You are on page 1of 5

Sikhisme

Kuil Emas di Amritsar, Punjab, India merupakan kuil paling suci bagi agama Sikh

Orang Sikh
Jumlah populasi
26 juta
Bilangan penduduk mengikut wilayah
India = 20,000,000
Afrika Timur = 1,000,000
Kanada = 600,000
Amerika Syarikat = 500,000
Eropah
Belgium = 5,000 - 6,000
Greece = 5,000
United Kingdom = 700,000
Asia Tenggara = 250,000

Malaysia = 100,000
Thailand = 70,000
New Zealand = 80,000
Australia= 50,000
Timur Tengah = 85,000
Pakistan = 30,000 - 35,000
Itali = 70, 000

[1]

Agama / Kepercayaan
Sikhisme
Penulis asas agama
Guru Granth Sahib
Bahasa
Hindi, Punjabi

Sikhisme (juga dikenali sebagai agama Sikh; Panjabi: , sikkh, IPA: [skki]) adalah sebuah
agama monoteistik yang diasaskan mengikut ajaran Guru Nanak dan sembilan orang guru lain di
Punjab, India pada abad ke-15. Agama Sikhisme adalah agama kelima terbesar di dunia, dengan
lebih daripada 23 juta penganut.
Sikhisme berasal daripada perkataan Sikh, yang datang daripada kata dasar isya
dalam bahasa
Sanskrit, yang bermakna "murid" atau "pelajar", atau iks a yang bermaksud "arahan".
Kepercayaan

Kepercayaan utama orang Sikh adalah keyakinan dalam Waheguru - yang digambarkan
menggunakan simbol suci k akr, iaitu Tuhan Universal. Sikhisme menggalakkan meditasi
yang berdisiplin di bawah nama dan mesej Tuhan, untuk memperoleh keselamatan. Agama ini
juga menggambarkan Tuhan melalui konsep yang tidak mengandungi antropomofisme
(pemberian sifat manusia kepada dewa-dewa).
Penganut agama Sikh dikehendaki mengikuti pengajaran sepuluh orang guru Sikh, bersama
dengan kitab suci yang bernama Guru Granth Sahib, yang bukan sahaja menggubal penulisan
enam daripada sepuluh guru Sikh tersebut, tetapi juga mengandungi karya-karya yang ditulis

oleh orang dari pelbagai latar belakang socio-ekonomik dan agama. Teks dalam Guru Granth
Sahib telah didekri oleh Gobind Singh, guru yang kesepuluh, sebagai guru Khalsa Panth yang
terakhir. Tradisi dan ajaran agama ini berkait rapat dengan sejarah, masyarakat dan budaya
Punjab. Kebanyakan orang Sikh tinggal di Punjab, dan sebelum penceraian India dan Pakistan,
jutaan orang Sikh tinggal di wilayah Punjab di Pakistan.
[sunting] Sejarah

Agama Sikh bermula di Sultanpur, berhampiran Amritsar di wilayah Punjab, India. Pengasas
agama ini ialah Guru Nanak (1469-1539), Agama Sikh percaya kepada adanya satu Tuhan dan
dipanggil waheguru. Selepas beliau meninggal dunia, penggantinya juga diberi pangkat guru.
Sebanyak sepuluh guru telah mengambil alih tempat beliau dan secara perlahan-lahan.
Rangkaian ini berakhir pada tahun 1708 selepas kematian Gobind Singh yang tidak
meninggalkan pengganti manusia tetapi meninggalkan satu himpunan skrip suci yang dipanggil
Adi Granth. Skrip ini kemudian diberi nama Guru Granth Sahib. Gobind Singh juga telah
menubuhkan sebuah persatuan "Persaudaraan Khalsa Sikh" dan memulakan pemakaian seragam
untuk lelaki Sikh yang taat kepada agamanya yang diberi gelaran "Lima K".

