You are on page 1of 22

Topik X Ragam Ayat

7
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan ragam ayat;
2. Menghuraikan konsep ragam ayat;
3. Menjelaskan jenis-jenis ayat;
4. Membezakan ayat dasar dengan ayat terbitan; dan
5. Menyusun pola-pola ayat dasar.

X PENGENALAN
Anda telah pun diperkenalkan dengan konsep ayat dalam Topik 6. Dalam topik
ini, anda akan mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang ayat. Ayat boleh
dilihat daripada segi ragam, jenis, bentuk dan pola.

Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Jenis ayat terdiri daripada
ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Bentuk ayat pula terdiri
daripada ayat dasar dan ayat terbitan. Manakala pola ayat pula terdiri daripada
frasa nama dan frasa nama, frasa nama dan frasa kerja, frasa nama dan frasa
adjektif, serta frasa nama dan frasa sendi.

Ayat dasar atau ayat tunggal akan dibincangkan lebih lanjut dalam Topik 8.

AKTIVITI 7.1

Senaraikan ciri-ciri yang terkandung dalam konsep ayat dengan cara


mengimbas topik yang lepas.
TOPIK 7 RAGAM AYAT W 127

7.1 DEFINISI RAGAM AYAT


Dalam bahasa Melayu, terdapat dua ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif.
Ragam ayat berbeza dengan jenis ayat. Jenis ayat terdiri daripada ayat penyata,
tanya, seruan dan perintah. Ragam ayat menekankan bentuk kata kerja,
kedudukan objek, subjek, predikat dan struktur ayat.

Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek sebagai unsur yang
diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan tak transitif.

Contoh:

(a) Rashid sedang membaca buku. (aktif transitif)


(b) Mereka sedang berbual-bual di anjung rumah. (aktif tak transitif)

Dalam ayat (a), Rashid merupakan subjek yang diutamakan, kata kerja membaca
diikuti oleh buku yang menjadi objek atau penyambut. Manakala dalam ayat (b)
pula, mereka diutamakan dan tidak ada objek. Di anjung rumah hanyalah frasa
keterangan tempat dan bukan objek.

Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai subjek atau unsur
yang diterangkan dan mengandungi kata kerja. Ayat pasif berasal daripada ayat
aktif transitif yang mengalami perubahan struktur.

Contoh:

(a) Buku itu Kunalan baca.


(b) Panggilan telefon telah dijawab oleh Puan Saloma.

Dalam ayat (a), buku itu ialah subjek dan Kunalan baca ialah predikat. Manakala
dalam ayat (b) pula, panggilan telefon ialah subjek, dan telah dijawab oleh Puan
Saloma ialah predikat.

7.2 DEFINISI AYAT


Binaan frasa sendi nama dalam ayat terbentuk dalam binaan kata sendi nama +
frasa nama; kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama; kata sendi nama +
(kata nama arah) + frasa nama + (frasa keterangan). Kita teliti penerangan ini dan
fahami contoh-contoh yang diberikan.
128 X TOPIK 7 RAGAM AYAT

AKTIVITI 7.2

Antara berikut, tunjukkan ketepatan konsep ayat. Semak jawapan anda


berdasarkan apa-apa yang anda tulis dalam Aktiviti 7.1.

(a) Baik
(b) Sihat.
(c) Dia baik?
(d) Jika hari hujan,
(e) Terkejut beruk, dia.
(f) Shahdan, lahirnya baginda ke dunia, kilat sabung menyabung,
hujan turun dengan lebatnya, dan halilintar mengganas di angkasa.
(g) Tuan sungguh bijak bestari,
Apabila datang majlis berseri,
Memang ditunggu dinanti-nanti,
Mendengar lafaz pemacu nadi.

Rujukan daripada Tatabahasa Dewan Edisi Kelima menunjukkan bahawa ayat


sebagai unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa
dan mengandungi makna yang lengkap.

Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan
yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. Selain itu,
ayat mengandungi intonasi yang sempurna.

Berdasarkan nota penting di sebelah, mari kita teliti kandungan Aktiviti 7.2 dari
(a) hingga (g).

