You are on page 1of 6

1.

0 PENGENALAN
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang memberi perhatian utama
dalam pembangunan pendidikan dengan memberi kepekaan kepada
pengurusan pendidikan yang berkesan serta kualiti profesionalisme guru. (Siti
Rohani, 2013). Guru merupakan pendidik dan pembimbing kepada pelajar
supaya mereka boleh mengembangkan potensi diri dan menjaga perilaku yang
menjadikan guru sebagai “role model”. Salah laku yang guru lakukan boleh
mengakibatkan kewibawaan profesion perguruan akan tergugat.

2.0 ISU-ISU SEMASA TERKINI BERKAITAN AMALAN PROFESIONALISME


GURU DI MALAYSIA

2.1 Isu Guru Terima Rasuah

Berdasarkan berita Astro Awani oleh Hilal Azmi yang bertarikh 3


November 2018, seorang guru berusia 41 tahun yang bertugas di
sebuah sekolah di Pandamaran, Klang telah meminta dan menerima
wang suapan berjumlah RM5,000 daripada pengadu yang berusia 35
tahun sebagai balasan untuk dia meminta guru besar menyokong
permohonan pengadu untuk bertukar ke sekolah lain.

Isu ini sewajarnya tidak berlaku dalam kalangan penjawat awam


khususnya guru kerana ianya bersalahan dengan Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bil 3/1998 yang menyatakan bahawa pegawai awam
dilarang daripada menerima atau memberi hadiah sekiranya berkaitan
dengan tugas awamnya atau bentuk, amaun atau nilai hadiah yang
tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberi.

Antara cadangan amalan profesionalisme keguruan bagi membendung


masalah ini ialah guru hendaklah menyemai sikap intergriti dalam
setiap pekerjaannya. Hal ini demikian kerana, sikap kejujuran penting
supaya guru sentiasa dipercayai oleh semua pihak. Jika guru telah
melakukan kesalahan walaupun sekali sahaja, ini akan menjejaskan
nama baiknya. Oleh itu, pentingnya guru bersikap intergriti supaya
mereka tidak terdorong untuk menggunakan cara yang salah demi
mencapai kepentingan diri sendiri.

1
2.2 Isu Guru Berniaga

Merujuk kepada laman web Pendidik2u, terdapat satu luahan daripada


seorang peniaga online bernama Sue yang menyatakan rasa tidak
puas hati apabila melihat ramai guru berniaga online di Facebook dan
Instagram. Katanya lagi, mesti guru itu tidak fokus ketika mengajar dan
meminta pihak berwajib mengambil tindakan.

Isu ini sepatutnya tidak berlaku akan tetapi apabila merujuk kepada
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,
ada dinyatakan dalam Peraturan 5: Pekerjaan Luar, Ketua Jabatan
boleh meluluskan permohonan dengan tiga syarat. Pertama, proses
jual beli tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa dikehendaki
menjalankan tugas rasminya. Kedua, ianya tidak menjejaskan
kebergunaan pegawai sebagai penjawat awam. Ketiga, tidak
bercanggah dengan kepentingan jabatan. Justeru, berdasarkan
peraturan di atas, guru sepatutnya mendapatkan kebenaran bertulis
daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum berniaga.

Antara cadangan bagi mengatasi isu ini ialah guru hendaklah lebih
memberi perhatian dan tumpuan kepada bidang profesion
keguruannya. Hal ini demikian supaya matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dapat direalisasikan dengan sepenuhnya. Guru perlu
menyemai perasaan cinta terhadap profesion keguruan melebihi cinta
mereka terhadap bidang-bidang yang lain. Selain itu, sekiranya guru
ingin berniaga juga, mereka hendaklah mematuhi syarat-syarat yang
telah ditetapkan dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
dan Tatatertib) 1993.

2
2.3 Isu Guru Merotan Pelajar

Berdasarkan berita yang ditulis oleh Nasrawati dalam Sabah News


Today tentang seorang guru telah disiasat kerana memukul punggung
seorang murid lelaki tingkatan satu menggunakan batang penyedok
sampah sebanyak 22 kali. Hasil siasatan awal mendapati bahawa
suspek bertindak demikian selepas mangsa tidak hadir ke sekolah
pada 22 April tanpa kebenaran. Ketika itu suspek terlupa membawa
rotan, lalu menggunakan batang penyedok sampah.

