You are on page 1of 18

Soalan Fonetik Ulangkaji PGSR dan jawapan.

1.vokal sempit dan vokal lapang dibezakan oleh I. Lelangit lembut III. Bentuk bibir II. Pita suara IV.Bahagian lidah A. I dan IV C I,II dan III B. III dan IV D II,III dan IV 2.Kesemua yang tersenarai di bawah merupakan daerah artikulasi kecuali, A.peti suara C.lelangit keras B.lelangit lembut D.bibir atas 3. Huraian di atas menerangkan penghasilan: A konsonan sisian gusi B konsonan getaran gusi C konsonan geseran glottis D vokal depan sempit 4. Perkataan berikut mengandungi vokal rangkap kecuali A daun B aurat C sertai D kuih Vokal depan sempit dihasilkan apabila... I. depan lidah diletakkan pada titik paling tinggi di bahagian depan mulut menyebabkan berlakunya sempitan. II. udara yang keluar melalui sempitan ini akan menghasilkan bunyi vokal. III. bibir berada dalam keadaan hampar atau leper. IV. belakang lidah diturunkan satu pertiga daripada kedudukan asal. 5. Vokal depan sempit dihasilkan apabila... A. II dan III B. I dan IV C. I, II dan III D. I, II dan IV Jawapan betul: C 6. Antara berikut, yang manakah ciri-ciri vokal? I. Pita suara tidak bergetar semasa bunyi vokal dihasilkan. II. Bunyi vokal boleh dipanjangkan sebutannya tanpa sebarang halangan. III. Bunyi vokal tidak mengalami sebarang sekatan, halangan atau geseran semasa ia dihasilkan. IV. Bunyi-bunyi vokal tidak perlu bercantum untuk membentuk suku kata dalam bahasa Melayu. A. I, II dan III B. I, II dan IV C. III dan IV D. II dan III Jawapan betul: D JAWAPAN soalan FONETIK 1 1. Pengetahuan tentang peranan alat dan daerah artikulasi penting dalam memahami jenis jenis bunyi bahasa.Namakan mengikut turutan jenis bunyi bahasa yang sesuai dengan penyataan yang diberi di bawah. (a) Bunyi yang dihasilkan apabila lelangit lembut diturunkan bagi membolehkan udara keluar melalui rongga hidung. Jawapan vocal sengau

(b) Bunyi yang dihasilkan dengan geluncuran dua bunyi vokal tetapi hanya mengandungi satu puncak sebutan. Jawapan -Diftong (c) Bunyi yang dihasilkan apabila berlakunya sekatan arus udara, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Jawapan- Konsonan ( ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan bunyi-bunyi ini menerima sekatan, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung.) (d) Bunyi bersuara yang dihasilkan tanpa apa-apa sekatan pada arus udara dan pita suara bergetar. Jawapan: Vokal JAWAPAN soalan FONETIK 1 1. Pengetahuan tentang peranan alat dan daerah artikulasi penting dalam memahami jenis jenis bunyi bahasa.Namakan mengikut turutan jenis bunyi bahasa yang sesuai dengan penyataan yang diberi di bawah. (a) Bunyi yang dihasilkan apabila lelangit lembut diturunkan bagi membolehkan udara keluar melalui rongga hidung. Jawapan vocal sengau (b) Bunyi yang dihasilkan dengan geluncuran dua bunyi vokal tetapi hanya mengandungi satu puncak sebutan. Jawapan -Diftong (c) Bunyi yang dihasilkan apabila berlakunya sekatan arus udara, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Jawapan- Konsonan ( ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan bunyi-bunyi ini menerima sekatan, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung.) (d) Bunyi bersuara yang dihasilkan tanpa apa-apa sekatan pada arus udara dan pita suara bergetar. Jawapan: Vokal 2. Bunyi-bunyi vokal bahasa Melayu terdiri daripada vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. (a) Dengan bantuan rajah, tunjukkan kedudukannya. (b) Beri huraian tentang penghasilan TIGA bunyi vokal hadapan yang ditunjukkan dalam rajah anda ( rujuk soalan (a)).

