You are on page 1of 24

43

Definisi Frasa
Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-
kurangnya dua patah perkataan ataupun satu patah perkataan yang berpotensi untuk
diperluas menjadi dua patah perkataan atau lebih. Frasa tidak mungkin menjadi ayat
yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa
mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsur utama yang wajib untuk status ayat.
Menurut Tatabahasa Dewan frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan
yang mengandungi dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk
diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih Menurut Kamus Dewan edisi keempat,
frasa membawa makna kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa.
Oleh itu, frasa merupakan perkataan atau rentetan kata yang membentuk klausa iaitu
ayat dalam ayat.
Menurut Azahar Bahari (2009), frasa berpontensi untuk berkembang dan diperluas.
Meskipun ada ketikanya, frasa boleh sahaja terdiri daripada satu perkataan. Tetapi
frasa dapat diperkembang menjadi unit yang mengandungi dua
perkataan atau lebih.Sebagai contohnya, Kambing.Manakala menurut Asraf (2008),
frasa ialah sepatah kata atau lebih daripada sepatah kata yang dapat bertugas sebagai
subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat. Bagi Abdullah Hassan (2008),
frasa didefinisikan sebagai satu unsur yang menjadi sebahagian daripada ayat. Ia dapat
terdiri daripada satu perkataan atau pun sekumpulan perkataan
yang digabungkan menurut rumus tatabahasa Melayu bagi membawa makna.
Jika dahulu, Pendeta Zaba memanggilnya rangkai kata, dan mesti terbina
daripada dua perkataan atau lebih. Tetapi, sebenarnya satu perkataan pun boleh
menjadi frasa. Melalui definisi beberapa tokoh linguistik, dapat dirumuskan bahawa
frasa merupakan satu unit kata yang berpotensi dikembangkan atau
diperluas menjadi dua atau lebih perkataan yang bermakna.


44

9.0 Jenis-jenis frasa
Dalam bahasa Melayu, frasa terbahagi kepada empat jenis mengikut golongan
perkataan intinya, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa
sendi nama (FS).


9.1 Frasa Nama
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz frasa nama ialah frasa yang terdiri daripada kata nama
sebagai unsur intinya. Unsur initi juga disebut unsur utama iaitu unsur wajib ada bagi
membentuk sesuatu jenis frasa. Unsur inti boleh wujud secara bersendirian sebagai
satu patah perkataan atau diikuti oleh penerang sesudah inti. Contoh:
I. Kakak menyanyi dengan merdu
II. Kakak sulung keluarga itu menyanyi dengan merdu
Dalam ayat (I) unsur inti bagi subjek ayat ialah frasa nama abang iaitu terdiri daripada
satu patah perkataan. Ayat (II) adalah unsur inti bagi frasa nama boleh diikuti oleh
penerang. Inti adalah unsur yang jadi fokus bagi frasa. Penerang pula penjelasan bagi
Frasa
Frasa
Nama
Frasa
Adjektif
Frasa
Sendi
Nama
Frasa
Kerja
45

menerangkan makna inti tersebut. Contoh inti + penerang bagi binaan frasa nama
adalah :
Frasa Nama
Inti Penerang
kasut Kulit
klinik pakar puan
mesyuarat agung tahunan

Terdapat juga unsur bukan nama yang boleh menjadi inti dalam menduduki subjek
frasa nama, iaitu apabila unsur itu memainkan tugas dan berfungsi sebagai kata nama.
Contohnya kata kerja berlumba dan menderma serta kata adjektif merah. Contoh ayat
adalah seperti berikut:
3. Berlumba di lebuh raya boleh membahayakan diri sendiri.
4. Menderma perbuatan terpuji.
5. Merah warna kegemaranku.
Contoh sesuatu ayat yang sempurna boleh terdiri daripada frasa nama sebagai subjek
dan predikat:
Subjek ( Frasa Nama) Predikat ( Frasa Nama)
6 Wilayah Persekutuan ibu negara Malaysia
7 Puan Syamsiah guru penolong kanan
8 Kereta wira itu milik abang
9 Kanak-kanak itu murid tahap satu

9.2 Frasa Kerja
Frasa kerja ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Ia
dijadikan predikat dalam susunan ayat biasa seperti contoh berikut:
46