Isu ini adalah tidak wajar kerana bertentangan dengan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 7/2003 dalam Peraturan 5 menyatakan bahawa hukuman
dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru adalah dihadkan
kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan ataupun di
punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah difahamkan
oleh guru besar.

Cadangan bagi mengatasi kes ini ialah guru hendaklah bertimbang


rasa dan menyelidik terlebih dahulu sebab murid tersebut tidak hadir ke
sekolah. Sekiranya murid tidak hadir, guru sepatutnya memberikan
nasihat terlebih dahulu bukan segera merotan mereka. Seandainya
murid masih tidak hadir, guru boleh memberi surat amaran kepada
murid atau menghubungi ibu bapa mereka. Hal ini demikian lebih
menunjukkan penampilan diri yang positif bagi seorang guru dan
menjaga nama baik profesion perguruan daripada dipandang rendah
oleh masyarakat.

3
2.4 Isu Guru Cabul Murid

Menurut berita yang ditulis oleh Muhamaad Razis Ismail di Berita


Harian Online menyatakan bahawa seorang guru Matematik didakwa
atas kesalahan pertamanya menyentuh badan seorang kanak-kanak
perempuan berusia 12 tahun dalam kelas di sebuah sekolah di Bachok,
Kelantan. Kesalahan kedua didapati tertuduh melakukan perbuatan
sama terhadap seorang lagi kanak-kanak yang sama umur di lokasi
yang sama.

Kes ini amatlah mencalarkan kewibawaan seorang guru dalam


profesion perguruan dan ternyata bertentangan dengan Falsafah
Pendidikan Guru yang ingin melahirkan guru yang berpekerti mulia
seperti yang dinyatakan dalam dokumen Standard Guru Malaysia.

Cadangan untuk menangani isu ini ialah guru hendaklah


menambahkan ilmu pengetahuan mereka dalam bidang agama. Ini
kerana, pengetahuan ilmu agama yang tinggi dapat membendung
seseorang daripada melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-
undang mahupun syariat Islam. Selain itu, guru perlu menyedari akan
kesan buruk yang diperoleh selepas melakukan perbuatan yang tidak
sewajarnya itu seperti dibuang kerja, dipandang serong dan tidak
dipercayai oleh masyarakat luar.

4
2.5 Isu Guru Lewat Masuk ke Kelas

Berdasarkan artikel di laman web Pendidik2u, isu ini merupakan isu


tingkah laku guru yang selalu berlaku di sekolah, hal ini kerap berlaku
ketika sesi pertukaran waktu, terutamanya apabila kelas yang
seterusnya jauh daripada kelas yang baru tamat. Ia juga berlaku ketika
selepas rehat, kerana mungkin guru terleka berbual-bual bersama
rakan sekerja, sehingga terlupa masa pengajaran sudah bermula.

Perkara ini tidak wajar dilakukan oleh seorang guru kerana di dalam
dokumen Standard Guru Malaysia menyatakan bahawa guru
hendaklah amanah dalam profesionnya seperti masuk ke kelas awal.
Hal ini juga bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini
sewaktu guru lewat kerana apa-apa kejadian yang berlaku akan
dipertanggungjawabkan atas guru yang mengajar ketika itu. Hal ini
menjadi satu kesalahan sekiranya berlaku apa-apa kejadian buruk
sedangkan tiada guru yang berada dalam kelas tersebut.

Antara cadangan bagi memastikan guru masuk ke kelas tepat pada


waktunya ialah bergantung kepada cara guru mengurus masa dengan
cekap. Guru hendaklah menguruskan setiap masa mereka seperti
masa makan dan masa berjalan ke kelas seterusnya supaya mereka
berjaya tiba di kelas tepat pada waktunya. Dalam hal ini, guru perlulah
mengamalkan amalan profesionalisme guru iaitu amalan teladan
supaya murid-murid dapat mencontohinya menjadi seorang yang
menepati waktu.

5
3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, guru hendaklah sentiasa menjaga nama baik mereka sebagai


seorang guru dan menjaga kewibawaan profesion perguruan. Guru mestilah
menjadikan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) sebagai panduan dalam
membentuk diri seperti yang dihasratkan dalam FPG. Guru juga hendaklah
menjaga etika mereka supaya isu-isu negatif berkaitan profesionalisme
perguruan dapat dikurangkan agar masyarakat tidak memandang rendah
kepada profesion perguruan pada masa akan datang.

You might also like