You are on page 1of 22

Topik

Ragam Ayat

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Mendefinisikan ragam ayat;

2.

Menghuraikan konsep ragam ayat;

3.

Menjelaskan jenis-jenis ayat;

4.

Membezakan ayat dasar dengan ayat terbitan; dan

5.

Menyusun pola-pola ayat dasar.

X PENGENALAN
Anda telah pun diperkenalkan dengan konsep ayat dalam Topik 6. Dalam topik
ini, anda akan mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang ayat. Ayat boleh
dilihat daripada segi ragam, jenis, bentuk dan pola.
Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Jenis ayat terdiri daripada
ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Bentuk ayat pula terdiri
daripada ayat dasar dan ayat terbitan. Manakala pola ayat pula terdiri daripada
frasa nama dan frasa nama, frasa nama dan frasa kerja, frasa nama dan frasa
adjektif, serta frasa nama dan frasa sendi.
Ayat dasar atau ayat tunggal akan dibincangkan lebih lanjut dalam Topik 8.

AKTIVITI 7.1
Senaraikan ciri-ciri yang terkandung dalam konsep ayat dengan cara
mengimbas topik yang lepas.

TOPIK 7

7.1

RAGAM AYAT

127

DEFINISI RAGAM AYAT

Dalam bahasa Melayu, terdapat dua ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif.
Ragam ayat berbeza dengan jenis ayat. Jenis ayat terdiri daripada ayat penyata,
tanya, seruan dan perintah. Ragam ayat menekankan bentuk kata kerja,
kedudukan objek, subjek, predikat dan struktur ayat.
Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek sebagai unsur yang
diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan tak transitif.
Contoh:
(a)

Rashid sedang membaca buku. (aktif transitif)

(b)

Mereka sedang berbual-bual di anjung rumah. (aktif tak transitif)

Dalam ayat (a), Rashid merupakan subjek yang diutamakan, kata kerja membaca
diikuti oleh buku yang menjadi objek atau penyambut. Manakala dalam ayat (b)
pula, mereka diutamakan dan tidak ada objek. Di anjung rumah hanyalah frasa
keterangan tempat dan bukan objek.
Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai subjek atau unsur
yang diterangkan dan mengandungi kata kerja. Ayat pasif berasal daripada ayat
aktif transitif yang mengalami perubahan struktur.
Contoh:
(a)

Buku itu Kunalan baca.

(b)

Panggilan telefon telah dijawab oleh Puan Saloma.

Dalam ayat (a), buku itu ialah subjek dan Kunalan baca ialah predikat. Manakala
dalam ayat (b) pula, panggilan telefon ialah subjek, dan telah dijawab oleh Puan
Saloma ialah predikat.

7.2

DEFINISI AYAT

Binaan frasa sendi nama dalam ayat terbentuk dalam binaan kata sendi nama +
frasa nama; kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama; kata sendi nama +
(kata nama arah) + frasa nama + (frasa keterangan). Kita teliti penerangan ini dan
fahami contoh-contoh yang diberikan.

128

TOPIK 7

RAGAM AYAT

AKTIVITI 7.2
Antara berikut, tunjukkan ketepatan konsep ayat. Semak jawapan anda
berdasarkan apa-apa yang anda tulis dalam Aktiviti 7.1.
(a)

Baik

(b)

Sihat.

(c)

Dia baik?

(d)

Jika hari hujan,

(e)

Terkejut beruk, dia.

(f)

Shahdan, lahirnya baginda ke dunia, kilat sabung menyabung,


hujan turun dengan lebatnya, dan halilintar mengganas di angkasa.

(g)

Tuan sungguh bijak bestari,


Apabila datang majlis berseri,
Memang ditunggu dinanti-nanti,
Mendengar lafaz pemacu nadi.

Rujukan daripada Tatabahasa Dewan Edisi Kelima menunjukkan bahawa ayat


sebagai unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa
dan mengandungi makna yang lengkap.
Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan
yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. Selain itu,
ayat mengandungi intonasi yang sempurna.
Berdasarkan nota penting di sebelah, mari kita teliti kandungan Aktiviti 7.2 dari
(a) hingga (g).
(a)

Baik
Merupakan satu kata sahaja kerana ia tidak mempunyai makna yang
lengkap. Walaupun bermula dengan huruf besar B, ia tidak berakhir
dengan tanda noktah (.). Dalam perkataan lain, ia bermula dengan
kesenyapan tetapi tidak berakhir dengan kesenyapan. Ia tidak mempunyai
intonasi yang sempurna.

