You are on page 1of 16

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

QSS 1033 : ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA


PENSYARAH:

PN. NOR AIWA BT OTHMAN


FAKULTI SAINS SUKAN

RANCANGAN MENGAJAR ORGANISASI STRUKTUR MANUSIA

KUMPULAN A AHMAD ADHAM BIN BERHAUMIDIN D20041018149 AT14 (MATEMATIK)

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SAINS SUKAN TARIKH : 6 MAC 2007 HARI : SELASA MASA : 40 MINIT TUNJANG PEMBELAJARAN TAJUK PEMBELAJARAN FOKUS PEMBELAJARAN PENGETAHUAN SEDIA ADA PELAJAR OBJEKTIF PEMBELAJARAN PSIKOMOTOR KOGNITIF BIL.PELAJARAN MINGGU :1 :6 TINGKATAN: 4 WAJA BIL.MURID : 20

: Anatomi dan Fisiologi : Pengenalan Anatomi dan Fisiologi. : Organisasi Struktur Manusia. : Sebelum kelas bermula, guru meminta pelajar untuk membuat bacaan awal berkaitan tajuk yang akan dibincangkan daripada buku teks, artikel daripada internet dan majalah.

: Di sepanjang proses P&P, pelajar dapat:

1) Pelajar dapat melabel dengan tepat rajah organisasi struktur manusia berdasarkan rujukan pada buku teks dalam masa yang ditetapkan. 1) Pelajar dapat mengenalpasti struktur dan fungsi sistem tubuh melalui aktiviti melabel rajah organisasi struktur manusia. 2) Pelajar dapat menjelaskan secara bertulis struktur-struktur dan fungsi sistem-sistem tubuh manusia. 3) Pelajar dapat menghuraikan secara bertulis hubungkait antara sistem rangka dengan sistem-sistem tubuh yang lain. 1) Pelajar dapat memberi kerjasama dengan memberi sumbangan idea kepada kumpulan masing-masing untuk menyelesaikan aktiviti berkumpulan yang diberi oleh guru.

AFEKTIF

PERSEDIAAN PELAJAR : Buku teks, buku nota dan alat tulis. PERSEDIAAN GURU : Slide Power Point, edaran nota dan soalan latihan, kertas A4.

FASA/MASA PENGENALAN (MASA : 5 minit)

AKTIVITI Menerangkan tentang topik.

MAKLUMAT P & P 1) Guru memberi peta minda tentang topik yang akan diajar.

ORGANISASI GURU XXXXX XXXXX XXXXX XXXXX

CATATAN Rujuk Lampiran a

2) Menerangkan aras organisasi struktur manusia a) Aras kimia- atom, molekul, makromolekul. b) Aras sel- gabungan makromolekul. c) Aras tisu- Sekumpulan sel yang secara bersama menjalankan fungsi khusus yang sama d) Aras organ- organ merupakan struktur diskrit- X = Pelajar terbentuk hasil daripada gabungan dua tisu atau lebih. e) Aras sistem- terbentuk hasil daripada gabungan beberapa organ yang berbeza bagi menghsilkan tugas-tugas tertentu. f) Aras organisma- aras tertinggi- Merangkumi semua aras yang berfungsi untuk mencapai kesejahteraan hidup. 3) Guru memberi edaran rajah organisasi struktur manusia untuk diisi pelajar dalam masa 2 minit.

Rujuk tayangan power point.

- Rujuk Lampiran b.

PERKEMBANGAN ARAS 1 MASA : 10 minit

Mengenali sistem-sistem tubuh.

1)

Guru menerangkan 11 sistem tubuh manusia yang akan GURU dibincangkan berdasarkan peta minda yang telah diberi. XXXXX a) Integumentari- kulit, fungsi: XXXXX - Melindungi tisu-tisu dalaman tubuh daripada kecederaan. XXXXX - Bersifat kalis air, membantu mencegah kehilangan XXXXX air dalam badan. - Peka kepada rangsangan sakit, sejuk, kepanasan, tekanan dan sentuhan. - Menyingkirkan bahan kimia semasa perpeluhan seperti air, asid urik dan garam mineral berlebihan. b) Rangka- Tulang (Kartilej, Ligamen, Sendi), fungsi: X = Pelajar - Menyokong berat badan. - Melindungi organ-organ lembut di dalam tubuh seperti otak, saraf tunjang (spina korda), jantung dan paru-paru. - Memberi bentuk dan mengekalkan bentuk badan. - Menyediakan tempat untuk pelekatan otot-otot rangka. - Tuas untuk pergerakan badan. - Menghasilkan sel-sel darah merah dan sel darah putih dan platelet di dalam sumsum merah tulang. c) Otot- otot, tendon. Fungsi: - Mengekalkan postur tubuh. - Menghasilkan pergerakan. - Menghasilkan haba melalui aktiviti sel di dalam otot. - Menstabilkan sendi. - Mengartikulasi antara otot dengan tulang

