You are on page 1of 10

BAHASA

PERPADUAN

Bahasa Melayu yang mampu menjadi


teras perpaduan bangsa Malaysia
ialah Bahasa Melayu yang digunakan
secara bersama dan meluas.

Bahasa Melayu bukan sahaja


berfungsi sebagai bahasa ilmu,
namun bahasa rasmi dan
kebangsaan.

Bahasa ini bukan sahaja dijadikan


bahasa perantaraan di sekolahsekolah dan universiti tetapi
penggunaannya menjangkau ke
peringkat antarabangsa.
Buktinya, Dato Seri Mohd Najib Tun
Razak telah bertutur dalam Bahasa
Melayu sepenuhnya di sebuah
Universiti di China semasa lawatan
beliau ke sana baru-baru ini.

Selain itu, Bahasa Melayu sebagai alat


perpaduan utama mempunyai masa depan
yang cerah kerana Bahasa Melayu bersikap
terbuka kepada bahasa lain. Kita sedar
sesuatu bahasa yang terlalu rigid, terpencil
dan statik tidak akan mampu mengadaptasikan
dirinya dengan perubahan semasa.
Dunia semakin berkembang, masyakaratnya
semakin maju dan berpengetahuan, maka
begitulah juga halnya dengan Bahasa Melayu .
Sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat
mempunyai tahap keterbukaan dan toleransi
yang begitu tinggi,kepada kemasukan isitilahistilah baru dan kata asing.

Maka menyedari hakikat itu, DBP telah


memainkan peranan yang begitu aktif
untuk membentuk dan menyelaraskan
istilah-istilah baru dalam pelbagai
bidang pengetahuan seperti sains dan
teknologi, undang-undang, pendidikan,
perbankan, komputer dan internet.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai


teras perpaduan bangsa Malaysia
diperkukuhkan apabila kehadirannya
tidak pernah disangsikan oleh kaumkaum lain.
Sebabnya Bahasa Melayu tidak
dianggap sebagai ancaman kepada
mana-mana pihak dan kehadirannya
tidak akan menyebabkan bahasa
ibunda kaum masing-masing akan
menerima nasib malang.

Gerakan Cintailah Bahasa Kita


yang dilancarkan pada 11
Disember 1987 membuktikan
betapa seriusnya pihak kerajaan
dalam mengangkat martabat
bahasa ini sebagai bahasa
komunikasi utama pelbagai kaum.
Sejak itu, banyak kegiatan
kebahasaan turut melibatkan
pelbagai kaum.

Buktinya yang jelas ialah dengan adanya


pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis
(PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT dan
pidato bahasa Melayu antarabangsa.
Ini membuktikan bahasa Melayu menjadi
bahasa yang boleh dipelajari dan
dituturkan oleh sesiapa sahaja.

Pemilihan Bahasa Melayu sebagai


bahasa kebangsan dan bahasa
perpaduan dan diterima oleh bangsa
lain.
Ia melonjakkan bahasa ini sebagai
satu identiti bagi masyarakat majmuk
sehingga mampu menjadi model
perpaduan dunia melalui penggunaan
satu bahasa.

Fungsi bahasa
o Slobin ( 1991), mengatakan bahawa apabila
penutur dan pendengar berinteraksi, penutur
mahu melahirkan pendapatnya dengan jelas dan
tepat. Pendengar pula mahu mendapatkan
maklumat dengan terang ,cekap dan berkesan.
o Searle (1975), menjelaskan bahawa manusia
menggunakan bahasa untuk memberitahu orang
lain tentang sesuatu, meminta mereka melakukan
sesuatu dan menyatakan perasaanya dengan
menggunakan bahasa.

You might also like