a. Vokal Hadapan Vokal Hadapan Sempit [ i ] Untuk menghasilkan vokal ini hadapan lidah dinaikkan tinggi tetapi tidak menyentuh lelangit keras, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput suara. Contoh: Awal kata Tengah kata Akhir kata [ikan] [tipu] [bali] [ikut] [lihat] [topi] [pahit] [pili] [kira] [kuwali] [famili] Vokal Hadapan Separuh Sempit [ e ] Vokal ini terletak di tengah bahagian hadapan mulut. Kalau kita cuba menyebutnya kita dapati lidah berada tidak tinggi atas seperti vokal [ i ] dan tidak di bawah seperti vokal [ a ], tetapi di tengah. Untuk

menyebutnya hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah daripada bunyi vokal [i] sementara alat-alat lain serupa peranannya. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara dirapatkan. Contoh: Awal kata Tengah kata Akhir kata [elo?] [laher] [kole ] [esa] [merah] [e n ?] [lateh] [ela ?] [leka] [eka] [sepa?]

Vokal Hadapan Separuh Luas [ e ] Hadapan lidah dinaikkan separuh luas (lebih rendah daripada cara membunyikan vokal [e] ) yang bergerak ke arah lelangit keras, iaitu hujung lidah mencecahi gigi dan gusi sebelah bawah. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara bergetar.Contoh: Contoh: Awal kata Tengah kata Akhir kata [elok] [belok] [leher] [teleng]

Vokal Hadapan Luas [a] Vokal ini terletak jauh di bahagian bawah, seolah olah terhampar dan mulut kita di dalam keadaan terbuka luas. Hadapan lidah dinaikkan sedikit sahaja ke arah lelangit keras, anak tekak dan lelangit lembut menutup rongga hidung dan pita suara bergetar. Vokal ini paling banyak terdapat dalam bahasa Melayu. Contoh: Awal kata Tengah kata Akhir kata [ahli ] [m ka] [bola] [ambil] [nans] [m m ] [anjiN] [ ] [ laba ] [jaga? ] [ m la m ] [ di ya ] [ tapai ] [ supaya ]

fonetik dan fonologi BM


Soalan 1
a) Fonetik ialah cabang ilmu linguistik yang meneliti selok-belok bunyi bahasa yang hanya dihasilkan oleh manusia dalam pertuturan. Fonetik Artikulasi merujuk kepada proses yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi. Fonetik artikulasi merupakan cabang fonetik yang meneliti cara dan pendeskripsian sesuatu bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia menggunakan alat-alat pertuturan dalam artikulasi. Pendeskripsian ini melibatkan artikulator yang melibabkan bahagian tubuh badan manusia seperti dada, tekak dan kepala. Menurut Indirawati Zahid Dan Mardian Shah Omar, fonetik artikulasi ialah satu bidang yang mengkaji mengenai cara kita menggunakan alat dan daerah artikulasi untuk bertutur. Kajian ini turut mendeskripsikan cara-cara bunyi dilafazkan yang melibatkan daerah ataupun organ artikulasi masing-masing. Semuanya adalah berbeza dan setiap satunya menghasilkan perbezaan bunyi yang diucapkan.organ artikulasi merupakan organ yang digunakan bagi menghasilkan bunyi manakala daerah artikulasi ialah kawasan yang

menghasilkan sekatan bunyi. Mengikut Abdullah Hassan bunyi bahasa itu tidak mempunyai hubungan pasti dengan bentuk lambing itu. Sebagai contohnya bunyi [b] dalam bahasa Melayu diberi lambing bdalam tulisan rumi dan dalam tulisan jawi iaitu ada dua lambang yang berlainan bagi bunyi yang sama dan ini bermakna bunyi yang sama tidak semestinya mempunyai lambang yang sama. ( Rujukan daripada Buku Fonetik dan Fonologi : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu) Rujukan daripada Buku Linguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu)

b)

Perkataan Emas Naik

Transkripsi Fonetik [#?ms#] [#ni?#]

Transkripsi Fonemik /#mas#/ /#nai?#/

Bau Taufan Taun

[#bawu#] #taufan# [#ta?un#]

