You are on page 1of 16

Model-model Disiplin Bilik Darjah

1.0 PENGENALAN

Dalam era globalisasi, dunia pendidikan manjadi semakin mencabar.


Profesion keguruan bukanlah satu kerjaya yang mudah dan di pandang enteng lagi.
Jika dulu guru hanya masuk ke kelas dan memuntahkan ilmu kepada murid-murid
tapi kini guru dibebani dengan tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang
berilmu sejajar dengan misi dan visi Wawasan 2020. Oleh itu, guru dituntut untuk
mengetahui serba serbi termasuklah pengurusan bilik darjah yang effektif.
Guru yang mengambil peranan dalam membentuk modal insan yang
bermadani untuk Negara, harus bijak dalam mengambil langkah untuk menangani
murid-murid dan persekitaran pembelajaran. Guru perlu mengetahui cara untuk
mengenal pasti punca utama kepada masalah disiplin yang berlaku dalam bilik
darjah. Hal ini kerana masalah jenayah yang berlaku di luar sana mampu di
bendung dari peringkat awal lagi melalui pendidikan di sekolah.
Oleh itu, model-model pengurusan bilik darjah seperti Model Modifikasi
Tingkah laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikuts,
Model Pengurusan Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser boleh dijadikan
sebagai panduan oleh guru-guru dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan lebih
berkesan.

2.0 KONSEP DISIPLIN


Perkataan disiplin beraal daripada perkataan Latin disciplina yang bermaksud
mengajar. Secara umumnya, disiplin boleh didefinisikan sebagai latihan pemikiran
dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib.
(Kamus Dewan edisi keempat, halaman 356). Selain itu, Chong Leon Keow pula
menyatakan bahawa disiplin adalah pencegahan dan pemulihan atau secara
keterangannnya adalah latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus
atau pada tingkah laku. Beliau juga menyatakan bahawa disiplin juga merupakan
hukuman yang bertujuan membetulkan atau melatih seseorang murid. Dalam
konteks bilik darjah disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada
murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Disiplin
merupakan salah satu aspek semasa proses pengajaran dan pembelajaran. (Charles
2008) berpendapat disiplin bilik darjah adalah sebahagian daripada pengajaran
yang juga meliputi arahan, komunikasi, struktur dan pengurusan bilik darjah juga
termasuk hubungan dengan ibu bapa murid. Menurut ahli-ahli pendidik, terdapat
lima model pengurusan disiplin bilik darjah yang boleh dijadikan rujukan kepada
guru-guru sekolah bagi membentuk bilk darjah yang kondusif.. Model-model

tersebut ialah Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner, Model Disiplin Asertif
Canter, Model Akibat Logikal Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok Kounin, Model
Terapi Realiti Glasser

2.1 Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner


Secara ringkasnya model Modifikasi Tingkah Laku dipelopori oleh Skinner. Model ini
menggunakan prinsip peneguhan yang mengutamakan elemen -elemen luaran
untuk meningkatkan tingkah laku. (Haliza Hamzah, Joy Nesamalar
Samuel,Pengurusan Bilik Darjah, 2008 ). Terdapat dua jenis peneguhan iaitu
peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif berlaku apabila
rangsangan seperti hadiah, pujian dan sokongan di atas apa yang
dilakukan.Peneguhan ini diberikan untuk meningkatkan tingkah laku murid yang
diingini. Manakala peneguhan negatif pula berlaku apabila rangsangan yang lebih
keras diberi. Rangsangan yang dikeluarkan adalah untuk meningkatkan tingkah laku
pelajar. Contohnya, cikgu sering kali meleteri pelajar supaya menyiapkan kerja
rumah, akhirnya pelajar menyiapkan kerja yang diberi. Dendaan adalah satu proses
atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku
yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa
kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.
Contohnya, Pelajar membuat bising dalam kelas dan guru membuat amaran kepada
pelajar. Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas. Pembentukan tingkah laku
boleh dilakukan dengan memberikan peneguhan yang berkala setiap kali selepas
sesuatu tingkah laku yang diingini ditunjukkan.

2.2 Model Disiplin Asertif Canter


Lee and Marlene Canter menubuhkan Canter Associates dan buku Assertive
Discipline: A Take-Charge Approach for Todays Educator (1976). Model ini
berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid
terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Menekankan penetapan
dan kuat kuasa peraturan dan memastikan peraturan dipatuhi dengan tegas. Model
ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang
ditetapkan disamping pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif
(berkeyakinan dan tegas). Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam
bilik darjah. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti
bilik darjah berjalan lancar. Hak tersebut adalah seperti hak guru adalah mengajar
tanpa gangguan. Jadi guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang
membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Manakalah hak murid ialah
untuk belajar dalam persekitaran kondusif. Jadi murid perlu memilih dalam
bertingkah laku. Canter berpendapat guru yang asertif harus jelas dengan matlamat
pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang sama,

guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid. Di samping itu
juga, guru yang asertif perlu memberikan pengiktirafan kepada murid-murid untuk
menggalakkan tingkah laku yang diingini manakala tindakan pembetulan dikenakan
kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan
selesa. Dalam model Asertif ini, Canter ada memperkenalkan Langkah-langkah
Penerangan Pelan Pengurusan Bilik Darjah. Langkah-langkah tersebut ialah:
Selain itu juga, guru mempunyai beberapa cara untuk mengenakan tindakan
pembetulan kepada murid-murid:
*
*

bertindak tenang
konsisten

Berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini.

