You are on page 1of 2

HASIL ANALISIS POLA KESELARASAN VOKAL

Berdasarkan petikan karangan Muhd Hafiz Bin Zuraimi di atas, saya telah mengenal
pasti beberapa jenis pola keselarasan vokal yang terdapat di dalam petikan tersebut. Bagi
suku kata praakhir a dan suku kata tertutup a contoh perkataan adalah akan. Suku kata bagi
perkataan ini bermula dengan a dan berakhir dengan a (a-a). Contoh lain pula adalah,
dapat, maka dan dalam.

Seterusnya, suku kata praakhir a dan suku kata tertutup i pula adalah batin. Suku
kata ini bermula dengan a dan berakhir dengan i (a-i). Contoh lain pula adalah
menghasilkan dan terjadi. Bagi perkataan dilakukan pula suku kata praakhirnya a dan suku
kata tertutupnya u. suku kata perkataan ini bermula dengan a dan berakhir dengan u (a-u).
Contoh lain ialah dipengaruhi.

Selain itu, contoh suku kata praakhir e pepet dan suku kata tertutup a ialah kelas.
Suku kata perkataan ini bermula dengan e pepet dan berakhir dengan a. contoh perkataan
yang lain ialah dengan dan kesenangan. Penting pula menggunakan suku kata praakhir e
pepet dan suku kata tertutup i (e pepet-i). Contoh lain ialah terpenuhinya. Perkataan
cenderung pula bermula dengan suku kata e pepet dan berakhir dengan u (e pepet-u).
Contoh lain ialah menemukan.

Disamping itu, bagi suku kata praakhir i dan suku kata tertutup a ialah tidak.
Perkataan ini bermula dengan suku kata i dan berakhir dengan a (i-a). Contoh lain ialah
minat dan tindakan. Terdapat juga suku kata yang menggunakan suku kata praakhir i dan
suku kata tertutup i (i-i).C perkataan ialah sedikit. Menimbulkan pula menggunakan suku
kata praakhir i dan suku kata tertutup u (i-u). Contoh lain pula ialah hidupnya. Petikan di
atas juga menggunakan suku kata praakhir o dan suku kata tertutup a iaitu orang. Contoh
lain pula ialah sekolah. Perkataan ini bermula dengan suku kata o dan berkahir dengan a (o-
a). Oleh dan proses pula menggunakan suku kata praakhir o dan suku kata tertutup e taling.
Perkataan ini bermula dengan suku kata o dan berakhir dengan e taling (o-e taling).

Akhir sekali pengguna suku kata praakhir u dan suku kata tertutup a juga digunakkan
dalam petikan ini. Contohnya kurang, kepuasan dan juga masing-masing bermula dengan
suku kata u dan berakhir dengan a (u-a). Mendukung mengunakan suku kata prakhir u dan
suku kata tertutup u. contoh lain ialah guru dan khususnya. Perkataan ini bermula dengan
suku kata u dan berakhir dengan u (u-u).

Kesimpulan yang dapat saya simpulkan ialah, setiap perkataan ada pola keselarasan
vokalnya tersendiri. Pola keselarasan vokal perlu dikaji dengan lebih mendalam agar mudah
difahami dan disampaikan. Sebagai warga pendidik sudah menjadi tanggungjawab kita
untuk mempelajari pola keselarasan vokal ini.

You might also like