(a) Baik
Merupakan satu kata sahaja kerana ia tidak mempunyai makna yang
lengkap. Walaupun bermula dengan huruf besar „B‰, ia tidak berakhir
dengan tanda noktah (.). Dalam perkataan lain, ia bermula dengan
kesenyapan tetapi tidak berakhir dengan kesenyapan. Ia tidak mempunyai
intonasi yang sempurna.
TOPIK 7 RAGAM AYAT W 129

(b) Sihat
Merupakan satu ayat kerana ia bermula dengan huruf besar „S‰ dan
berakhir dengan noktah (.). Dalam perkataan lain, ia bermula dengan
kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan. Ia mempunyai intonasi yang
sempurna. Ia juga mempunyai makna yang lengkap apabila berada dalam
konteks. Misalnya, ayat ini menjawab soalan „Apa khabar?‰ dengan
jawapan „Saya sihat.‰ Dalam konteks ini, subjeknya digugurkan. Dalam
perkataan lain, dia menyatakan bahawa dirinya sihat.

(c) Dia baik?


Merupakan satu ayat kerana ia bermula dengan huruf besar „D‰ dan
berakhir dengan tanda tanya (?). Dalam perkataan lain, ia bermula dengan
kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan. Ia mempunyai intonasi yang
sempurna. Ia juga mempunyai makna yang lengkap iaitu menanyakan
sama ada „dia‰ baik atau sebaliknya.

(d) Jika hari hujan,


Merupakan satu klausa kerana bermula dengan huruf besar „K‰ tetapi
berakhir dengan tanda koma (,). Dalam perkataan lain, ia bermula dengan
kesenyapan tetapi tidak berakhir dengan kesenyapan. Ia tidak mempunyai
makna yang lengkap. Ia tergantung. Ada sesuatu lagi yang hendak
disampaikan. Ia juga tidak mempunyai intonasi yang sempurna.

(e) Terkejut beruk, dia.


Merupakan satu ayat kerana ia bermula dengan huruf besar „T‰ dan
berakhir dengan tanda noktah (.). Dalam perkataan lain, ia bermula dengan
kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan. Ia mempunyai makna yang
lengkap walaupun susunannya disongsangkan. Ia juga mempunyai
intonasi yang sempurna. Ia dikenali sebagai ayat songsang.

(f) Shahdan, lahirnya baginda ke dunia, kilat sabung menyabung, hujan turun
dengan lebatnya, dan halilintar mengganas di angkasa.
Merupakan satu ayat kerana ia bermula dengan huruf besar „S‰ dan
berakhir dengan tanda noktah (.). Dalam perkataan lain, ia bermula dengan
kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan. Ia mempunyai makna yang
lengkap walaupun ia panjang dan banyak maklumat yang disampaikan. Ia
juga mempunyai intonasi yang sempurna.
130 X TOPIK 7 RAGAM AYAT

(g) Tuan sungguh bijak bestari,


Apabila datang majlis berseri,
Memang ditunggu dinanti-nanti,
Mendengar lafaz pemacu nadi.
Merupakan kata-kata berangkap atau kata-kata berirama kerana ia ditulis
berangkap-rangkap dan berirama. Ia bermula dengan kesenyapan dan
berakhir dengan kesenyapan. Ia mempunyai makna yang lengkap. Ia juga
mempunyai intonasi yang sempurna, tetapi ia banyak melanggar peraturan
sebagai ayat dari segi struktur.

SEMAK KENDIRI 7.1

Bagaimanakah dengan jawapan anda tadi? Adakah anda berpuas hati?


Sila berikan penjelasan kepada murid-murid anda.

7.3 KONSEP RAGAM AYAT


Ayat dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua ragam, iaitu;

(a) Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal
sebagai judul.

(b) Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.

Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa
nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkenaan.

Contoh:

(i) Adik membaca buku.


(ii) Buku dibaca oleh adik.

Ayat (i) ialah ayat aktif.

Ayat (ii) ialah ayat pasif.

Ayat aktif ditandai oleh imbuhan „meN-„.

