You are on page 1of 8

Isi Kandungan Muka Surat

Penghargaan 1

1.0 Pengenalan 2

2.0 Amalan Profesionalisme Guru 2-3


2.1 Peningkatan Profesionalisme Kendiri

3.0 Isu-Isu Pendidikan Di Malaysia Dan 3-5


Bagaimana Amalan Profesionliasme Dan
Peningkatan Profesional Kendiri Boleh
Menangani Isu-Isu Tersebut Supaya
Kepelbagaian Potensi Murid Boleh
Seimbang

4.0 Penutup 6

Rujukan 7
EDUP 3013
Amalan Profesionalisme Guru Menangani Isu-Isu Dalam Pendidikan Untuk
Pembentukan Kepelbagaian Potensi Murid

1.0 PENGENALAN
Pendidikan boleh diibaratkan sebagai kunci kepada usaha membangunkan
masyarakat dan negara.1 Ia penting dalam menentukan keberlangsungan kualiti
masyarakat Malaysia yang seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem
pendidikan di Malaysia berhadapan dengan kepelbagaian potensi murid di sekolah
kerana semua murid datang dari latar belakang yang berbeza. Terdapat beberapa
isu pendidikan di Malaysia telah timbul dan haruslah diatasi oleh pelbagai pihak
supaya kepelbagaian potensi murid ini akan seimbang. Maka, peranan guru menjadi
berat kerana diamanahkan mendidik generasi baru. Amalan profesionalisme dan
peningkatan profesional kendiri adalah amat penting dalam mengatasi situasi
tersebut.

2.0 AMALAN PROFESIONALISME GURU


Amalan profesionalisme guru adalah sangat penting bagi guru. Profesionalisme
guru merupakan sebuah bidang kajian yang berkaitan dengan standard atau
piawaian dalam pengajaran ke arah yang lebih baik.2 Kementerian Pendidikan
Malaysia menggariskan satu piawaian iaitu Standard Guru Malaysia untuk
memastikan guru nilai profesionalisme keguruan. Ia dijadikan sebagai rujukan untuk
menentukan amalan profesionalisme guru. Amalan profesionalisme guru digubal
berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan,
nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip
utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua Belas.3 Amalan profesionalisme guru ini
megandungi tiga domain termasuklah domain diri iaitu pegangan nilai diri guru yang
sedia ada yang harus dikembangkan, domain profesion pegangan nilai sebagai
seorang guru bagi membolehkan mereka melaksanakan tugasan dengan lebih
profesional dan domain sosial. Dalam pada itu, amalan profesionalisme guru penting

1
Sulaiman, J., & Ahmad, W. Kompetensi Dalam Menentukan Profesionalisme Guru Vokasional Di Malaysia:
Cabaran Ke Arah Pembangunan Profesionalisme Guru Tvet.. Publisher.uthm.edu.my. Dimaut Tutun pada
2 November 2020, daripada https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/download/4794/2870/.

2
Hassan, M., & Musa, K, Amalan Profesionalisme Guru Sekolah Rendah di Semenanjung Malaysia. APC40, 182-
190. Dimuat Turun pada 2 November 2020, 2019.

3
Idris, N., & Hamzah, R, Nilai Profesionalisme Bakal Guru Berteraskan Indikator Standard Guru Malaysia
(SGM). Jurnal Teknologi, 60(2013), 31-37. Dimuat Turun pada 2 November 2020, 2016.
supaya mempunyai penampilan diri yang positif agar mampu mengatasi isu-isu
pendidikan dan membolehkan kepelbagaian potensi murid menjadi seimbang.

2.1 PENINGKATAN PROFESIONALISME KENDIRI


Selain itu, peningkatan profesionalisme kendiri bagi seseorang guru adalah amat
diperlukan. Peningkatan taraf profesionalisme bermakna meningkatkan martabat
profesion keguruan.4 Guru haruslah sentiasa memahami tanggungjawab sebenar
mereka dan mematuhi tatasusila yang perlu ada pada guru. Guru boleh
meningkatkan profesionalisme kendiri melalui cara seperti latihan kolaborasi, budaya
ilmu, penyelidikan tindakan, e-pembelajaran dan lain-lain. Menurut Rashid et al.,
2016, terdapat beberapa langkah bagi mempertingkatkan tahap profesionlaisme guru
seperti peka kepada perkembangan pendidikan dan teknologi terkini, menyertai
kursus peningkatan profesionalisme keguruan dan lain-lain. Konsep kendiri yang
baik seperti keyakinan dan kepimpinan membolehkan guru itu meningkatkan kualiti
pengajarannya. Tegasnya, peningkatan profesionalisme kendiri haruslah
dititkberatkan guru mampu mengatasi pelbagai isu pendidikan bagi membolehkan
kepelbagaian potensi murid menjadi seimbang.