Lima K
Lima K atau panj kakaar/kakke ini perlu dipakai sepanjang masa kerana diarahkan pakai oleh
mahaguru Sikh yang ke-10, Guru Gobind Sngh Ji. Guru Gobind Singh telah mewajibkan 5 K
dipakai pada tahun 1699 di Anandapur Sahib. Hari itu dinamakan Vasakhi.
Lima K ini termasuklah:

kesh (rambut yang tidak dipotong)

kanga (sikat)

kara (gelang ditangan kanan)

kirpan (pisau kecil yang tidaklah begitu tajam)

kachha (seluar dalam pendek)

Tempat sembahyang agama Sikh dipanggil Gurdwara. Gurdwara Emas di Amritsar, India
merupakan tempat suci bagi penganut Sikh

Hari-hari keagamaan
Agama Sikh bukan terhad kepada bangsa Punjabi sahaja. Malah sesiapa yang mampu membaca
dan memahami isi kandungan Sri Guru Granth Sahib dan mengikuti kod amalan Sikh boleh

menganut agama ini. Upacara masuk agama ini dipanggil Amrit Sanskar yang bermula dengan
lima khalsa memohon supaya seorang itu dimasukkan kedalam persatuan atau "brotherhood"
Khalsa. Selepas itu, mereka yang ingin memasuk agama ini harus meminum air "Amrit" sejenis
air madu yang digaul dengan Kirpan. Semasa digaul kelima-lima khalsa ini akan membaca lima
Banis yang suci iaitu

Jap Sahib, (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)

Japji Sahib (dikarang oleh Guru Nanak)

Tav Prasaad Seveiye (dikarang oleh Guru Gobind Singh Ji)

Benti Chaupai (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)

Anand Sahib (dikarang oleh Guru Amardas)

Air ini samalah seperti air baptisme dalam agama Kristian.


Pertamanya, air ini dituang di telapak tangan kanan dan diminum oleh setiap orang yang
memasuk agama ini. Kemudian air ini direnjis sebanyak lima kali pada mata dan kepala mereka.
Akhirnya setiap calon meminum air ini dari mangkuk yang sama sehingga habis.

[sunting] Adat istiadat penganut Sikh


Adat istiadat bermula sejak kelahiran sehinggalah kematian penganut Sikh. Pemberian hadiah
merupakan amalan biasa untuk menyambut kelahiran bayi. Pemberian nama merupakan upacara
penting dan ia dikenali sebagai Naamkaran. Disini bayi yang baru lahir itu akan diberikan nama
selepas Granthi membaca Ardas. Kemudian kitab mereka Sri Guru Granth Sahib akan dibuka
secara rambang. Bayi itu akan dinamakan mengikut huruf pertama dalam mukasurat itu. Nama
akhir untuk penganut Sikh adalah sama dan berbeza hanya mengikut jantina iaitu Singh bagi
lelaki, manakala perempuan dipanggil Kaur. Singh bermaksud "Singa" dan Kaur pula bermaksud
"Puteri".
Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun dia akan
melalui satu upacara - pemakaian serban. Upacara yang dipanggil Dastar Bandhni biasanya
dilakukan oleh para agama Sikh dipanggil Granthi atau ketua masyarakat.
Bagi seorang Sikh, perkahwinan adalah suci dan mereka percaya pada sistem monogami. Dalam
agama mereka, penceraian adalah mustahil dan tidak dibenarkan. Walaupun begitu, penceraian
masih boleh dilakukan di mahkamah sivil.

Konklusi : agama sikh


merupakan antara agama
terkecil. Dalam panggilan, nama
lelaki disertakan dengan singh
manakala bagi perempuan kaur.
Sama seperti agama hindu
penganut agama sikh hanya
berkahwin sekali dalam seumur
hidup. Tempat sembahyang
mereka dipanggil
gudwara.kebanyakan wanita
akan memakai selendang
apabila hendak ke gudwara.

You might also like