You are on page 1of 21

Markah

BML 3132
PENGANTAR BAHASA DAN LINGUISTIK

LINGUISTIK PERBANDINGAN

OLEH

SITI NURSYAHIRAH BINTI MOHD FAIROS D20202096277


NURUL SYAHIDA BINTI ZOLKEPELI D20202096278
NURUL AIDAH BINTI MASRI D20202096279
AWG MOHAMAD SAIFUL BIN AWANG MOSTAPHA D20202096280

KUMPULAN INTERAKSI

DR. HAJI ZULKEFLEE HAJI YAACOB

SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SEMESTER 1 2020/2021
MEI 2021
SENARAI KANDUNGAN

Muka Surat

BAB 1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang 2

1.3 Objektif Kajian 3

1.4 Soalan Kajian 4

1.5 Batasan Kajian 4

1.6 Definisi Konsep 5

BAB 2.0 HURAIAN DAN PERBINCANGAN

2.1 Sejarah linguistik perbandingan menurut tokoh 6

2.2 Kaedah linguistik perbandingan 9

2.3 Jenis linguistik perbandingan 13

BAB 3.0 KESIMPULAN

3.1 Rumusan Kajian 16

3.2 Keberkesanan 17

BIBLIOGRAFI

i
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bahasa juga didefinisikan sebagai suatu ujaran yang boleh berlaku melalui lisan

atau tulisan. Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol

bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk

berkomunikasi. Menurut Edward Sapir (1921: 8) dalam Zulkeflee Yaacob (2020), bahasa

adalah suatu kaedah yang bukan naluri manusia untuk menyampaikan idea, emosi dan

keinginan melalui ciptaan symbol yang lahir secara sedar. Pendapatnya ini memang ada

kebenarannya tetapi penekanan yang diberikannya adalah berpusat kepada fungsi dan

perasaan yang yang dipandang dari sudut pemikiran yang berunsur psikologi.

Menurut Ferdinand de Saussure (sarjana linguistik Swiss awal abad ke-20) dalam

Zulkeflee Yaacob (2020), membahagikan bahasa kepada dikotomi langue (sistem of

language) dan parole (act of speech). Bahasa manusia terjadi hasil daripada kemampuan

manusia untuk menggabungkan kedua-dua dikotomi ini yang dinamakannya language.

Oleh yang demikian, bahasa menurut de Saussure adalah satu sistem isyarat yang

mempunyai bahagian terpenting berupa gabungan daripada erti dengan bayangan bunyi

(sound images) dan kedua-duanya bersifat psikologi. Yang paling mustahak menurut de

Saussure, bukanlah bunyi atau erti secara terpisah, tetapi gabungan dan hubungan kedua-

duanya dalam rantaian ucapan menurut hukum-hukum tatabahasa. Definisi yang diberikan

oleh de Saussure ini menunjukkan bahawa beliau melihat bahasa dari segi bentuk dan tidak

menekankan bahasa sebagai alat (substance).

1
Linguistik merupakan satu disiplin ilmu yang menggunakan kaedah saintifik atau ilmiah

untuk mengkaji bahasa. Menurut Langacker (1987) dalam buku Zulkeflee Yaacob (2020),

linguistik ialah kajian tentang bahasa manusia “the study of human language”. Menurut

David Crystal (1973) dan John Lyons (1968:89) dalam buku Zulkeflee Yaacob (2020)

bahawa linguistik ialah kajian bahasa secara ilmiah atau saintifik "the scientific way of

studying language". Kajian linguistik secara ilmiah memenuhi kriteria kesempurnaan

penggarapan data atau fenomena yang relevan, diselidiki, dianalisis, diklasifikasikan dan

dirumuskan secara sistematik berasaskan teori dan metodologi yang mantap. Kemantapan

deskriptif meneliti aspek pengertian konsep operasional, sorotan, perbincangan dan

rumusan dapatan. Kriteria kejelasan, kepadatan dan kesingkatan termasuk dalam prinsip

ilmiah, iaitu pemerian subjek dan analisis dibuat untuk memperjelas bahan dengan gaya

penulisan ilmiah.

