You are on page 1of 7

Setiap pasukan terdiri daripada 12 pemain, tetapi hanya 9

pemain mengambil bidang untuk pertandingan.


Perlawanan A mengandungi dua babak. Babak satu terdiri
daripada mengejar dan berlari lilitan 9 minit setiap satu.
Kemudian, 1 pasukan duduk atau kneels di tengah-tengah
tempat permainan , berturut-turut, dengan ahli-ahli yang
bersebelahan yang menghadap arah yang bertentangan.
Chasers hanya boleh berjalan dalam satu arah dan tidak
boleh merentasi golongan atas tidak seperti dodgers yang
boleh dijalankan secara rawak dan di antara golongan atas.

Mereka perlu untuk menjalankan pusingan berturut-turut


keseluruhan untuk sampai ke bahagian lain.
Pilihan lain adalah untuk meluluskan kerja mengejar untuk
pengasuh lain yang belakang menghadapi pengejar sebagai
pengejar berjalan.
Dalam pilihan ini, pengejar menyentuh pengasuh dia mahu,
biasanya berdekatan dengan sasaran dan menjerit "Kho"
untuk menandakan pertukaran pengawal.
Objektifnya adalah untuk menakrifkan semua lawan dalam
masa sesingkat mungkin.
Pasukan yang mengambil masa yang singkat untuk
menakrifkan semua lawan dalam bidang, menang.

Peraturan Peraturan Secara Terperinci

Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai


12 pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu
perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini.
Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan
kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di
tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap
8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan
secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan
akan bertindak sebagai pengejar.

Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain


lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan
tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan
tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan
dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan.
Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli
pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang
disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah
seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat
diberikan. Bagi permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan petak padang
yang diperlukan ialah 27mX15m.

Refleksi
Saya Thiuya a/p Gunasekaran, guru pelatih institut pendidikan guru kampus
Tun Hussein Onn membuat kerja kursus pendek Pendidikan Jasmani dan
pelbagai kebaikan yang saya perolehi sepanjang saya membuat kerja
kursus ini.Begitu juga dengan aral yang melintang ketika saya membuat
kerja kursus ini. Akhirnya, saya bersyukur kepada tuhan kerana kerja
kursus ini dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan dengan jayanya.
Antara kelebihan yang saya perolehi ialah saya menjadi lebih
berdisiplin dan berdikari sehingga saya terpaksa berjaga malam untuk
semata-mata untuk menyiapkan kerja kursus ini. Saya telah dapat
mengetahui secara lanjut tentang apa itu pergerakan asas dan cara
mengenal pasti pergerakan asas tersebut melalui permainan tradisional
yang dipilih oleh kumpulan kami. Selain itu, saya juga belajar untuk
mengenal pasti gaya hidup yang sihat melalui permainan tradisional yang
dipilih oleh kumpulan kami iaitu kho kho. Dalam pelaksanaan tugasan ini
saya

telah

belajar

dimainkan.Bukan

itu

tentang

cara

sahaja,

malah

bagaimana
saya

juga

permainan

tersebut

berpeluang

untuk

meningkatkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan permainan Kho Kho.


Sebagai seorang bakal guru, saya dapat menerangkan sejarah nama
permainan tersebut semasa saya memperkenalkan permainan ini kepada
murid murid saya, peralatan yang diperlukan untuk permainan ini,
peraturan peraturan semasa bermain permainan ini, cara cara
permainan ini dimainkan supaya pelajar dapat gambaran yang sebenar
tentang permainan ini. Ini kerana, apabila pelajar sudah faham dengan cara
bermain permainan ini mereka dapat bermain permainan ini dengan
seronok dan gembira. Saya juga telah dapat mengaplikasikan pengetahuan
dan kemahiran yang diperoleh bagi meningkatkan tahap kecergasan
keseluruhan pelajar pelajar saya kerana segala dorongan dan sokongan
yang diberi oleh pensyarah saya membantu saya dalam melaksanakan

permainan tradisional ini dengan berkesan. Sebelum melaksanakan kerja


kursus ini, saya tidak tahu apa itu pergerakan asas dan bagaimana untuk
melakukannya. Apabila saya sendiri menjadi mencari maklumat
berkaitannya dan mengaplikasikannya , saya mendapat gambaran sebenar
tentang keseluruhan konsep itu.
Di samping itu, saya telah mendapat satu pengalaman yang baru
melalui pelaksanaan kerja kursus ini. Dengan pengalaman yang berguna
ini, saya bakal mengajar anak anak murid saya permainan permainan
kecil yang lebih menyeronokan . Selain itu, saya juga berkeyakinan bahawa
pada masa depan pendedahan kepada permainan permainan tradisional
ini akan berkesan untuk pelajar pelajar sekolah.Saya juga mendapat
keyakinan bahawa saya akan menjadi guru yang berpengetahuan luas
dalam bidang pendidikan jasmani dan melahirkan pelajar yang cergas dari
segi tubuh badan dan cerdas dengan berpengetahuan mengenai
permainan permainan tradisional.
Seterusnya saya berazam dan bertekad untuk memahamkan anak murid
saya tentang permainan permainan tradisional kerana jika mereka seolaholah hanya bermain mengikut cara mereka dan tidak mendapat input yang
tepat tentang permainan tersebut , ini tidak bermaksud saya sebagai
seorang guru yang berjaya. Saya akan cuba mempraktikkan permainan
tradisional Kho Kho ini kepada murid-murid secara terperinci dalam
proses pengajaran dan pembelajaran supaya permainan permainan
tradisional ini tidak pupus begitu sahaja dan menghidupkan semula
permainan permainan ini supaya generasi akan datang dapat mengenali
dan bermainnya.
Sepanjang menyiapkan folio ini saya juga terpaksa berjumpa dengan
pensyarah untuk mendapatkan penerangan lanjut untuk membuat
penambahbaikan dalam kerja kursus saya. Saya juga berbincang dengan
ahli kumpulan saya untuk mendapat maklumat lanjut tentang cara-cara
untuk mengenal pasti strategi yang baik dan berkesan supaya senang

untuk melaksanakan permainan ini nanti. Kami telah mengagihkan aktivitiaktiviti kami supaya kerja kursus ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi -tinggi
ucapan terima kasih kepada pensyarah saya Encik Suhaimi Bin Sahat dan
juga rakan seperjuangan saya yang memberi tunjuk ajar kepada saya
sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini. Teguran dan tunjuk ajar mereka
akan saya jadikan panduan pada masa hadapan.
Semoga kerja kursus ini menerima komen yang baik dan membantu
saya dalam usaha menjadi bakal guru yang memiliki pengetahuan yang
luas dalam bidang pendidikan jasmani.

You might also like