AYAT
SUBJEK PREDIKAT (FRASA KERJA)
10 budak itu menjerit sekuat-kuat hatinya
11 atlet itu berlari sepantas kilat
12 wangnya tersimpan dalam Tabung Haji

Binaan frasa kerja boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif.
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek. Kata kerja jenis ini
diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang.
Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja tak transitif dan berfungsi
untuk melengkapkan kata kerja tersebut. Ada tiga jenis kata kerja pelengkap. Antaranya
ialah:
Pelengkap Kata Nama
Pelengkap Kata Adjektif
Pelengkap Frasa Sendi Nama
Contoh Pelengkap Kata Nama:
Frasa Kerja
Kata Kerja Tak Transitif Pelengkap
Berbajukan kertas
Beralaskan plastik
Contoh Ayat:
13. Pak Kaduk berbajukan kertas.
14. Ibu duduk diatas tanah beralaskan plastik
Contoh Pelengkap Kata Adjektif

47

Frasa kerja
Kata Kerja Tak Transitif Pelengkap
Berbuat baik
Menjadi sempit
Contoh ayat:
15. Ayah sering berbuat baik.
16. Keadaannya menjadi genting.
Contoh Pelengkap Sendi Nama
Frasa kerja
Kata Kerja Tak Transitif Pelengkap
ayah bekerja di kampung
kami menuju ke utara
kereta itu terbabas di bahu jalan

Contoh Ayat:
17. Ayah bekerja di kampung
18. Kami menuju ke utara
19 kereta itu terbabas di bahu jalan
Penereng Kata Nama
Siti Hajar (2008), penerang kata nama bukanlah objek kerana fungsinya hanya
menerangkan kata kerja tersebut semata-mata. Penerang ialah kata nama yang
mengikuti kata kerja tak transitif.
Contohnya:

48

Frasa kerja
Kata Lerja Tak Transitif Penerang
Berbaju batik
Berkebun sayur
Berkedai kopi
Contoh Ayat:
20. Pemuda itu berbaju batik
21. Keluarga Ramlan berkebun sayur
22. Ah Seng berkedai kopi

9.3 Frasa adjektif
Frasa adjektif ialah susunan ayat yang mengandungi satu atau beberapa kata adjektif
sebagai intinya. Kata adjektif yang terdapat dalam frasa ini berfungsi sebagai predikat,
unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Frasa adjektif yang berfungsi
sebagai unsur keterangan hadir selepas kata kerja manakala jika sebagai unsur
penerang, kata adjektif hadir selepas kata nama. Contohnya:
SUBJEK PREDIKAT
1. Murid itu bijak sungguh
2. Rumahnya sangat jauh
Dalam susunan songsang predikat frasa adjektf boleh dikedepankan seperti dalam
contoh ayat berikut:
1. Bijak sungguh murid itu.
2. Jauh sangat rumahnya.
Contoh lain susunan songsang untuk predikat frasa adjektif adalah:
1. (a) Hartawan itu sungguh baik.
49

(b) Sungguh baik hartawan itu
2. (a) Pokok itu amat tinggi.
(b) Amat tinggi pokok itu.
Frasa adjektif boleh menjadi unsur keterangan dan unsur penerang. Contoh frasa
adjektif yang menjadi unsur keterangan dan unsur penerang:
SUBJEK
PREDIKAT
FRASA KERJA UNSUR KETERANGAN
1. Dia Berlari sangat pantas
2. Para pemandu Memandu sangat laju
3. Mereka Berjalan sangat lambat

SUBJEK
PREDIKAT
FRASA NAMA UNSUR PENERANG
1. Singa Binatang Buas
2. kereta lembu Kenderaan Lama
3. burger Makanan Barat

Kata adjektif dalam frasa adjektif boleh disertai dengan kata bantu dan kata
penguat. Kata penguat boleh berada di hadapan atau di belakang. Abdullah dan Ainon
(1994) menyatakan kata penguat menerangkan makna kata sifat. Ia memberi tekanan
kapada makna kata sifat itu.
50

