You are on page 1of 3

Alofon Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.

Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan. Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon.

FONOLOGI BAHASA MELAYU


Definisi Kajian tentang bunyi bahasa oleh manusia yang mempunyai lambang. Penggolongan bunyi BM ada 2 golongan iaitu a. Fonetik Pertuturan oleh manusia melalui 3 cara: 1. Fonetik artikulasi mengkaji bunyi yang dikeluarkan oleh alat artikulasi 2. Fonetik pendengaran mengkaji pendengaran dapersepsi bunyi. Bunyi yang dihasilkan melalui letupan, letusan, sengauan dll. 3. fonetik akustik mengkaji sifat fizikal bahasa supaya dapat digolongkan mengikut kategori. b. Fonemik menganalisa sistem bunyi secara sinkronik untuk mengenal pasti fonem-fonem dalam bahasa dan mengeluarkan lambang-lambangnya Konsep bunyi, fonem, huruf dan suku kata. a. Bunyi - yang dikeluarkan oleh alat ujaran.Mesti ada makna. Berterusan. Boleh dipenggalkan mengikut suku kata. b. Fonem - (huruf)unit bahasa yang terkecil dan berfungsi dalam sesuatu bahasa. Dalam fonem jika terdapat dua fonem pada awal dan akhir perkataan dan mempunyai sebutan yang berbeza dipanggil alofon. c. Huruf - Lambang fonem disebut huruf.Lambang dalam bahasa membentuk perkataan dalam tulisan. Terdapat 3 jenis lambang: i. Lambang ideogram. Satu lambang satu idea. Contoh bahasa cina. ii. Lambang suku kata. Satu suku kata ada makna. Contoh bahasa rencong dan jawa. iii. Lambang fonologis atau fonemik. Lambang yang dicantum menjadi tulisan yang mempunyai makna. Contohnya lambang romawi dan cyrilik. Sistem romawi digunakan dalam tulisan rumi bahasa melayu.Dalam ejaan rumi ada 26 huruf atau lambang. 21 fonem konsonan dan 5 fonem vokal. Bahasa pinjaman terdiri dari 5 huruf gabungan iaitu gh, kh, ny, sy dan ng d. Konsep suku kata - pecahan sesuatu perkataan terdiri satu vokal atau gabungan vokal dengan

konsonan. Terdapat 11 pola suku kata. 4 pola suku kata asli, 7 pola suku kata pinjaman. ALAT UJARAN a. alat pernafasan b. alat sebutan a. Alat pernafasan. Alat pernafasan memainkan perana dalam mengeluarkan bunyi bahasa. Ia berkait rapat dengan sistem udara yang keluar masuk ke dalam paru-paru. Antaranya ialah. i. Paru-paru ~ menyedut udara masuk dan keluar. Menghasilkan bunyi melului pelbagai sekatan ke atas arus udara. ii. Rongga rengkung ~ terdapat peti suara. Terdapat halkum yang akan bergerak ke atas dan ke bawah mengikut tinggi dan rendah bunyi yang dihasilkan. Peti suara penting kerana di dalamnya terdapat pita suara atau glotis.Jika pita suara digetarkan, bunyi bersuara akan dihasilkan. Jika pita suara tidak bergetar, bunyi tidak bersuara akan dihasilkan. iii. Rongga tekak ~ rongga ini boleh diluaskan dan disempitkan mengikut kesesuaian bunyi. Lelangit lembut boleh di angkat menutup rongga hidung dan membuka rongga ini supaya udara dapat melaluinya. iv. Rongga hidung ~ rongga ini ialah ruang yang terletak di atas rongga mulut. Jika lelangit lembut diturunkan, arus udara akan masuk ke rongga hidung dan menghasilkan bunyi sengau. v. Rongga mulut ~ rongga ini terletak di antara rongga tekak dengan bibir ALAT SEBUTAN (alat pertuturan) Alat yang terlibat secara langsung dalam proses penghasilan bunyi contohnya bahagian lidah, bibir, gusi dll. Dibahagi dua iaitu: i. alat artikulasi atau alat pengeluar. ii. Titik atau daerah artikulasi atau daerah pengeluar 1. Alat artikulasi atau pengeluar Alat pertuturan manusia yang dapat bergerak dari satu arah ke satu arah yang lain untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Alat- alat itu ialah: a. Bibir atas dan bawah: berfungsi membuat sekatan kepada arus udara yang keluar dari rongga mulut. Kedua-dua bibir dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan. b. Tulang rahang ~ menentukan kedudukan bibir dan gusi. Jika rahang terbuka, mulut akan terbuka luas dan sebaliknya. c. Lidah ~ alat terpenting dalam penghasilan bunyi bahasa. Gerakan lidah akan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Lidah terbahagi kepada 5 iaitu hujung, daun lidah, depan lidah, belakang lidah dan akar lidah d. Lelangit lembut ~ lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang tekak, rongga hidung akan tertutup. Udara akan keluar melalui rongga tekak dan menghasilkan bunyi biasa. Jika lelangit lembut diturunkan, udara akan keluar melalui hidung akan menghasilkan bunyi sengau. Alat ini penting untuk menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau atau tidak. e. Pita suara ~ amat penting dalam penghasilan bunyi. Terdiri daripada dua keping selaput nipis

dan ruang di antara kedua-dua selaput ini dipanggil glotis. Kepentingan glotis adalah untuk menentukan sesuatu bunyi itu bersuara atau tidak. jika glotis sempit, berlaku getaran- bersuara Jika glotis direnggangkan, tiada getaran tidak bersuara Jika glotis dirapatkan sekatan bunyi batuk Jika glotis dibuka luas tiada sekatan - bisikan Daerah artikulasi atau pengeluar Bahagian yang tidak dapat digerakkan sewaktu penghasilan bunyi. Daerah artikulasi ialah gigi, gusi, lelangit keras dan bahagian atas lelangit lembut atau velum. Daerah- daerah ini dapat disentuh oleh alat-alat artikulasi tertentu.

You might also like