/#bau#/ /#taufan#/ /#taun#/

c) Al-Quran ialah petunjuk kepada manusia yang sarat dengan ilmu pengetahuan bagi mengeluarkan manusia daripada kegelapan menuju kepada cahaya Ilahi, daripada kejahilan kepada ketinggian ilmu pengetahuan. Transkripsi Fonetik [#?alwquran ijalah pewtunwo? kpada mwnsija ja sarat dn ilwm ptawhuwan bagi mwluarkan mwnsija daripada kglapan mwnwu kpada ahaja ilahi // daripada kahilan kpada ktigijan ilwm ptawhuwan #] Transripsi Fonemik /#alquran ialah ptunok? Kpada manusia ja sarat dan ilmu ptahuan bagi mluarkan manusia daripada kglapan mnuu kpada ahaja ilahi // daripada kahilan kpada ktigian ilmu ptahuan#/

Soalan 2

a) fonetik Akustik merupakan pengkajian yang dijalankan keatas sifat bunyi itu sendiri, iaitu, bagaimana gelombang udara daripada paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir, dan sebagainya. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin, beliau menyatakan bahawa fonetik akustik ialah bidang yang mengkaji mengenai bagaimana arus udara bergetar antara mulut penutur ke telinga pendengar dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai spetrogram. Alat ini digunakan untuk melihat kekerapan atau frekuensi dan luas getaran bunyi dalam jangka masa tertentu. Terdapat kajian yang dilakukan dengan menggunakan spektrogram yang mendapati bahawa bunyi vokal hadapan berbeza dengan bunyi vokal belakang. Bunyi vokal hadapan dikatakan nadanya adalah lebih tinggi berbanding dengan bunyi vokal belakang. Contohnya, bunyi vokal [i] adalah lebih tinggi daripada bunyi vokal [u]. Menurut Indirawati Zahid dan Mandian Shah Omar fonologi merupakan subdisiplin yang mengkaji bunyi bahasa iaitu, tentang fungsi perlakuan dan organisasi bunyi sahaja. Bunyi suatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut turut dikaji. Fonologi juga melibatkan kajian tentang penelitian terhadap pola-pola intonasi yang akan menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa. Abdullah Hassan mengatakan bahawa sifat-sifat bunyi dapat dirakam dengan alat-alat sensitif bunyi yang dapat menganalisis ukuran gelombang, kesengauan bunyi, daerah sebutan, dan sebagainya yang dapat dilihat dalam bentuk gambar-gambar akustik atau spektogram sesuatu bunyi yang direkod. (Rujukan daripada Buku Linguistik Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu dan Buku Fonetik dan Fonologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu)

b) lambang fonetik yang mewakili bunyi-bunyi berikut ialah: Bunyi Vokal Depan Tinggi Hampar (i) Vokal Tengah () Separuh Vokal Dua Bibir (w) Vokal Belakang Separuh Tinggi (o) Konsonan Letupan Bersuara (b) Dua Lambang Fonetik Ikan [#?ikan #] Ipar [#?ipar#] Emak [#?m?# Empat [#?mpat# au #wau# ang #wa# Oleh [#?oleh#] Otak [#?ota?#]

Bibir Burung [#wbuwro# Lembab #lmbab#

c) Gambar rajah dan 18 pola sistem keselarasan vokal. a

e i

o u

Pola Keselarasan Vokal Gambar Rajah Kepintaran Asyraf

Pola Sistem Keselarasan Vokal aa ai au ia ii iu ua ui uu a i u ee eo ea oe oo oa


Soalan 3

Contoh banyak, kawasan alih, kasih datuk, makhluk ingat, habitat pilih, sisip riuh, tidur kurang, kuat usik, upih untuk, suntuk mas, slam betik, pelik tmpuh, pnuh leceh, selekeh slekoh, esok elak, dewan cloteh, boleh obor, pokok kotak, kilogram

a) fonologi ialah cabang ilmu linguistik yang meneliti sistem bunyi bahasa yang berasaskan fungsinya dalam sesuatu bahasa. Sistem bunyi sesuatu bahasa akan menentukan bunyi atau fonem sesuatu bahasa itu yang mana bunyinya distingtif yang membezakan makna atau tidak distingtif yang tidak membezakan makna. Menurut F. Parker fonologi ialah satu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan. Abdullah Hassan mendefinisikan fonologi sebagai bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu. Secara umumnya,

fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsi-fungsinya dalam Bahasa Melayu.