TOPIK 7

RAGAM AYAT

129

(b)

Sihat
Merupakan satu ayat kerana ia bermula dengan huruf besar S dan
berakhir dengan noktah (.). Dalam perkataan lain, ia bermula dengan
kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan. Ia mempunyai intonasi yang
sempurna. Ia juga mempunyai makna yang lengkap apabila berada dalam
konteks. Misalnya, ayat ini menjawab soalan Apa khabar? dengan
jawapan Saya sihat. Dalam konteks ini, subjeknya digugurkan. Dalam
perkataan lain, dia menyatakan bahawa dirinya sihat.

(c)

Dia baik?
Merupakan satu ayat kerana ia bermula dengan huruf besar D dan
berakhir dengan tanda tanya (?). Dalam perkataan lain, ia bermula dengan
kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan. Ia mempunyai intonasi yang
sempurna. Ia juga mempunyai makna yang lengkap iaitu menanyakan
sama ada dia baik atau sebaliknya.

(d)

Jika hari hujan,


Merupakan satu klausa kerana bermula dengan huruf besar K tetapi
berakhir dengan tanda koma (,). Dalam perkataan lain, ia bermula dengan
kesenyapan tetapi tidak berakhir dengan kesenyapan. Ia tidak mempunyai
makna yang lengkap. Ia tergantung. Ada sesuatu lagi yang hendak
disampaikan. Ia juga tidak mempunyai intonasi yang sempurna.

(e)

Terkejut beruk, dia.


Merupakan satu ayat kerana ia bermula dengan huruf besar T dan
berakhir dengan tanda noktah (.). Dalam perkataan lain, ia bermula dengan
kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan. Ia mempunyai makna yang
lengkap walaupun susunannya disongsangkan. Ia juga mempunyai
intonasi yang sempurna. Ia dikenali sebagai ayat songsang.

(f)

Shahdan, lahirnya baginda ke dunia, kilat sabung menyabung, hujan turun


dengan lebatnya, dan halilintar mengganas di angkasa.
Merupakan satu ayat kerana ia bermula dengan huruf besar S dan
berakhir dengan tanda noktah (.). Dalam perkataan lain, ia bermula dengan
kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan. Ia mempunyai makna yang
lengkap walaupun ia panjang dan banyak maklumat yang disampaikan. Ia
juga mempunyai intonasi yang sempurna.

130

(g)

TOPIK 7

RAGAM AYAT

Tuan sungguh bijak bestari,


Apabila datang majlis berseri,
Memang ditunggu dinanti-nanti,
Mendengar lafaz pemacu nadi.
Merupakan kata-kata berangkap atau kata-kata berirama kerana ia ditulis
berangkap-rangkap dan berirama. Ia bermula dengan kesenyapan dan
berakhir dengan kesenyapan. Ia mempunyai makna yang lengkap. Ia juga
mempunyai intonasi yang sempurna, tetapi ia banyak melanggar peraturan
sebagai ayat dari segi struktur.

SEMAK KENDIRI 7.1


Bagaimanakah dengan jawapan anda tadi? Adakah anda berpuas hati?
Sila berikan penjelasan kepada murid-murid anda.

7.3

KONSEP RAGAM AYAT

Ayat dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua ragam, iaitu;


(a)

Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal


sebagai judul.

(b)

Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.

Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa
nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkenaan.
Contoh:
(i)

Adik membaca buku.

(ii)

Buku dibaca oleh adik.

Ayat (i) ialah ayat aktif.


Ayat (ii) ialah ayat pasif.
Ayat aktif ditandai oleh imbuhan meN-.
Ayat pasif ditandai oleh imbuhan di- dan diikuti oleh perkataan oleh.