Ayat pasif ditandai oleh imbuhan „di-„ dan diikuti oleh perkataan „oleh‰.
TOPIK 7 RAGAM AYAT W 131

(a) Ayat Aktif


Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan
subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri
daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif
ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang diikuti oleh
frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur
penyambutnya. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata
kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai
penyambutnya. Ayat aktif tak transitif dibahagikan kepada dua jenis iaitu
ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan dan ayat
aktif tak transitif yang keterangan yang tidak boleh digugurkan.

Untuk memahami ragam ayat aktif transitif dan tak transitif, cuba anda
perhatikan contoh-contoh berikut:

(i) Ayat Aktif Transitif

Predikat
Subjek
Kata Kerja Transitif Objek
1. Ribut melanda kampung kami
2. Ahmad mengarang buku cerita
3. Pengarah merasmikan seminar itu

(ii) Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang Boleh Digugurkan

Predikat
Subjek Keterangan yang
Kata Kerja Tak Transitif
Boleh Digugurkan
1. Budak itu sedang mandi di sungai itu
2. Aminah menangis sepanjang hari
3. Nenek tidur di bilik adik
132 X TOPIK 7 RAGAM AYAT

(iii) Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang Tidak Boleh
Digugurkan

Predikat

Subjek Keterangan yang


Kata Kerja Tak Transitif Tidak Boleh
Digugurkan
1. Dia berada di Kuala Lumpur
2. Bas itu menuju ke Kota Bharu
3. Penyakitnya beransur sembuh

(b) Ayat Pasif


Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang
mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai judul
atau unsur yang diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu
digolongkan kepada tiga jenis iaitu:

(i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif;


(ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua; dan
(iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

Untuk memahami ragam ayat pasif tersebut, cuba anda perhatikan contoh-
contoh berikut:

(i) Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif

Oleh + Frasa
Subjek Kata Kerja Pasif Keterangan
Nama
1. Buku itu sudah diambil oleh Abu pagi tadi
2. Kucing terlanggar oleh basikal di kakinya
3. Sampah sarap dipungut oleh pekerja setiap hari
TOPIK 7 RAGAM AYAT W 133

(ii) Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua

Frasa Kerja Pasif


dengan Ganti Nama
Subjek Keterangan
Diri Pertama atau
Kedua
1. Tugasan itu sudah aku siapkan awal-awal lagi
2. Hutang itu akan kami jelaskan segera
3. Masakan itu belum engkau makan lagi
4. Perkara tersebut harus awak putuskan segera

(iii) Ayat Pasif dengan Perkataan Kena yang Hadir Sebelum Kata Kerja

Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh + Frasa Nama


1. Penagih itu kena tangkap oleh polis
2. Penyeludup itu kena tahan oleh pihak kastam
3. Budak itu kena kejar oleh orang jahat
4. Harimau itu kena tembak oleh pemburu

AKTIVITI 7.3

Nyatakan perbezaan antara ayat aktif dan ayat pasif. Bagi setiap jenis,
berikan tiga contoh yang berkaitan.

Perbezaan Ayat Aktif dan Pasif


Ayat aktif: Ayat pasif:
Contoh ayat aktif: Contoh ayat pasif:
134 X TOPIK 7 RAGAM AYAT

AKTIVITI 7.4

1. Bagaimanakah anda menuliskan ayat pasif dengan menggunakan


kata ganti nama diri orang ketiga?

2. Bagaimanakah anda menuliskan ayat pasif dengan penggunaan kata


ganti nama diri orang pertama dan kedua berasaskan kependekan?

7.4 JENIS-JENIS AYAT


Dalam memahami tajuk ini, anda diminta menjawab soalan-soalan berikut.
Seandainya anda tidak pasti atau dapat menjawabnya, sila ikuti keterangan-
keterangan selanjutnya.

(a) Nyatakan jenis-jenis ayat dalam bahasa Melayu.


(b) Bagaimanakah anda dapat membezakan jenis-jenis ayat tersebut?

Bagaimana?

Boleh anda menjawabnya?

Jika anda tidak pasti ikuti penerangan berikut:

Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis, berdasarkan lagu bahasa dan
tujuannya, iaitu:

(a) Ayat Penyata;


(b) Ayat Tanya;
(c) Ayat Perintah; dan
(d) Ayat Seruan.

