You are on page 1of 14

Klausa

Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza


daripada frasa.
Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi
klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana
klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsur
utama yang wajib untuk status ayat.

Klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu :


1) Klausa bebas
2) Klausa tak bebas

Klausa Bebas
Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek
dan predikat) dan dengan itu boleh berdiri sendiri
sebagai ayat apabila diucapkan atau dituli.
Perbezaan ayat dengan klausa bebas amat kecil
sekali.
Ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan
noktah, manakala klausa tidak.

Klausa
Subjek

Predikat

Ayat
Subjek

Predikat

budak itu

mendengar
radio

Budak itu

mendengar
radio

ujian tadi

amat susah

Ujian tadi

amat susah

jambatan itu

jambatan
kayu

Jambatan itu

jambatan
kayu

mereka

ke pantai

Mereka

ke pantai

Klausa Tak
Bebas
Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dean klausa bebas,
ialah ia terdiri daripada unsur subjek dan predikat.
Ciri utamanya ialah ia didahului oleh kata hubung seperti
kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan
sebagainya.
Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di
bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat
seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama.

Ahmad gagal kerana dia tidak membaca soalan


dengan teliti terlebih dahulu.
Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga.
Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika
dibenarkan oleh ibunya.
Kalau hujan turun berlarutan, penoreh getah
akan menghadapi masalah kewangan.

Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam


membina dan menganalisis ayat majmuk gabungan,
ayat majmuk pancanan dan ayat campuran.
Ini kerana ayat-ayat ini mempunyai dua atau lebih
klausa; iaitu ada klausa bebas dan ada klausa tak
bebas.
Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa
menentukan bentuk-bentuk ayat dalam bahasa
Melayu.

Ayat
Aktif

Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.


Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men-.
Contohnya:
(a) Emak memasak nasi dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.

Ayat
Pasif

Ayat pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan


ke atasnya.
Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya
(a) tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama
dan kata ganti diri kedua.

Contohnya:
i. Bola itu saya tendang.

ii. Borang itu perlu anda isi.

(b) berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri
ketiga.

Contohnya:
i. Baju itu dibasuh oleh kakak.

Ayat pasif terdiri daripada:


(a) ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak
berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku,
kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b) ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak
berawalan men- dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak,
anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
(c) ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya
berawalan di-,diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga
seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.
Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama
walaupun bentuknya berbeza

Ayat Aktif

Ayat Pasif Diri Pertama

(a)Saya mencuci kasut


(a)Kasut sekolah saya cuci.
sekolah.
(b)Keputusan itu kita terima.
(b) Kita menerima keputusan (c) Bunga itu akan aku petik.
itu.
(d) Jadual itu sudah kami
(c) Aku akan memetik bunga
susun.
itu.
(d) Kami sudah menyusun
Ayat
Aktif
Ayat Pasif Diri Kedua
jadual
itu.
(a) Anda harus menyiapkan
(a) Kerja itu harus anda
kerja itu.
siapkan.
(b) Awak mesti menyerahkan
(b) Surat itu mesti awak
surat itu.
serahkan.
(c) Engkau patut memulangkan (c) Duitnya patut engkau
duitnya.
pulangkan.
(d) Kamu perlu membaiki kereta (d) Kereta itu perlu kamu
itu.
baiki.

Ayat Aktif

Ayat Pasif Diri Ketiga

(a) Mereka mengecat


bangunan.
(b) Baginda meminta rakyat
supaya bersabar.
(c) Beliau mengarahkan
orang ramai supaya
beratur.
(d) Dia sedang menjahit
Ayat baju.
Aktif

(a) Bangunan dicat oleh


mereka.
(b) Rakyat diminta oleh
baginda supaya bersabar.
(c) Orang ramai diarahkan
oleh beliau supaya
beratur.
(d) Baju sedang dijahit
olehnya.
Ayat
Pasif

a. Ali membaca buku itu.


b. Ibu memasak nasi lemak.
c. Kita mesti mendengar
nasihat guru kita.
d. Salmah memukul adiknya
dengan kuat.
e. Yusof membawa kerusi
patah.

a. Buku itu dibaca oleh Ali.


b. Nasi lemak dimasak oleh
ibu.
c. Nasihat guru kita, mesti
kita dengar.
d. Adiknya dipukul dengan
kuat oleh Salmah.
e. Kerusi patah dibawa oleh

You might also like