1.2 Latar Belakang

Linguistik perbandingan pada asalnya filologi perbandingan ialah satu cabang linguistik

sejarah yang berkenaan dengan pembandingan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan

perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. Perhubungan ialah membayangkan asal

yang sama atau bahasa proto, dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula

bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada

bahasa-bahasa yang didokumenkan itu supaya dapat memastikan perbezaan yang nyata

antara bentuk-bentuk yang diakui dengan bentuk-bentuk yang dibina semula, ahli-ahli

linguistik perbandingan telah membubuh awalan asterik pada mana-mana bentuk yang

tidak terdapat dalam teks-teks yang masih wujud.

2
Teknik asas linguistik perbandingan ialah kaedah perbndingan yang bertujuan

untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan

Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan

dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-

sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap. Walaupun bahasa-bahasa proto yang

dibina semula melalui kaedah-kaedah perbandingan adalah andaian, pembinaan semula ini

mungkin mempunyai daya peramalan. Contoh yang paling terkenal ialah cadangan

Saussure bahawa sistem konsonan Indo-Eropah mengandungi laringeal, sejenis konsonan

yang tidak terdapat di mana-mana bahasa Indo-Eropah yang diketahui ketika itu. Hipotesis

itu telah diwajarkan oleh penemuan bahasa Hittite yang terbukti mempunyai konsonan-

konsonan yang betul-betul sama dengan konsonan-konsonan yang diramalkan oleh

Saussure untuk persekitaran-persekitarannya.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

1.3.1 Memerikan sejarah linguistik perbandingan menurut tokoh

1.3.2 Menghuraikan kaedah linguistik perbandingan

1.3.3 Menghuraikan jenis linguistik perbandingan

3
1.4 Soalan Kajian

Soalan kajian dalam kajian ini adalah seperti berikut:

1.4.1 Penelitian apakah yang dapat diperolehi daripada keempat-empat tokoh

yang dinyatakan tersebut?

1.4.2 Mengapakah kaedah glotokronologi mencadangkan satu formula matematik

dalam kaedah linguitik perbandingan?

1.4.3 Sejauh manakah perkembangan dan perbandingan bahasa dari satu masa ke

masa yang lain dalam Linguistik Historis Komparatif?

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini berdasarkan tentang linguistik perbandingan yang terdapat dalam cabang

linguistik. Pengkaji akan memerikan sejarah linguistik perbandingan menurut tokoh-tokoh

yang terkenal pada zaman linguistik perbandingan iaitu Johannes Schmidt, Jacob Grimm,

Herman Grassman dan Karl Verner. Selain itu, pengkaji juga akan fokuskan kepada kaedah

linguistik perbandingan yang terdiri daripada kaedah glotokronologi dan kaedah

leksikostatistik. Seterusnya, pengkaji juga fokuskan jenis linguistik perbandingan iaitu

Linguistik Historis Komparatif. Sehubungan dengan itu, skop kajian ini hanya berfokuskan

kepada linguistik perbandingan yang terdapat dalam cabang linguistik.

4
1.6 Definisi Konsep

Istilah linguistik perbandingan merupakan terjemahan daripada istilah bahasa Inggeris iaitu

comparative linguistics. Linguistik jenis ini membandingkan dua bahasa atau lebih dari

sudut bunyi, perkataan dan ayat iaitu dengan cara melihat aspek-aspek persamaan dan

perbezaan antara satu bahasa dengan satu bahasa yang lain. Linguistik ini kerap digunakan

untuk membanding-bandingkan satu dialek dengan satu dialek yang lain. Perkaitan genetik

menyiratkan asal usul atau bahasa proto dan perbandingan linguistik bertujuan untuk

membina keluarga bahasa untuk menyusun semula bahasa proto dan menentukan

perubahan yang telah menghasilkan bahasa yang didokumentasikan. Untuk mengekalkan

perbezaan yang jelas antara bentuk yang dibuktikan dan direkonstruksi, ahli bahasa

perbandingan mengawali asterisk dengan bentuk apa pun yang tidak terdapat dalam teks

yang masih ada.