Mari kita bincang jenis-jenis ayat tersebut dengan lebih mendalam.

(a) Ayat Penyata


Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu
pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi
keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini juga disebut sebagai ayat
berita atau ayat keterangan.
TOPIK 7 RAGAM AYAT W 135

Sila anda perhatikan contoh-contoh berikut:

x Saya mempunyai sebuah komputer.


x Dia sudah pandai menghantar e-mel.
x Mereka sedang menyiapkan tugasan.
x Dia pandai mengambil hati.
x Ahmad impikan seorang isteri yang solehah.

Dapatkah anda mengesan ciri-ciri ayat penyata berdasarkan contoh-contoh


yang di atas?

Ciri-cirinya ialah, ayat penyata bertujuan menyatakan sesuatu hal atau


perkara dan dilafazkan dengan intonasi menurun pada akhir ayat. Ia
diakhiri dengan tanda noktah „.‰.

(b) Ayat Tanya


Sekarang, mari kita tinjau ayat tanya. Ini ialah ayat yang digunakan untuk
menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan
perkataan tertentu. Ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu
ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.

Ayat tanya tanpa kata tanya lazimnya diucapkan dengan nada suara
meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan nada tanya
ini dilambangkan dengan tanda soal (?). Ayat tanya jenis ini boleh disertai
partikel tanya -kah, yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau
judul ayat.

Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata
tanya seperti apa, bila, siapa, berapa, bagaimana, mengapa, dan
sebagainya. Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada dua golongan iaitu ayat
tanya dengan kata gantinama tanya dan ayat tanya dengan frasa sendi
nama tanya.

Ayat tanya dengan kata gantinama tanya terdiri daripada ayat-ayat yang
kata gantinama tanya seperti apa, siapa dan mana. Ayat tanya dengan frasa
sendi nama tanya terdiri daripada ayat-ayat yang didahului dengan frasa
sendi nama tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai
bila, bagaimana, dengan siapa, daripada siapa, dan sebagainya.
136 X TOPIK 7 RAGAM AYAT

Untuk memahami jenis-jenis ayat tanya tersebut, cuba anda perhatikan


contoh-contoh berikut:

Contoh Ayat Jenis Ayat Tanya


1. Awak sudah mandi? Ayat tanya tanpa kata tanya
2. Mereka pergi ke sekolah?
3. Dia guru cemerlang?
4. Awak sudah mandikah? Ayat tanya dengan kata partikel
tanya kah
5. Mereka pergi ke sekolahkah?
6. Dia guru cemerlangkah?
7. Siapa guru awak? Ayat tanya dengan kata tanya
8. Mana satu pilihan awak?
9. Apa kursus yang awak hadiri?
10. Dia mengajar di mana? Ayat tanya dengan frasa sendi nama
tanya
11. Awak hendak membujang sampai
bila?
12. Kamu menyelesaikan masalah itu
bagaimana?

Untuk makluman anda, ayat-ayat tanya boleh dilihat dari segi jawapan
yang dikehendaki. Kalau memerlukan jawapan ya atau tidak/bukan, ayat
tanya tersebut dikelaskan kepada ayat tanya tertutup. Sebaliknya, jawapan
yang memerlukan huraian dikelaskan sebagai ayat tanya terbuka.

Cuba anda kenal pasti ayat-ayat berikut.

Manakah ayat tanya tertutup dan manakah ayat tanya terbuka?

(i) Ke pasarkah mereka?


Ya, mereka ke pasar.

(ii) Siapa gurunya?


Gurunya Amirul Hafiz.

(iii) Pasukan rumah birukah menjadi johan olahraga kelmarin?


Tidak, pasukan rumah kuning yang menjadi johan.
TOPIK 7 RAGAM AYAT W 137

(iv) Bilakah dia akan berangkat?


Dia akan berangkat esok.

(c) Ayat Perintah


Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menimbulkan
sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan
menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau,
dan sebagainya yang digugurkan.

Ayat perintah dibahagikan kepada empat jenis seperti dalam Jadual 7.1.

