You are on page 1of 6

TUGAS FRASA

Frasa penting untuk menentukan sama ada ayat tersebut gramatis ataupun
tidak.
Ayat gramatis perlu mempunyai binaan yang terdiri dari subjek dan predikat.
Ayat yang tidak mempunyai salah satu dianggap ayat yang tergantung dan
tidak lengkap, tidak mempunyai makna dan mengelirukan.
SUBJEK
Definisi
Ialah frasa yang letaknya di hadapan predikat dalam susunan ayat frasa.
Dalam susunan biasa, bahagian subjek diisi oleh frasa nama seperti berikut :
SUBJEK
Baju kurung
Rathana
Pertandingan itu
Hari guru

PREDIKAT
berwarna hijau lembut
telah tamat baru tadi
disambut pada setiap
tahun

Subjek boleh terdiri dari unsur-unsur berikut :


a

Kata Nama
Kata nama yang mendahului subjek boleh terdiri daripada kata nama am, kata
nama khas dan kata nama terbitan, contohnya :
SUBJEK
Anak itik
Adat perpatih
Puan Mazni
Lukisan
Leonarno da
Vinci
Kecantikan
Pavitharah

PREDIKAT
Berenang-renang di dalam
kolam
diamalkan di Negeri
Sembilan.
bertugas sebagai
pensyarah.
menarik perhatian
pengunjung pameran seni
tadi.
menawan hati ramai
jejaka.

Kata Ganti Nama


Kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk juga boleh menjadi unsur
subjek, contohnya :
SUBJEK
Kami
Dia
Itu
Ini

PREDIKAT
baru pulang daripada
bercuti semester .
merupakan kawan karib
saya.
Tempat letak kenderaan
yang baru dibina.
kawasan istirehat para

pengguna lebuh raya.

Kata Kerja yang berfungsi sebagai Kata Nama


Terdapat juga golongan kata kerja yang boleh menjadi subjek iaitu kata ini
mengambil tugas kata nama dan berfungsi sebagai subjek, contohnya :
SUBJEK
Menonton
televisyen
Mengumpul
setem
Bersenam
Menganyam
tikar

PREDIKAT
dapat menghiburkan hati.
hobinya masa lapang.
dapat menyihatkan badan.
menjadi tradisi keluarga
mereka.

Kata Adjektif yang berfungsi sebagai Kata Nama


Terdapat juga golongan kata adjektif yang boleh menjadi subjek, iaitu kata ini
mengambil tugas kata nama dan berfungsi sebagai subjek, contohnya :
SUBJEK
Sopan santun
Masin
Penyayang

PREDIKAT
sifat moral yang patut
diamalkan.
boleh mendatangkan
penyakit darah tinggi.
Sikap yang perlu
dipupukkan

PREDIKAT
Definisi
Ialah frasa yang letaknya subjek dalam susunan ayat biasa.
Dalam susunan biasa, bahagian predikat boleh diisi oleh frasa-frasa berikut :
a

Predikat Frasa Nama


Frasa nama yang menjadi unsur predikat boleh terdiri daripada kata nama am,
kata nama khas dan kata nama terbitan, contohnya :
SUBJEK
Abangnya
Nama
anaknya
Ceritanya itu

PREDIKAT (Frasa Nama)


pegawai kesihatan
Lidya a/p Tamilselvan
dongeng belaka

Predikat Frasa Kerja


Frasa kerja yang menjadi unsur predikat boleh terdiri daripada kata kerja tak
transitif, kata kerja transitif dan kata kerja terbitan, contohnya :

SUBJEK
PREDIKAT (Frasa Kerja)
Semua
Datang
keluarganya
Mereka
Keluar ikut pintu belakang
Mereka
Berjumpa setiap hari
Budak itu
Tertidur
Abang
Membeli motosikal bahari
Kucing itu
Membersihkan bulunya
Predikat frasa kerja juga boleh disertai oleh kata bantu, iaitu perkataan yang
terletaknya di hadapan kata kerja.
Terdapat 2 jenis kata bantu iaitu :

Kata Bantu Aspek


Ialah perkataan yang menerangkan sesuatu perbuatan yang ada kaitannya
dengan masa, contohnya :
Akan dan belum menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan,
contohnya :
Mereka akan berlumba sekejap lagi.
Kami belum makan lagi.
Sedang dan masih menunjukkan sesuatu perbuatan itu sedang dan
belum selesai dilakukan, contohnya :
Murid-murid sedang berbaris dalam dua barisan.
Kakak masih menuntut di universiti.
Sudah, telah dan pernah menunjukkan sesuatu perbuatan itu telah
selesai dilakukan, contohnya :
Kerja rumahnya sudah siap petang tadi.
Ibu telah memasak makanan kegemaran saya.
Keluarganya pernah menetap di Singapura.

