You are on page 1of 19

PKP 3083: KAEDAH PEMULIHAN

BAHASA MELAYU 2

Kajian Dokumen Standard

KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula


dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan
murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta
menghadapi cabaran abad ke-21.
Mengapakah KSSR
diperkenalkan?

Apakah maksud Kurikulum Standard?

6.1 STANDARD KANDUNGAN


merupakan

pernyataan spesifik tentang


perkara yang murid patut ketahui dan boleh
lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai.

KAJIAN DOKUMEN STANDARD


PEMBELAJARAN BAHASA
MALAYSIA

Definisi
PERNYATAAN TENTANG PENETAPAN KRITERIA UNTUK MEMASTIKAN
KUALITI PEMBELAJARAN DAN PENCAPAIAN MURID BAGI SETIAP
STANDARD KANDUNGAN.
Dipetik daripada :
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD
SEKOLAH
RENDAH(KSSR)
BAHASA MALAYSIA
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAHAP 1
MODUL TERAS ASAS
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PENEKANAN 5 P

Penggabungjalinan

Pengayaan

Pemulihan

Penyerapan

Penilaian

PENGGABUNGJALINAN

Kemahiran dapat dikuasai serentak


Kemahiran dapat digabungjalinkan,
sama ada kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis
Dapat mengelakkan kebosanan
dalam proses pembelajaran

PENYERAPAN

Unsur ilmu, nilai murni dan


kemahiran bernilai tambah boleh
diserapkan.
Penyerapan ini mengandungi
pelbagai ilmu dan disiplin daripada
matapelajaran lain.

PENILAIAN

PEMULIHA
N

Suatu aktiviti yang dijalankan secara


berterusan untuk mendapatkan maklumat
yang berguna bagi menentukan
pencapaian sesuatu objektif pengajaran
dan pembelajaran.
Kelemahan dapat dikenal pasti dan jenis
tindakan susulan dapat diambil dalam
berbentuk pemulihan atau pengayaan

Membantu murid menguasai kemahiran


asas yang belum dapat dikuasai dalam
tempoh yang ditetapkan.
Pelaksanaan program ini adalah mengikut
kadar kemampuan murid menguasai
sesuatu kemahiran.

PENGAYAAN

Memantapkan kebolehan,
keupayaan, bakat, dan minat murid.
Bahan bacaan tambahan, kad,
permainan dan bahan aktiviti boleh
diberikan kepada murid
Penguasaan kemahiran hendaklah
dalam jangka masa yang
ditetapkan atau lebih awal daripada
jangka masa yang ditentukan.

Kemahiran
Mendengar
dan
Bertutur

Aspek
Tatabahasa

Aspek Seni
Bahasa

Kemahiran
Membaca

Kemahiran
Menulis

Kajian Dokumen
Standard Prestasi

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar
dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh


mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahaptahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru
tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal
insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

CONTOH

TAFSIRAN

Band

Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun
secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.

Standard

Satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan
bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.

Standard
Prestasi

Perrnyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur


berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam
perkembangan atau kemajuan pembelajarannya.
Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan
secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band).
Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan
perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk
hasil pembelajaran.

Deskriptor

Pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat
berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.

Evidens Murid

Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa


yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.

Instrumen

Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang
melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti
foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.
Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau
pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara
lisan, demonstrasi, ujian amali.

RUJUKAN
https://www.malaysia.gov.my/citizen?articleId=289921&subCatId=287203&categoryId=1
03742
http://www.hootoh.my/2013/03/kssr-kurikulum-standard-sekolah-rendah.html
http://www.skjitra.com/index.php?option=com_content&view=article&id=109:bahan-bantu mengajar&catid=44:kajian-tempatan&Itemid=125

Terima Kasih
DISEDIAKAN OLEH,
BARATHAN A/L SELVAM
LIDYA A/P TAMIL CHELVAN
RUBEENY A/P KRISHNA
MOORTHY
THIUYA A/P GUNASEKARAN

You might also like