You are on page 1of 5

Frasa Kerja (FK) 1.

Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya. 2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat. 3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif. 4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja (lihat nota kata kerja) Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah: Frasa kerja Frasa Kerja Transitif Frasa Kerja Tak Transitif Frasa kerja tak Frasa kerja tak transitif transitif tanpa pelengkap berpelengap kerja + (keterangan)

(i) (kata bantu) + kata kerja + objek + (i) (kata bantu) + kata
(penerangan) + (keterangan) Tanda kurung menunjukkan unsur yang Tanda kurungan boleh ada atau tiada. menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada (ii) (kata bantu) + kata kerja + objek tepat + objek sipi + (keterangan) (ii) (kata bantu) + kata kerja + (penerang) + Tanda kurung menunjukkan unsur yang (keterangan) boleh ada atau tiada Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.

(kata bantu) + kata


kerja + pelengkap + (penerang) + keterangan tanda kurung menunjukkan unrus yang boleh ada atau tiada.

contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap Subjek Frasa Nama Lelaki itu Cikgu bayi itu Jamal Khatib Kata bantu sedang masih sedang akan sedang Predikat Frasa kerja Kata kerja makan menulis merangkak datang berkhutbah Keterangan di atas meja. di papan hitam. dengan laju. esok di surau

Nota

maksud ayat lengkap jika keterangan dibuang.

contoh 2 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap

Subjek Frasa nama Mereka Ahmad Saya

Predikat Frasa kerja Kata bantu Kata kerja pelengkap Penerang keterangan akan ingin pulang menjadi tinggal ke rumah penyanyi di Klang secepat mungkin yang terkenal dalam minggu ini di negara ini Nota pelengkap frasa sendi nama pelengkap kata nama Pelengkap frasa sendi nama

(kembali ke laman utama)

http://www.tutor.com.my/stpm/frasa%20kerja/frasa_kerja.htm

Frasa Kerja (FK) Frasa kerja terbina daripada satu perkataan sahaja (iaitu terdiri daripada kata kerja tak transitif) atau sederetan perkataan yang menjadi unsur predikat dalam ayat. Binaan frasa kerja terbahagi kepada dua : a) Frasa kerja yang tidak mengadungi obejk dan tidak memerlukan kata nama sebagai penyambung untuk melengkapkannya. Kata kerja di sini ialah kata kerja tak transitif. Contoh : Adik menangis (FN+FK) b) Frasa kerja yang mengandungi objek selepas kata kerja untuk melengkapkan frasa ini. Kata kerja di sini ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek yang terdiri daripada kata nama. Objek berkenaan boleh diikuti oleh penerang. Contoh : Saya menangkap burung gagak di hutan. (FN+FK) ; di sini : burung gagak objek di hutan penerang

http://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/05/ayat-dasar.html

Frasa kerja ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa patah perkataan dengan kata intinya kata kerja. Contoh: makan, sedang tidur, tersenyum, membaca buku, dipukul,tertelan, dan lain-lain seumpamanya. Dalam binaan ayat, frasa kerja hanya hadir pada bahagian predikat. Frasa kerja tidak boleh hadir sebagai subjek kerana rumus tatabahasa bahasa Melayu menetapkan bahagian subjek hanya diisi oleh frasa nama. Contoh:

1.

Adik bongsu kami / sedang tidur. (FN) (FK)

1.

Kereta itu / terlanggar tiang telefon. (FN) (FK)

Predikat ayat (1) dan (2) ialah frasa kerja sedang tidur, danterlanggar tiang telefon. Sebagai unsur predikat, frasa kerja boleh hadir dalam ayat dengan pelbagai cara. Pertama, frasa kerja yang kata kerjanya tidak diikuti objek (penyambut). Frasa kerja tanpa objek ini mengandungi kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang kata nama sebagai objek, untuk melengkapkan maksud kata kerjanya. Kata kerja jenis ini dikenal sebagai kata kerja tak transitif tanpa pelengkap. Contoh:
1. 2. 3.

Semua murid bangun. Kanak-kanak itu menangis. Penduduk kampung kami bergotong-royong.

Kata-kata kerja bangun, menangis dan bergotong-royong tidak perlu akan pelengkap kerana kata kerja tersebut mempunyai makna yang sempurna. Dengan kata-kata lain, semua ayat (3) (5) sudah lengkap binaan dan maknanya. Selain itu, ada juga kata kerja dalam frasa kata kerja tak transitif memerlukan pelengkap selepasnya. Kata kerja yang menerima pelengkap ini ialah kata kerja yang tidak mempunyai makna yang sempurna sekiranya tanpa unsur pelengkap ini. Unsur yang menjadi pelengkap itu terdiri daripada kata adjektif, frasa nama, dan frasa sendi nama. Contoh:
1.

Mereka tidak berbuat jahat.

(jahat ialah kata adjektif yang menjadi pelengkap kepada kata transitif berbuat)
1.

kerja tak

Pokok padi Wan Empuk berbatangkan tembaga. kata kerja tak

(tembaga ialah kata nama yang menjadi pelengkap kepada transitif berbatangkan)
1.

Arifin tinggal di Rawang. kepada

(di Rawang ialah frasa sendi nama yang menjadi pelengkap kata kerja tak transitif tinggal)

Perlu diingat bahawa kata kerja tak transitif yang berawalanber-, me-, atau ter-, misalnya berbual, melompat, tersenyum tidak boleh digugurkan awalannya. Tanpa awalan ini ayat yang terbentuk menjadi salah atau tidak baku (bertanda *). Contoh:
1.

*Dia bual dengan jirannya.

(seharusnya: Dia berbual dengan jirannya.) 10. *Kanak-kanak itu lompat. (seharusnya: Kanak-kanak itu melompat.) 11. *Gadis itu senyum kepada saya. (seharusnya: Gadis itu tersenyum kepada saya.) Seterusnya, apabila frasa kerja yang mengandungi kata kerja tak transitif hendak diperluas, yakni dengan menambahkan unsur (kata) lain di hadapannya sebagai keterangan, maka kata kerja tak transitif itu mesti diikuti oleh frasa sendi nama; bukan kata nama sahaja. Frasa sendi nama ini seolah-olah menjadi objek kepada kata kerja tak transitif itu. Sudah kita maklumi bahawa kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek. Oleh itu, unsur yang hadir sesudahnya kata kerja tak transitif itu ialah unsur keterangan kepada kata kerja tak transitif tersebut. Contoh: 12. *Kami balik kampung. (seharusnya: Kami balik ke kampung.) 13. *Saya tidak tahu namanya. (seharusnya: Saya tidak tahu akan namanya.) Dalam ayat (12) dan (13), balik dan tahu ialah kata kerja tak transitif. Perkataan ini diikuti oleh kata nama kampung, dannamanya bukan frasa sendi nama. Oleh demikian, untuk membentuk frasa sendi nama daripada kedua-dua perkataan ini, maka kata namakampung harus didahului oleh kata sendi ke (ke kampung), dan kata nama namanya didahului oleh kata sendi akan (akan namanya).

http://www.adap.com.my/info.php?id=370

You might also like