TOPIK 7

(a)

RAGAM AYAT

131

Ayat Aktif
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan
subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri
daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif
ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang diikuti oleh
frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur
penyambutnya. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata
kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai
penyambutnya. Ayat aktif tak transitif dibahagikan kepada dua jenis iaitu
ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan dan ayat
aktif tak transitif yang keterangan yang tidak boleh digugurkan.
Untuk memahami ragam ayat aktif transitif dan tak transitif, cuba anda
perhatikan contoh-contoh berikut:
(i)

Ayat Aktif Transitif


Subjek

(ii)

Predikat
Kata Kerja Transitif

Objek

1.

Ribut

melanda

kampung kami

2.

Ahmad

mengarang

buku cerita

3.

Pengarah

merasmikan

seminar itu

Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang Boleh Digugurkan


Predikat
Subjek

Kata Kerja Tak Transitif

Keterangan yang
Boleh Digugurkan

1.

Budak itu

sedang mandi

di sungai itu

2.

Aminah

menangis

sepanjang hari

3.

Nenek

tidur

di bilik adik

132

TOPIK 7

RAGAM AYAT

(iii) Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang Tidak Boleh
Digugurkan
Predikat
Subjek

(b)

Keterangan yang
Tidak Boleh
Digugurkan

Kata Kerja Tak Transitif

1.

Dia

berada

di Kuala Lumpur

2.

Bas itu

menuju

ke Kota Bharu

3.

Penyakitnya

beransur

sembuh

Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang
mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai judul
atau unsur yang diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu
digolongkan kepada tiga jenis iaitu:
(i)

Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif;

(ii)

Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua; dan

(iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
Untuk memahami ragam ayat pasif tersebut, cuba anda perhatikan contohcontoh berikut:
(i)

Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif


Subjek

Kata Kerja Pasif

Oleh + Frasa
Nama

Keterangan

1.

Buku itu

sudah diambil

oleh Abu

pagi tadi

2.

Kucing

terlanggar

oleh basikal

di kakinya

3.

Sampah sarap

dipungut

oleh pekerja

setiap hari

TOPIK 7

(ii)

RAGAM AYAT

133

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua
Frasa Kerja Pasif
dengan Ganti Nama
Diri Pertama atau
Kedua

Subjek

Keterangan

1.

Tugasan itu

sudah aku siapkan

awal-awal lagi

2.

Hutang itu

akan kami jelaskan

segera

3.

Masakan itu

belum engkau makan

lagi

4.

Perkara tersebut

harus awak putuskan

segera

(iii) Ayat Pasif dengan Perkataan Kena yang Hadir Sebelum Kata Kerja
Subjek

Kena

Kata Kerja Dasar

Oleh + Frasa Nama

1.

Penagih itu

kena

tangkap

oleh polis

2.

Penyeludup itu

kena

tahan

oleh pihak kastam

3.

Budak itu

kena

kejar

oleh orang jahat

4.

Harimau itu

kena

tembak

oleh pemburu

AKTIVITI 7.3
Nyatakan perbezaan antara ayat aktif dan ayat pasif. Bagi setiap jenis,
berikan tiga contoh yang berkaitan.
Perbezaan Ayat Aktif dan Pasif
Ayat aktif:

Ayat pasif:

Contoh ayat aktif:

Contoh ayat pasif:

134

TOPIK 7

RAGAM AYAT

AKTIVITI 7.4
1.

Bagaimanakah anda menuliskan ayat pasif dengan menggunakan


kata ganti nama diri orang ketiga?

2.

Bagaimanakah anda menuliskan ayat pasif dengan penggunaan kata


ganti nama diri orang pertama dan kedua berasaskan kependekan?

7.4

JENIS-JENIS AYAT

Dalam memahami tajuk ini, anda diminta menjawab soalan-soalan berikut.


Seandainya anda tidak pasti atau dapat menjawabnya, sila ikuti keteranganketerangan selanjutnya.
(a)

Nyatakan jenis-jenis ayat dalam bahasa Melayu.

(b)

Bagaimanakah anda dapat membezakan jenis-jenis ayat tersebut?

