You are on page 1of 7

ESEI INDIVIDU Masalah disiplin selalu berlaku sama ada di dalam sekolah atau dalam bilik darjah.

Semua ini kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek, jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Seperti yang kita sedia maklum, apabila tingkah laku bermasalah atau disiplin berlaku dalam bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas. Contoh masalah disiplin yang kerap berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran ialah melawan dan tidak menghormati guru, membaca bahan-bahan lain, mengeluarkan kata-kata kesat, makan, membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilik darjah, mengganggu pengajaran dan pembelajaran, tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, ponteng kelas dan lewat masuk ke kelas. Intensiti gangguan terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran mempunyai perkaitan dengan kenis kekerapan dan tempoh berlaku tingkah laku tersebut. Selain itu, ia juga mempengaruhi keselamatan psikologi para pelajar, kesediaan mereka untuk belajar dan tingkah laku masa depan mereka. Model Disiplin Asertif membantu guru mengajar dan menguruskan bilik darjah secara efektif sekaligus memastikan setiap murid dihormati di dalam kelas tersebut. Model ini merupakan sebuah model penegasan pengurusan tingkah laku dan merupakan salah satu model yang sangat diminati oleh ramai guru kerana mudah difahami dan diamalkan di dalam kelas serta amat berkesan. Menurut Marlene Canter, guru mempunyai hak untuk menentukan dan mengamalkan peraturan dan mengarahkan murid untuk mematuhinya. Model ini memberikan garis panduan kepada guru untuk memberi pengukuhan dan tindakan yang wajar bagi menangani masalah tingkah laku murid-murid. Hal ini kerana, tanggungjawab merupakan nadi disiplin asertif dan guru harus bersifat asertif ketika mengawal kelas. Model ini berfungsi untuk mengurangkan masalah disiplin di dalam bilik darjah kerana guru boleh merangka sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk. Setiap ganjaran dan peneguhan mempunyai impak tersendiri bergantung kepada tindakan guru tersebut. Contoh peneguhan positif adalah seperti pemberian hadiah kecil manakala peneguhan negatif muncul dalam bentuk dendaan. Canter juga memberi pandangan beliau terhadap guru asertif. Menurut Canter, guru asertif menggangap murid mereka sebagai pesalah. Oleh itu, jika guru ingin mengawal kelas tersebut dan mengajar dengan berkesan mereka hendaklah sentiasa bersifat tegas walaupun perbuatan guru seperti ini memberi rasa tidak tidak selesa kepada murid-murid di dalam kelas yang diajar oleh mereka. Oleh itu, guru boleh mengalihkan perhatian murid-murid dengan menyediakan

bahan bantu mengajar yang baik sebagai mengimbangi ketegasannya terhadap murid supaya mereka selesa dengan guru tersebut. Dengan ini guru dapat memperlihatkan sikap kebertanggungjawaban terhadap murid disebalik ketegasannya. Murid juga dapat menilai rasional tindakan guru mereka itu yakni bukanlah bertujuan untuk mendera mental dan fizikal mereka melainkan untuk mendidik mereka. Selain itu, seorang guru yang menjadikan model ini sebagai panduan akan mengamalkan ciri disiplin asertif apabila menetapkan peraturan dalam kelasnya. Guru boleh mengeluarkan kenyataan seperti Saya yang berkuasa di kelas itu dan semua akan mengik ut cara saya. Apabila guru tegas dalam hal disiplin tetapi dengan berpandukan peraturan yang adil lambat laun murid-murid akan menurut apa yang guru hasratkan. Ini kerana jika guru itu jujur dengan murid-muridnya, maka mereka juga akan jujur dengan guru mereka. Seperkara lagi, model Canter memberi panduan kepada guru untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif. Guru asertif akan menjadikan bilik darjah di bawah kawalan guru yang tegas adalah yang terbaik untuk murid-murid mereka. Dengan adanya disiplin asertif, interaksi di antara guru dengan murid adalah positif dan secara berhormat apabila tindakan diambil terhadap tingkah laku yang sesuai dalm bilik darjah. Guru juga perlu mengelakkan daripada timbulnya situasi tegang apabila perlu menghukum murid kerana guru dan murid mempunyai hak masing-masing. Hak tersebut adalah seperti hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Jadi, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran positif yang membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Hak murid pula memilih untuk belajar dalam