5
BAB 2

HURAIAN DAN PERBINCANGAN

2.1 Memerikan sejarah linguistik perbandingan menurut tokoh

2.1.1 Johannes Schmidt-Wellentheorie

Model Gelombang yang telah dipelopori oleh Johannes Schmidt ini juga dikenali sebagai

Wellentheorie telah diasaskan pada awal tahun 1870-an sebagai variasi terhadap “August

Schleicher’s Tree Model” yang juga dikenali sebagai Stammbaumtheorie. Kedua-dua

model ini tidak hanya digabungkan dalam Tree Model tersebut, malahan terhadap

keseluruhan kaedah perbandingan.

Rajah 1: Model Gelombang

6
Gelombang dalam rajah di atas telah mewakili bahasa daripada keluarga yang sama

dan bulatan (gelombang) yang diwakili dengan warna merah jambu menunjukkan bahasa

asal. Di dalam Model Gelombang ini, gelombang yang terletak berjauhan dengan bahasa

asal iaitu bulatan merah jambu menunjukkan terdapat persamaan yang hampir sama di

antara bahasa yang lain dengan bahasa yang asal. Perubahan yang berlaku ini adalah

berdasarkan dua faktor utama iaitu faktor sosial misalnya gaya kehidupan, jantina dan juga

status.

Selain itu, faktor geografi seperti migrasi penduduk. Telah dinyatakan bahawa semakin

jauh gelombang lain dengan gelombang utama (bulatan bewarna merah jambu yang

mewakili bahasa asal), semakin banyak perubahan yang berlaku terhadap bahasa.

Perubahan waktu telah menyebabkan terdapatnya pengaruh bahasa di dalam setiap dialek

tempatan. Kesan yang penting daripada Model Gelombang ini ialah terdapat pertindihan

dalam penggunaan bahasa yang dimiliki oleh beberapa sub-kumpulan.

2.1.2 Jacob Grimm-Hukum Grimm

Hukum yang telah diasaskan oleh Jacob Grimm ini menerangkan bahawa terdapat

perkaitan di dalam bahasa Indo-Eropah yang telah dirumuskan oleh Jacob Grimm sendiri

dalam Tatabahasa Germanik (Deutsche Grammatik). Hukum ini menunjukkan hubungan

di antara bahasa Jerman dengan bahasa Indo-Eropah di Eropah dan juga Asia Barat. Hukum

yang dikemukakan ini telah mendapat hujah-hujah dan bukti yang memberangsangkan dan

telah diakui pada tahun 1814 oleh Denmark Rasmus Kristian Rask. Hal ini begitu penting

untuk membuktikan bahawa perubahan bunyi yang hanya mempengaruhi beberapa kata

hanyalah fenomena yang biasa.

7
2.1.3 Herman Grassman-Hukum Grassman

Herman Grassman telah menjalankan kajian mengenai linguistik perbandingan yang telah

tertumpu terhadap bahasa Sanskrit. Herman telah menyedari bahawa kajian mengenai

linguistik mestilah bermula dengan bahasa dasar iaitu bahasa Indic lama, beliau mula untuk

mengkaji bunyi yang terdapat dalam Rig-Veda pada 1860. Beliau turut mengkaji proses

fonologi yang berlaku dalam bahasa Greek Purba bersama dengan bahasa Sanskrit. Antara

penemuan Herman yang paling utama ialah “ If an aspirated consonant is followed by

another aspirated consonant in the next syllable, the first one loses the aspiration.”