Jadual 7.1: Empat Jenis Ayat Perintah

Jenis-jenis Penerangan
Ayat suruhan Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.
Dalam ayat ini, subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak,
kamu, engkau dan selainnya digugurkan.
Ayat larangan Ayat menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah
sebelum kata kerja untuk tujuan menegah seseorang melakukannya.

Ayat silaan Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum
kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang.
Lazimnya, kata silaan digunakan pada permulaan ayat.

Ayat permintaan Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong
dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Untuk memahami jenis-jenis ayat perintah tersebut, cuba anda perhatikan


contoh-contoh berikut:

Contoh Ayat Jenis Ayat Perintah


x Awak siapkan kerja itu sekarang. Ayat suruhan
x Makanlah kuih muih ini dahulu.
x Usah bertanya ke mana aku pergi. Ayat larangan

x Jangan ambil wang orang.


x Sila datang ke rumah saya petang ini. Ayat silaan

x Jemputlah hadir ke majlis pertunangan kami.


x Minta tuan-tuan jelas yuran pengajian. Ayat permintaan

x Tolong hantarkan tugasan itu sebelum hari Isnin.


138 X TOPIK 7 RAGAM AYAT

Tahukah anda bahawa ayat silaan tidak boleh membawa pengertian


negatif? Contohnya seperti berikut:

Tolong jangan bising.


Sila jangan merokok.

(d) Ayat Seruan


Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau
intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti
takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini
digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak
pada akhir ayat, sama ada ayat itu didahului kata seru atau tidak.

Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas
dan sebagainya.

Untuk memahami ayat seruan tersebut, cuba anda perhatikan contoh-


contoh berikut:

Contoh Ayat
1. Ayah!

2. Oh, Tuhanku!

3. Wah, cantiknya kereta itu!


4. Nah, ambillah sumbangan ini!

SEMAK KENDIRI 7.2

Nyatakan empat jenis ayat dalam bahasa Melayu dan berikan dua
contoh setiap jenis ayat tersebut.

Jenis Ayat Contoh


(i) (a)
(b)
(ii) (a)
(b)
(iii) (a)
(b)
(iv) (a)
(b)
TOPIK 7 RAGAM AYAT W 139

7.5 AYAT DASAR DAN AYAT TERBITAN


Berikut adalah penjelasan mengenai ayat dasar dan ayat terbitan dengan lebih
lanjut.

(a) Konsep Ayat Dasar


Apakah „ayat dasar‰?

Ayat dasar ialah „ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan
semua ayat lain dalam sesuatu bahasa‰.

Contoh:
(i) Dia guru.
(ii) Adik sedang belajar.
(iii) Emak ke pasar.
(iv) Abang bijak.

(b) Konsep Ayat Terbitan


Apakah „ayat terbitan‰?

Ayat terbitan ialah „ayat yang terbit atau terbentuk daripada ayat dasar‰.

Ayat terbitan ini terhasil apabila terlaksananya suatu proses gramatis.


Proses gramatis ini melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang
berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu
unsur dalam ayat ataupun frasa. Dalam bahasa Melayu, ayat terbitan ini
terhasil melalui proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran,
penyusunan semula, atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman.

Mari kita sama-sama meneliti proses transformasi ini.

(i) Proses Transformasi yang Melibatkan Pengguguran


Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku ke
atas struktur ayat. Proses ini melibatkan pengguguran unsur-unsur
tertentu daripada binaan ayat itu. Oleh itu pada peringkat struktur
permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud.
140 X TOPIK 7 RAGAM AYAT

Contoh:
(i) „Pergi dari sini!‰
(ii) „Adik saya cerdik tetapi pemalu.‰
(iii) „Adik Ali dan sepupunya belajar di kampung.‰
(iv) „Yang biru itu pilihan saya.‰
(v) „Bersenam boleh menyihatkan badan.‰

Jika kita teliti contoh-contoh di atas, kita boleh kategorikannya


kepada empat jenis pengguguran. Dalam bahasa Melayu terdapat
empat jenis pengguguran:

(i) Pengguguran frasa nama sebagai subjek;


(ii) Pengguguran frasa predikat;
(iii) Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif; dan
(iv) Pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa
nama.