persekitaran kondusif. Oleh itu, murid perlu memilih dalam bertingkah laku. Seorang guru akan gagal menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif sekiranya mereka gagal mengambil tindakan ke atas tingkah laku yang mengganggu pembelajaran. Pengurusan disiplin bilik darjah juga boleh menjadi suatu perkara yang mudah apabila mengaplikasikan model ini kerana model ini menggalakkan guru-guru untuk Guru boleh mengambil langkah membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan beserta tindakan pembetulan yang akan dikenakan. Setiap tindakan pembetulan semakin serius mengikut aras kesalahannya yang terdahulu. Untuk menjalankan hierarki disiplin secara berkesan, guru perlu menyimpan rekod kesalahan murid. Hal ini penting sebagai rujukan untuk tindakan yang bakal dikenakan sama ada ringan atau berat. Selain itu, rekod ini berfungsi sebagai bahan bukti. Hal ini berikutan sikap ibu bapa masa kini yang lantang bersuara di dada akhbar dan membawa tindakan guru ke muka pengadilan dek kerana tindakan guru menghukum anaknya walhal murid itu sendiri sememangnya bersalah. Kehadiran rekod disiplin murid dapat dijadikan

sebagai bahan bukti utama sekiranya kesalahan murid perlu dirujuk kepada pihak atasan dan tiada sesiapa dapat mempertikaikannya. Berhadapan dengan murid-murid yang bermasalah disiplin sememangnya tidak dapat dielakkan. Hieraki yang disarankan dalam model ini sanggup memainkan peranan perdana dalam pengurusan disiplin bilik darjah. Berikut merupakan contoh bagaimana Hierarki Tindakan Pembetulan Canter berfungsi (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2009) :

Kali pertama murid mengganggu rakan Daniel, peraturan kita ialah JANGAN GANGGU RAKAN. Ini ialah amaran daripada saya. Kali kedua/ketiga menganggu rakan Daniel, peraturan kita ialah JANGAN GANGGU RAKAN! Awak telah memilih time out 5 minit di belakang kelas. Kali keempat menggangu rakan Daniel, awak tahu peraturan kelas kalau mengganggu rakan. Awak telah memilih untuk menelefon ibu awak. Telefon ibu Daniel dan lebih berkesan sekiranya Daniel memberitahu ibunya salah laku yang dibuat.

Kali kelima Daniel masih mengganggu rakan Daniel peraturan kita ialah JANGAN GANGGU RAKAN. Awak telah memilih untuk berjumpa dengna GURU BESAR>
Tingkah laku yang melampau Kadang-kadang ada murid yang akan terus menunjukkan tingkah laku disruptif yang melampau. Daniel, menumbuk rakan tidak dibenarkan di dalam kelas ini. Awak memilih untuk berjumpa dengan GURU BESAR sekarang juga. Kita akan berbincang kemudian.

Rajah 1 : Hierarki Tindakan Pembetulan Canter Disiplin bilik darjah dapat diuruskan dengan baiknya sekiranya ciri-ciri model ini diaplikasi di dalam kelas. Contohnya, Canter menekankan bahawa pengurusan disiplin yang berkesan bermula dengan bimbingan kepada murid-murid tentang pelan pengurusan disiplin yang dibentuk. Oleh itu, matlamat pengurusan disiplin yang cemerlang tidak dapat dicapai dengan hanya membaca peraturan kepada murid-murid atau memaparkannya di papan

kenyataan sahaja. Murid-murid terutama sekali yang berada di sekolah rendah sukar memahami apa yang guru mereka inginkan. Oleh itu, guru harus menyalurkan hasrat yang diinginkan dengan jelas. Berikut adalah lankah-langkah penerangan pelan pengurusan bilik darjah (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2009 ) :