Beri peluang murid luahkan perasaan.

Teguran langsung kepada murid peringkat rendah

Tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa.

2.3 Model Akibat Logikal Dreikurs


Fokus utama model akibat logikal Dreikurs ini adalah mewujudkan suasana bilik
darjah yang bersifat demokratik di mana murrd-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru
yang ingin kawalan bilik darjah yang baik tidak seharusnya menggunakan hukuman.
Selain itu juga, model ini menekankan guru perlu mengenal pasti punca salah laku
dan murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Oleh
sebab itu murid sendiri perlu dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap
pengurusan disiplin bilik darjah. Terdapat beberapa motif utama salah laku. Motif
tersebut ialah:
1. Mendapatkan perhatian : Murid sering kali cuba mendapatkan perhatian guru
dengan cara yang salah.
2. Membalas dendam : Murid bertindak balas dendam apabila guru dilihat sebagai
bersikap tidak adil dan bersikap autokratik.
3. Mencabar kuasa (konflik) : Apabila murid bertindak mencabar kewibawaan guru
jangan bertindak secara emosi. Bertenang, panggil murid secara individu dan cuba
kenal pasti punca kelakuan mereka.
4. Menunjukkan kekurangan : Murid yang gagal mendapat pengiktirafan melalui
motif sebelumnya mungkin akan bertindak menunjukkan dirinya sebagai seorang
yang lemah dan tidak upaya.

Untuk murid-murid yang mempunyai salah laku motif seperti tersebut, Dreikurs
telah menyediakan cara untuk menangani murid-murid yang mempunyai salah laku
motif iaitu kenal pasti motif murid , bantu murid memahami motif yang ditunjukkan,
bantu murid tukar matlamat salah kepada matlamat sebenar, bimbing murid
bertanggungjawab ke atas matlamat baharu dan bantu murid melihat akibat di
sebalik tingkah lakunya.

2.4 Model Pengurusan Kelompok Kounin.


Model ini telah dicipta oleh seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik
darjah iaitu Jacob Kounin. Buku yang berjudul Discipline and Group Management
merupakan karya beliau mengenai pengurusan tingkah laku berkesan. Terkenal
dengan Konsep Riak - apabila seorang murid akur kepada arahan, murid lain juga
akan ikut bersama. Ciri-ciri teori ini adalah mengenai teori berkaitan disiplin dan
pengurusan kumpulan manakala matlamat teori ini pula ialah pengajaran dengan
disiplin dapat dicapai (seiring). Terdapat perkara-perkara utama dalam model
Pengurusan Kelompok Kounin. Perkara-perkara tersebut ialah:
1) Bertindih (overlapping) : Ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan dua
atau lebih aktiviti individu atau kumpulan pada masa yang sama.
2) Merangkumi semua (withitness): Ia merujuk kepada kebolehan guru
membetulkan tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatau situasi yang tidak
boleh dikawal.
3) Momentum (momentum) : Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk
menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa pelajaran.
4)

Kelancaran (smoothness) : Cirinya ialah kontinuiti, tanpa sebarang gangguan.

5) Fokus kumpulan (group focus) : Iaitu memusatkan perhatian semua murid lain
daripada respons seorang murid sedang diberikan.
6) Menggalakkan akauntibiliti :Ia merujuk kepada komunikasi kepada semua
murid bahawa penyertaan mereka semua sedang diperhatikan dan ditaksir.
Implikasi model kounin terhadap tingkah laku bermasalah di dalam kelas adalah
seperti berikut:
*
Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi
tingkah laku rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Fenomena ini adalah
dikenali sebagai kesan riak (ripple effect).
*
Guru harus sedar semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah
dalam setiap masa. Kesedaran ini adalah dikenali sebagai withitness, sesuatu istilah
yang dicipta oleh Kounin.

*
Kebolehan memberi peralihan yang lancar antara dua aktiviti dan mengekalkan
momentum yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk pengurusan
kumpulan dengan berkesan.
*
Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin
setiap individu mempunyai akauntibiliti dalam pembelajaran, dan memastikan
pembelajaran optimal berlaku.
*
Kebosanan murid boleh dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau
kejayaan, menambah pelbagai aktiviti dalam kurikulum dan alam bilik darjah.

2.5 Model Terapi Realiti Glasser


Diperkenalkan oleh William Glasser merupakan pengasas kepada terapi realiti.
Beliau dilahirkan di Cleveland Ohio, California pada tahun 1925. Pada tahun 1944,
ketika berumur 19 tahun, Glasser telah mendapat ijazah pertamanya dalam bidang
kejuruteraan kimia dari Case Institute of Technology. Pada tahun 1956, Glasser telah
menjadi ketua psikiatarist di Ventura School for Girls, iaitu sebuah institusi yang
dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral
dan melanggar peraturan atau undang-undang. Dalam tahun 1961, Glasser
menghasilkan bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental Illness yang
menjadi asas kepada teknik dan konsep terapi realiti.
Terapi realiti berlandaskan 3 prinsip berikut:
*

Setiap individu bertanggungjawab ke atas tingkah laku masing-masing.