Bagaimana?
Boleh anda menjawabnya?
Jika anda tidak pasti ikuti penerangan berikut:
Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis, berdasarkan lagu bahasa dan
tujuannya, iaitu:
(a)

Ayat Penyata;

(b)

Ayat Tanya;

(c)

Ayat Perintah; dan

(d)

Ayat Seruan.

Mari kita bincang jenis-jenis ayat tersebut dengan lebih mendalam.


(a)

Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu
pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi
keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini juga disebut sebagai ayat
berita atau ayat keterangan.

TOPIK 7

RAGAM AYAT

135

Sila anda perhatikan contoh-contoh berikut:


x

Saya mempunyai sebuah komputer.

Dia sudah pandai menghantar e-mel.

Mereka sedang menyiapkan tugasan.

Dia pandai mengambil hati.

Ahmad impikan seorang isteri yang solehah.

Dapatkah anda mengesan ciri-ciri ayat penyata berdasarkan contoh-contoh


yang di atas?
Ciri-cirinya ialah, ayat penyata bertujuan menyatakan sesuatu hal atau
perkara dan dilafazkan dengan intonasi menurun pada akhir ayat. Ia
diakhiri dengan tanda noktah ..
(b)

Ayat Tanya
Sekarang, mari kita tinjau ayat tanya. Ini ialah ayat yang digunakan untuk
menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan
perkataan tertentu. Ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu
ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.
Ayat tanya tanpa kata tanya lazimnya diucapkan dengan nada suara
meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan nada tanya
ini dilambangkan dengan tanda soal (?). Ayat tanya jenis ini boleh disertai
partikel tanya -kah, yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau
judul ayat.
Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata
tanya seperti apa, bila, siapa, berapa, bagaimana, mengapa, dan
sebagainya. Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada dua golongan iaitu ayat
tanya dengan kata gantinama tanya dan ayat tanya dengan frasa sendi

nama tanya.
Ayat tanya dengan kata gantinama tanya terdiri daripada ayat-ayat yang
kata gantinama tanya seperti apa, siapa dan mana. Ayat tanya dengan frasa
sendi nama tanya terdiri daripada ayat-ayat yang didahului dengan frasa
sendi nama tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai
bila, bagaimana, dengan siapa, daripada siapa, dan sebagainya.

136

TOPIK 7

RAGAM AYAT

Untuk memahami jenis-jenis ayat tanya tersebut, cuba anda perhatikan


contoh-contoh berikut:
Contoh Ayat
1.

Awak sudah mandi?

2.

Mereka pergi ke sekolah?

3.

Dia guru cemerlang?

4.

Awak sudah mandikah?

5.

Mereka pergi ke sekolahkah?

6.

Dia guru cemerlangkah?

7.

Siapa guru awak?

8.

Mana satu pilihan awak?

9.

Apa kursus yang awak hadiri?

10. Dia mengajar di mana?


11. Awak hendak membujang sampai
bila?

Jenis Ayat Tanya


Ayat tanya tanpa kata tanya

Ayat tanya dengan kata partikel


tanya kah

Ayat tanya dengan kata tanya

Ayat tanya dengan frasa sendi nama


tanya

12. Kamu menyelesaikan masalah itu


bagaimana?

Untuk makluman anda, ayat-ayat tanya boleh dilihat dari segi jawapan
yang dikehendaki. Kalau memerlukan jawapan ya atau tidak/bukan, ayat
tanya tersebut dikelaskan kepada ayat tanya tertutup. Sebaliknya, jawapan
yang memerlukan huraian dikelaskan sebagai ayat tanya terbuka.
Cuba anda kenal pasti ayat-ayat berikut.
Manakah ayat tanya tertutup dan manakah ayat tanya terbuka?
(i)

Ke pasarkah mereka?
Ya, mereka ke pasar.

(ii)

Siapa gurunya?
Gurunya Amirul Hafiz.

(iii) Pasukan rumah birukah menjadi johan olahraga kelmarin?


Tidak, pasukan rumah kuning yang menjadi johan.

TOPIK 7

RAGAM AYAT

137

(iv) Bilakah dia akan berangkat?


Dia akan berangkat esok.
(c)

Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menimbulkan
sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan
menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau,
dan sebagainya yang digugurkan.
Ayat perintah dibahagikan kepada empat jenis seperti dalam Jadual 7.1.
Jadual 7.1: Empat Jenis Ayat Perintah
Jenis-jenis

Penerangan

Ayat suruhan

Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.