b) Perbezaan antara Fonem Suprasegmental iaitu, Kepanjangan dengan Jeda ialah: Kepanjangan Merupakan ciri khusus yang terdapat pada perkataan dalam bahasa-bahasa yang tertentu. Ciri kepanjangan atau panjang pendek boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa inggeris dan arab tetapi tidak membezakan makna dalam bahasa melayu. Ditanda dengan titik yang dipanggil Mora. Jika tanda mora satu titik ( . ) kepanjangan bunyinya adalah setengah mora ; manakala bagi dua titik ( : )kepanjanganya satu mora dan jika empat titik ( :: )kepanjangannya ialah dua mora. Dalam bahasa inggeris perbezaan makna terjadi apabila kepanjangan ini digunakan. Cth: Sit bermaksud duduk Si:t bermaksud tempat duduk Ship bermaksud kapal Shi:p bermaksud kambing biri-biri Jeda Jeda atau disebut juga persendian merujuk kepada ciri atau unsur hentian ( senyap) dalam ujaran sebagai tanda memisahkan unsur linguistik iaitu perkataan, ayat, atau rangkai kata. Tetapi dalam bahasa inggeris unsur jeda ini membezakan makna. Ditanda dengan tanda +. Cth (bahasa inggeris) I scream / ai + skri:m / saya menjerit Ice cream / ais + kri:m / aiskrim Cth( bahasa melayu)

(Rujukan daripada Buku Linguistik Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu) (c) Intonasi merujuk kepada keadaan turun naik naik nada suara dalam pengucapan ayat atau frasa. Intonasi juga disebut lagu bahasa. Terdapat pelbagai intonasi dan lagu pada ayat bahasa Melayu. Contohnya ayat berita mempunyai intonasi yang menurun pada akhir ayat. Intonasi boleh membezakan makna melalui: Jenis Intonasi i. Intonasi Aada ayat Penyata Huraian Mempunyai pola intonasi 2-4-2-3. Contoh ayat:
2Budak 4

i tu2 pen diam3

ii.

Intonasi Pada Ayat Tanya

Frasa subjek Budak itu ditandai dengan tingkat nada 2-4, manakala prasa predikat pendiam ditandai dengan tingkat 2-3. Pemisahan frasa subjek daripada predikat menjadi jelas disebabkan nada suara turun daripada tingkat 4 pada subjek Budak itu ke tingkat nada 2, iaitu nada permulaan bagi frasa predikat pendiam. Tingkat 3 pada suku kata akhir menandakan selesainya pengucapan frasa predikat pendiam. Mempunyai pola intonasi 2-4-3-4. Contoh ayat: 4 3 4 2B ud ak i tu p e n d i a m ? Tingkat nada 3 pada suku kata akhir ayat naik semula ke nada 4 sebagai tanda selesainya pengucapan ayat. Intonasi seperti ini digunakan dalam bentuk pertanyaan kepada seseorang pendengar untuk dijawab oleh pendengar berkenaan. Ayat tanya juga boleh

disertakan dengan partikel -kah pada bahagian predikat ayat. Jadi predikat ayat akan dipindahkan ke bahagian hadapan ayat. Jadi ayat yang baru ialah Pendiamkah pelajar itu?
iii. Intonasi Pada Ayat Perintah

Mempunyai pola intonasi 2-3 Contoh ayat: g i3 2P e r Ayat Pergi ! sebenarnya terbit daripada ayat Awak pergi ! kata ganti nama diri kedua, iaitu awak telah digugurkan dan meninggalkan predikat pergi. Bagi lembutkan perintah dalam ayat perintah partikel lah dapat disertakan bagi membentuk ayat: Pergilah ! Manakala pola intonasi pula berubah menjadi 2-3-1.
iv. Intonasi Pada Ayat Songsang

Mempunyai pola intonasi 2-3-1 Contoh ayat: 3 b u d ak i t u 1 2P e n d i a m Susunan ayat songsang berlawanan dengan konteks susunan ayat biasa iaitu: Susunan ayat biasa subjek mendahului predikat tetapi susunan ayat songsang predikat mendahului subjek ayat. Pola intonasi pada ayat biasa ialah 2-4-2-3 tetapi apabila ayat tersebut disongsangkan polanya akan menjadi 2-3-1. Dalam contoh ayat diatas tingkat nada bagi bahagian predikat masih kekal pada tingkat 2-3. Tingkat nada tidak

v.

