You are on page 1of 9

ELM 3103

Moral Di Sekolah

Pentaksiran Dan Pengurusan M/P Pendidikan

Intipati Wawasan 2020 dan Kod Etika Perguruan

ELM 3103
Moral Di Sekolah

Pentaksiran Dan Pengurusan M/P Pendidikan

ELM 3103
Moral Di Sekolah

Pentaksiran Dan Pengurusan M/P Pendidikan

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir


Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk
meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju
sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum
bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial,
kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain.
Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem
kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga
keyakinan.
Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan
tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di
peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada
negara. Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan
8

ELM 3103
Moral Di Sekolah

Pentaksiran Dan Pengurusan M/P Pendidikan

rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan


langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara.
Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara
Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang
dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan
merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian,
kejiwaan dan kebudayaan.
Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan
menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan
makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu
masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing,
dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.
Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat
iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut
kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicitacitakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi
pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan
satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan
dicontohi oleh negara lain.
Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi
dan mengatasi pelbagai halangan dan rintangan yang dianggap sebagai
cabaran. Di bawah ini diperturunkan sembilan cabaran yang telah dikenal pasti
iaitu: Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang
serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi
di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya,
secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan
politik dan dedikasi kepada negara.
9

ELM 3103
Moral Di Sekolah

Pentaksiran Dan Pengurusan M/P Pendidikan

Kedua, mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju


dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta
gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat
dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya,
tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
Ketiga, mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang,
mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia
berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara
membangun.
Keempat, mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika,
yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan
didorong oleh tahap etika paling tinggi.
Kelima, mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai
kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masingmasing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu
negara.
Keenam, mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya
perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan.
Ketujuh, mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu
sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri
sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di
sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.

10

ELM 3103
Moral Di Sekolah

Pentaksiran Dan Pengurusan M/P Pendidikan

Kelapan, memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu


masyarakat yangmelaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan
saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam
perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih
ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran
ekonomi berdasarkan kaum.
Kesembilan, mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi
bersaing, dinamik, giat dan kental.
Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih
merupakan rangka kerja tindakan framework of action bagi setiap rakyat untuk
mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara
yang benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebut
memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah kualiti tenaga kerja
yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai, penekanan
keada sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih
dinamik.
Kod etika perguruan merupakan satu sistem prinsip yang mengawal
kemoralan dan perlakuan guru. Kod ini merupakan satu panduan perlakuan atau
etika kerja untuk profesion perguruan. Guru sebagai seorang yang professional
haruslah mematuhi peraturan yang terkandung dalam kod etika di samping
mengamalkan peribadi mulia selaras dengan etika profesion dalam menjalankan
tugas harian.
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion
perguruan. Kod etika dianggap penting kerana kod etika menyediakan garis
panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Ia sesuai untuk
dirujuk dan diamalkan oleh guru.Selain itu, kod etika perguruan menyatakan
dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam
11

ELM 3103
Moral Di Sekolah

Pentaksiran Dan Pengurusan M/P Pendidikan

bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini
menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru
dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di
negara lain.Di samping itu, etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam
sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara
kepercayaan

yang

diberi

dalam

menjalankan

tugas,

serta

memupuk

tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam


organisasi.
Berikut ialah merupakan Kod Etika Perguruan Malaysia. Tanggungjawab
terhadap pelajar: Pertama, mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar
kami daripada hal-hal lain. Kedua, adil terhadap setiap orang pelajar tanpa
mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan
atau agama.Ketiga, merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar
kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.Keempat, membimbing atau
mengajar seseorang pelajar dalam bilik darjah sendiri atau dalam matapelajaran
yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Kelima,menunjukkan suatu
cara pakaian, pertuturan dan tingkaj laku yang dapat memberikan contoh yang
baik kepada pelajar. Keenam, memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas,
persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang
setinggi-tingginya.
Tanggungjawab
tanggungjawab

utama

terhadap
ibu

bapa

Ibu

Bapa.

terhadap

Pertama,
anak-anak

menghormati
mereka

dan

berusahamewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi


pendidikan dengan rumah tangga. Kedua, menganggap semua maklumat yang
diberikan kepada ibu bapa berhubung dengan keadaan rumahtangga atau
berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya
kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.Kedua,
12

ELM 3103
Moral Di Sekolah

Pentaksiran Dan Pengurusan M/P Pendidikan

memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka


dan mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan
bijaksana.Ketiga, mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi
oleh kedudukan social danekonomi ibu bapa pelajar.Keempat, mengelakkan diri
daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
Tanggungjawab

terhadap

masyarakat

dan

Negara.

Pertama,

mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan


kepentingan pelajar, masyarakat, negara, ataupun yang bertentangan dengan
Rukunegara. Kedua, memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai
yang dapat membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara
yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna serta menghormati adanya
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Ketiga, menghormati masyarakat
di tempat yang berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai
seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagiandalam
sebarang aktiviti kemasyarakatan. Keempat, menggalakkan kerjasama dan
persefahaman di antara guru-guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan
masyarakat. Kelima, memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan
kehidupan moral, kebudayaan dan kecerdikan masyarakat. Keenam berpegang
kepada tingkah laku yang sopan dan ia dapat diterima oleh masyarakat
danmenjalani kehidupan seharian yang baik.
Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan.
Pertama, mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan
yang bolehmencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu
bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
Kedua, tidak melibatkan diri dalam kegaiatan yang boleh menjelaskan
kecekapan sebagai seorang guru. Ketiga, berusaha dengan sepenuh hati
dengan menjalankan tangungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan
13

ELM 3103
Moral Di Sekolah

Pentaksiran Dan Pengurusan M/P Pendidikan

mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan juga bersosial.Keempat,


sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru
berkhidmat dalam profesion perguruan. Kelima, sentiasa mengawasi diri supaya
tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Keenam, akan menjadi ahli
sebuah pertubuhan guru.
Selain kod etika perguruan, aspirasi negara yang dikemukakan untuk
pembangunan negara perlu ditititberatkan oleh semua guru dalam usaha
melaksanakan tanggungjawab di sekolah. Guru harus menjadi teladan dalam
mempraktikkan prinsip yang positif di samping menyibarkan mesej yang diingini
kepada pelajar-pelajar.

14

You might also like