Rujuk Lampiran a. pelajar dapat mengenali sistemsistem yang ada dalam tubuh manusia.

d) Saraf- Otak, Saraf tunjang, Saraf periferi, Organ reseptor. Fungsi: - Mengesan, menerima dan bergerak balas terhadap rangsangan yang diterima. - Menyimpan maklumat yang diterima. - Mengawal dan menyelaras aktiviti tubuh. e) Endokrina- Kelenjar seperti pituitari, tiriod dan adrenal. Fungsi: - Mengawal dan menyelaraskan fungsi tubuh melalui hormon yang dirembeskan ke dalam aliran darah. f) Kardiovaskular- Jantung, Salur darah. Fungsi: - Jantung mengepam darah ke seluruh badan. - Mengangkut gas-gas respiratori, nutrien, hormon dan bahan buangan. g) Limfatik- Nodus limfa Salur limfatik Timus Organ limfoid Tonsil. Fungsi: - Sebagai sistem imunisasi tubuh kerana mempunyai sel darah putih (leukosit). - Menghasilkan limfosit. - Mengangkut bahan kumuh dari tisu ke sistem darah untuk diuraikan oleh hati. - Mengangkut hasil pencernaan untuk diserap ke dalam lakteal. h) Respiratori- Hidung, Farinks, Trakea, Bronkus, Paru-paru. Fungsi: - Membekalkan oksigen ke dalam darah dan menyingkirkan karbon dioksida. - Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida antara paru-paru. - Mengekalkan keadaan dan persekitaran dalaman tubuh yang stabil (homeostasis). 5

i) Pencernaan- Esofagus, Perut, Pankreas, Hepar, Ileum, Usus besar, Rektum. Fungsi: - pecahkan makanan kepada unit yang ringkas untuk diserap ke dalam darah untuk kegunaan aktiviti sel. - Mengkumuhkan sisa pencernaan sebagai bahannajis. j) Urinari- Ginjal, Ureter, Pundi kencing, Uretra. Fungsi: - Menyingkirkan bahan kumuh daripada darah. - Mengawal isipadu dan komposisi bahan kimia. - Mengimbangkan paras asid dan alkali dalam darah. k) Reproduktif- Lelaki (Penis, Testes, Vesikel semen, Kelenjar prostat, Uretra) dan Perempuan (Ovari, Tiub faliopio, Uterus, Vagina). Fungsi: - Menghasilkan zuriat. - Menghasilkan hormon seks. 2) Guru memberi soalan kepada pelajar mengenai sistem dalam tubuh manusia untuk dilengkapkan dalam masa 5 minit. 3) Guru memberi jawapan kepada pelajar untuk disemak: Jawapan 1: Melindungi tisu-tisu dalaman tubuh daripada kecederaan. Jawapan 2: Bersifat kalis air, membantu mencegah kehilangan air dalam badan. Jawapan 3: Peka kepada rangsangan sakit, sejuk, kepanasan, tekanan dan sentuhan. Jawapan 4: Tulang (Kartilej, Ligamen, Sendi). Jawapan 5: Sistem otot. Jawapan 6: Mengesan, menerima dan bergerak balas terhadap rangsangan yang diterima. - rujuk Lampiran c

Jawapan 7: Menyimpan maklumat yang diterima. Jawapan 8: Mengawal dan menyelaras aktiviti tubuh. Jawapan 9: Jantung, Salur darah. Jawapan 10: Jantung mengepam darah ke seluruh badan dan mengangkut gas-gas respiratori, nutrien, hormon dan bahan buangan.