*
Setiap individu berupaya untuk berubah dan hidup secara berkesan sekiranya
diberikan bimbingan dan sokongan.
*
Setiap individu bertingkah laku mengikut cara tertentu agar dapat membentuk
persekitaran mengikut kehendak masing-masing.
Pelan pengurusan bilik darjah Glasser ialah guru hendaklah melapangkan masa
untuk mengenal pasti punca tingkah laku bermasalah murid tersebut. Seterusnya
guru perlu mempertimbangkan cara penyelesaian. Guru juga perlu berusaha
mencegah salah laku melalui dua cara iaitu berikan latihan dalam kelas yang
menarik dan bina hubungan yang positif dengan murid. Selain itu, guru harus
mempertingkatkan cara penyoalan. Guru juga perlu mengadakan perbincangan
dengan murid-murid. Murid dikehendaki membentuk satu pelan yang mengandungi
tindakan positif dengan bantuan guru. Jika tidak berkesan,murid diasingkan dengan
menggunakan time-out dalam bilik darjah. Murid dihantar ke satu lokasi yang selesa
tetapi tidak mengancam orang yang menyelia mereka. Bagi murid yang di luar
kawalan, guru hendaklah menghubungi ibu bapa untuk berpindah sekolah. Jika
masih serius, rujuk murid kepada pihak berkuasa.

Elemen Disiplin Yang Berkesan Glassser:

Membantu murid membuat pilihan yang wajar

Mengajar murid memikul tanggungjawab secara peribadi

Menangani tingkah laku masa kini, bukan masa lampau

Memerlukan murid membuat penghakiman berunsurkan nilai terhadap tingkah


laku mereka

Membantu murid merancang ke arah perubahan tingkah laku

Percaya bahawa murid boleh berubah ke arah positif

3.0 LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH DISIPLIN


Peranan seorang guru kian bertambah dan menjadi semakin kompleks dengan
berkembangnya dunia pendidikan era ini. Masalah-masalah disiplin sering berlaku
di dalam bilik darjah menyebabkan pengajaran dan pembelajaran terganggu. Bagi
melicinkan proses P&P dan mengelakkan pembaziran waktu, guru yang proaktif
seharusnya menangani masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah dengan
segera dan pantas.
Masalah disiplin seperti meniru kerja, menipu, kurang memberikan respons ketika
sesi soal jawab, meninggalkan bilik darjah dengan kerap dan tidak hormat kepada
guru, sememangnya dapat di atasi dengan mudah jika guru menggunakan
beberapa langkah yang telah di sarankan oleh para cerdik pandai sebagai panduan
melalui model-model pengurusan bilik darjah yang telah mereka perkenalkan.
Sebagai seorang guru, terpulanglah kepada kita untuk memilih model mana yang
lebih baik atau mengadunkan model-model tersebut supaya menjadi satu acuan
yang baik dalam mengawal masalah disiplin murid di dalam kelas.
Terdapat beberapa langkah yang saya cadangkan bagi membantu guru-guru dalam
menangani masalah disiplin antaranya ialah membina hubungan positif antara guru
dan murid, menetapkan set peraturan dan rutin bilik darjah, terangkan plan
pengurursan disiplin kepada murid, memberi teguran dan kaunseling,

3.1 Membina hubungan positif antara guru dan murid.

Building meaningful and genuine relationships with and among your students is an
essential aspect creating a learning environment that support their learning and
promotes their positive classroom behaviour (McAdams & Lambie 2003;
Schaps,2003). Berdasarkan petikan ini, saya berpendapat bahawa langkah pertama
yang patut di ambil bagi menangani masalah disiplin ialah guru perlu membina
hubungan positif dengan murid bermula daripada hari pertama penggal
persekolahan sepertimana turut disarankan oleh Glasser. Hal ini kerana hubungan
yang positif ini dapat mengurangkan emosi-emosi negatif sebaliknya menggalakkan
emosi-emosi positif. Pendekatan ini membuatkan murid merasa dihargai oleh guru
sekaligus memotivasikan murid dalam menghasilkan tugas-tugas pembelajaran
dengan baik. Perkara yang lebih penting ialah, hubungan positif ini melahirkan rasa
hormat murid kepada guru. Menurut Good dan Brophy (2002), guru yang dihormati
dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan
aktiviti di dalam bilik darjah. Guru akan dipandang tinggi oleh murid-murid dan
membawa kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif. Oleh yang demikian
mudahlah guru untuk mengawal tingkah laku murid di dalam kelas. Masalah disiplin
seperti yang telah dinyatakan pasti tidak akan berlaku lagi. Hal ini kerana muridmurid akan memberi kerjasama kepada guru. Hubungan yang baik antara gurumurid akan memberi peluang kepada murid untuk menjalinkan kerjasama yang erat
dengan guru. Seterusnya membolehkan guru mengenal pasti kelemahan dan
kekuatan murid-muridnya serta memberikan peneguhan yang sesuai. Selain itu
guru dapat membentuk peribadi yang mulia terhadap pelajar sekaligus
mengurangkan masalah disiplin.
Bagi membina hubungan positif antara guru dan murid, guru mestilah ingat nama
murid dan panggil murid dengan nama masing-masing. Guru dinasihatkan supaya
tidak memanggil murid-murid dengan nama-nama ganti diri yang am, panggil
dengan menunding jari dan panggilan-panggilan yang tidak disukai oleh murid
kerana ia boleh mengakibatkan murid berasa benci kepada guru. Sebagai contoh
ialah Kamu yang pakai cermin mata tu........ atau Poh Bedah, banyak sangat ye
kamu bercakap...... atau Awak yang mata sepet tu....... Sebaliknya berlaku pabila
guru mentgingati nama murid dan memanggil mereka dengan panggilan yang
betul. Mereka akan merasakan guru sedar akan kewujudan mereka didalam kelas
disamping menunjukkan usaha guru untuk mengenali mereka. Sekaligus hubungan
positif dapat dibentuk dengan cepat. Hal ini akan menolong guru untuk mengawal
tingkah laku murid didalam kelasnya.
Disamping itu, strategi lain yang boleh diambil bagi meningkat hubungan positif
antara guru-murid sekaligus membantu guru untuk menangani masalah disiplin di
dalam bilik darjah ialah guru menunjukkan keprihatinan, kasih sayang dan sikap
mengambil berat tehadap keperluan murid-muridnya. Kebiasaannya murid-murid
melakukan masalah disiplin kerana keadaan persekitaran yang menyebabkan murimurid gagal memenuhi keprluan-keperluan asas mereka disekolah antaranya ialah
rasa dipunyai dan disayangi. Menurut Glasser kebanyakan perencanaan pengurusan