2.1.4 Karl Verner

Karl Verner atau nama penuhnya Karl Adolf Verner yang merupakan seorang tokoh sejarah

linguistik perbandingan. Beliau juga merupakan ahli bahasa dan penggubal undang-undang

Verner. Di mana undang-undang ini memberikan bukti yang meyakinkan tentang

keteraturan perubahan suara dalam sejarah perkembangan bahasa. Verner merupakan

seorang yang minat terhadap bahasa seterusnya dirangsang dengan membaca mengenai

karya Rasmus Christian Rask. Ilmiah pertama yang dihasilkan oleh beliau adalah Nogle

Raskiana (1874). Beliau mula mempelajari aksen bahasa Denmark dan bahasa Slavia.

Beliau juga agak keliru dengan kenyataan bahawa kata-kata Ghotic fadar dan bropar

mempunyai konsonan yang berbeza selepas vokal akar. Oleh kerana Verner sibuk dengan

kajian aksen pada waktu itu dan mencari penjelasan ke arah itu sehingga menyebabkan

terbentuknya undang-undang Verner.

8
Undang-undang Verner merupakan sumbangan penting yang dilakukan oleh Verner

untuk perbandingan sejarah linguistik. Sumbangannya juga dalaam perbandingan sejarah

linguistik ini muncul dalam sebuah artikel iaitu “Eine Ausnahme der ersten

Lautverschiebung”. Selain itu, undang-undang Verner juga merupakan salah satu

penemuan yang terbesar dalam linguistik sejarah dan pertama kali disajikan dalam sebuah

artikel tersebut. Ia juga memberikan penjelasan linguistik tentang pengecualian yang

tampak pada hukum Grimm, yang pertama kalinya menunjukkan peranan penting dalam

memainkan aksen atau tekanan dalam perubahan linguistik. Hal ini telah memberikan bukti

yang lebih lanjut untuk tuntutan penting ahli bahasa pada abad ke-19 bahawa hukum

fonetik tidak memiliki pengecualian dan terbukti menjadi pengaruh yang menentukan

dalam menetapkan arah yang diambil oleh aliran linguistik sejarah Neogrammarian.

2.2 Menghuraikan kaedah linguistik perbandingan

2.2.1 Kaedah Glotokronologi

Glotokronologi merupakan suatu teknik dalam dialektologi yang berusaha mengadakan

pengelompokkan dengan mengutamakan perhitungan waktu atau perhitungan usia bahasa-

bahasa kerabat. Ia juga adalah teknik dalam perbandingan sejarah linguitsik yang bertujuan

untuk membuat pengelompkan dengan mengutamakan pengiraan masa (time depth).

Dengan menggunakan kaedah glotokronologi, bahasa dapat dihitung ketika ia berpisah dari

bahasa proto. Kaedah glotokronologi ini adalah kaedah yang menggunakan formula

tertentu untuk menghitung usia bahasa sekerabat dalam ribuan tahun dan menentukan masa

berlakunya perpisahan bahasa-bahasa sekerabat berkenaan daripada bahasa induk.

9
Lazimnya, kaedah ini mengikuti kaedah leksikostatistik kerana glotokronologi

memanfaatkan data hasil perbandingan leksikostatistik. Di samping itu, kaedah

glotokronologi mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika

kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak

100 butir kemudian 200 yang sekuturunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan. Selain

itu, pendapat yang sama dinyatakan oleh Crowley (1992), yang menyatakan bahawa kaedah

kedua yang biasanya digunakan untuk menentukan waktu yang tepat ketika bahasa yang

berkaitan terpisah disebut kaedah glotokronologi.Kaedah ini membolehkan ahli bahasa

mengetahui berapa lama bahasa yang berkaitan, yang dalam hal ini termasuk di peringkat

sub-pengelompokan, telah dipisahkan. Seorang tokoh barat iaitu Robert Lees telah

memperolehi nilai untuk “pemalar glotokronologi”(r) kata dengan mempertimbangkan

perubahan yang diketahui dalam tiga belas pasang bahasa yang menggunakan dua ratus

kata.

