You are on page 1of 5

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)

@ Project Based Learning (PjBL)


Md. Baharuddin Bin Haji Abdul Rahman
JKM, Politeknik Kota Bharu,
Km 24, Pangkal Kalong,16450
Ketereh, Kelantan, Malaysia
Email: mbaharuddin@oum.edu.my, Tel: +6019-9021484
Hairul Nizam Ismail
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,
11800 USM,Pulau Penang, Malaysia.
Email: hairul@usm.my, Tel:+6012-4122539

1.0

Pengenalan

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP @ PjBL) amat signifikan dengan


konsep pembelajaran alaf baru (alaf ke-21) yang menjurus kepada penghasilan
produk (projek) yang piawai (mengikut kaedah kejuruteraan sebenar) dan ia
berpusatkan pelajar. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) merupakan model
terkini dalam merangka aktiviti bagi penghasilan produk atau artifak pelajar
diluar kelas. Yangmana PBP menjana para pelajar agar berpeluang
menterjemahkan idea dan keupayaan diri dalam menyelesaikan pemasalahan
secara berkumpulan bagi menghasilkan produk @ artifak (projek) secara terarah
mengikut kaedah dan gerak kerja kejuruteraan sebenar (produk dibangunkan di
bengkel institusi atau di bengkel luar). Aktivitinya yang melangkaui bilik darjah
telah memberi ruang kepada para pelajar dalam pembangunkan minda mereka
(kognitif). Konsep PBP juga dilihat memberi ruang untuk ahli ahli kumpulan
dalam merangka perancangan gerak kerja pembangunan secara selaras, dapat
membutirkan proses yang perlu dilalui, membentuk susun atur peranan ahli
yang sistematik dan terarah. PBP merupakan model aktiviti pengajaran dan
pembelajaran diluar kelas yang berupaya membentuk gabungan aktiviti yang
menjurus kepada kerja-kerja kejuruteraan yang sepatutnya diketahui oleh pelajar
institusi Teknik dan Vokasional (merangkumi pembelajaran kemahiran asas
sekolah rendah dan menegah). Konsep PBP merupakan pembelajaran yang
sepusat bagi penyelia dan kumpulan pelajar melalui proses pembangunan
produk, malahan PBP boleh diwujudkan melalui kaedah pemantauan maya
(mengunakan web based) yangmana ianya boleh melangkaui sempadan jarak
dan masa. Ia menjadikan para pelajar lebih terfokus dalam setiap tugasan yang
dirancang selari dengan proses perlaksanaannya. Ahli kumpulan kerja juga di
dedahkan agar dapat mentaksir pemasalahan yang akan timbul seterusnya
menghasilkan cetusan idea pengawalan dari mula sampai akhir proses
pembangunan produk. Melalui pemantauan dan penilaian formatif. Kaedah PBP
ini dilihat sebagai salah satu contoh pembelajaran yang terfokus serta sistematik
bagi gerak kerja pembangunan produk-produk kejuruteraan.