bilik darjah berlaku dengan salah sebagaimana yang beliau katakan, We are far too
concerned with discipline, with how to make student follow rules, and not enough
with concerned with providing the satisfiying education that would make our ever
concerned with discipline unnecessaray. Oleh itu hubungan baik antara gurumurid adalah amat penting bagi memenuhi keperluan-keperluan asas murid dan
membantu dalam mengurangkan masalah dalam bilik darjah.
Dalam mengekalkan hubungan yang baik antara guru dan murid, guru perlu
mengelak daripada mengamalkan tujuh tabiat yang telah dinyatakan oleh Glasser
iaitu mengkritik, suka mencari kesalahan murid, kuat merungut, menggugut, kuat
berleter, suka mendenda dan kerap memberikan ganjaran.

3.2 Menetapkan set peraturan bilik darjah.


Langkah kedua ialah, sejak awal sesi persekolahan lagi, guru perlu berbincang
dengan murid-murid untuk menetapkan satu set peraturan yang utama yang
menjadi asas kepada bilik darjah. Peraturan ialah penyataan yang memaklumkan
tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah. Selain itu, peraturan juga
merupakan satu bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid.
Dari semasa ke semasa, guru boleh membuat tambahan peraturan, tetapi asasnya
adalah pada peraturan asas tersebut. Peraturan bilik darjah ini adalah penting untuk
dibentuk dan dikuatkuasakan kerana ia dapat memastikan aktiviti bilik darjah
berjalan dengan lancar tanpa gangguan tingkah laku yang tidak diingini. Menurut
Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu guru perlu
menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih
tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang
kondusif, keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah
yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku
yang yang jelas di dalam bilik darjah.
Misalnya, guru kelas Tahun Tiga Merah dan murid-muridnya bersama-sama
menetapkan peraturan-peraturan kelas pada awal tahun. Salah satu peraturan
adalah mengenai murid yang tidak membawa buku teks yang berkenaan ke
sekolah, akan dihukum berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil
berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya. Pada suatu hari, salah
satu murid cemerlang dalam kelas tersebut, Sally telah terlupa membawa buku teks
Bahasa Melayu ke sekolah. Guru harus menghukumnya berdasarkan peraturan yang
telah ditetapkan tanpa mengira pencapaian akademik murid tersebut adalah
cemerlang atau lemah. Maka, guru menghukum Sally berdiri di dalam kelas
sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di
bersebelahannya. Dengan cara ini, Sally akan mengingatkan diri supaya tidak akan
mengulangi kesalahan yang sama pada masa yang akan datang. Selain itu, semua
murid dalam kelas akan menyedari kepentingan mematuhi peraturan kelas yang

telah ditetapkan. Dengan berlakunya kes Sally, murid-murid yang lain juga akan
mengingatkan sendiri supaya elak daripada mengulangi kesalahan yang dilakukan
oleh Sally.
Walhal begitu, guru perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara semasa
membentuk peraturan di dalam bilik darjah, antaranya ialah ayat peraturan
mestilah ringkas dan jelas. Hal ini kerana murid akan mengalami kesukaran dalam
memahami dan mengingati peraturan yang panjang dan berbelit. Seterusnya, set
peraturan yang dibentuk seelok-eloknya bermakna dan hendaklah dipersetujui oleh
semua warga kelas dan bukanlah di buat secara autokratik oleh guru semata-mata.
Amalan demokrasi ini akan memberikan peluang kepada murid untuk merasakan
bahawa mereka sebahagian daripada warga bilik darjah dan bukan hanya
pemerhati. Disamping memberi peluang kepada guru untuk mengambil kesempatan
untuk berbincang bersama murid tentang kepentingan peraturan bilik darjah. Selain
itu, guru juga perlu mengambil perhatian terhadap bilangan peraturan. Peraturan
metilah dihadkan bilangannya kerana peraturan yang terlalu banyak boleh
mengelirukan murid. Peraturan yang dibentuk hendaklah diselarikan dengan
peraturan sekolah. Contoh peraturan ialah :
Peraturan Kelas 2 Amanah
a)

Menghormati guru dan rakan-rakan yang lain

b)

Sentiasa memberi kerjasama dan respons semasa proses P&P.

c)

Tidak boleh meniru kerja rumah rakan lain.

d)

Menepati masa.

e)

Menjaga kebersihan bilik darjah

f)

Mematuhi peraturan sekolah.

