You are on page 1of 37

KESAN IMPERIALISME KE

ATAS TANAH MELAYU

Imperialisme
Umumnya sebagai perluasan kawasan dan
pengaruh satu bangsa ke atas bangsa lain.
Dasar meluaskan sesebuah empayar dengan
menjajah negara lain - Kamus Dewan
Negara-negara besar atau kuasa-kuasa besar
telah wujud sejak awal sejarah manusia lagi
seperti di Mesir, Mesopotamia, Assyria, dan
Persia. Imperialisme kuno mencapai kemuncak di
zaman Rumawi dan Byzantium (Rumawi Timur).
Karl Marx - satu tingkatan dalam perkembangan
kapitalisme sewaktu perluasan kuasa Eropah ke
Asia dan Afrika di sekitar tahun 1750an 1914.

Nadel dan Curtis - satu perkembangan kuasa


atau kawalan, sama ada secara langsung
atau tidak dalam politik atau ekonomi oleh
sesuatu kerajaan, bangsa, atau masyarakat
ke atas bangsa atau masyarakat yang lain.
Fieldhouse - satu kecenderungan sesuatu
masyarakat
atau
pemerintahan
untuk
mengawal masyarakat lain dalam pelbagai
tujuan.

Faktor-Faktor Penggalak Imperialisme


Dasar-dasar imperialisme adalah lebih di dorong
oleh perkembangan semasa di Eropah yang sibuk
memperjuangkan faham nasionalisme dan negara
bangsa (nation states). Di antara faktor-faktor
penggalak yang digariskan oleh ramai sarjana
ialah:
1. Etnosentrisme
Nasionalisme moden berkembang pada tahuntahun 1750an hingga 1914, konsep kemegahan
melalui penjajahan berbentuk kolonialisme telah
berubah corak kepada kemegahan dan ketinggian
bangsa masing-masing.

Idea bangsa terpilih atau ummatan


mukhtarah telah lama diwujudkan
oleh kaum bani Israel tetapi dalam
tempoh yang tersebut, pemikiran
sebegini telah semakin bertambah
subur.
Mereka mula memandang hina
bangsa lain di dalam benua mereka
sendiri dan pada kemuncaknya
berlakulah Perang Dunia Pertama

3. Agama
Misi agama Kristian yang membawa tugas suci
menyelamatkan umat manusia daripada penindasan
dan ketidakadilan terutama di negara-negara mundur
seperti di Asia dan Afrika telah mewujudkan fahaman
"the white men burden" atau "tugas suci orang kulit
putih".
Fahaman ini memberi maksud bangsa selain orang kulit
putih atau Kristian adalah merupakan beban yang
ditakdirkan Tuhan kepada mereka (orang kulit putih)
untuk di uruskan.
Dengan perasaan megah dan bangga diri, kuasa-kuasa
Eropah ini lebih agresif melaksanakan aktiviti
imperialisme di atas nama untuk menyelamatkan
bangsa lain yang mundur.

4. Keinginan Mencapai Kuasa Besar


Kemegahan
dan
kegilaan
mewujudkan
keinginan
menjadi
kuasa
besar
yang
menguasai semua manusia di muka bumi ini.
Jerman
merupakan
contoh
terbaik
bagaimana perasaan nasionalisme yang
dipupuk oleh Bismarck pada tahun-tahun
1800an telah mengakibatkan dunia terheret
ke dalam kancah Perang Dunia Pertama. Ini
berlaku kerana ketamakan untuk menguasai
seluruh Eropah.

Kolonialisme adalah merupakan satu dasar


penjajahan di mana penaklukan dibuat ke atas
sesuatu tempat baru untuk mendapatkan hasil
mahsulnya.
Hasil ketamakan mereka, kaum imigran telah
dibawa masuk dan kumpulan minoriti orang
asing ini kemudiannya secara perlahan-lahan
menguasai negara yang terjajah tersebut.
Justeru, dalam konteks kolonialisme dasar
penjajahan dibuat atas dasar kepentingan pihak
penjajah di segi pendapatan dan menggunakan
kaum imigran sebagai batu loncatan untuk
mempunyai kuasa di tanah jajahan mereka.

Imperialisme pula, bolehlah di katakan sebagai


satu kesinambungan atau lanjutan daripada
sifat konsep kolonialisme tetapi lebih keras.