Glotokronologi ini berfungsi dalam kes Indo-Eropah, menyumbang 87% dari varians.

Sejak awal asalnya, glotokronologi telah ditolak oleh banyak ahli bahasa, kebanyakannya

Indo-Eropah dari sekolah tradisional. Kritikan telah dijawab khususnya dalam tiga perkara

perbincangan. Pertama ialah kritikan bertentangan dengan kestabilan leksema yang lebih

tinggi. Kedua, glotokronologi tradisional mengandaikan bahawa bahasa berubah pada

kadar yang stabil. Ketiga, hujah yang serieus adalah bahawa perubahan bahasa timbul dari

peristiwa sosio-sejarah yang tentunya tidak dapat diramalkan dan tidak dapat dipertikaikan.

Di suatu tempat antara konsep asal Swadesh dan penolakan glotokronologi secara

keseluruhan terletak idea bahawa glotokronologi sebagai kaedah formal analisis linguistik

menjadi sah dengan bantuan beberapa modifikasi penting.

10
2.2.2 Kaedah Leksikostatistik

Leksikostatistik merupakan kaedah linguistik perbandingan yang melibatkan perbandingan

peratusan leksikal kognitif antara bahasa untuk menentukan hubungannya. Seorang sarjana

barat iaitu Dummont D’Urville yang merupakan orang pertama yang menggunakan kaedah

ini iaitu pada tahun 1834. Seterusnya, kaedah ini dikembangkan pula oleh Morris Swadesh

dalam artikelnya pada tahun 1950 an. Ianya juga berkaitan dengan kaedah perbandingan

tetapi tidak membina semula bahasa proto. Leksikostatistik juga mesti dibezakan dari

glotokronologi, yang cuba menggunakan kaedah leksikostatistik untuk menganggarkan

jangka masa sejak dua atau lebih bahasa menyimpang dari bahasa proto yang biasa. Istilah

“leksikostatistik” mengelirukan kerana persamaan matematik digunakan tetapi bukan

statistik. Ciri-ciri lain dari bahasa boleh digunakan selain dari leksikon, walaupun ini tidak

biasa.

Selain itu, leksikostatistik juga merupakan kaedah berdasarkan jarak, sedangkan

kaedah perbandingan menganggap watak bahasa secara langsung. Kaedah ini adalah teknik

yang mudah dan cepat berbanding dengan kaedah perbandingan tetapi mempunyai batasan

tertentu. Selain itu, kaedah leksikostatistik juga dikenali sebagai kaedah kuantitatif. Ianya

juga sering dikaitkan dengan kaedah glotokronologi. Leksikostatistik merujuk kepada

kaedah yang digunakan untuk menentukan peratus kata sekerabat dengan cara menghitung

jumlah kata berkognat. Seterusnya, kaedah leksikostatistik juga beroperasi dibawah dua

andaian asas. Anggapan pertama adalah bahawa beberapa bahagian perbendaharaan kata

bahasa lebih sukar diubah daripada yang lain. Apa yang dimaksudkan dengan kosa kata

yang sukar diubah adalah kosa kata dasar, iaitu kata-kata yang sangat intim dalam

kehidupan bahasa, dan merupakan unsur yang menentukan kehidupan suatu bahasa.