2.0

PBP Memotivasikan Pelajar

Pelajar akan dapat menterjemahkan kefahaman dan kemahiran mereka


setelah menguasai konsep PBP ini melalui penghasilan produk yang inovatif
serta dapat mencapai kualiti hasil kerja yang sepadan dengan produk keluaran
industri. PBP secara langsung dapat menterjemahkan setiap kurikulum yang
dirangka dalam mencapai objektifnya yang mutlak bilamana setiap perincian
gerak kerja penghasilan direkodkan bermula di awal proses hingga akhir. Kutipan
dan analisa data hasil ujilari produk juga diterjemahka secara perinci. Malahan
proses pemarkahan yang formatif menjadikan konsep PBP suatu kaedah
pembelajaran dan pengajaran (PnP) yang selaras serta merangkumi kehendak
silibus yang berkaitan kerja-kerja kejuruteraan (cth : silibus aliran teknik dan
vokasional). Pembangunan proses PBP oleh para pengkaji sebelumnya
menunjukkan kosep ini bukan sahaja mampu membentuk siasah pelajar malahan
ia dapat menjana minda (kognitif) pelajar melalui desakan yang terarah.
Pembangunan motivsi dan meta-kognitif para pelajar merupakan antara aset
yang amat penting dalam pengaplikasian konsep PBP, yangmana ia menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) yang dilalui mencpai matlamat
sebagaimana yang dikehendaki. Menurut Professor Howard Gradner melalui
pandangan beliau yang bertajuk Frames of Mind: The Theory of Multiple
Intelligences, beliau menghuraikan terdapat tujuh aras pembangunan
kepandaian manusia antaranya ialah; melalui olahan pemikiran, pembelajaran
dan proses mendapat maklumat. PBP dilihat elah memenuhi Frames of Mind
tersebut yang mana kumpulan pelajar yang ingin menghasilkan produk
kejuruteraan akan mampu menterjemahkan olahan pemikiran, melalui proses
pembelajaran yang terarah dan dapat mentaksir maklumat terkini secara
terarah. Dengan melalui proses PBP, pelajar akan dapat menjana olahan minda
yang pelbagai @ Multiple Intelligences dalam memastikan produk yang ingin
dihasilkan dapat disiapkan sebagaimana turutan yang telah dirangka. Suatu
yang amat bermanafaat melalui konsep PBP ialah ia mampu mengasak motivasi
diri pelajar kejuruteraan sendiri setelah melalui proses PBP, ini dibuktikan melalui
kajian rintis yang dilakukan di oleh pengkaji sendiri (Md. Baharuddin Haji Abdul
Rahman et al., 2009) serta pengkaji bersama (Kamaruzaman Jusoff et al., 2010)
dalam pengaplikasian konsep PjBL di Politeknik Kota Bharu. Malahan para
pengkaji lain juga ada menyatakan yang pembangunan motivasi itu telah
mejadikan mereka (kumpulan pelajar) mampu mengolah suatu pemahaman dan
pengalaman baru yang amat berharga dalam penghasilan produk yang piawai.
Dengan ini, ia secara tidak langsung mewujudkan teknik pembelajaran alaf baru
yang tersendiri terhasil dari keupayaan pelajar itu sendiri apabila berjaya
menguasai konsep PBP secara mutlak (mereka akan dapat mengembangkan
ilmu teknologi & kejuruteraan terkini semasa proses pembangunan produk).
Mereka juga akan dapat menjana minat yang mendalam dalam mentaksir ilmu
kejuruteraan semasa proses pembangunan produk dilakukan. Selain dari itu,
mereka juga mampu menjawab persoalan yang timbul serta dapat menyelesai
pemasalahan dalam memastikan produk dapat dihasilkan/ dilaksanakan. Semua
ini terjadi kerana desakan yang terkawal telah timbul melalui konsep PBP yang
telah diaplikasi secara menyeluruh.

3.0

Mengapa Perlu PBP?

Kenapa konsep PBP ditekankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia


(KPM) sekiranya konsep ini dilihat tidak bermanafaat kepada sisem pendidikan di
Malaysia. Kepentingan PBP juga ditekankan oleh KPM sebagai PBL (Project Based
Learning) yang mana ianya mempunyai maksud yang sama dengan PjBL atau
PBP disini. Jika dilihat PBP amat berguna bilamana pihak KPM juga telah
mensarankan perlaksanaan konsep PBP ini melalui Bahagian Teknologi
Pendidikan (BTP) bermula dari tahun 2006 lagi (rujuk: Project-Based Learning:
Educating the Millennial Learner). Malahan Pihak KPM juga telah melaksanakan

Projek Rintis: Project-Based Learning Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri


Sabah 2007, yang mana ia amat signifikan dengan tahun kajian rintis pengkaji
(2007) bagi kajian Pembangunan Modul PBP@PjBL dan Pengaplkasiannya di
peringkat Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Di sini PBP
dilihat telah membantu dalam memurni dan menaik nilai tambah sistem
pembelajaran dan pengajaran (PnP) di Malaysia. Selain dari itu, PBP dilihat
signifikan dengan dasar dan matlamat Politeknik, KPTM dalam melancarkan
Outcome Based Education (OBE) yang mana PBP boleh menjadi satu pilihan
baru konsep PnP alternatif yng boleh digunapakai oleh para pendidik dan
pensyarah dalam institusi pendidikan teknik dan vokasional pada masa kini bagi
mencapai kehendak OBE tersebut. PBP juga merupakan suatu konsep PnP yang
merangkumi penghasilan keperluan minda pelajar yang out side the box,
product based dan outcome based. Gerak kerjanya menekankan kepada
kumpulan pelajar perlu melakukannya secara total . Bagi membuktikan setiap
langakah dilaksana , setiap cerapan data akan direkodkan mengikut paiwaian
sebenar kejuruteraan. Malahan penilaian akan diakukan oleh penyelia secara
turutan mengikut mingguan (formatif). Pelajar akan sentiasa diasak agar peka
kepada jadual kerja yang dirangka (rujuk Modul PBP). Ini bagi mengelakkan
berlakunya kelewatan dalam menghasilkan produk yang ingin dihasilkan.
Pemasalahan akan diatasi mengikut masa yang telah ditetapkan (sebarang
kemusykilan akan sentiasa di sumangsaran agar pemasalahan dapat
diselesaikan dengan segera). Pelajar diberi kepercayaan sepenuhnya dalam
mantaksir pemasalahan malahan setiap saranan penyelesaian sesuatu masalah
itu akan diterima pakai secara professional oleh semua pihak. Di sini olahan
minda yang kritis akan timbul secara sepontan malahan sebarang ilmu
kejuruteraan yang mereka pelajari akan dapat diterjemahkan semasa proses
pembangunan produk dijalankan. Sebarang teknologi dan ilmu kejuruteraan
terkini akan digunapakai bagi memastikan keperluan penambahan ilmu sentiasa
wujud melalui konsep PBP ini. Gabungan hubungan dengan industri luar dalam
penghasilan produk tersebut menjadikan para pelajar kejuruteraan akan sentiasa
celik minda dan mendapat pengalaman baru. Ini terbukti apabila ilmu dan
kepakaran luar tadi akan terserap secara tersendiri semasa proses kolaberasi
antara kumpulan kerja dangan pihak bengkel kejuruteraan luar. Sumbangan
kemahiran oleh industri tadi menjadikan konsep PBP merupakan pembangunan
sistem PnP tradisional kepada konsep PnP yang mesra antara pelajar dan pihak
industri.

4.0

Kelebihan PBP
Menyediakan ruang yang pelbagai kepada pelajar dalam menterjemah
ilmu yang telah mereka pelajari,
Meningkatkan pengembangan minda (kognitif) yang pelbagai bagi
pembangunan produk,
Dapat memenuhi kehendak pembelajaran alaf baru yang berpusatkan
pelajar (alaf ke 21),
Merubah konsep pengajaran dan pembelajaran lama (tradisional) yang
mengfokuskan dalam bilik darjah kepada konsep pmbelajaran baru yang
diluar bilik darjah (menjurus kepada kemahiran dan kehendak dunia luar:
mengikut keperluan sebenar),
Mengarahkan pelajar kepada melakukan gerak kerja secara total
(pembagunan kepimpinan & pengurusan pelajar yang mutlak), bukannnya
mengharapkan guru atau penyelia menjadi pembimbing secara total (guru
sebagai pembimbing secara total),
Menjurus kepada pengaplikasian sumber teknologi baru secara total
(pelajar digalakkan menakses bahan dan ilmu baru sepanjang

pembangunan produk) cth: penggunaan computer, grafik, lukisan


kejuruteraan
yang
piawai,
rekabentuk
piawai,perancangan
dan
pembangunan produk mengikut kehendak kejuruteraan sebenar,
Proses Pemantauan /Penyeliaan yang minima namun penghasilan produk
yang efektif,
Menambah ruang pelajar mendalami ilmu kemahiran kejuruteraan
sebenar, cth: kemahiran mengunakan mesin-mesin kejuruteraan, kerjakerja ketukangan yang piawai, teknik dan kemahiran terkini dalam
pengoperasian alatan teknikal terkini,
Membentuk proses PnP yang kolaberasi antara kumpulan pelajar projek,
Membentuk pembangunan kendiri para pelajar,
Membangun regulasi kendiri para pelajar,
Merupakan suatu konsep pembelajaran yang terarah,
Mewujudkan suasana pengembangan minda dan perkongsian pintar,
menjana kemahiran secara kolaberasi bagi setiap ahli kumpulan kerja,
Perkongsian kemahiran yang sepadu, pemahaman konsep, pengarahan,
olahan data, keutamaan dalam melakukan gerak kerja bersama,
Meyumbang kepada keperluan bantu membantu bagi setiap ahli kumpulan
dalam memastikan produk dapat dihasilkan secara bersama,
Dapat memberi ruang kepad para pelajar dalam mengagih setiap tugas
secara adil dan saksama,
Menjadi salah satu platform komunikasi selaras antara setiap ahli
kumpulan dengan kumpulan lain dalam memastikan proses berjalan
mengikut perancangan,
Keutamaan dalam memahami setiap tugasan bagi memudahkan pelajar
dan guru /penyelia melalui gerak kerja yang sistematik,
Pembentangan gerak kerja secara mingguan yang selaras dalam
memastikan setiap progress kerja adalah selari dengan perancagan awal,
Wujud sokongan moral antara ahli kumpulan dan penyelia yang
komprehensif,
Menjana keupayaan pelajar dalam mengeluar idea dan kemahiran baru,
Memberi ruang kepada para pelajar dalam sumbangsaran, pembentangan
gerak kerja, dan penyelesaian pemasalahan secara bersama,
Menjadikan pelajar sebagai pembangun produk/projek yang sebenar
bilamana mereka perlu mengetahui secra total akan proses dan peranan
sebenar mereka,
Yang utama, pelajar akan dapat menterjemah kemahiran kejuruteraan
semasa pembangunan projek mengikut kehendak industri atau dunia
kejuruteraan sebenar.

