You are on page 1of 5

DEFINISI DIFTONG

Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku


pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satuvokal kepada vokal yang lain.
Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu.
a. (ai)' sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai
b. (au)' lampau, silau, garau, surau, pukau.
c. (oi)' amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.

Menurut kamus linguistik (1997:62), (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal
yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. contohnya, [ai]
dalam [pandai], pandai dan [au] dalam[pulau] pulau. Menurut Profesor Nor Hashimah
Jalaludin dalam bukunya Asas Fonetik (DBP, 1998: 41) menyatakan bahawa bunyi diftong
melibatkan dua rentetan vokal yang hadir serentak. Bunyi diftong terhasil apabila bunyi vokal
yang hadir selepas bunyi vokal yang berikutnya menggeluncur ke arah vokal yang mula-mula
hadir tanpa menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Ketiadaan puncak kelantangan
semasa penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja.
Gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata. Diftong terbentuk apabila
berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal yang disebut secara berterusan tanpa ada segmen
dan bunyi yang bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain.
Terdapat tiga diftong dalam bahasa Melayu iaitu, [ ai, oi, au ].

Dalam bidang fonetik, unit bunyi bahasa diistilahkan sebagai fon. Fon yang dapat
membezakan makna pula dinamakan fonem. Bunyi [au] dalam perkataan pulau ialah satu
fon, sekali gus satu fonem. Bunyi ini ditulis dengan menggunakan dwilambang. Tegasnya,
diftong bukan dua vokal/bunyi yang sempurna tetapi gabungan/geluncuran bunyi yang
tersendiri. Satu vokal melambangkan satu bunyi dan membentuk satu suku kata. Satu vokal
sahaja dapat berdiri sebagai satu suku kata. Contohnya, dalam perkataan ubi, u ialah satu
vokal sekali gus satu suku kata. Ada juga vokal dapat berdiri sebagai suku kata sekali gus
satu perkataan seperti o dalam kopi o yang bermaksud tanpa susu.

DIFTONG AU
Diftog au merupakan gabungan daripada dua huruf vokal iaitu vokal a dan u. Pada
kedudukan hadapan lidah merupakan kedudukan vokal [ a ], dan kedudukan vokal [ u ]
berada dikedudukan belakang. Ketika dua vokal ini dibunyikan keadaan bibir pada mulanya
berada dalam keadaan hampar kemudian bibir dibundarkan. Sebagai contoh, gurau, garau,
surau, silau.
Untuk membunyikan diftong /au/, keadaan bibir daripada hampar kepada
bundar. Hujung lidah mula-mula pada kedudukan depan untuk memnbunyikan vokal depan
rendah /a/, seterusnya lidah secara cepat diluncurkan kea rah cara membunyikan vokal
belakang tinggi /u/ dengan lidah melengkung ke arah lelangit keras. Dalam Dialek Melayu
Sarawak, diftong /au/ akan dileburkan menjadi /u/. Antara perkataan yang mempunyai unsur
tersebut adalah seperti berikut:
mengigau ngigo

limau limo

panau pano

tembakau temako

langau lango

kerbau kerbo

DIFTONG [ai]
Sewaktu menghasilkan bunyi diftong ini lidah diletakkan sebagaimana membunyikan vokal hadapan
luas [a], kemudian secara cepat lidah digeluncurkan kearah membunyikan vokal hadapan sempit [ai].
Hujung lidah dinaikkan tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal [i]. Hujung lidah terkena pada
gigi bawah dan pita suara digetarkan. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung
manakala buka antara rahang adalah luas dan sederhana. Keadaan bibir terhampar.

Diftong [Oi]
Semasa menghasilkan diftong [oi], lidah diletakkan pada vokal belakang separuh
sempit [o] dan secara cepat digeluncurkan ke arah vokal hadapan sempit [i]. Lidah yang
terlibat pada mulanya ialah lidah bahagian belakang kemudian bahagian hadapan lidah
dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi rendah sedikit dari cara membunyikan vokal [i].
Keadaan bibir yang bundar pada awalnya menjadi agak hampar . Bukaan antara dua rahang
agak luas. Antara contoh perkataan yang mempunyai diftong [oi] ialah amboi, kaloi, sepoi.
Diftong [oi] jugak kebanyakannya terdapat dalam dialek Perak. Menurut Raja
Mukhtaruddin bin Raja Mohammad Daim (1986 : 41), terdapat hanya satu diftong dalam

dialek Perak berbanding tiga yang terdapat dalam sebutan standard. Diftong dalam dialek
Perak hanya terdiri daripada diftong [oi].
terdiri daripada diftong [oi].
Ditong [oi]
kaloi
sepoi
amboi

Dialek Perak
kalui
sepoi
amboi

Diftong [oi] juga mempengaruhi sebutan kata dalam Bahasa Melayu baku. Contohnya
:
Bahasa Melayu baku
betul
dodol
simpul

Diftong [oi]
betoi
dodoi
simpoi

Perubahan dari bentuk diftong ke vokal ini adalah bersistem. Dalam dialek Perak,
diftong [oi] digunakan juga dalam suku kata tertutup. Sebutan baku seperti [us] menyimpang
menjadi [oih] di akhir perkataan. Contohnya,
terus
kurus

teroih
kuroih

Bibliografi
Arbak Othman. ( 1986 ). Permulaan ilmu linguistik. Ipoh : Chee Leong Press.
Abdullah Hassan. ( 1980 ). Linguistik am untuk guru bahasa Malaysia. Petaling Jaya :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abd. Hamid Mahmood. ( 2000 ). BBM 3202 Fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Serdang :
Universiti Putra Malaysia.
Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Lokman Abd. Wahid, Seman Saleh, Adenan Ayob, Mohd.
Rain Shaari. ( 2012 ). HBML 1203 Fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Kuala Lumpur :
Open University Malaysia.
Indirawati Haji Zahid, Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur:
Akademik.
Kamarudin Hj. Hussin. ( 1988 ). Pedagogi bahasa. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn.
Bhd.
Kamus Linguistik. (1997). Kuala Lumpur: Warisan Intelek
Nor Hashimah Jalaludin. (1998). Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like