3.0 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA DAN BAGAIMANA AMALAN


PROFESIONLIASME DAN PENINGKATAN PROFESIONAL KENDIRI BOLEH
MENANGANI ISU-ISU TERSEBUT SUPAYA KEPELBAGAIAN POTENSI MURID
BOLEH SEIMBANG
Antara isu-isu pendidikan yang berlaku di Malaysia yang pertamanya ialah
ponteng sekolah. Ponteng bermaksud memonteng meninggalkan tugas tanpa
kebenaran. Jabatan Pendidikan Johor mengesan 3,992 kes ponteng membabitkan
murid sekolah rendah dan menengah.5 Jelaslah kes ponteng ini adalah biasa dalam
dunia pendidikan. Ponteng akan membawa banyak kesan negatif kepada murid-
murid. Maka, guru haruslah memainkan peranan bagi mengatasi isu ponteng ini.
Seperti kita semua sedar bahawa, kes ponteng berpunca daripada pelbagai
masalah. Contohnya, murid ponteng disebabkan mereka berasa bosan untuk belajar
di kelas.
4
Rashid, N., Cheong, L., Mahayudin, Z., & Noordin, Z, Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Oxford Fajar Sdn.
Bhd., 2016, hlm. 149.

5
Tuah, 3,992 kes ponteng sekolah dikesan. BH Online, Dimuat Turun pada 2 November 2020, daripada
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/06/579519/3992-kes-ponteng-sekolah-dikesan., 2019.
Dengan berbuat demikian, guru haruslah berusaha dalam peningkatan profesion
kendiri. Ini membolehkan guru meningkatkan kualiti strategi pengajaran mereka
sehingga boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid tidak berasa
bosan. Contohnya, guru boleh memperbanyakkan penggunaan Bahan Bantu
mengajar yang menarik dan memperbanyakkan aktiviti berpusatkan murid.6 Selain
itu, domain diri dalam amalan profesionalisme guru itu ada menekankan nilai kasih
sayang. Dalam hal ini, guru haruslah mempunyai kasih sayang terhadap murid iaitu
mengambil berat dan peka terhadap tingkah laku murid-murid. Maka, guru boleh
mengesan dengan awal murid yang bermasalah dan mengambil tindakan lebih awal
untuk mengelakkan berlakunya kes ponteng sekolah. Tegasnya, amalan
profesionalisme dan peningkatan profesional guru penting dalam mengatasi isu
ponteng sekolah bagi membolehkan kepelbagaian potensi murid menjadi seimbang.

Isu pendidikan yang kedua ialah isu guru pilih kasih dalam kalangan murid. Pilih
kasih merupakan sikap yang tidak adil iaitu melebihkan pertimbangan kepada murid
yang dikasihi sahaja. Guru seharusnya berusaha untuk mewujudkan hubungan yang
baik dengan para murid tidak kira mereka itu pandai atau sebaliknya. 7 Sikap pilih
kasih ini memang tidak patut wujud kerana akan menyebabkan murid lain
mempunyai perasaan rendah diri dan membawa keburukan terhadap guru dan
murid-murid.

Bertitik tolak daripada itu, guru haruslah mempunyai penampilan diri yang positif
seperti yang ditekankan dalam amalan profesionalisme guru. Ia menekankan
bahawa guru perlulah mempunyai nilai adil dalam domain diri mereka. Jelaslah di
sini bahawa guru yang mengamalkan amalan ini tidak akan mempunyai sikap pilih
kasih. Selain itu, guru haruslah berusaha dalam peningkatan profesional kendiri
seperti menyertai kursus psikologi. Dengan pada itu, guru lebih memahami pemikiran
murid yang tidak mahu sendirinya dipinggirkan oleh gurunya. Maka, ia boleh
mengelakkan berlakunya pilih kasih guru terhadap murid. Tegasnya, amalan
profesionalisme guru dan peningkatan profesional guru perlu ditekan oleh guru
supaya mengatasi isu guru pilih kasih bagi membolehkan kepelbagaian potensi
murid menjadi seimbang.

6
Yus, Peranan Guru Dan Ibu Bapa-ponteng, Scribd, Dimuat Turun pada 2 November 2020, daripada
https://www.scribd.com/doc/283224463/Peranan-Guru-Dan-Ibu-Bapa-ponteng., 2015.

7
JALIL, D, Faktor 'niat ponteng sekolah'. Guru-guru perlu ambil cakna akan isu ini, Gpsbestari.com, Dimaut Turun
pada 17 November 2020, daripada https://www.gpsbestari.com/tip/sinar-di-sekolah/faktor-
niat-ponteng-sekolah-guru-guru-perlu-ambil-cakna-akan- isu-ini-1.935476, 2020.
Isu pendidikan yang seterusnya ialah isu guru memikul murid. Berdasarkan
Malaysia Kini (2018), seorang guru lelaki yang memukul murid perempuan darjah
satu sehingga berbirat dan lebam pada lengan kiri mangsa kerana murid itu salah
menulis huruf "Y dan W".8 Sepatutnya kes ini tidak akan berlaku kerana ini ia boleh
meninggalkan bayangan buruk terhadap murid-murid. Guru juga merupakan suri
teladan terhadap murid. Isu guru memikul murid mungkin akan dicontohi oleh murid
sehingga murid menjadi seorang yang ganas. Salah satu punca daripada isu ini ialah
guru menghadapi tekanan yang terlalu besar atau guru itu mempunyai masalah
mental.

