ada dalam bidang pendidikan, dan
pembinaan infrastruktur, iaitu jalan raya, kereta api, serta sistem pengairan.

C. KESIMPULAN
 Sumbangan United Kingdom dalam Komanwel berjaya mewujudkan kerjasama
dalam bidang ekonomi, pelajaran, teknikal, dan lain-lain.
 Kerjasama yang wujud ini telah menyebabkan negara-negara anggota tidak
meninggalkan Komanwel.
Catatan: Calon perlu menjelaskan penglibatan United Kingdom dalam Komanwel dari
aspek politik dan ekonomi.
Markah yang cemerlang diberi kepada calon yang dapat menghuraikan penglibatan UK
dari aspek politik dan ekonomi.

44

You might also like