Dalam ayat ini, subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak,
kamu, engkau dan selainnya digugurkan.

Ayat larangan

Ayat menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah
sebelum kata kerja untuk tujuan menegah seseorang melakukannya.

Ayat silaan

Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum
kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang.
Lazimnya, kata silaan digunakan pada permulaan ayat.

Ayat permintaan

Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong


dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Untuk memahami jenis-jenis ayat perintah tersebut, cuba anda perhatikan


contoh-contoh berikut:
Contoh Ayat
x

Awak siapkan kerja itu sekarang.

Makanlah kuih muih ini dahulu.

Usah bertanya ke mana aku pergi.

Jangan ambil wang orang.

Sila datang ke rumah saya petang ini.

Jemputlah hadir ke majlis pertunangan kami.

Minta tuan-tuan jelas yuran pengajian.

Tolong hantarkan tugasan itu sebelum hari Isnin.

Jenis Ayat Perintah


Ayat suruhan

Ayat larangan

Ayat silaan

Ayat permintaan

138

TOPIK 7

RAGAM AYAT

Tahukah anda bahawa ayat silaan tidak boleh membawa pengertian


negatif? Contohnya seperti berikut:
Tolong jangan bising.
Sila jangan merokok.
(d)

Ayat Seruan
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau
intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti
takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini
digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak
pada akhir ayat, sama ada ayat itu didahului kata seru atau tidak.
Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas

dan sebagainya.
Untuk memahami ayat seruan tersebut, cuba anda perhatikan contohcontoh berikut:
Contoh Ayat
1.

Ayah!

2.

Oh, Tuhanku!

3.

Wah, cantiknya kereta itu!

4.

Nah, ambillah sumbangan ini!

SEMAK KENDIRI 7.2


Nyatakan empat jenis ayat dalam bahasa Melayu dan berikan dua
contoh setiap jenis ayat tersebut.
Jenis Ayat

Contoh

(i)

(a)
(b)

(ii)

(a)
(b)

(iii)

(a)
(b)

(iv)

(a)
(b)

TOPIK 7

7.5

RAGAM AYAT

139

AYAT DASAR DAN AYAT TERBITAN

Berikut adalah penjelasan mengenai ayat dasar dan ayat terbitan dengan lebih
lanjut.
(a)

Konsep Ayat Dasar


Apakah ayat dasar?
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan
semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.
Contoh:
(i)

Dia guru.

(ii)

Adik sedang belajar.

(iii) Emak ke pasar.


(iv) Abang bijak.
(b)

Konsep Ayat Terbitan


Apakah ayat terbitan?
Ayat terbitan ialah ayat yang terbit atau terbentuk daripada ayat dasar.
Ayat terbitan ini terhasil apabila terlaksananya suatu proses gramatis.
Proses gramatis ini melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang
berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu
unsur dalam ayat ataupun frasa. Dalam bahasa Melayu, ayat terbitan ini
terhasil melalui proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran,
penyusunan semula, atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman.
Mari kita sama-sama meneliti proses transformasi ini.
(i)

Proses Transformasi yang Melibatkan Pengguguran


Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku ke
atas struktur ayat. Proses ini melibatkan pengguguran unsur-unsur
tertentu daripada binaan ayat itu. Oleh itu pada peringkat struktur
permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud.

140

TOPIK 7

RAGAM AYAT

Contoh:
(i)

Pergi dari sini!

(ii)

Adik saya cerdik tetapi pemalu.

(iii) Adik Ali dan sepupunya belajar di kampung.


(iv) Yang biru itu pilihan saya.
(v)

Bersenam boleh menyihatkan badan.

Jika kita teliti contoh-contoh di atas, kita boleh kategorikannya


kepada empat jenis pengguguran. Dalam bahasa Melayu terdapat
empat jenis pengguguran:
(i)

Pengguguran frasa nama sebagai subjek;

(ii)

Pengguguran frasa predikat;

(iii) Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif; dan


(iv) Pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa
nama.
Untuk memahami jenis-jenis pengguguran tersebut, cuba anda
perhatikan contoh-contoh ayat berikut:
Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek
(i)

Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat


perintah.
Contoh:

(ii)

Kamu keluar!