FASA/MASA ARAS 2 MASA : 10 minit

AKTIVITI Menerangkan hubungkait sistem-sistem dalam tubuh.

MAKLUMAT P & P

ORGANISASI

CATATAN -rujuk Lampiran a

1) Guru memberi penjelasan tentang hubungkait sistemGURU sistem dalam tubuh manusia. Rujuk pada peta minda yang telah diberi dan buku teks. XXXXX - untuk kemandirian organisma, setiap sistem mesti XXXXX saling berfungsi dan memerlukan antara satu sama XXXXX lain. Contoh: hubungkait antara sistem rangka dengan XXXXX sistem-sistem lain dalam tubuh manusia iaitu sistem: a) Integumentari- Sintesis vitamin D penting untuk penyerapan normal kalsium dan fosforus X = Pelajar (diperlukan untuk tumbesaran tulang). b) Otot- tulang membekal kalsium untuk penguncupan otot dan bertindak sebagai tuas. Untuk menghasilkan pergerakan tubuh. Otot menstabilkan kedudukan tulang. Ketegangan pada tendon merangsang tumbesaran tulang. c) Saraf- tulang membekal kalsium untuk fungsi saraf dan melindungi otak, saraf tunjang. Reseptor pada sendi memberi maklumat tentang kedudukan tubuh. Mengawal kedudukan tulang dengan mengawal penguncupan otot. d) Kardiovaskular- Tulang menyediakan kalsium untuk penguncupan otot kardiak. Sel-sel darah dihasilkan dalam sum-sum merah tulang. Membekal oksigen dan mengkumuh karbon dioksida. e) Respiratori- Pergerakan tulang rusuk penting untuk pernafasan. Rangka mengelilingi dan melindungi paru-paru. Sistem respiratori membekal oksigen dan mengkumuh karbon dioksida.

f) Endokrina- Tulang melindungi organ-organ endokrina khususnya dalam otak, dada dan kaviti pelvik. Tumbesaran tulang dikawalatur oleh hormon tumbesaran, tiroid dan seks. Mobilasi kalsium dikawalatur oleh hormon-hormon parathormon dan kalsitonin. g) Pencernaan- Tulang rusuk melindungi sebahagian daripada hepar dan usus. Manakala sistem pencernaan membekal nutrien, kalsium dan fosfat kepada tulang. h) Urinari- Sistem rangka melindungi ginjal dan ureter. Pelvis melindungi pundi kencing dan uretra proksimal. Sistem urinari memulihara kalsium dan fosfat untuk tumbesaran tulang dan mengkumuh bahan sisa. 2) Secara keseluruhan, sistem rangka mempunyai fungsi yang sama terhadap sistem-sistem dalam tubuh manusia iaitu: - Memberi sokongan mekanikal. - Stor tenaga. - Stor kalsium dan fosfat.

FASA/MASA ARAS 3 KEMUNCAK MASA : 10 minit

AKTIVITI Aktiviti berkumpulan

MAKLUMAT P & P 1) Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan. 2) Seorang ketua dilantik bagi setiap kumpulan dan berjumpa dengan guru untuk membuat undian soalan. 3) Guru mengedarkan 1 kertas tugasan bagi setiap kumpulan berdasarkan soalan yang diundi tersebut untuk diselesaikan dalam masa 5minit. 4) Pelajar dikehendaki berbincang di dalam kumpulan masing-masing. 5) Guru memantau aktiviti pelajar. 6) Pelajar membentangkan hasil jawapan di dalam kelas dan disemak oleh guru.

ORGANISASI GURU

CATATAN

XXX XX XX XXX X = Pelajar

XX XXX - rujuk Lampiran d - rujuk Lampiran e XXX XX

Aktiviti untuk menerapkan unsur kerjasama di dalam kumpulan dalm memberi idea mencari jawapan bagi setiap tugasan berdasarkan buku teks.

10

FASA/MASA PENUTUP MASA: 5 minit

AKTIVITI 1) Soal jawab.

MAKLUMAT P & P Guru memberi ruang kepada pelajar untuk menanyakan soalan berkaitan topik dan menjelaskan segala kekeliruan pelajar.

ORGANISASI GURU XX XXX

CATATAN

2) Analisis pencapaian pelajar.

3) Mengulas fokus pelajaran.