3.3 Terangkan pelan pengurusan disiplin kepada murid.


Langkah seterusnya merupakan langkah yang penting bagi memastikan peraturan
yang telah ditetapkan bersama murid-murid semasa langkah kedua terlaksana
dengan berjaya. Guru perlu mengajar dan membimbing murid-murid tentang pelan
pengurusan disiplin yang dibentuk sebagaimana yang telah di sarankan dalam
Model Asertif Canter. Langkah pertama yang boleh digunakan untuk menerangkan
pelan-pelan pengurusan disiplin kepada murid ialah dengan menerangkan kenapa
peraturan-peraturan tersebut diperlukan. Sebagai contoh guru menerangkan
kepada murid bahawa meniru kerja rumah rakanyang lain sebenarnya membawa
kerugian kepada diri murid itu sendiri. Mereka tidak dapat menguasai sub topik
yang di ajar oleh guru. Terlalu kerap meninggalkan bilik darjah pula akan

mengakibatkan mereka ketinggalan maklumat-maklumat dan isi pelajaran yang


penting. Seterusnya guru memberi penerangan bagaimana peraturan tersebut akan
dilaksanakan. Contohnya guru menghadkan murid ke tandas sekali sahaja untuk
suatu mata pelajaran kecuali hal-hal kecemasan. Guru perlu meastikan samada
murid faham atau tidak peraturan yag telah di terangkan. Hal ini kerana, jika murid
tidak memahami peraturan yang telah ditetapkan, mereka mungkin akan
mengulangi kesalahan disiplin yang sama. Tingkah laku yang diingini pasti tidak
dapat di bentuk. Kemudian, guru memaklumkan tentang ganjaran yang diterima
jika mereka mematuhi peraturan bilik darjah. Pada peringkat ini guru boleh
memberi pengiktirafan bagi yang mematuhi peraturan dan mengenakan tindakan
pembetulan bagi kepada sesiapa yang melanggar peraturan sepertimana yang
disarankan oleh Canter. Canter mencadangkan beberapa langkah yang boleh
diambil oleh guru untuk mengenakan tindakan pembetulan kepada muri-murid
antaranya ialah kenakan tindakan pembetulan keatas salah laku yang ditunjukkan
dengan tenang. Sebagai contoh, Firdaus awak telah meniru kerja rumah Janah,
kamu telah memilih untuk membuat 10 soalan yang lain yang akan saya berikan.
Seterusnya tindakan tersebut haruslah konsisten iaitu tindakan yang sama
dikenakan pada kesalahan yang sama yang ditunjukkan oleh mana-mana murid.
Guru juga memberi peluang kepada murid untuk meluahkan perasaan. Murid-murid
mungkin melakukan kesalahan akibat tertekan atau faktor luar seperti masalah di
rumah, mangsa penderaan dan sebagainya. Penguhan boleh diberikan bagi mereka
yang telah membuat perubahan tingkah laku.
Seterusnya, langkah keenam
untuk penerangan pelan pengurusan bilik darjah ialah guru perlu memastikan lagi
sekali kefahaman murid terhadap pelan tersebut. Untuk menerangkan kepada
murid, guru boleh membuat kaedah main peranan untuk menerangkan peraturan,
ganjaran dan tindakan pembetulan. Pelan Pengurusan Bilik Dajah ini adalah
bertujuan untuk memastikan murid memahami mengapa peraturan ditetapkan dan
untuk memastikan murid faham bagaimana untuk melaksanakan peraturan
tersebut dan apakah tindakan yang dikenakan jika melanggarnya. Hal ini kerana,
kadangkala masalah disiplin berlaku bukan kerana murid tersebut nakal atau
bermasalah sebaliknya mereka tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan disiplin
dan tingkah laku yang diingini oleh guru. Oleh sebab itu Pelan ini penting untuk
diterangkan kepada murid-murid kerana ia akan membatu mengurangkan masalah
disiplin dalam bilik darjah. Secara ringkasnya langkah-langkah Penerangan Pelan
Pengurusan Bilik Darjah boleh dirumuskan seperti dibawah:
Rajah 1 langkah-langkah Penerangan Pelan Bilik Darjah.

3.4 Memberi teguran dan Kaunseling


Selain tu, guru juga boleh membuat teguran secara langsung kepada murid untuk
peringkat rendah dan teguran secara individu untuk murid yang lebih dewasa.
Menurut Kounin, tindakan atau teguran guru terhadap seseorang murid yang