FRASA ADJEKTIF
KATA BANTU
KATA PENGUAT
(HADAPAN)
KATA ADJEKTIF
KATA PENGUAT
(BELAKANG)
Sudah - Besar sangat
Masih Muda sungguh
Sedang - Sakit sangat
Belum Terlalu Awal -
- Amat Baik sekali
Sudah Amat Sahih
Binaan frasa adjektif
Inti bagi frasa adjektif terbahagi dua iaitu binaan satu perkataan dan binaan dua
perkataan. Binaan satu perkataan mengandungi hanya satu kata adjektif dalam ayat
tersebut. Contohnya:
1. Adik sangat rajin.
2. Warna kegemarannya merah.
3. Buku itu sangat tebal.
Binaan dua perkataan pula terbahagi kepada dua jenis iaitu :
(i) Kata adjektif + Kata Adjektif
(ii) Kata Adjektif + Kata nama
Penggabungan antara kata adjektif dengan kata adjektif dan kata adjektif dengan kata
nama akan menghasilkan konstituen baharu yang membawa makna baharu juga.
Penggabungan ini seakan-akan sama dengan kata majmuk.
51

Dua kata adjektif yang hadir bersama tetapi mementingkan makna yang serasi boleh
digugurkan salah satu kata adjektif tersebut. Contohnya:
penat lelah, kurus kering, gagah berani dan riang gembira.
Dua kata adjektif yang hadir bersama tetapi tidak mementingkan makna yang serasi
tidak boleh digugurkan salah satu kata adjektif tersebut. Contohnya:
panjang pendek, pahit manis, tua muda dan miskin kaya.
Dua kata adjektif yang hadir serentak disebabkan unsur rima atau keindahan bunyi.
Contohnya:
tinggi lampai, kaya raya, gemuk gedempol, terang benderang dan tua bangka.
Binaan kata adjektif + kata nama terdiri daripada kata adjektif sebagai inti frasa dan
kata nama sebagai unsur penerang. Binaan seperti ini terbahagi kepada dua jenis iaitu
frasa yang mempunyai maksud serupa dan frasa yang mempunyai maksud kiasan.
Contohnya:
1. Frasa adjektif maksud serupa
(i) biru laut
(ii) kuning merona
2. Frasa adjektif maksud kiasan
(i) keras kematu
(ii) panas hati
Frasa adjektif juga boleh dibantu dengan kata penguat yang terdiri daripada kata
penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas. Contoh dapat dilihat
dalam Jadual di bawah.

52

FRASA ADJEKTIF JENIS KATA PENGUAT
Gunung itu paling tinggi Hadapan
Rumahnya agak besar Hadapan
Suara penyanyi itu merdu sekali Belakang
Pemandangan di tepi pantai indah nian Belakang
(a) Batu itu sangat besar
(b) Batu itu besar sangat
Bebas
(a) Perigi itu amat dalam
(b) Perigi itu dalam amat
Bebas
Jenis-jenis kata penguat frasa adjektif
Binaan frasa adjektif juga boleh dibantu dengan kata bantu seperti masih, belum, sudah
dan harus. Contoh seperti dalam ayat-ayat berikut :
1. Nasi masih mentah lagi.
2. Adik belum kecil lagi.
3. Dia sudah besar panjang.
4. Kamu harus pandai menguruskan diri sendiri.
Kata bantu boleh hadir secara berderetan seperti dalam ayat berikut:
Nasi masih belum masak lagi.
Kata bantu boleh hadir selepas atau sebelum kata penguat seperti dalam ayat berikut:
Masih terlalu awal.
Mereka benar pandai dalam permainan itu.
53

Frasa adjektif ada tiga jenis kedudukan daam susunan ayat biasa, iaitu:
1. Selepas subjek sebagai predikat.
2. Selepas frasa kerja sebagai keterangan.
3. Selepas frasa nama sebagai penerang.
Frasa adjektif sebagai predikat boleh disongsangkan dengan frasa adjektif tersebut
mendahului subjek. Contohnya :
SUBJEK PREDIKAT SUSUNAN SONGSANG
pokok itu sangat tinggi sangat tinggi pokok itu
baju saya warna Biru biru warna baju saya
Bagi frasa adjektif sebagai keterangan dan penerang frasa nama adalah seperti berikut
SUBJEK
PREDIKAT
FRASA KERJA KETERANGAN
Nenek Berjalan sangat perlahan
Sungai itu Mengalir Deras
Adik Menyanyi Kuat
FRASA NAMA
KATA NAMA KATA ADJEKTIF
sekolah baharu
kereta lama
mi segera
Unsur keterangan dan penerang kata nama bagi frasa adjektif
54