Penerangan peraturan

Cara tindakan pembetulan

Semak kefahaman murid

Cara pelaksanaan peraturan

Penerangan tentang tindakan pembetulan

Semak kefahaman murid

Maklumkan tentang ganjaran

Rajah 2 : Langkah-langkah pelan pengurusan bilik darjah Kesimpulannya, model Canter mewujudkan persekitaran yang bersifat autoritarian di mana pelajar hanya akur kepada kehendak guru dan murid perlu bertanggungjawab atas sebarang salah laku yang timbul. Namun begitu, model ini mudah difahami dan diamalkan di dalam kelas serta amat berkesan tambahan pula teknik-teknik yang diberikan dapat membantu hampir keseluruhan murid untuk bertanggungjawab terhadap tigkah laju mereka. Model ini juga jelas, tegas, teguh dan tidak merumitkan murid-murid di dalam bilik darjah.

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir murid yang sukar dibimbing selalunya terdiri dalam ketegori gemar memberontak, mengganggu murid lain, memerlukan perhatian dan tidak bemotivasi. Kelompok ini seringkali mencabar kewibawaan guru dan sengaja menaikkan kemarahan guru degan melanggar peraturan. Oleh itu, guru haruslah bijak menangani kemarahan dan mengawal stress apabila berhadapan dengan murid seperti ini. Sikap putus asa harus dielakkan kerana mereka inilah yang memerlukan perhatian dan pertimbangan yang maksima daripada guru. Guru bolehlah mencari jalan untuk berkomunikasi dengan lebih kerap bersama mereka agar dapat menanamkan kepercayaan mereka terhadap guru mereka sekaligus memberi ruang kepada guru untuk mendekati mereka.

REFLEKSI Kebelakangan ini banyak berita-berita yang menyiarkan mengenai gejala sosial. Gejala sosial adalah satu fenomena yang melanda masyarakat kita dan juga masyarakat antarabangsa. Walaupun tahap gejala sosial di negara ini masih belum diperingkat serius terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja sekolah, namun kita haruslah mengambil perhatian dalam pemantauan isu tersebut sebelum parah dan menular kepada anak-anak kita pada masa akan datang. Mengikut rekod kementerian 111,484 pelajar atau 72,557 pelajar sekolah menengah dan 38,927 murid sekolah rendah dikesan terbabit pelbagai salah laku disiplin pada 2010. Antara kes salah laku disiplin yang sering dilakukan pelajar terbabit termasuk jenayah (17,595 kes), ponteng sekolah (19,545 kes), berlaku kurang sopan (18,346 kes), kekemasan diri (21,384 kes), tidak mementingkan masa (17,808 kes), kelucahan (3,031 kes), vendalisme (5,212 kes) dan kenakalan (8,563 kes) (Berita Harian, 28 Disember 2012 ). Rekod ini membuktikan bahawa gejala sosial semakin menular dalam kalangan pelajar-pelajar di sekolah. Pada pendapat penulis, guru memainkan peranan perdana dalam mengatasi gejala sosial dalam kalangan pelajar. Oleh itu, guru sebagai benteng tonggak mengatasi gejala sosial hendaklah sentiasa berusaha. Kewibawaan dan komitmen guru menjadi titik tolak dalam memainkan peranan sebagai pendidik masyarakat dalam menangani masalah gejala sosial membuang atau membunuh bayi yang baru dilahirkan (Utusan, 23 Ogos 2010). Oleh yang demikian, tidak boleh dipertikaikan apabila guru memainkan peranan vital dalam membendung gejala sosial. Golongan remaja atau pelajar perlu diberikan kesedaran dan penerangan oleh guru mengenai kepentingan untuk mengutamakan nilai-nilai moral (Utusan, 23 Ogos 2010). Hal ini kerana nilai-nilai moral adalah asas untuk membentuk jati diri pelajar yang unggul. Antara nilai murni yang harus dipupuk dalam diri pelajar adalah bertanggungjawab, amanah, baik hati, toleransi, kesabaran, hormat-menghormati dan lain-lain lagi. Apabila wujudnya nilai-nilai moral demikian dalam diri seseorang maka tidak wujudnya masalah-masalah disiplin seperti ponteng sekolah, vandalisme, gangsterisme. Hal ini kerana pelajar akan mula berfikir lebih matang dan mereka dapat mengambil keputusan yang betul dan berfaedah. Seterusnya, komunikasi antara guru dengan murid juga penting dalam membendung gejala sosial. Interaksi antara guru dengan murid yang menjadi pendorong kepada