ii

Kata Bantu Ragam


Ialah perkataan yang menerangkan ragam perasaan yang berkaitan
dengan perbuatan yang dilakukan.
Contohnya adalah seperti berikut :
Kami hendak balik ke kampung.
Pelukis itu mahu menyiapkan lukisannya.
Kita harus bertolak-ansur antara satu sama lain.
Setiap orang mesti menghormati ibubapa.
Predikat Frasa Adjektif
Frasa adjektif yang menjadi unsur predikat boleh terdiri daripada kata adjektif
asal atau kata adjektif ganda, contohnya :

SUBJEK
Bayi itu
Baju kebayanya
Perpustakaan itu
Beg sekolah
mereka
Kereta berhias itu

PREDIKAT (Frasa
Adjektif)
Comel
Labuh
Luas
Berat-berat
Cantik-cantik

Kata adjektif juga boleh disertai oleh kata bandingan lebih dan paling serta
imbuhan ter- yang juga membawa maksud paling, contohnya :
Emas lebih mahal daripada perak
Tulisannya paling cantik antara kawan-kawannya.
Novel itu terlaris pada tahun ini.

Predikat Frasa Sendi Nama


Frasa sendi nama yang menjadi unsur predikat terdiri daripada kata sendi
nama yang diikuti oleh frasa, contohnya :
SUBJEK
Ibu pejabatnya
Anak bongsunya
Penggilan telefon
itu
Bungkusan itu

PREDIKAT (Frasa
Sendi Nama)
Di Putrajaya
Ke Insitut pendidikan
perguruan
Daripada saudaranya.
Untuk perwira Negara

OBJEK
Definisi
Ialah bentuk kata nama atau sederetan kata nama yang menjadi penyambut
kepada kata kerja transitif.
Objek boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas dan kata ganti
nama, contohnya :
SUBJEK

FRASA KERJA

Ayah
Ibu

Kata Kerja
Transitif
Membeli
Membuka

Ali

Menghadiahi

Kereta
Bungkus
an
Nani

Guru

Menasihati

Mereka

KETERAN
GAN

Objek
Baharu
Cincin
berlian
-

Terdapat 2 jenis objek seperti berikut :


a Objek Tepat
Iaitu bentuk kata nama yang menjadi penyambut langsung kepada kata kerja,
contohnya :
Pustakawan itu menyusun buku di rak.
Pekebun itu mengusahakan ladang sayur-sayuran.
Adik membaca buku rujukan.
b

Objek Sipi

Iaitu bentuk kata nama yang menjadi penyambut tidak langsung kepada kata
kerja, contohnya :
Ibu membelikan nenek sebiji betik.
Sultan menghadiahi Laksamana sepersalinan pakaian.
Ayah membelikan seutas jam tangan.
UNSUR KETERANGAN
Definisi
Ialah unsur yang lazimnya terdapat dalam frasa kerja dan bertugas untuk
menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut.
Dalam susunan ayat biasa, unsur keterangan hadir selepas kata kerja tak
transitif atau selepas objek bagi kata kerja transitif.
Unsur keterangan boleh terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif dan
frasa nama, contohnya :
SUBJEK

Pelumba
itu
Guru
Pewangi
itu
Sungai itu
Pelancong
itu
Datuk

FRASA KERJA

KETERANG
AN

Kata
Kerja
Menung
ang
Menerim
a
Berbau

Objek
Motosi
kal
Hadiah

Mengalir
Tiba

Daripada
murid
Sungguh
harum
Deras sekali
Malam tadi

Bercerit
a

Kisah lama

Dengan laju

Unsur keterangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan


maknanya. Antaranya ialah :
a Keterangan tempat atau arah
Menerangkan lokasi terjadinya sesuatu peristiwa atau keadaan menggunakan
kata sendi nama di, dari, daripada, ke, kepada dan pada
b

Keterangan waktu
Menerangkan waktu berlakunya sesuatu hal atau kejadian menggunakan kata
sendi nama pada, dalam, sejak dan hingga

Keterangan tujuan dan harapan


Menerangkan maksud sesuatu perbuatan atau kejadian menggunakan kata
sendi nama demi, untuk dan bagi

Keterangan cara
Menerangkan cara perbuatan dilakukan, iaitu yang terdiri daripada kata
adjektif atau kata sendi nama dengan

Keterangan alat

Menerangkan alat atau perkakas yang digunakan bagi melakukan sesuatu


menggunakan kata sendi nama dengan
f

Keterangan penyertaan
Menerangkan maksud ikut serta atau
menggunakan kata sendi nama dengan,

turut

bersama-sama

dengan

Keterangan hal
Menerangkan hal atau keadaan menggunakan kata sendi nama tentang,
mengenai dan terhadap,

Keterangan bagai
Menerangkan persamaan atau ciri keserupaan menggunakan kata sendi
nama seperti, bagai, sebagai dan bak

You might also like