11
Seterusnya, anggapan kedua pula adalah bahawa perubahan kosa kata dasar dalam

semua bahasa adalah sama. Anggapan ini telah diuji dalam 13 bahasa, termasuk bahasa

yang mempunyai teks bertulis. Hasil kajian menunjukkan bahawa dalam setiap seribu

tahun, perbendaharaan kata dasar bahasa bertahan antara 86.4 hingga 74.4 %, atau kadar

rata-rata 80.5%. Oleh itu, sudah tentu ini tidak bermaksud bahawa semua bahasa akan

bertahan dalam peratusan rata-rata ini, kerana semua bahasa yang digunakan dalam

eksperimen kecuali dua iaitu bahasa Indo-Eropah. Sekiranya andaian kedua ini diterima,

pengekalan rata-rata perbendaharaan kata asas bahasa dalam setiap seribu tahun dapat

dinyatakan dalam formula, 80.5% x N. Simbol N adalah bilangan perbendaharaan kata

dasar yang terdapat pada permulaan gandaan seribu tahun berkenaan.

Menurut Mahsun (1995) pula, leksikostatistik merupakan kaedah pengelompokan bahasa

yang dilakukan dengan mengira peratusan alat atau kognitif. Dalam pengiraan kaedah ini,

kata-kata yang serupa dari segi fonetik atau morfologi akan dianggap sebagai kata yang

berkaitan atau dikenali sebagai kognitif. Melalui kata-kata yang berkaitan ini, masa

pemisahan dari bahasa proto atau usia bahasa dikira. Kaedah leksikostatistik juga adalah

salah satu teknik mendalam bagi pengelompokan bahasa yang cenderung mengutamakan

klasifikasi statistik kata atau leksikon. Kemudian, ia cuba menentukan pengelompokan

berdasarkan peratusan persamaan dan perbezaan antara bahasa dengan bahasa lain.

12
2.3 Menghuraikan jenis linguistik perbandingan

2.3.1 Linguistik Historis Komparatif

Linguistk Historis Komparatif (Historical Comparative Linguistics) atau Linguistik

Bandingan Historis adalah cabang ilmu linguistik yang mengkaji perkembangan dan

perbandingan bahasa dari satu masa ke masa yang lain. Linguistik Historis juga mengamati

cara bagaimana bahasa-bahasa mengalami perubahan, serta mengkaji sebab yang berlaku

akibat dari perubahan bahasa. Perbandingan antara dua bahasa atau lebih dapat dikatakan

sama usia timbulnya bahasa itu. Hal ini menyebabkan pengkaji tertarik untuk mengetahui

sejauh mana wujudnya persamaan antara bahasa bahasa tersebut. Alwasilah (2013)

menjelaskan pengertian linguistic komparatif sebagai kajian atau ilmu bahasa yang meliputi

perbandingan bahasa-bahasa serumpun atau perkembangan sejarah suatu bahasa.

Manakala Robins dalam bukunya iaitu A Short History of Linguitic. (1975) pula

berpendapat Linguistk Komparatif termasuk dalam memberikan sumbangan berharga bagi

pemahaman tentang hakikat kerja bahasa dan perkembangan atau perubahan bahasa-bahasa

di dunia. Gorys Keraf dalam bukunya Diksi dan Gaya Bahasa(1948) mengatakan

Linguistik bandingan historis adalah suatu cabang ilmu yang mempersoalkan bahasa dalam

bidang waktu serta perubahan-perubahan unsur bahasa yang terjadi dalam bidang tersebut.

Linguistik historis komparatif merupakan bidang kajian linguistik yang memainkan

peranan yang besar dalam memberikan sumbangan yang berharga dalam bagi pemahaman,

cara kerja dan perkembangan bahasa-bahasa di dunia. Tugas utama Linguistik Historis

Komparatif ialah menganalisis dan memberikan penjelasan mengenai hakikat suatu bahasa.

Umumnya sesuatu bahasa itu memiliki struktur bahasa (dimensi sinkronis) dan selalu

mengalami perubahan bahasa (dimensi diakronis).