Penguasaan
ini
melibatkan
proses
perkembangan kuasa dan kawalan melalui
idea dan pemikiran mereka sendiri terhadap
sistem politik dan ekonomi bagi meluaskan
kuasa sesuatu empayar.
Dasar ini lebih cenderung untuk menyebarkan
idea kebendaan dan kemegahan dari barat,
iaitu dengan menonjolkan sifat keunggulan
sesuatu bangsa.

Faktor penyebabkan Tanah Melayu menjadi


tarikan, iaitu:
1. Kedudukan Geografi Tanah Melayu
Jalan perdagangan di antara benua timur dan
barat
strategik
sebagai
sebuah
pusat
perdagangan.
Selat Melaka jalan laut yang selamat dan
terlindung dari taufan, ribut dan gelora lautan.
Faktor
geografi
selamat
untuk
jalan
perdagangan dan perlindungan dari ancaman
semula jadi ataupun yang dilakukan manusia.

2. Bahan Mentah
Tanah Melayu terkenal dengan gelaran Golden
Chersoneves ataupun
Suvarnabhumi, kaya
dengan hasil buminya seperti emas dan timah.
Tanah Melayu sering digunakan sebagai
pelabuhan entrepot yang mengumpulkan hasilhasil hutan seperti kayu manis, buah pala,
rotan, sagu selain bekalan air dan makanan
untuk bekalan perjalanan mereka.
Penemuan bijih timah secara meluas, Tanah
Melayu menjadi bertambah penting bagi
kuasa-kuasa penjajah.

3. Pasaran Baru
Eropah pada abad ke-14 dan 15 sedang
rancak dengan projek penjelajahan dan
penemuan.
Revolusi perindustrian menyebabkan kuasa
besar di Eropah keluar dari benua Eropah dan
mencari penempatan dan pasaran baru bagi
perdagangan mereka.
Kedudukan Tanah Melayu di tengah jalan
perdagangan menjadi tarikan kepada kuasa
Eropah - Tanah Melayu sebagai pusat
pasaran dan perdagangan.

Pasaran di Eropah sukar dan


persaingan
sengit
untuk
mendapatkan lokasi dan pasaran
baru pengeluaran masing-masing.
Keperluan terhadap bahan mentah
yang berkaitan dengan industri
seperti
bijih
timah
dan
besi
meningkat dengan mendadak.

4. Pangkalan Tentera
Kedudukan yang sesuai menjadi pangkalan tentera.
Sejarah awal kedatangan kuasa penjajah barat ke Tanah
Melayu bukan sahaja untuk mencari sebuah pelabuhan
persinggahan tetapi juga kerana strategi ketenteraan
untuk keselamatan angkatan atau rombongan mereka.
Kapten Francis Light ke Pulau Pinang yang dipajak
oleh British dari Kerajaan Kedah sebagai pelabuhan
persinggahan
dan pangkalan tentera untuk
mengawal ancaman lanun serta kuasa asing seperti
Belanda, Perancis, dan Jerman dari menggugat kapalkapal perdagangan mereka yang menggunakan
laluan di Selat Melaka. Pulau Pinang kemudiannya
telah menjadi antara tempat terawal dalam senario
perluasan kuasa British di Tanah Melayu

5.
Prester John
Pihak gereja telah menjanjikan kedatangan
seorang Messiah atau The Great Saviour atau
penyelamat agung bernama Prester John
yang akan muncul di benua sebelah timur.
Kepercayaan ini menyebabkan orang-orang
Kristian seperti Putera Henry dari Portugal
telah melancarkan gerakan mencari Prester
John di sebelah timur dengan harapan
gabungan kerajaan Kristian sebelah timur dan
kerajaan Kristian mereka dapat menjatuhkan
empayar Islam secara keseluruhannya.

Dasar Campur Tangan British di Tanah


Melayu
Datang hanya untuk mengaut hasil keuntungan
di Tanah Melayu tanpa peduli dan campur tangan
dalam hal ehwal
urusan orang Melayu dan
negeri-negeri Melayu.
Pada tahun 1874 secara rasmi British mula
campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri
Melayu
dengan
termeterainya
Perjanjian
Pangkor.
British terus mengekalkan kuasa dan pengaruh
di negeri-negeri Melayu yang lain sehinggalah
kemerdekaan dicapai pada tahun 1957.