melakukan kesalahan akan turut memberi kesan kepada murid-murid lain di dalam
bilik darjah. Menurutnya lagi teguran mestilah jelas dan guru perlu menyatakan
dengan spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan. Elakkan daripada memberi
teguran secara umum. Contohnya, 'Ali beri tumpuan. Nyatakan dengan lebih
spesifik, Ali berhenti bercakap dengan Atan, dan beri respon kepada perkara yang
kita bincangkan tadi. Guru juga perlu membimbing murid-murid agar saling ingat
mengingati antara satu sama lain tentang peraturan yang telah ditetapkan. Apabila
murid faham dan mengamalkan peraturan yang telah ditetapkan, masalah disiplin
seperti meniru kerja rumah dan menipu dapat dikurangkan. Jika murid-murid masih
terus melakukan kesalahan disiplin seperti yang telah ditetapkan bersama, guru
yang proaktif perlu menyelidik bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan
murid tersebut tidak berubah kepada tingkah laku yang diingini. Hal ini bertepatan
dengan model Dreikurs yang menekankan supaya guru mengenal pasti punca
masalah tingkah laku. Apabila guru telah berjaya mengenal pasti punca muridmurid melakukan masalah disiplin, guru boleh mengambil langkah seterusnya
dengan berjumpa murid yang bermasalah tersebut secara bersendirian dan
berbincang tentang masalah-masalah yang dihadapinya. Teknik kaunseling ini telah
dikemukakan oleh Glasser dalam Model Terapi Realiti. Semasa proses kaunseling ini,
guru perlu membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Glasser
mencadangkan guru untuk bertanya murid beberapa soalan seperti Apakah yang
telah kamu lakukan yang telah melanggar disiplin yang telah ditetapkan sekolah? ,
Apakah yang patut kamu lakukan sebenarnya? , dan Adakah perlakuan kamu
boleh membantu kamu atau kelas kamu? Hal ini kerana, William Glasser
berpendapat setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan
yang dibuat. Glasser (1969) stresses that student must make value judgement
about what they are doing. Until they realize that what they are doing is wrong, they
must suffer the consequence of their behavior.Guru perlu meyakinkan murid untuk
membuat pilihan tingkah laku yang tepat kerana setiap individu bertanggungjawab
terhadap tingkah laku mereka sendiri. Oleh itu, semasa proses kaunseling itu guru
perlu murid perlu membantu murid untuk menilai apa yang telah mereka lakukan
sehingga mereka faham bahawa perbuatan itu adalah salah.

3.5 Pisahkan tempat duduk murid yang bermasalah


Strategi lain yang boleh diambil oleh guru dalam menangani masalah-masalah
disiplin seperti menipu, menganggu rakan, kurang memberi respon semasa
pengajaran dan pembelajaran, suka meniru kerja rumah dan tidak menghormati
rakan ialah guru menentukan dinamika kumpulan di dalam bilik darjahnya.
Dinamika kumpulan ialah kumpulan-kumpulan kecil yang terbentuk di dalam bilik
darjah yang terdiri daripada beberapa orang murid yang mempunyai nilai dan
kencenderungan yang sama. Mereka saling bergantung dan mempunyai nilai dan
kecenderungan yang sama. Mereka saling bergantung dan mempunyai kuasa atau
daya untuk menggerakkan ahli-ahli kumpulan tersebut. Kuasa ini boleh mendorong

ahli-ahli kumpulan untuk berkelakuan mengikut nilai atau kepercayaan yang telah
ditetapkan oleh ahli-ahli kumpulan. Sekiranya nilai tersebut berbentuk positif, sudah
pasti nilai itu akan memajukan ahli-ahli kumpulan untuk membuat kebaikan tetapi
sekiranya nilai yang terdapat dalam kumpulan adalah negatif, maka ahli-ahli
kumpulan akan terdorong akan melakukan perkara-perkara yang bertentangan
dengan peraturan yang telah ditetapkan. Nah disini kita dapat simpulkan bahawa
kebanyakan masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah berpunca daripada
pengaruh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya yang tidak dikawal boleh
mendatangkan kesan kepada pengurusan disiplin bilik darjah. Oleh sebab itulah,
guru perlu bijak dalam membentuk dinamika kumpulan yang positif yangmana
dapat mengurangkan masalah disiplin di dalam bilik darjah. Bagi membantu guru
membentuk dinamika positif di dalam bilik darjah, guru boleh melakukan kajian
sosiometri seperti bertanyakan soalan-soalan berikut:
a)

Siapakah rakan baik awak di dalam kelas?

b) Siapakah rakan yang awak pilih untuk melakukan aktiviti-aktiviti di dalam


kelas?
c)

Siapakah rakan kelas yang awak tidak sukai?

Daripada jawapan mereka, guru boleh mengenal pasti pola persahabtan di dalam
bilik darjah contohnya:
Bintang : murid popular yang banyak menerima pencalonan sebagai rakan
baik dan rakan untuk menjalankan aktiviti.
Dyad: pola persahabatan iaitu dua orang murid saling bersahabat. Sebagai
contoh Shikin memilih Janah sebagai sahabat dan Janah memilih Shikin sebagai
sahabat yang baik dan disukai.
Klik : Pola persahabatan iaiatu dua atau lebih murid memilih antara satu
sama lain untuk menjadi sahabat-sahabat yang disukai.
Pencilan: murid-murid yang tidak memilih sesiapa sebagai sahabat dan
orang lain juga tidak memilih dia sebagai sahabat.
Singkiran: Murid yang menamakan murid lain sebagai sahabat tetapi murid
lain mengatakan bahawa dia tidak disukai.
Pola persahabatan yang dikenal pasti dapat menolong guru untuk
menentukan kumpulan-kumpulan dinamika di dalam bilik darjah. Pola tersebut juga
menolong guru untuk melihat murid-murid yang tidak disukai dan terpencil.
Maklumat ini akan membantu guru dalam menentukan susunan kedudukan murid di
dalam bilik darjah atau semasa aktiviti kumplan dijalankan. Apabila guru dapat
menyusun dinamika positif akhirnya masalah disiplin yang boleh menganggu proses
pembelajaran dan pembelajaran akan dapat diatasi. Mengikut pengalaman saya