Untuk memahami jenis-jenis pengguguran tersebut, cuba anda


perhatikan contoh-contoh ayat berikut:

Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek


(i) Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat
perintah.

Contoh:

x Kamu keluar! Keluar!

x Awak semua pergi dari sini! Pergi dari sini!

(ii) Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.

Contoh:

x Dia sangat pandai + Dia rajin belajar


Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar.
Dia sangat pandai kerana rajin belajar.
TOPIK 7 RAGAM AYAT W 141

x Adik saya cerdik + Adik saya pemalu


Adik saya cerdik tetapi pemalu.

Pengguguran Frasa Predikat


Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian daripadanya boleh
digugurkan. Jikalau terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa
dalam ayat majmuk gabungan maka semua frasa predikat yang
serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan.

Contohnya:

Frasa Predikat Contoh Ayat


Frasa kerja yang Adik Ali belajar di Pahang. Sepupunya belajar di Pahang.
serupa
Adik Ali belajar di Pahang dan sepupunya belajar di Pahang.

Adik Ali dan sepupunya belajar di Pahang.

Frasa nama Encik Abu guru sekolah. Puan Milah guru sekolah.
yang serupa
Encik Abu guru sekolah dan puan Milah guru sekolah.
Encik Abu dan puan Milah guru sekolah.

Frasa adjektif Abang saya sangat rajin. Abang Ali sangat rajin.
yang serupa
Abang saya sangat rajin dan abang Ali sangat rajin.
Abang saya dan abang Ali sangat rajin.

Frasa sendi Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung.


nama yang
serupa Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung.

Dia dan isterinya masih di kampung.

Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif


Apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat yang dipancangkan
ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang
serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan.

Contoh:

x Kereta itu kuning. Kereta itu pilihan saya.


Kereta yang kuning itu pilihan saya.
Yang kuning itu pilihan saya.
142 X TOPIK 7 RAGAM AYAT

x Dia membeli baju itu. Baju itu cantik.


Dia membeli baju yang cantik itu.
Dia membeli yang cantik itu.

Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi sebagai Inti dalam Frasa


Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama KN (inti) +
penerang boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa
nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan
daripada kelas kata nama.

Contoh:

x Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.


Bersenam boleh menyihatkan badan.

x Tabiat merokok membahayakan kesihatan.


Merokok membahayakan kesihatan.

(ii) Proses Transformasi yang Melibatkan Penyusunan Semula


Dalam proses penyusunan semula, bentuk perkataan dalam ayat asal
diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat
gramatis yang baharu. Proses penyusunan semula ini akan
mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun pengguguran pada
kata-kata tertentu, penggantian atau penambahan kata-kata lain pada
ayat yang diterbitkan. Namun demikian, proses penyusunan semula
ini tidak membawa perubahan pada makna ayat.

Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula iaitu:

x Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek;

x Penyusunan semula frasa nama sebagai objek; dan

x Penyusunan semula melalui ayat songsang.


TOPIK 7 RAGAM AYAT W 143

Untuk memahami jenis-jenis penyusunan semula tersebut, cuba anda


perhatikan contoh-contoh ayat berikut:

Ayat Asal Penyusunan Semula


Adik menendang bola itu. Bola itu ditendang oleh adik.
(Frasa nama sebagai subjek)

Allah mengurniai kita rahmat. Allah mengurniakan rahmat kepada kita.


(Frasa nama sebagai objek)

Orang itu pergi ke kedai. Ke kedai orang itu pergi.


(Ayat songsang )

(iii) Proses Transformasi yang Melibatkan Peluasan


Proses peluasan ayat boleh berlaku apabila penambahan unsur-unsur
dalam ayat yang baharu. Terdapat beberapa jenis peluasan ayat
dalam bahasa Melayu, iaitu:

x Peluasan frasa nama sebagai subjek;

x Peluasan frasa predikat;

x Peluasan dengan kata hubung; dan

x Peluasan melalui proses komplementasi.

