You are on page 1of 3

Abdul rauf bin singkel.

Abdul Rauf ibn Ali al-Fansuri


Abdul Rauf ibn Ali al-Fansuri (1024 H/1615 M - 1105 H/1693 M) atau juga lebih
dikenali sebagai Tok Sheikh di Kuala merupakan seorang penulis dan ulama yang
mengajar di Aceh sekitar 1661. Abdul Rauf dilahirkan di Singkil, barat Aceh. Dengan
itu dia juga dikenali sebagai Abdul Rauf Singkel.

Pendidikan
Abdul Rauf mendapat pendidikan awal di India sebelum melanjutkan pengajiannya di
Makkah dengan Sheikh Abu Hafas Umar bin Abdullah Ba Shaiban. Beliau juga mendapat
pendidikan di Madinah, Jeddah, Mokha, Zavid dan Betalfakih selama lebih 19 tahun. Selain
daripada itu dia turut mendapatkan pendidikan di Aceh dan Palembang. Antara gurunya yang
dikenal pasti tidak kurang daripada 15 orang, antaranya adalah Abdul Kadir Maurir di
Mokha, Ahmad al-Qushashi di Madinah, dan Burhan al-Din Maula Ibrahim ibn Hassan alKurani.

Karya
Kebanyakan hasil karya beliau ditulis dalam bahasa Melayu dan dikarang semasa
beliau berada di India, Pahang, dan Aceh. Kebanyakan hasil karya beliau tidak dapat
dikesan lagi, tetapi antaranya adalah :-

manuskrip Mir'at at-tullab fi tashil ma'rifat al-ahkam a'sh shar'iyyah li malik a'lwahhab yang disusun di atas permintaan Taj u'l-'alam Safiat-u'd-din,
Permaisuri Aceh (1641-1675). Satu salinan terdapat di Universiti Leiden dan
Batavia.
Komentar Baidawi pada al-Quran yang kemudiannya diterbitkan pada 1884.

Umdat al-muhtajin yang merupakan sebuah kitab zikir kearah kesufian.


Termasuk gambaran dan cara pengarang-pengarang ternama mendapat
pengetahuan.

Kifayat al-muhtajin yang membincangkan mengenai ilmu tasawuf termasuk


mengulas mengenai kitab-kitab A'yan thabitah, Kitab mau'izat al-badi,
Iidhahul bayaani fi tahqiqi masaail a'yaani, Ta'biirul bayaani, dan lain-lain.

Sirat al-mustaqim yang merupakan kitab fikah pertama dikesan, dalam


bahasa Melayu. Cetakan pertama sekali diteliti (tasyhih) oleh Sheikh Ahmad
bin Muhammad Zain al-Fatani dan dicetak di Turki. Ia kemudian dicetak
sebagai bab dalam Sabil al-muhtadin dan digunakan sehingga kini.

Bas-u samawati wal ardi yang dicetak sebagai bab dalam kitab Taj al-mulk

al-Fawaid bahiyah yang dicetak sebagai bab dalam kitab Jam'u al-fawaid.

Asrar al-insani fi ma'rifat al-ruh al-rahman

Hujjah al-siddiq li daf'i al-zindiq

Tibyan fi mi'rifah al adyan

Bustan al-salatin dalam tujuh jilid

Hill al-Zill

Ma'al-hayatiyi li ahli al-mamat

Tarjuman al-Mustafid, kitab terjemahan ayat al-Qur'an dengan tafsirnya. Tafsir


di dalam kitab ini sumbernya adalah dari kitab Tafsir al-Jalalayn dan lain-lain.

Syarah Hadith 40, kitab syarahan Hadith dari kumpulan kitab Hadith 40 yang
dikumpul oleh Imam an-Nawawi.

BIDANG PENTADBIRAN
Kerana pengetahuannya yang luas, Sultanah Safiyatuddin Tajul Alam (1645
hingga 1675) telah melantik beliau menjadi Perdana Menteri yg bertanggung
jawab memberi nasihat di dalam bidang agama, sosial, kebudayaan dan
pentadbiran. Beliau bertanggung jawab di dalam penyusunan semula
pentadbiran Acheh yang hancur akibat perang dengan Portugis di Melaka
(1629). Hasilnya Acheh pulih semula sebagai pusat Islam & kebudayaan
Melayu di Nusantara.

BIDANG KEAGAMAAN
Beliau merupakan tokoh kesufian, ahli hukum Islam & pendakwah ulung di
Nusantara. Hukum Islam - jasa beliau yang paling besar ialah meletakkan
Syari'at Islam sebagai perundangan negara. Fatwa & karangan beliau
diterima ramai kerana ianya jelas & mudah difahami. Tafsir Al Qur'an - orang
pertama menterjemahkan Al-Qur'an ke dalam Bahasa Melayu di Nusantara.
Buku tafsirnya Al Baidhawi masih diterbitkan di Mesir hingga ke hari ini.
Dakwah - menyebarkan Islam dengan mendirikan madrasah, mengajar &
menulis tentang Islam.

MENINGGAL DUNIA
Beliau meninggal dunia ketika berusia 73 tahun. Beliau juga digelar "Tengku
*Syiah Kuala". Sebagai mengenang jasa & menghormati peribadi beliau,
sebuah universiti di Banda Aceh telah dinamakan sempena nama beliau iaitu
Universiti *Syiah Kuala.

You might also like