dalam mengajar tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Tanjng Gahai, Kuala Lipis semasa
menjalankan program pengalaman berasaskan sekolah, terdapat seorang murid
yang selalu menganggu rakannya. Beliau sering mengejek dan memperlekehkan
rakannya itu. Akhirnya semua rakan-rakan di dalam kumpulan tersebut turut
mengejek dan memperlekehkan murid tadi. Keadaan ini telah menganggu proses
pengajaran dan pembelajaran saya. Akhirnya saya bertanya mengapa kamu
menganggu dia?. Segala persoalan terjawab apabila mereka memberitahu mereka
tidak menyukai pelajar tersebut. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita harus bijak
dalam menangani kes ini. Murid tersebut telah dipindahkan ke kumpulan lain yang
boleh menerima dan menyukainya. Maka proses P&P dapat di jalankan dengan
lancar tanpa gangguan disiplin. Oleh hal yang demikian, dalam mengurangkan
masalah disiplin, guru perlu bijak dalam membentuk dinamika kumpulan.

3.6 Kepelbagaian dalam pengajaran


Strategi seterusnya yang boleh digunakan bagi membantu guru dalam menangani
masalah disiplin dan mengawal tingkah laku yan tidak diingini di dalam bilik darah
ialah guru menggunakan kepelbagaian dalam pengajaran. Murid-murid akan berasa
seronok untuk belajar dan tidak bosan. Hal ini kerana menurut Glasser, masalah
tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid berasa
bosan. Pengajaran yang membosankan, tiada kepelbagaian akan medorong kepada
berlakunya salah laku murid. Oleh yang demikian, guru harus merancang sebelum
beliau masuk ke bilik darjah. Manurut Kounin, perancangan pengajaran mestilah
mengambil kira setiap murid di dalam kelas iaitu minat, kebolehan, prestasi,
keupayaan, perkembangan dan pengetahuan sedia ada murid-murid. Setiap aktiviti
perlu menyeronokkan murid dan mencabar. Perancangan yang rapi ini akan
melancarkan dan melicinkan proses P&P dan memastikan semua murid terlibat
dalam aktiviti P&P. Apabila guru masuk ke kelas tanpa perancangan yang rapi,
mungkin ada murid yang tercicir kerana tidak dapat mengikuti pengajaran. Tanpa
perancangan yang rapi juga memberi kemungkinan bahawa masa murid tidak didisi
dengan aktiviti dan guru tidak tahu untuk berbuat apa dengan murid-murid.
Keadaan ini boleh menjadi tidak terkawal dan seterusnya membawa kepada
timbulnya masalah disiplin. Menurut Kounin, guru yang memopunyai momentum
pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam
aktiviti p&P. Momentum bagi Kounin merujuk kepada keadaan iaitu guru memulakan
pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran dengan
lancar, melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu
dengan berkesan.
Oleh itu dalam membanteras berlakunya salah laku di dalam bilik darjah,
guru perlu manggunakan kaedah atau teknik mengajar yang baru, efektif dan yang
dapat merangsang minat murid. Aktiviti yang pelbagai bukan sahaja dapat

merangsang minat murid tetapi mewujudkan situasi di mana murid-murid


tertunggu-tunggu untuk melihat aktiviti berikutnya. Sebagai contoh untuk
memulakan pengajaran, boleh mengguna pelbagai kaedah sebagi set induksi bagi
menarik minat murid seperti menggunakan tayangan gambar, video dan lakonan
dan discrepant event ( selalu digunakan dalam subjek sains). Kaedah dan aktiviti
yang sama setiap hari tidak memotivasikan atau meransang keinginan murid untuk
terus belajar. Selain itu, perkara yang dipelajari harus bermakna kepada murid agar
mereka dapat memahami kepentingan topiktersebut dalam kehidupan mereka.
Aktiviti yang membosankan dan tidak bermakna akan menimbulkan keresahan
dalam kalangan murid dan seterusnya menimbulkan tingkah laku yang tidak
diingini. Oleh sebab itulah, sekali lagi saya tekankan disini, agar guru menggunakan
teknik serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai. Guru boleh
merujuk teori-teori pembelajaran seperti pembelajaran behavioris, sosial dan sosial
kognitif, pembelajaran penemuan Bruner, konstruktivisme,dan humanisme dalam
membentuk teknik dan kaedahkaedah pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan dan pelbagai.

3.7 Menggunakan modifikasi tingkah laku


Langkah seterusnya yang boleh diambil dalam menangani masalah disiplin dan
tingkah laku oleh guru ialah melalui modifikasi tingkah laku. Masalah tingkah laku
secara ringkasnya dapat didefinisikan sebagai perbuatan atau tindakan yang tidak
sepatutnya dilakukan oleh setiap pelajar semasa berada di dalam bilik darjah.
Perlakuan ini jika dilakukan secara konsisten dan berterusan dalam jangka masa
yang lama akan memberi kesan yang buruk dalam perkembangan pembelajaran
murid dan seterusnyamenghalang mereka terlibat secara aktif di dalan atau di luar
bilik darjah. Oleh itu, saya mencadangkan guru untuk menggunakan modofikasi
tingkah laku seperti yang disarankan oleh B.F Skinner. Modifikasi tingkah laku ialah
langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk
mengubah tingkah laku yang negatif kepada positif. Langkah yang bersisitematik
ialah mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah, menetapkan
matlamat, menentukan strategi bertindak, merancang prosedur atau plan tindakan,
melaksanakan strategi mengikut plan bertindak, menilai keberkesanan dan
mengubah plan jika perlu dan memastikan pencapaian matlamat yang telah
ditetapkan.
Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah untuk mengubah tingkah laku
negatif atau salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik darjah, kepada tingkahlaku
positif, menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku, demi membentuk
iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif untuk melicinkan perjalanan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan
yang bersistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip
pelaziman dan prinsip peneguhan. Pendekatan ini menjurus kepada elemen-elemen