Awak semua pergi dari sini!

Keluar!
Pergi dari sini!

Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.


Contoh:
x

Dia sangat pandai + Dia rajin belajar


Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar.
Dia sangat pandai kerana rajin belajar.

TOPIK 7

RAGAM AYAT

141

Adik saya cerdik + Adik saya pemalu


Adik saya cerdik tetapi pemalu.

Pengguguran Frasa Predikat


Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian daripadanya boleh
digugurkan. Jikalau terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa
dalam ayat majmuk gabungan maka semua frasa predikat yang
serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan.
Contohnya:
Frasa Predikat

Contoh Ayat

Frasa kerja yang


serupa

Adik Ali belajar di Pahang. Sepupunya belajar di Pahang.


Adik Ali belajar di Pahang dan sepupunya belajar di Pahang.
Adik Ali dan sepupunya belajar di Pahang.

Frasa nama
yang serupa

Encik Abu guru sekolah. Puan Milah guru sekolah.


Encik Abu guru sekolah dan puan Milah guru sekolah.
Encik Abu dan puan Milah guru sekolah.

Frasa adjektif
yang serupa

Abang saya sangat rajin. Abang Ali sangat rajin.


Abang saya sangat rajin dan abang Ali sangat rajin.
Abang saya dan abang Ali sangat rajin.
Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung.

Frasa sendi
nama yang
serupa

Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung.


Dia dan isterinya masih di kampung.

Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif


Apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat yang dipancangkan
ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang
serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan.
Contoh:
x

Kereta itu kuning. Kereta itu pilihan saya.


Kereta yang kuning itu pilihan saya.
Yang kuning itu pilihan saya.

142

TOPIK 7

RAGAM AYAT

Dia membeli baju itu. Baju itu cantik.


Dia membeli baju yang cantik itu.
Dia membeli yang cantik itu.

Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi sebagai Inti dalam Frasa


Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama KN (inti) +
penerang boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa
nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan
daripada kelas kata nama.
Contoh:
x

Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.


Bersenam boleh menyihatkan badan.

Tabiat merokok membahayakan kesihatan.


Merokok membahayakan kesihatan.

(ii)

Proses Transformasi yang Melibatkan Penyusunan Semula


Dalam proses penyusunan semula, bentuk perkataan dalam ayat asal
diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat
gramatis yang baharu. Proses penyusunan semula ini akan
mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun pengguguran pada
kata-kata tertentu, penggantian atau penambahan kata-kata lain pada
ayat yang diterbitkan. Namun demikian, proses penyusunan semula
ini tidak membawa perubahan pada makna ayat.
Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula iaitu:
x

Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek;

Penyusunan semula frasa nama sebagai objek; dan

Penyusunan semula melalui ayat songsang.

TOPIK 7

RAGAM AYAT

143

Untuk memahami jenis-jenis penyusunan semula tersebut, cuba anda


perhatikan contoh-contoh ayat berikut:
Ayat Asal

Penyusunan Semula

Adik menendang bola itu.

Bola itu ditendang oleh adik.


(Frasa nama sebagai subjek)

Allah mengurniai kita rahmat.

Allah mengurniakan rahmat kepada kita.


(Frasa nama sebagai objek)

Orang itu pergi ke kedai.

Ke kedai orang itu pergi.


(Ayat songsang )

(iii) Proses Transformasi yang Melibatkan Peluasan


Proses peluasan ayat boleh berlaku apabila penambahan unsur-unsur
dalam ayat yang baharu. Terdapat beberapa jenis peluasan ayat
dalam bahasa Melayu, iaitu:
x

Peluasan frasa nama sebagai subjek;

Peluasan frasa predikat;

Peluasan dengan kata hubung; dan

Peluasan melalui proses komplementasi.

Untuk memahami proses peluasan tersebut, cuba anda perhatikan


contoh-contoh ayat berikut:
Ayat Asal

Peluasan

Budak itu adik saya.


Budak itu membaca buku.