Di antara faktor-faktor campur tangan British


di Tanah Melayu
1. Faktor Ekonomi
Revolusi industri di Eropah, keperluan bahan
mentah seperti bijih timah meningkat.
Sektor
perlombongan
bijih
timah
yang
kebanyakannya dikuasai oleh saudagar-saudagar
British dan Cina yang berkerakyatan British.
Sekatan perdagangan oleh Belanda terhadap
pengaruh kuasa lain di Indonesia menyekat
kemaraan British di kawasan lain di rantau ini
menyebabkan tumpu perhatian kepada Tanah
Melayu bagi mendapatkan hasil yang diperlukan.

2.
Faktor Ancaman dan Persaingan
Pengaruh Asing
Kuasa-kuasa
lain turut berminat
dengan
Tanah Melayu
Bijih timah
Jalan perdagangan dunia timur dan barat
Penguasaan penuh Belanda di Indonesia dan
Sepanyol di Filipina.
Persaingan imperialisme di kalangan negaranegara besar dari Eropah untuk membuka
tanah jajahan.

3.
Pergolakan Politik di Tanah Melayu
1860an hingga 1880, negeri pantai barat berada dalam
keadaan huru hara kerana perebutan takhta dan perang
saudara melibatkan kawasan perlombongan dan
membabitkan buruh imigran Cina yang dibawa masuk
oleh British.
Perlombongan tidak dapat dijalankan kerana buruh
Cina yang menganggotai kumpulan kongsi gelap Ghee
Hin dan Hai San terlibat dalam pergolakan politik.
Peralatan perlombongan musnah akibat pergaduhan
dan peperangan.
Bimbang pergolakan akan merebak ke kawasan atau
negeri lain - perang saudara di Larut Perak dibimbangi
merebak ke Pulau Pinang yang juga ramai imigran
Cina.

4. Perubahan Pucuk Pimpinan di Britain


Parti Konservatif yang diketuai oleh Disraeli
telah memenangi pilihan raya di Britain pada
tahun 1873 dan mengubah dasar Pejabat
Tanah Jajahan untuk masuk campur tangan
dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di
Tanah Melayu.
Perubahan ini di lihat jelas dipengaruhi oleh
perkembangan semasa, di mana bentuk
penjajahan berbentuk imperialisme yang
ditunjangi oleh kemegahan nasionalisme dan
jingoisme.

Dasar-Dasar Penjajahan British di Tanah


Melayu
Laksana pelbagai dasar meliputi sosial,
ekonomi, dan politik yang mengubah wajah
asal Tanah Melayu dan sistem kehidupan
masyarakat Melayu yang sedia ada.
Laksana banyak dasar pecah dan perintah
secara berhati-hati dan perlahan-lahan
seolah-olah berlaku secara semula jadi.

1. Sosial
Dasar paling utama British ialah kemasukan tanpa
had imigran asing dari China dan India ke Tanah
Melayu sebagai buruh-buruh di lombong dan ladang.
Suatu ketika telah hampir mengatasi jumlah
penduduk asal negara ini.
Mengaut sebanyak-banyak keuntungan dari Tanah
Melayu tanpa memperdulikan keadaan masyarakat
Melayu.
Imigran tersebut telah membentuk masyarakat baru
dalam negara ini dan diletakkan di kawasan-kawasan
yang
terpisah
daripada
kaum-kaum
lain
untukmenghalang kewujudan perpaduan antara kaum
- dasar pecah dan perintah.

Dasar pendidikan British berdasarkan


sistem
vernakular
yang
mana
pendidikan
dibuat
berdasarkan kaum masing-masing
Sekolah Cina dan Tamil dengan bahasa
pengantar dan sukatan pelajaran yang diambil
terus daripada negara asal mereka.
Sekolah British dijalankan oleh mubaligh
Kristian dan berasaskan pendidikan British yang
diambil daripada negara Britain sepenuhnya.
Sekolah
Melayu
pula
masih
berasaskan
pelajaran agama dan bercampur sedikit dengan
pendidikan
akademik
yang
mempunyai
pengaruh British.