13
Ferdinand de Saussure merupakan pengasas berkenaan dengan dimensi sinkronis

dan diakronis. Menurut Zulkeflee Haji Yaacob dalam bukunya Bahasa dan Linguistik

Melayu, De Saussure berjaya membezakan antara kajian bahasa secara sinkronik dan

diakronik. Kajian secara sinkronik ialah kajian bahasa yang dilakukan dalam satu jangka

masa tertentu sahaja.Kajian secara sinkronik juga adalah untuk memepelajai bahasa bahasa

tertentu dalam tempoh sama yang mempunyai struktur atau unsur seperti fonologi,

morfologi, sintaksis dan lain-lain. Manakala, kajian bahasa secara diakronik pula ialah

kajian yang cuba mencari evolusi sejarah melalui pelbagai peringkat. Kajian secara

diakronis juga adalah penyelidikan tentang perkembangan suatu bahasa. Contohnya bahasa

Indonesia sekarang berlainan dengan bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Kuno yang

tertulis pada prastasi prastasi Kedudukan Bukit, Talang Tuwo dan Kota Kapur. Bahasa

Melayu Kuno memiliki imbuhan awalan mar- tetapi dalam bahasa Melayu Klasik dan

bahasa Indonesia menjadi imbuhan awalan me- dan be-.

Kajian atas bahasa-bahasa ini sentiasa menarik minat pengkaji bahasa kerana kajian

tersebut akhirnya akan menetapkan persamaan atau tidak dalam bahasa yang dibandingkan.

Persamaan yang dimiliki kedua dua bahasa ini menyebabkan para ahli bahasa ingin

mengetahui apakah unsur-unsur yang sama tersebut merupakan bukti bahawa zaman

bahasa bahasa tersebut merupakan bahasa tunggal atau berasal dari keluarga yang

sama.Persamaan bentuk dan makna bahasa tersebut terjadi kerana tiga faktor iaitu warisan

langsung (inheritance) oleh dua bahasa dari suatu proto yang sama. Seterusnya ialah faktor

kebetulan (by chance) dan yang ketiga ialah pinjaman (borrowing).

14
Tujuan lain Linguistik Historis Komparatif ialah mempersoalkan bahasa-bahasa yang

serumpun dengan membandingkan megenai unsur-unsur yang menunjukkan kaitannya.

Bidang bidang yang digunakan untuk membandingkan ialah fonologi dan mofologi.

Linguistik Historis Komparatif hanya menggunakan kesamaan bentuk dan makna sebagi

pantulan dari sejarah wariasan yang sama. Bahasa bahasa yang berasal dari bahasa proto

yang sama biasanya akan memperlihatkan kesamaan seperti sistem bunyi, morfologi dan

sintaksi.

15
BAB 3

KESIMPULAN

3.1 Rumusan Kajian

Berdasarkan kepada kajian mengenai linguistik perbandingan menunjukkan linguistik

perbandingan merupakan satu cabang linguistik sejarah yang berkenaan dengan

pembandingan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara

bahasa-bahasa itu. Sehubungan dengan itu, sejarah linguistik perbandingan ini telah

dipelopori oleh beberapa orang tokoh atau sarjana tertentu yang terkenal pada zaman itu

iaitu merangkumi Johannes Schmidt, Jacob Grimm, Herman Grassman dan Karl Verner.

Seterusnya, kaedah linguistik perbandingan juga dihuraikan oleh pengkaji iaitu

merangkumi kaedah glotokronologi merupakan suatu teknik dalam dialektologi yang

berusaha mengadakan pengelompokkan dengan mengutamakan perhitungan waktu atau

perhitungan usia bahasa-bahasa kerabat manakala kaedah leksikostatistik merupakan

kaedah linguistik perbandingan yang melibatkan perbandingan peratusan leksikal kognitif

antara bahasa untuk menentukan hubungannya. Bagi jenis-jenis linguistik perbandingan

pula, pengkaji telah menghuraikan Linguistik Historis Komparatif yang merupakan cabang

ilmu linguistik yang mengkaji perkembangan dan perbandingan bahasa dari satu masa ke

masa yang lain. Dengan ini, hasil kajian mengenai memerikan sejarah linguistik

perbandingan menurut tokoh, menghuraikan kaedah linguistik perbandingan, dan

menghuraikan jenis-jenis linguistik perbandingan ini tercapai.