Menurut Tatabahasa Dewan, unsur keterangan boleh digolongkan ke dalam beberapa
golongan.
Keterangan cara Dia menjadi kaya dengan tiba-tiba.
Keterangan bandingan muka masam seperti cuka.
Keterangan hal Pengarah sentiasa sibuk dengan mesyuaratnya.
Keterangan tujuan Kita mesti berjimat untuk masa hadapan.
Keterangan kekerapan Dia selalu sedih mengenangkan masa lalu.
Keterangan terhadap Kita mestilah cinta akan negara ini.
Keterangan musabab Dia menjadi kuat kerana tangkal itu.
Keterangan waktu Saya terkenangkan pengalaman waktu sekolah
dahulu.
Keterangan tempat Bentuknya bulat di bahagian atas.

Tatabahasa Dewan merumuskan frasa adjektif seperti berikut:




9.4 Frasa kata sendi nama
Frasa sendi nama ialah binaan yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu
frasa nama yang menjadi unsur pelengkap bagi kata sendi nama itu. Nik Safiah Karim
et. al (1997) mendefinisikan kata sendi nama sebagai bentuk morfem atau kata yang
terletak di hadapan frasa nama. Abdullah dan Ainon (1994), sendi nama menerangkan
Kata bantu + Kata penguat + Kata adjektif + Kata adjektif + Kata keterangan +
Ayat komplemen
55

hubungan antara dua kata nama. Ia menentukan tempat dan arah. Tanpa kata sendi
kita tidak dapat menyatakan tempat, arah dan kedudukan sesuatu kata nama. Pola
binaan frasa sendi nama mempunyai tiga jenis iaitu:
(i) Kata sendi nama + Frasa nama
FRASA SENDI NAMA
KATA SENDI NAMA FRASA NAMA
Daripada getah sintatik
Ke Segamat
Dengan ketekunan
Sejak pagi tadi

(ii) Kata sendi nama + (Kata nama arah) + Frasa nama
FRASA SENDI NAMA
KATA SENDI NAMA KATA NAMA ARAH FRASA NAMA
(a) Di
Di
Hadapan
-
rumah
rumah
(b) Ke
Ke
Dalam
-
kelas
kelas

(iii) Kata sendi nama + (Kata nama arah) + Frasa nama + (Frasa
keterangan)
56

FRASA SENDI NAMA
KATA SENDI
NAMA
FRASA NAMA
KETERANGAN
KATA NAMA
ARAH
FRASA NAMA
ke
ke
ke
ke
Selatan
selatan
-
-
Johor
Johor
Johor
Johor
tahun lalu
-
tahun lalu
-
dari
dari
dari
dari
Belakang
belakang
-
-
rumah
rumah
rumah
rumah
dengan kakak
-
dengan kakak
-

Tatabahasa Dewan merumuskan binaan frasa sendi nama seperti berikut:



FUNGSI FRASA BAHASA MELAYU
Frasa penting dalam menentukan sama ada sesuatu ayat itu gramatis ataupun tidak.
Ayat yang gramatis hendaklah mempunyai binaan yang terdiri daripada subjek dan
predikat. Ayat yang tidak mempunyai salah satu unsur ini dikatakan sebagai ayat
tergantung, tidak sempurna dan mengelirukan. Frasa berfungsi sebagai subjek,
predikat, objek dan unsur keterangan.
Kata Bantu + Kata sendi nama + (Kata nama arah) +
Frasa nama + Ayat komplemen
Keterangan
57









Tugas-tugas frasa bahasa MelayuSubjek
Subjek ialah satu frasa yang berkedudukan di hadapan predikat dalam pola ayat biasa..
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz subjek ialah frasa yang letaknya di hadapan predikat
dalam susunan ayat biasa. Abdullah dan Ainon (1994) menyatakan subjek ialah hal
yang hendak diceritakan Hal terdiri daripada orang, benda, tempat atau perkara.
Kebiasaannya, subjek diisi oleh frasa nama seperti contoh yang berikut:

Subjek ( Frasa Nama) Predikat
Pakaian Aminah bewarna hijau lembut
Pertandingan itu telah tamat sebentar tadi
Kemerdekaan negara Disambut pada setiap tahun

Subjek juga boleh terdiri daripada empat unsur. Antara unsur-unsur tersebut adalah
kata nama, kata ganti nama, kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama dan kata
adjektif yang berfungsi sebagai kata nama. Kata nama yang menduduki subjek boleh
terdiri daripada kata nama am, kata nama khas atau kata nama terbitan.
TUGAS
FRASA
SUBJEK
OBJEK
UNSUR
KETERANGAN
PREDIKAT
58

1. Kata Nama
Kata nama yang menduduki subjek boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama
khas atau kata terbitan. Contoh:
Subjek Predikat
Anak Itik berenang-renang di dalam kolam.
Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan.
Encik Sani bertugas sebagai jurutera.
Lukisan itu menarik perhatian pengunjung.
Kecantikkannya menawan hati ramai jejaka.

2. Kata Ganti Nama
Kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk juga boleh menjadi unsur subjek.
Contoh:
Subjek Predikat
Kami baru pulang dari bercuti.
Dia anak saudara saya.
Itu bangunan yang baru dibina.
Ini kawasan larangan.

3. Kata Kerja Yang Berfungsi Sebagai Kata Nama
Terdapat golongan kata kerja yang boleh menjadi subjek, iaitu kata ini mengambil tugas
kata nama dan berfungsi sebagai subjek. Contohnya:



59

Subjek Predikat
Mendengar radio dapat menghiburkan hati.
Menghias rumah hobinya masa lapang.
Berjoging menyihatkan badan.
Berkebun sayur menjadi tradisi keluarga mereka.

4. Kata Adjektif Yang Berfungsi Sebagai Kata Nama
Golongan kata adjektif ini boleh menjadi subjek, iaitu kata ini mengambil tugas kata
nama dan berfungsi sebagai subjek. Contohnya:
Subjek Predikat
Sopan santun ciri gadis Melayu.
Manis boleh mendatangkan penyakit.
Pemarah sikap yang perlu dielakkan.

Predikat
Predikat ialah frasa yang letaknya selepas subjek dalam susunan ayat biasa. Dalam
susunan biasa ini, bahagian predikat boleh diisi oleh frasa-frasa yang berikut:
Predikat Frasa Nama.
Predikat Frasa Kerja
Predikat Frasa Adjektif
Predikat Frasa Sendi Nama.


Predikat Frasa Nama
Predikat frasa nama ialah frasa nama yang menjadi unsur predikat boleh terdiri
daripada kata nama am, kata nama khas dan kata nama terbitan. Contohnya :
60

Subjek Predikat (Frasa Nama)
Bapanya pensyarah.
Nama anaknya Puteri Nur Balqis.
Ceritanya itu dongengan belaka.

Predikat Frasa Kerja

Predikat frasa kerja pula ialah frasa kerja yang menjadi unsur predikat boleh terdiri
daripada kata kerja tak transitif, kata kerja transitif dan kata kerja terbitan. Contohnya :
Subjek Predikat (Frasa Kerja)
Semua keluarganya datang.
Mereka keluar ikut pintu belakang.
Mereka berjumpa setiap hari.
Budak itu tertidur.
Abang membeli motorsikal baharu.
Kucing itu membersihkan bulunya.
Para pekerja memperdalam sungai.
Frasa Kerja sebagai unsur Predikat.

Predikat frasa kerja juga boleh disertai oleh kata bantu, iaitu perkataan yang
letaknya di hadapan kata kerja. Terdapat dua jenis kata bantu, iaitu kata bantu aspek
dan kaya bantu ragam. Kata bantu aspek ialah perkataan yang menerangkan sesuatu
perbuatan yang ada kaitannya dengan masa. Contoh kata bantu aspek ialah akan dan
belum yang menunjukkan perbuatan yang ada kaitannya dengan masa. Contoh ayat
pula ialah Mereka akan berlumba sebentar lagi dan Kami belum makan lagi.
Contoh lain bagi kata bantu aspek ialah sedang dan masih yang menunjukkan
sesuatu perbuatan itu sedang dan belum selesai dilakukan. Contohnya, Murid-murid
sedang berbaris dalam dua barisan dan Kakak masih menuntut di universiti. Perkataan
sudah, telah dan pernah juga tergolong dalam kata bantu aspek yang menunjukkan
sesuatu perbuatan itu telah selesai dilakukan. Contoh ayat pula ialah Kerja rumahnya
61