British memastikan taraf pendidikan di sekolah


tidak akan seragam dan taraf pendidikan yang
diterima terutamanya orang Melayu adalah di
tahap yang rendah - Tanah Melayu belum mampu
untuk bebas dan mentadbir negara bersendirian.
Taraf pendidikan orang Melayu sering di banding
dengan taraf pendidikan di Britain. British sering
menanamkan kata-kata bahawa masyarakat
Melayu adalah malas dan mudah berpuas hati.
Hakikatnya masyarakat Melayu adalah rajin
berasaskan pekerjaan dalam sistem ekonomi
tradisi tetapi tidak diberi kesempatan mendapat
pendidikan yang terbaik.

Imigran-imigran
asing
dari
India
dibawa bekerja sebagai pendidik di
Tanah Melayu.
Taraf pendidikan
masyarakat Melayu terus kekal tidak
dapat
melebihi
taraf
pendidikan
Inggeris yang sebenar kerana mereka
hanya dididik
oleh pendidik dari
negara
yang
terjajah
juga
ketidakikhlasan British memajukan
pendidikan orang-orang yang mereka
jajah

2. Ekonomi
Bermula dengan kewujudan hasil bijih timah di Perak yang
menghasilkan Perjanjian Pangkor 1874.
Mengubah hala tuju ekonomi tradisi di Tanah Melayu yang
berasaskan ekonomi sara diri kepada bentuk ekonomi moden
bersifat komersial dan keuntungan - dasar kolonialisme
Dilakukan oleh British secara berhati-hati bagi memastikan
tujuan asal dasar kolonialisme British untuk mengenepikan
masyarakat Melayu daripada sebarang kemajuan kerana di
lihat sebagai ancaman kepada pentadbiran penjajah.
Pembesar Melayu terlibat dalam sektor perlombongan ,
rakyat bawahan disisihkan kononnya
menghormati sistem ekonomi tradisi masyarakat Melayu menaman padi,
menangkap ikan dan menternak dan
mencari hasil hutan.

Sektor perlombongan - buruh-buruh yang murah dari


negara China yang sedang menghadapi pelbagai
masalah bencana alam seperti gempa bumi, banjir, dan
kebuluran.
Sektor perladangan getah - buruh-buruh dari India.
Melayu terus kekal dengan aktiviti-aktiviti ekonomi yang
tidak
menguntungkan
dan
pembekal
keperluan
makanan kepada British dan buruh-buruh asing yang di
bawa masuk.
Konsep kolonialisme awal telah bertukar menjadi lebih
agresif hasil daripada sikap tamak untuk menguasai
segala-galanya di Tanah Melayu.
Konsep imperialisme yang lebih campurtangan dan
menguasai segalanya di tanah jajahan dilaksanakan. Ini
berdasarkan keperluan semasa di mana negara.

3. Politik
Cuba memastikan raja-raja Melayu atau sultan-sultan akan
berada di bawah telunjuk mereka.
Selepas
Perjanjian
Pangkor
1874,
sistem
residen
dilaksanakan di Negeri-Negeri Melayu BersekutuPerak,
Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Nasihat residen dalam hal-hal selain agama Islam dan adat
istiadat orang Melayu haruslah diikuti raja-raja.
Raja Abdullah, salah seorang waris raja di Perak bersama
pembesar dan rakyat bangkit membunuh Residen JWW
Birch.
Campur tangan ke atas negeri Melayu telah lebih awal ke
atas Negeri-Negeri Selat - Melaka, Pulau Pinang dan
Singapura. British memerintah secara terus dari Pejabat
Tanah Jajahan di London gabenor British Negeri-Negeri
Selat.