Budak yang membaca buku itu adik saya.


(Frasa nama sebagai subjek )

Osman mengusik budak itu.


Budak itu menangis.

Osman mengusik budak yang menangis itu.


(Frasa predikat )

Ayah tidak pergi kerja.


Ayah sakit perut.

Ayah tidak pergi kerja kerana sakit perut.


(Kata hubung )

Mereka melaporkan.
Guru kelas tidak hadir.

Mereka melaporkan bahawa guru kelas tidak


hadir. (Proses komplementasi).

144

TOPIK 7

RAGAM AYAT

AKTIVITI 7.5
1.

Jelaskan maksud proses penerbitan ayat.

2.

Nyatakan tiga proses penerbitan ayat dan berikan tiga contoh setiap
jenisnya.

7.6

POLA-POLA AYAT DASAR

Sekarang, mari kita beralih kepada tajuk yang lebih kompleks. Kita akan
memulakan perbincangan tentang pola-pola ayat dasar bahasa Melayu. Sebelum
itu, cuba anda jawab soalan-soalan yang berikut:
(a)

Apakah yang dimaksudkan dengan pola ayat dasar?

(b)

Berapa jenis pola ayat dasar bahasa Melayu?

Cuba anda fikir-fikirkan.


Untuk mendapat jawapan kepada soalan-soalan tersebut, sila ikuti perbincangan
yang seterusnya.
(a)

Definisi Pola Ayat Dasar


Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan
semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

(b)

Jenis-jenis Ayat Dasar


Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 7.2.
Jadual 7.2: Empat Jenis Pola Ayat Dasar
Pola

Jenis Pola

Subjek

Predikat

FN + FN

Encik Shari

ejen insuran

FN + FK

Dia

menjerit kesakitan

FN + FA

Budak itu

sangat nakal

FN + FS

Pejabat saya

di Kuala Terengganu

TOPIK 7

RAGAM AYAT

145

Daripada pola-pola ayat dasar inilah terbitnya ayat-ayat lain yang lebih
kompleks sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau
panjang, ayat aktif atau ayat pasif, dan sebagainya.

AKTIVITI 7.6
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah.
Ayat

Jenis Pola

Encik Bongsu guru silat.


Kucing itu comel sekali.
Ayah berangkat ke Tanah Suci.
Pak Amid melayari Internet.
Papan kekunci sangat canggih.
E-mel itu dari India.

Kita telah mempelajari tentang ragam ayat, jenis ayat, ayat dasar, ayat
terbitan dan pola ayat dasar.

Terdapat dua jenis ragam ayat iaitu:


(a)

Ayat aktif; dan

(b)

Ayat pasif.

Ayat aktif pula terbahagi kepada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak
transitif.

Ayat pasif terbahagi kepada tiga iaitu:


(a)

Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif;

(b)

Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua; dan

(c)

Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

146

TOPIK 7

RAGAM AYAT

Empat jenis ayat dalam bahasa Melayu adalah:


(a)

Ayat Penyata;

(b)

Ayat Tanya;

(c)

Ayat Perintah; dan

(d)

Ayat Seruan.

Ayat tanya terbahagi kepada lima jenis iaitu:


(a)

Tanpa kata tanya;

(b)

Dengan kata tanya;

(c)

Dengan kata ganti nama tanya;

(d)

Terbuka; dan

(e)

Tertutup.

Ayat perintah terbahagi kepada ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan
ayat permintaan.

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan
semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

Ayat terbitan melibatkan proses tranformasi


pengguguran, penyusunan semula dan peluasan.

Empat jenis pola ayat dasar adalah:


(a)

FN + FN;

(b)

FN + FK;

(c)

FN + FA; dan

(d)

FN + FS.

yang

mengakibatkan

TOPIK 7

RAGAM AYAT

Ayat aktif

Ayat perintah

Ayat aktif transitif

Ayat seruan

Ayat ayat aktif tak transitif

Ayat tanya

Ayat dasar

Ayat terbitan

Ayat pasif

Pola ayat dasar

Ayat penyata

Ragam ayat

147

Kamus Dewan. (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Safiah, Nik, et.al (1997). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

You might also like