sudah siap petang tadi, Ibu telah memasak makanan kegemaran saya dan keluarganya
pernah menetap di Singapura.
Kata bantu ragam pula ialah perkataan yang menerangkan ragam perasaan
yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan. Contoh penggunaan kata bantu
ragam dalam ayat adalah seperti Kami hendak balik ke kampung, Pelukis itu mahu
menyiapkan lukisannya, Kita harus bertolak ansur antara satu sama lain, Setiap orang
mesti menghormati ibu bapa, Dia boleh berjaya jika berusaha dengan bersungguh-
sungguh dan Dia dapat ikut serta dalam rombongan itu.
Predikat Frasa Adjektif
Predikat frasa adjektif pula ialah frasa adjektif yang menjadi unsur predikat boleh terdiri
daripada kata adjektif asal atau kata adjektif ganda seperti contoh berikut :
Subjek Predikat (Frasa Adjektif)
Bayi itu comel.
Baju kebayanya labuh.
Perpustakaan itu luas.
Beg sekolah mereka berat-berat.
Kereta berhias itu cantik-cantik.

Kata adjektif boleh disertai oleh kata bandingan lebih dan paling serta imbuhan
ter- yang juga membawa maksud paling. Contohnya
I. Emas lebih mahal daripada perak
II. Tulisannya paling cantik antara kawan-kawannya.
III. Novel itu terlaris pada tahun ini.
IV. Pokok sena paling tinggi daripada pokok yang lain.
Predikat Frasa Sendi Nama
Predikat frasa sendi nama pula ialah frasa sendi nama yang menjadi unsur predikat
terdiri daripada kata sendi nama yang diikuti oleh frasa nama seperti contoh yang
berikut :
62


Subjek Predikat (Frasa Sendi Nama)
Ibu pejabatnya di Putrajaya.
Anak bongsunya ke sekolah.
Panggilan telefon itu daripada kawan baiknya.
Bungkusan itu untuk perwira negara.

Objek
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz objek ialah bentuk kata nama atau sederetan kata nama
yang menjadi penyambut kepada kata kerja transitif. Objek boleh terdiri daripada kata
nama am, kata nama khas atau kata ganti nama seperti contoh yang berikut :
Subjek Frasa Kerja Keterangan
Kata Kerja Transitif Objek
Ayah Membeli Kereta baharu.
Ibu Membuka bungkusan. -
Ali Menghadiahi Nani cincin berlian.
Guru Menasihati mereka. -

Terdapat dua jenis objek seperti yang berikut:
a. Objek Tepat
Objek tepat ialah bentuk kata nama yang menjadi penyambut langsung kepada kata
kerja. Contohnya:
i. Pustakawan itu menyusun buku di rak
ii. Pekebun itu mengusahakan ladang buah-buahan
iii. Adik membaca buku cerita
b. Objek sipi
63

Objek sipi ialah bentuk kata nama yang menjadi penyambut tidak langsung kepada
kata kerja. Contoh:
i. Ibu membuatkan nenek secawan kopi.
ii. Sultan menghadiahi Laksamana sepersalinan pakaian.
iii. Abang membelikan isterinya rantai emas.
Dalam ayat diatas, kata kerja adalah yang digelapkan diikuti dengan dua frasa nama
sebagai penyambut. Frasa nama yang mengikut kata kerja tersebut secara langsung
ialah objek tepat kepada kata kerja iaitu, nenek, Laksamana, dan isterinya. Frasa nama
yang mengikuti objek tepat pula disebut objek sipi iaitu secawan kopi, sepersalinan
pakaian dan rantai emas. Objek sipi ini juga boleh diubah menjadi objek tepat dengan
menggunakan perkataan yang sama. Contohnya seperti ayat dibawah:
o Ibu membuat secawan kopi untuk nenek.
o Sultan menghadiahkan sepersalinan pakaian kepada Laksamana.
o Abang membelikan rantai emas untuk isterinya.
Apabila ayat-ayat tersebut diubah bentuk, maka objek sipi telah bertukar peranan
menjadi objek tepat pula dan bermakna kata kerja transitif itu hanya mempunyai satu
objek sahaja.
Unsur Keterangan
Frasa keterangan ialah unsur yang lazimnya terdapat dalam frasa kerja. Frasa ini
bertugas untuk menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut. Dalam susunan ayat biasa,
unsur keterangan hadir selepas kata kerja tak transitif atau selepas objek bagi kata
kerja transitif (Siti Hajar Abdul Aziz, 2008). Frasa sendi nama, frasa adjektif dan frasa
nama boleh menjadi unsur keterangan. Objek boleh terdiri daripada kata nama am, kata
nama khas atau kata ganti nama seperti contoh yang berikut:


64

Subjek Frasa Kerja Keterangan
Kata Kerja Transitif Objek
Ayah Membeli Kereta baharu.
Ibu Membuka bungkusan. -
Ali Menghadiahi Nani cincin berlian.
Guru Menasihati mereka. -

Unsur keterangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan maknanya.
Antara unsur keterangan yang bertugas menerangkan kata kerja adalah:
A. Keterangan tempat atau arah
B. Keterangan waktu
C. Keterangan tujuan atau harapan
D. Keterangan cara
E. Keterangan alat
F. Keterangan penyertaan
G. Keterangan hal
H. Keterangan bagai

Keterangan Tempat atau Arah
Keterangan tempat atau arah yang menerangkan lokasi terjadinya sesuatu peristiwa
atau keadaan menggunakan kata sendi nama di, dari, daripada, ke, kepada, dan pada.
Contohnya:
(i) Angin bertiup dari arah selatan.
(ii) Iklan itu terpampang pada dinding banggunan.
Keterangan Waktu
65

Keterangan ini menerangkan waktu berlakunya sesuatu hal atau kejadian dengan
menggunakan kata sendi nama pada,dalam,sejak dan hingga.Contohnya:
(i) Perang saudara berlaku pada zaman dahulu
(ii) Tempahan itu siap dalam dua hari.
Keterangan Tujuan dan Harapan
Menerangkan maksud sesuatu perbuatan atau kejadian dengan menggunakan kata
sendi nama demi, untuk dan bagi. Contohnya:
(i) Perajurit berjuang demi kemerdekaan negara
(ii) Mereka membaca buku untuk lulus peperiksaan
Keterangan Cara
Cara perbuatan dilakukan, iaitu terdiri daripada kata adjektif dan kata sendi nama
dengan. Contohnya:
(i) Mercun itu meletup dengan kuat.
(ii) Burung tiung itu berbunyi dengan nyaringnya.
Keterangan Alat
Keterangan alat menerangkan alat atau perkakas yang digunakan bagi melakukan
sesuatu dengan menggunakan kata sendi nama dengan
i. Mercun itu meletup dengan kuatnya.
ii. Murid-murid itu datang dengan bas.
Keterangan Penyertaan
Keterangan ini menerangkan maksud ikut serta atau turut bersama-sama dengan
menggunakan kata sendi nama dengan. Contohnya:
i. Dia datang dengan ibunya.
ii. Penyanyi itu tiba dengan pengawal peribadinya.
Kata Hal
66

Menerangkan hal atau keadaan dengan menggunakan kata sendi nama seperti
tentang,mengenai dan terhadap. Contohnya:
i. Mereka berbincang tentang sambutan hari kemerdekaan.
ii. Dia telah membuat keputusan mengenai tarikh persaraannya.
iii. Anak-anaknya bersopan-santun terhadap orang tua
Keterangan Bagai
Keterangan bagai menerangkan persamaan atau ciri keserupaan dengan
menggunakan kata sendi nama seperti, bagai,sebagai dan bak. Contohya:
i. Perompak itu berlagak sebagai pelayan.
ii. Dia berdandan seperti pelakon pujaannya.
Ayat
Ayat adalah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu. Dalam perkataan
lain, dalam nahu tiada ada unit yang lebih tinggi yang menjadi ayat sebagai
unsurnya.
Ayat terdiri dari klausa yang diserta dengan intonasi ayat yang lengkap, yakni
yang dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya
menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai.

You might also like