5.0 Kesimpulan
PBP dilihat menggalakkan pelajar berfikiran outside of the box kreatif
dan inovatif, ia juga menggalakkan pembelajaran kolaboratif, memantapkan
Gaya Pembelajaran Bestari iaitu self-directed, self-access, self-paced, memberi
peluang kepada pelajar bekerja dalam isu dan amalan dunia sebenar, memberi
peluang kepada pelajar memahirkan diri dalam aspek pengurusan kendiri seperti
pengurusan masa, perancangan, pengurusan sumber, dan pengurusan tekanan.,
menggalakkan pelajar memantapkan kemahiran abad ke-21. Justeru itu, PBP
dilihat telah membawa inovasi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran
(PnP) bagi membantu negara mentransformasikan ekonomi daripada berasaskan
produk kepada ekonomi berasaskan pengetahuan (k-Economy) melahirkan bakal
pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran, merealisasikan matlamat

pentaksiran berasaskan sekolah (school-based assessmen Membangunkan


modal insan dan membina kemahiran yang dikehendaki dalam dunia pekerjaan
sebenar.

Bibliograf
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Laporan Pelaksanaan Projek Rintis :
Project-Based Learning- Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah
2007. Kuala Lumpur : Bahagian Teknologi Pendidikan.
Kamaruzaman Jusoff, Baharuddin Haji Abdul Rahman, Khairul Azhar Mat Daud, &
Nik Azida Abd Ghani. (2010). Motivating Stdents Using Prject Based
Learning (PjBL) via e-SOLMS Technology. Word Applied Sciences Journal
8(9):1086-1092, 2010. IDOSI Publication2010.
Md. Baharuddin Bin Haji Abdul Rahman, Khairul Azhar Mt Daud, Kamaruzaman
Jusoff, & Nik Azida Abd Ghani. (2009). Project Based Learning (PjBL)
Practices at Politeknik Kota Bharu, Malaysia. International Education
Studies, 2(4),140-148. Retrieved from http://www.ccsenet.org/journal.html
Ministry of Education, Malaysia. (2006). Project-Based Learning :Educating the
Millennial Learner. Kuala Lumpur: Educational Technology Division.
Md. Baharuddin Bin Haji Abdul Rahman, Hairul Nizam Ismail, & Khairul Azhar Mat
Daud,. (2011). e-Library and Learning Object System (eL-LoS): An
Alternative Online Library and Learning Tools at Politeknik Kota Bharu,
Malaysia. International Journal of Business and Social Science, Vol. 2, No.
2: February 2011. Retrieved from http:/www.ijbssnet.com/current.html

Markham, Thom et al. (2003), Project Based Learning Handbook, Buck Institute
for Education, ISBN 0974034304
Synteta, P. (2001). EVA_pm: Design and Development of a Scaffolding
Environment For Students Projects. Unpublished Master thesis, University
of Geneva, Geneva, Switzerland.
Synteta, P.(2002). Project-Based e-Learning: The model and the mehod, the
practice and the portal. Unpublished PhD proposal (Accepted oct, 2002),
University of Geneva, Geneva, Switzerland.
Synteta, P. (2003). Project-Based e-Learning in higher education: The model and
the method, the practice and the portal. Studies in Communication, New
Media in Education. pp. 263-269.
Thomas, J. W., Mergendoller, J.R., & Michaelson, A. (1999). Project-based
learning: A handbook for middle and high school teachers. Novato, CA: The
Buck Institute for Education.

You might also like