Dalam konteks ini, guru perlulah menekankan amalan profesionalisme guru dalam
diri mereka. Dalam amalan profesionalisme guru telah menjelaskan bahawa guru
haruslah mempunyai personaliti yang positif dan mengamalkan nilai murni seperti
sabar, daya tahan dan bertimbang rasa. Guru yang mematuhi amalan
profesionalisme guru pasti tidak akan memikul murid sehingga murid cedera parah.
Di samping itu, guru haruslah berusaha meningkatkan profesional kendiri mereka
bagi mengatasi isu ini. Contohnya, guru boleh menyertai bengkel tentang kesihatan
mental supaya guru itu sentiasa mempunyai mental yang sihat. Guru juga boleh
menyertai kempen tentang cara mendenda murid yang bersalah menggunakan
pendekatan yang betul. Maka, peningkatan profesional kendiri ditingkatkan dan isu
itu boleh dielakkan secara langsungnya. Natijahnya, amalan profesionalisme guru
dan peningkatan profesional guru perlu dititikberatkan supaya boleh mengatasi isu
pendidikan ini dan membolehkan kepelbagaian potensi murid menjadi seimbang.

Jelaslah bahawa amalan profesionalisme guru dan peningkatan profesional kendiri


amat penting dalam menangani isu-isu pendidikan di Malaysia. Dengan pada itu,
kepelbagaian potensi murid boleh menjadi seimbang dan holistik berdasarkan
inisiatif penggubal dasar serta pembelajaran sepanjang hayat mencapai tahap
cemerlang. Inisiatif penggubal dasar ini adalah menekankan prasarana sekolah dan
nisbah guru murid untuk memastikan persekitaran sekolah sesuai untuk semua
murid dengan menggunakan suatu standard yang sama.9 Pembelajaran sepanjang
hayat pula perlu ditekankan supaya guru dan murid mendapat ilmu dengan lebih luas

8
Pukul murid darjah satu hingga lebam, guru didenda RM900, Malaysiakini, Dimuat Turun pada 17 November
2020, daripada https://www.malaysiakini.com/news/431898., 2020.

9
Rashid, N., Cheong, L., Mahayudin, Z., & Noordin, Z, Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Oxford Fajar Sdn. Bhd.,
2016, hlm. 155.
tanpa terhad oleh masa dan tempat. Ia boleh mencapai tahap cemerlang apabila
kepelbagaian potensi murid adalah seimbang.

4.0 PENUTUP
Kesimpulanya, amalan profesionalisme guru dan peningkatan profesional kendiri
amat penting dalam menangani isu-isu pendidikan di Malaysia. Guru harus
menitikberatkannya supaya pendidikan di Malaysia sentiasa berkualiti. Maka, isu-isu
pendidikan dapat ditangani dengan baik dan membolehkan kepelbagaian potensi
murid menjadi seimbang dan holistik berdasarkan inisiatif penggubal dasar serta
pembelajaran sepanjang hayat mencapai tahap cemerlang.
Rujukan
Hassan, M., & Musa, K. (2019). Amalan Profesionalisme Guru Sekolah Rendah di
Semenanjung Malaysia. APC40, 182-190. Muat Turun pada hari 2 November
2020.

Idris, N., & Hamzah, R. (2016). Nilai Profesionalisme Bakal Guru Berteraskan
Indikator Standard Guru Malaysia (SGM). Jurnal Teknologi, 60(2013), 31-37.
Muat Turun pada hari 2 November 2020.

JALIL, D. (2020). Faktor 'niat ponteng sekolah'. Guru-guru perlu ambil cakna akan
isu ini. Gpsbestari.com. Dimuat Turun pada 17 November 2020, daripada
https://www.gpsbestari.com/tip/sinar-di-sekolah/faktor-niat-ponteng-sekolah-
guru-guru-perlu-ambil-cakna-akan-isu-ini-1.935476.

Pukul murid darjah satu hingga lebam, guru didenda RM900. Malaysiakini. (2020).
Dimuat Turun pada 17 November 2020, daripada
https://www.malaysiakini.com/news/431898.

Rashid, N., Cheong, L., Mahayudin, Z., & Noordin, Z. (2016). Falsafah dan
Pendidikan di Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sulaiman, J., & Ahmad, W. (t.t). Kompetensi Dalam Menentukan Profesionalisme


Guru Vokasional Di Malaysia: Cabaran Ke Arah Pembangunan
Profesionalisme Guru Tvet.. Publisher.uthm.edu.my. Dimaut Turun pada 2
November 2020, daripada
https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/download/
4794/2870/.

Tuah, I. (2019). 3,992 kes ponteng sekolah dikesan. BH Online. Dimuat Turun pada
2 November 2020, daripada
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/06/579519/3992-kes-
ponteng-sekolah-dikesan.
Yus. (2015). Peranan Guru Dan Ibu Bapa-ponteng. Scribd. Dimuat Turun pada hari 2
November 2020, daripada
https://www.scribd.com/doc/283224463/Peranan-Guru-Dan-Ibu-Bapa-
ponteng.

You might also like