Untuk memahami proses peluasan tersebut, cuba anda perhatikan


contoh-contoh ayat berikut:

Ayat Asal Peluasan


Budak itu adik saya. Budak yang membaca buku itu adik saya.
Budak itu membaca buku. (Frasa nama sebagai subjek )

Osman mengusik budak itu. Osman mengusik budak yang menangis itu.
Budak itu menangis. (Frasa predikat )

Ayah tidak pergi kerja. Ayah tidak pergi kerja kerana sakit perut.
Ayah sakit perut. (Kata hubung )

Mereka melaporkan. Mereka melaporkan bahawa guru kelas tidak


Guru kelas tidak hadir. hadir. (Proses komplementasi).
144 X TOPIK 7 RAGAM AYAT

AKTIVITI 7.5

1. Jelaskan maksud proses penerbitan ayat.

2. Nyatakan tiga proses penerbitan ayat dan berikan tiga contoh setiap
jenisnya.

7.6 POLA-POLA AYAT DASAR


Sekarang, mari kita beralih kepada tajuk yang lebih kompleks. Kita akan
memulakan perbincangan tentang pola-pola ayat dasar bahasa Melayu. Sebelum
itu, cuba anda jawab soalan-soalan yang berikut:

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pola ayat dasar?


(b) Berapa jenis pola ayat dasar bahasa Melayu?

Cuba anda fikir-fikirkan.

Untuk mendapat jawapan kepada soalan-soalan tersebut, sila ikuti perbincangan


yang seterusnya.

(a) Definisi Pola Ayat Dasar


Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan
semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

(b) Jenis-jenis Ayat Dasar


Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 7.2.

Jadual 7.2: Empat Jenis Pola Ayat Dasar

Pola Jenis Pola Subjek Predikat


1 FN + FN Encik Shari ejen insuran
2 FN + FK Dia menjerit kesakitan
3 FN + FA Budak itu sangat nakal
4 FN + FS Pejabat saya di Kuala Terengganu
TOPIK 7 RAGAM AYAT W 145

Daripada pola-pola ayat dasar inilah terbitnya ayat-ayat lain yang lebih
kompleks sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau
panjang, ayat aktif atau ayat pasif, dan sebagainya.

AKTIVITI 7.6

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah.

Ayat Jenis Pola


Encik Bongsu guru silat.
Kucing itu comel sekali.
Ayah berangkat ke Tanah Suci.
Pak Amid melayari Internet.
Papan kekunci sangat canggih.
E-mel itu dari India.

x Kita telah mempelajari tentang ragam ayat, jenis ayat, ayat dasar, ayat
terbitan dan pola ayat dasar.

x Terdapat dua jenis ragam ayat iaitu:


(a) Ayat aktif; dan
(b) Ayat pasif.

x Ayat aktif pula terbahagi kepada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak
transitif.

x Ayat pasif terbahagi kepada tiga iaitu:


(a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif;
(b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua; dan
(c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
146 X TOPIK 7 RAGAM AYAT

x Empat jenis ayat dalam bahasa Melayu adalah:


(a) Ayat Penyata;
(b) Ayat Tanya;
(c) Ayat Perintah; dan
(d) Ayat Seruan.

x Ayat tanya terbahagi kepada lima jenis iaitu:


(a) Tanpa kata tanya;
(b) Dengan kata tanya;
(c) Dengan kata ganti nama tanya;
(d) Terbuka; dan
(e) Tertutup.

x Ayat perintah terbahagi kepada ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan
ayat permintaan.

x Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan
semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

x Ayat terbitan melibatkan proses tranformasi yang mengakibatkan


pengguguran, penyusunan semula dan peluasan.

x Empat jenis pola ayat dasar adalah:


(a) FN + FN;
(b) FN + FK;
(c) FN + FA; dan
(d) FN + FS.
TOPIK 7 RAGAM AYAT W 147

Ayat aktif Ayat perintah


Ayat aktif transitif Ayat seruan
Ayat ayat aktif tak transitif Ayat tanya
Ayat dasar Ayat terbitan
Ayat pasif Pola ayat dasar
Ayat penyata Ragam ayat

Kamus Dewan. (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Safiah, Nik, et.al (1997). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

You might also like