Sistem Penasihat Negeri di Negeri-Negeri Melayu Tidak


Bersekutu - Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan
Johor . Penasihat British akan membantu pentadbiran
raja-raja dan sultan-sultan Melayu melainkan dalam
hal-hal agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.
Penguasaan British menerusi sistem Residen dan
Penasihat telah mewujudkan persekutuan, cadangan
Malayan Union dan kemudiannya digantikan dengan
Persekutuan Tanah Melayu.
Selepas pilihanraya 1952 dan 1955 sistem kerajaan
berketua Menteri dan kabinet untuk pentadbiran telah
dilaksanakan. Menerusi peringkat yang telah anda
lihat, secara sedikit demi sedikit raja-raja disisihkan
dari rakyat dan tanggungjawab pemerintahan

Kesan Gerakan Penjajahan Barat di Tanah


Melayu
Tanah Melayu bebas dan merdeka pada 31
Ogos 1957. Setelah lebih kurang 400 tahun di
bawah cengkaman penjajah barat.
Penjajahan dengan penerapan dasar-dasar
kolonialisme dan imperialisme meninggalkan
kesan kepada pelbagai sudut kehidupan
termasuk ekonomi, politik
dan sosial
masyarakat di Tanah Melayu.

1. Sosial
Kewujudan masyarakat berbilang kaum di Tanah
Melayu - majmuk .
Tanah Melayu asalnya di diami masyarakat Melayu
sahaja telah dipaksa menerima kedatangan imigran.
Masyarakat majmuk semasa kerajaan Melayu Melaka
bersifat sementara kerana mereka adalah pedagangpedagang, yang berkahwin mengasimilasikan diri

mereka ke dalam kebudayaan dan adat resam


masyarakat Melayu dan tidak mengubah
suasana asal masyarakat terutamanya strukur
politik, ekonomi, dan sosial.

Sikap British tidak berhasrat membantu


kemajuan orang Melayu dalam pendidikan
menjadi
mereka
paling
ketinggalan.
Melayu
cerdik
pendidikan
menjadi
masalah
kepada
British.
Sukatan
pelajaran dan bahasa yang digunakan di
sekolah vernakular tidak sedikit pun
melambangkan suasana negara ini dan
tidak merangsang berlakunya perpaduan
di antara kaum.

2.
Ekonomi
Ubah sistem ekonomi tradisi berasaskan
ekonomi sara diri kepada sistem ekonomi
bermatlamatkan keuntungan.
Memisahkan setiap kaum mengikut kegiatan
ekonomi India sebagai penoreh getah,
Melayu sebagai nelayan atau penanam padi
dan Cina sebagai pelombong.
Masyarakat di Tanah Melayu terasing
mengikut lokaliti kegiatan ekonomi masingmasing - masalah perpaduan kaum.

3. Politik
Kekuasaan raja dan sultan Melayu telah
dikurangkan ke peringkat hanya menjadi
lambang kepada negeri atau negara.
Semasa pemerintahan Melayu Tradisi segala
kerja pentadbiran dijalankan oleh masyarakat
Melayu, tetapi setelah kedatangan kaum
imigran asing proses pentadbiran telah turut
melibatkan mereka.
Melalui sistem pilihanraya, perdana menteri dan
kabinet juga pegawai daerah mula mengambil
alih segala tugasan pentadbir Melayu Tradisi,
iaitu sultan dan pembesar.

KESIMPULAN
Kolonialisme dan imperialisme adalah berlainan dari
sudut dasar, perlakuan atau aktiviti penjajahan.
Kolonialisme ianya jelas dipengaruhi faktorfaktor agama (god), kemegahan (glory), dan
keuntungan atau kekayaan (gold).
Imperialisme memperlihatkan aktiviti-aktiviti
yang menggambarkan kesinambungan sifatsifat
kolonialisme
seperti
kemegahan,
nasionalisme
dan
etnosentrisme
yang
memuliakan kaum sendiri.

Mengubah kehidupan asal yang ada di negara ini


meliputi aspek sosial, ekonomi, atau politik.
Dasar-dasar kemasukan imigran, pendidikan
vernakular, pemecahan ekonomi mengikut kaum,
sistem residen dan dasar pemerintahan berpusat
telah mengakibatkan cara hidup tradisi terhimpit
dan tidak dihiraukan oleh penjajah British.
Sistem pemerintahan bertunjangkan sistem beraja
dan pembesar dan telah berjaya mengharungi
kehidupan ratusan tahun akhirnya hilang sedikit
demi sedikit.
Muncul masyarakat majmuk yang terdiri daripada
berbilang kaum dan bangsa, satu sistem ekonomi
moden yang mementingkan keuntungan dan
mengamalkan sistem pentadbiran berpusat .

Wujud Tanah Melayu sebagai negara


baru dengan
rakyat dan sistem
kehidupan yang baru.

You might also like