pembentukan persekitaran sekolah yang baik. Kurangnya kerjasama antara guru menyebabkan pelajar-pelajar cepat berasa ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku di sekolah mereka. Kebanyakan sekolah yang menghadapi masalah seperti ini turut menghadapi masalah disiplin yang teruk. Kebanyakan kejayaan sekolah moden bergantung pada kerelaan dan kebolehan gurunya bekerjasama dalam banyak aspek (Abdul Ghani Abdullah & Abd. Rahman Abd. Aziz, 2009). Oleh itu, guru hendaklah sentiasa berusaha untuk mengharmonikan hubungan antara mereka dengan pelajar-pelajar mereka. Selain itu, sebagai seorang guru kawalan kelas adalah penting. Selalunya, gejala ponteng kelas atau ponteng sekolah boleh dikatakan berpunca daripada kecuaian guru untuk mengambil kira aktiviti-aktiviti pelajar mereka. Tindakan terhadap sesuatu kesalahan hendaklah dibuat secara serta-merta supaya ia tidak menjadi masalah besar pada masa akan datang. Sungguhpun guru-guru biasa jarang diberi kuasa menghukum murid yang melanggar disiplin sekolah, mereka adalah orang yang bertanggungjawab mengawas disiplin murid di dalam bilik darjah, di kawasan sekolah dan di luar sekolah. Menurut Mok Son Sang (1996) di antara tindakan yang perlu diambil oleh guru ialah memberi amaran atau nasihat kepada murid yang melanggar disiplin sekolah. Tambahan pula, jika kes melanggar disiplin adalah ringan, guru boleh menghukum murid dengan menyuruhnya berdiri atau mengasingkannya daripada rakan sebaya dan jika kes melanggar adalah berat, guru hendaklah menghantar murid yang berkenaan kepada Guru Besar untuk diberi nasihat atau hukuman yang wajar. Pendek kata, guru harus sensitif kepada masalah-masalah kecil yang ditimbulkan oleh pelajar mereka sebelum ia bercetus menjadi perkara yang sukar untuk diatasi. Bukan itu sahaja, memberi kefahaman agama juga dapat menimbulkan kesedaran dalam diri pelajar. Setiap pelajar sekolah perlu diyakinkan bahawa agama itu perlu dalam hidup seseorang. Dia mesti diberi pelajaran agama oleh guru supaya dia faham tentang kehidupan manusia dan perkara agama supaya dia faham tentang kehidupan manusia dan perkara yang berkaitan dengannya. Mereka hendaklah diberi penjelasan yang mendalam agar benar-benar yakin dengan pandangan agama dan dapat menerima dan mengamalkannya (Ibrahim Mamat, 1997). Kesedaran pelajar tentang kewujudan Tuhan akan menjadikannya berpegang teguh kepada ajaran agama dan menghindari segala unsur-unsur negatif. Kesimpulannya, langkah-langkah hendaklah diambil dari semasa ke semasa supaya gejala sosial dapat dibendung selama-lamanya. Menurut Ibrahim Mamat (1997), guru hendaklah berpegang teguh kepada prinsip keadilan, kebebasan, minat, kehormatan dan

perhubungan mesra untuk mengatasi masalah disiplin. Guru sebagai pembentuk anak bangsa hendaklah bertanggungjawab membanteras gejala sosial.

You might also like