You are on page 1of 3

Aspek Perlembagaan Negara perlu difahami dan dihayati oleh setiap murid agar tidak timbul

salah faham dalam pergaulan dari pelbagai kaum.Murid perlu memahami Perlembagaan
Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat Malaysia.Emosi murid perlu diuruskan dengan
penuh kebijaksanaan agar mereka tidak sentiasa berada dalam kebimbangan apabila berada di
dalam kelas dan berhadapan dengan guru semasa melakukan aktiviti pembelajaran.Hubungan
yang baik antara guru dan murid juga harus dibina terlebih dahulu yang mana guru perlu
mengamalkan kepemimpinan demokraksi dan tidak terlalu mengongkong murid-murid mereka.
Hubungan yang positif dengan rakan sekelas juga perlu dibina.Murid perlu dibimbing agar dapat
berinteraksi dengan semua kaum tanpa mengira kelas social dan budaya.Mereka perlu diberi
pendedahan tentang adat resam dan amalan budaya setiap kaum di Malaysia. Murid
digalakkan untuk berfikir mengenai hubungan etnik di Malaysia dari segi sejarah, latar belakang
ekonomi dan politik serta aspek lain.Kesedaran murid untuk mengenalpasti bahawa wujud
kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia khususnya dalam kelompok etnik atau dalam bentuk
lain seperti agama, budaya, kedudukan ekonomi, politi dan sosial.
Salah satunya adalah bagi membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu
menjadi model perlakuan yang baik, penyayang terhadap murid, mengurus emosi dengan
berkesan dan mempunyai kemahiran sosial yang tinggi. Di samping itu, persekitaran dan
pengalaman juga memainkan peranan yang penting. Pengalaman melalui peraturan-peraturan
yang ditetapkan dan guru perlu membuat pengukuhan terhadap perlakuan murid sama ada
perlakuan yang betul diberi ganjaran atau perlakuan yang salah akan diberi dendaan. Selain itu,
guru sepatutnya mewujudkan sebuah komuniti pembelajaran melalui pembinaan persekitaran
yang prihatin dan penyayang di mana murid mempunyai rasa tanggungjawab untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang sempurna dan berkesan. Guru perlu memupuk nilainilai kepercayaan saling bergantung sesama murid dalam memastikan murid memiliki sikap
penyayang dan prihatin.
Dalam mewujudkan sebuah persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, antara
perkara penting yang lain yang harus seseorang guru titik beratkan adalah perhubungan antara
kelompok etnik. Bagi sesebuah negara seperti Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik,
sekolah merupakan tempat perjumpaan dan pertemuan kanak-kanak daripada pelbagai etnik.

Di sekolah mereka akan bergaul dan belajar mengenali antara satu sama lain serta menjalinkan
nilai-nilai perpaduan. Oleh yang demikian, guru sememangnya memikul tanggungjawab yang
besar dalam memastikan murid-murid daripada pelbagai latar belakang dapat menjalani
kehidupan seharian mereka dalam suasana yang harmoni. Dengan ini guru seharusnya dapat
memupuk nilai-nilai perpaduan dalam diri murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang dan kelompok etnik. Antaranya ialah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang membuka ruang dan peluang kepada semua murid untuk berinteraksi bagi mewujudkan
suasana yang mesra, membina semangat setiakawan yang tinggi melalui aktiviti berkumpulan,
menyediakan isi pelajaran yang menjurus kepada pemupukan nilai-nilai harmoni, perpaduan
dan saling menghormati, menonjolkan keunikan dan keistimewaan ciri-ciri budaya elbagai etnik,
dan membina persekitaran pembelajaran yang membina dan menghargai perbezaan antara
etnik.
Dalam pada itu, pengurusan pengajaran dan pembelajaran juga adalah penting dalam
mewujudkan sebuah persekitaran yang mesra budaya. Pengurusan dan pembelajaran yang
berkesan akan mencapai matlamat pembelajaran seperti yang telah dihasratkan. Oleh yang
demikian seseorang guru harus merancang pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan perbezaan budaya murid. Sebagai contoh, guru boleh memilih murid daripada
pelbagai etnik ntuk aktiviti berkumpulan dan tindakan ini dapat menggalakan perkongsian idea
dan pendapat di samping dapat mengenali budaya masing-masing secara lebih dekat lagi. Hal
ini mendorong kepada murid akan menghormati etnik dan budaya lain dengan lebih baik lagi. Di
samping itu, guru harus melayan karenah murid dengan adil tanpa membeza-bezaan etnik
keturunan murid. Hal ini dapat memupuk nilai menghargai budaya etnik lain dengan
menonjolkan melalui aktiviti pembelajaran.

hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal dalam tingkah
laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan
yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang berlaku terhadap anak didik.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya ialah penglibatan murid secara aktif
dan menyeluruh. Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran tanpa mengira bangsa memberi penyumbang kepada kewujudan kelas yang
mesra budaya dimana murid-murid dapat menjalankan aktiviti pembelajaran secara aktif
mengikut kehendak mereka sendiri dengan bantuan guru sebagai pemantau, fasilitator dan
penilai.
Sebagai kesimpulannya, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan memberi
kesan positif kepada perkembangan nilai murni, perpaduan dan kerjasama antara murid tanpa
mengira bangsa justeru ia menjadi menyumbang utama dalam mewujudkan persekitaran kelas
yang mesra budya.

You might also like