Guru menyoal murid. XXX Soalan 1: Siapakah yang dapat melabelkan semua rajah XX organisasi struktur manusia? XXX Soalan 2: Siapakah yang dapat menjawab sekurangXX kurang 8 soalan dengan tepat bagi latihan 2? XX XXX Guru mengulas secara ringkas organisasi struktur manusia. - Organisasi struktur manusia melibatkan 6 peringkat X = Pelajar iaitu aras kimia, aras sel, aras tisu, aras organ, aras sistem dan aras organisma. - Sistem-sistem badan saling bergantungan antara satu sama lain untuk homeostasis badan. - Sistem tubuh terdiri daripada 11 sistem organ.

11

Lampiran a.

Aras

Aras sel

Aras tisu

Aras

Aras sistem

Aras organisme

kimia

organ Organisasi Struktur Manusia

Sistem-sistem tubuh.
Integumentari (kulit)

Hubungkait Sistem Tubuh.


Contoh: hubungkait sistem rangka dengan

Rangka Otot

system-sistem lain dalam badan manusia iaitu: sistem rangka sistem integumentari. sistem rangka sistem otot.

Saraf sistem rangka sistem saraf. Endokrina sistem rangka sistem kardiovaskular. Kardiovaskular sistem rangka sistem respiratori. Limfatik sistem rangka sistem endokrina. Respiratori sistem rangka sistem pencernaan. Pencernaan sistem rangka sistem urinari. Urinari Reproduktif Contoh jenis

tisu Tisu epitelium- menutup bahagian luar kulit kita dan membuat garisan-garisan pada bahagian luar kulit tersebut. Tisu penghubung- menyokong dan menyambungkan tisu-tisu antara otot dan tulang (tendon)dan tulang ke tulang (ligamen). Tisu otot- menggerakkan tulang-tulang. Tisu saraf- sebagai alat komunikasi dalam badan, beroperasi secara berterusan melalui impuls elektrik.

12

Lampiran b. Nama: Tingkatan: Latihan 1. Isikan aras organisasi struktur manusia di dalam kotak yang disediakan di bawah.

2) 1)

6) Aras organisma. contoh: manusia.

3)

5)

4)

13

Lampiran c. Nama: Tingkatan: Latihan 2. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. Sistem Bahagian dalam sistem 1)
Integumentari (kulit) Kulit

Fungsi sistem

2) 3)

4)________________
Rangka

Menyokong berat badan. Memberi bentuk dan mengekalkan bentuk badan.

5)_____________

Tendon

1. Mengekalkan postur tubuh. 2. Menghasilkan pergerakan 3. Menstabilkan sendi. 4. Mengartikulasi antara otot dengan tulang.

Otak Saraf tunjang

6) 7) 8)

Saraf

Saraf periferi - Organ reseptor

Kardiovaskular

9) ____________

10)

14

Lampiran d. Aktiviti berkumpulan. Dapatkan cabutan soalan daripada guru, ketua kumpulan akan membuat cabutan undi soalan. Pelajar akan isikan sistem yang akan dipilih pada ruang kosong di bawah berdasarkan cabutan soalan tersebut. Hubungkait sistem rangka dengan sistem yang lain.

1) Sistem ______________________ Peranan sistem-sistem yang dinyatakan di Peranan sistem rangka kepada sistem yang atas kepada sistem rangka: dinyatakan di atas:

2) Sistem ______________________ Peranan sistem-sistem yang dinyatakan di Peranan sistem rangka kepada sistem yang atas kepada sistem rangka: dinyatakan di atas:

15

Lampiran e. Soalan bagi setiap cabutan yang dibuat oleh ketua kumpulan.

Kumpulan 1. Kumpulan anda akan menjelaskan hubungkait antara sistem rangka dengan 1) sistem integumentari. 2) sistem otot.

Kumpulan 2. Kumpulan anda akan menjelaskan hubungkait antara sistem rangka dengan 3) sistem saraf. 4) sistem kardiovaskular.

Kumpulan 3. Kumpulan anda akan menjelaskan hubungkait antara sistem rangka dengan 5) sistem respiratori. 6) sistem endokrina.

Kumpulan 4. Kumpulan anda akan menjelaskan hubungkait antara sistem rangka dengan 7) sistem sistem pencernaan. 8) sistem urinari.

16

You might also like