16
3.2 Keberkesanan

Secara keseluruhannya, kajian ini telah mempunyai banyak kepentingan, bukan sahaja

kepada pengkaji malah kepada masyarakat pada masa kini. Hal ini demikian kerana kajian

ini boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pada masa akan datang. Seterusnya, dapat

membantu pengkaji dan masyarakat luar agar lebih memahami tentang linguistik

perbandingan yang telah wujud sejak dahulu lagi. Oleh hal yang demikian, pengkaji

berharap agar masyarakat dapat mengetahui nama tokoh-tokoh atau sarjana tertentu yang

terkenal pada zaman itu. Semoga kajian ini dapat dijadikan titik tolak kepada generasi yang

akan datang untuk meneruskan kajian terhadap linguistik perbandingan dalam cabang

linguistik secara lebih terperinci dan khusus.

17
BIBLIOGRAFI

Anida Sarudin dan Norismayati Aida Idris (2018). Linguistik dan Manfaat dalam

Pendidikan Bahasa Melayu. Tanjong Malim, Perak: Penerbit Universiti

Pendidikan Sultan Idris

Zahrah Buang (1998). Strukturalisme: Kajian Kes Linguistik. Diperolehi pada April 8,

2021 daripada http://eprints.um.edu.my/663/1/Strukturalisme-

kajian_kes_linguistik_Zaharah_Buang_UM.pd

Shahidi A Hamid, Kartini Abd. Wahab & Sa’adiah Ma’ Alip (2017). Kesinambungan

Linguistik Melayu. Diperolehi pada Mei 29, 2021 daripada

http://journalarticle.ukm.my/11432/1/21459-61615-1-SM.pdf

R.H Robins, (1967) A Short History of Linguistic. Diperoleh pada Mei 27,2021 daripada

https://www.academia.edu/29441439/R_H_Robins_A_Short_History_of_Linguis

tics_orig_BookFi

Ida Ayu Adhiti, (2019), Kajian Linguistik Historis Komparatif pada Pola Perubahan Bunyi.

Diperoleh pada Mei 27 Mei, 2021 daripada

https://core.ac.uk/download/pdf/268200986.pdf

Norfazila Ab.Hamid, Rahim Aman dan Shahidi A.H (2017). Variasi Dialek Melayu

Tioman-Aur-Pemanggil: Analisis Linguistik Bandingan. Diperolehi pada Mei 20,

2021 daripada http://journalarticle.ukm.my/11636/1/15707-52955-1-PB.pdf

18
Nursirwan (2012). Klasifikasi Leksikostatistik Bahasa Melayu Langkat, Bahasa Melayu

Deli dan Bahasa Dairi Pakpak. Diperolehi pada Mei 26, 2021 daripada

https://media.neliti.com/media/publications/191954-ID-klasifikasileksikostatistik-

bahasa-mela.pdf

Wartono (2013), Leksikostatistik dan Glotokronologi Bahasa Batak: Hubungan

Kekerabatan Bahasa Batak Dialek Toba, Simalungun, Mandaling dan Karo.

Diperolehi pada Mei 26, 2021daripada

https://ojs.badanbahasa.kemdikbud.go.id/jurnal/index.php/medanmakna/article/dnl

oad/820/413

Dr. Haji Zulkeflee Yaacob dan Pm Dr. Haji Che Ibrahim Salleh (2019). Pengantar Bahasa
dan Linguistik. Kota Bharu: Bunga Melayu Solutions

Zulkeflee Haji Yaacob (2020). Bahasa dan Linguistik Melayu. Kota Bharu: Bunga
Melayu Solutions

19

You might also like