luaran untuk mempengaruhi tingkah laku murid. Elemen-elemen luaran ini


berbentuk peneguhan-peneguhan yang menjadi rangsangan untuk meningkatkan
tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan yang ditekankan oleh
Skinner iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah
kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan yang diingini (atau tidak diingini)
ditambah. Peneguhan positif digunakan sebagai ganjaran untuk mendorong murid
murid memberi tumpuan semasa belajar seperti memberi pujian, penghargaan,
hadiah dan sebagainya. Manakala peneguhan negatif ialah kebarangkalian
berulangnya tingkah laku operan ditambah dengan memindahkan atau
menghapuskan stimuli yang mengganggu. Sebagai contoh, semua murid darjah
Enam Melur membuat dan menyiapkan tugasan sendiri tetapi terdapat seorang
murid yang bernama Ali meniru kerja rakan yang lain. Ali turut membuat bising dan
menganggu rakan-rakan lain. Oleh yang demikian guru boleh memberi peneguhan
ppositif kepada murid-murid yang membuat tugasan sendiri seperti pujian dan
boleh juga memberi hadiah kepada murid yang menghantar tugasan paling awal.
Dalam masa yang sama, Ali yang merupakan seorang murid yang membuat bising,
mengganggu rakan dan meniru kerja rumah ini di arahkan keluar dari kelas supaya
aktiviti pembelajaran murid lain berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Muridmurid lain yang melihat keadaan itu pasti takut untuk melakukan kesalahan yang
sama seperti Ali. Mereka pasti berusaha menyiapkan kerja rumah dengan usaha
sendiri. Melalui peneguhan positif dan negatif ini, guru dapat mengawal tingkah
laku yang tidak diingini dan membentuk satu iklim bilik darjah yang kondusif bebas
dari gangguan masalah disiplin.
Selain peneguhan modifikasi tingkah laku boleh dijalankan dengan memberi
dendaan kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang tidak diingini
seperti meniru kerja rumah, tidak menghormati guru dan dan sebagainya. Dendaan
merupakan tindakan yang dikenakan bertujuan untuk menghentikan sesuatu
tingkahlaku negatif. Ianya menggunakan hukuman yang memang diketahui oleh
murid yang melanggar peraturan dan memastikan hukuman itu relevan dan
berpatutan. Guru juga boleh memberhentikan tingkah yang tidak diingini dengan
menukarkan tempat duduk atau berjumpa selepas waktu belajar. Menurut Skinner
denda hanya boleh memberi kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.Selepas itu
biasanya murid itu akan mengulanginya semula. Sekiranya murid didenda kerana
kelemahan dirinya dalam akademik mungkin akan menyebabkan hilang minat
murid terhadap bidang tersebut. Oleh itu, saya berpendapat, guru tidak boleh
mengunaan teknik dendaan yang kerap di dalam bilik darjah. Sebaliknya ia
dikenakan apabila keadaan sudah tidak terkawal lagi seperti mendenda murid
tersebut berdiri di luar kelas kerana sering datang lambat ke kelas walaupun telah
diingatkan beberapa kali atau murid tersebut lewat melebihi setengah jam. Teknik
seterusnya dalam modifikasi tingkah laku ialah reverse psyclogy yang merupakan
Teknik psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Ianya
memerlukan guru mahir dalam memahami psikologi murid yang berkenaan, serta
mengenali sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya.Tujuannya ialah untuk

menginsafkan murid sekaligus membuang tingkah laku negatif dan membentuk


tingkah laku yang baik. Oleh yang demikian, modifikasi tingakah laku merupakan
satu cadangan yang amat berkesan dalam menukarkan tingkah laku negatif kepada
positif sekaligus mengurangkan masalah disiplin. Namun begitu bagi mengubah
tingkah laku yang tidak diingini peneguhan positif hendaklah dibuat dari semasa ke
semasa.

4.0 Kesimpulan

Seorang guru mempunyai tugas dan peranan yang amat penting dalam mendidik
anak bangsanya. Oleh sebab itu, segala yang berlaku di dalam bilik darjah sangat
penting. Guru yang bertangungjawab mencorakan pengajaran dan pembelajaran
harian murid-murid. Dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
bergerak lancar, guru perlu memastikan disiplin murid dalam keadaan terjaga dan
terkawal supaya matlamat pengajaran terkawal. Oleh sebab itu, lahirnya modelmodel pengurusan disiplin bilik darjah dalam membantu guru-guru membentuk
disiplin murid. Maka terpulang kepada-guru untuk menjayakan model-model
tersebut atau mengadunkannya untuk dijadikan strategi yang ampuh dalam
membentuk disiplin murid. Ini disebabkan disiplin sangat memainkan peranan
penting bukan sahaja di dalam bilik darjah malah mempengaruhi sepanjang hidup
murid tersebut.

You might also like