Intonasi Pada Ayat Pasif

berubah walaupun kedudukan predikat berubah ke hadapan ayat yang berubah ialah tingkat nada pada bahagian subjek yang menurun kepada tingkat 1. Ayat songsang juga dapat disertakan dengan partikel kah dan lah yang menunjukkan terdapat penekanan terhadap ayat tesebut. Mempunyai pola intonasi 2-4-2-3 Contoh ayat: (Ayat Aktif) 4 bang 2 belum mencuci kereta i tu 2A

(Ayat Pasif) 4 i tu 2 belum dicuci oleh 2Kereta 3 a bang Bahagian pertama yang mempunyai tingkat nada 2-4 merupakan subjek, manakala bahagian kedua yang mempunyai tingkat nada 2-3 pula merupakan bahagian predikat ayat.

(Rujukan daripada buku Abdullah Hamid & Nurfarah Lo Abdullah)

Soalan 4 a) matlamat akhir bidang fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu yang seterusnya mewujudkan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa. b) Perbezaan antara istilah bervariasi bebas dengan beralternasi bebas ialah: Bervariasi Bebas Merupakan istilah yang digunakan bagi dua bunyi yang berbeza secara fonetis yang hadir pada lingkungan yang sama dalam perkataan dan bunyi itu boleh saling berganti antara satu sama lain tetapi tidak membezakan makna. Contohnya: fikir dengan pikir (f dan p bervariasi bebas) elok dengan lok (e dan bervariasi bebas) Beralternasi Bebas Merupakan istilah yang dipakai bagi bunyi yang sudah bertaraf fonem tetapi boleh dipakai secara bertukar ganti dalam perkataan tertentu pada lingkungan yang sama tetapi tidak membezakan makna. Contohnya fonem a, i, dan u yang hadir pada lingkungan yang sama dalam perkataan agama, ugama, dan igama tetapi maknanya tidak berbeza.

c) Perbezaan antara Konsep Pasangan Minimal dengan Istilah Saling Melengkapi ialah: Pasangan Minimal Merupakan pasangan terkecil perkataan iaitu, pasangan perkataan yang hampir sama dari segi sebutan dan juga cara menghasilkan bunyi perkataan tersebut tetapi masih terdapat perbezaan kecil pada bunyi (fonem) tertentu yang membezakan makna antara perkataan tersebut. Saling Melengkapi Disebut juga sebagai distribusi komplementar yang merujuk kepada lingkungan atau tempat yang dihadiri oleh satu anggota bunyi daripada satu-satu fonem dan lingkungan atau tempat itu tidak boleh dihadiri oleh anggota bunyi yang lain daripada fonem yang sama dalam perkataan. Bunyi tersebut mempunyai tempat tertentu yang boleh dihadiri atau dilengkapi. Contoh: Bunyi [ K ] dalam perkataan[# kaka?# ]. Bunyi [k] hanya boleh hadir pada awal suku (koda) kata manakala bunyi [ ? ] pula boleh hadir pada lingkungan akhir suku kata (onset) sahaja. Kehadiran bunyi [k] dan [?] dapat dilihat dalam perkataan [kana?kana?, peka?, poko?, beko?, dan kaka?] Oleh sebab tempat yang boleh diisi oleh [k] dan [?] adalah tempat tertentu sahaja maka bunyi [k] dan [?] adalah dikatakan saling melengkapi.

Contoh: Paku dengan Baku Bawang dengan Bayang Garu dengan Guru

d) Perbezaan antara Fonem Vokal Rangkap dengan Fonem Konsonan Rangkap ialah: Fonem Vokal Rangkap Merupakan fonem yang hadir berturut-turut dalam satu-satu perkataan. Vokal rangkap ialah vokal penuh yang diucapkan dengan penuh tiap-tiap satu dalam perkataan. Fonem Konsonan Rangkap Merupakan dua konsonan yang hadir berturut-turut dalam satu perkataan. Konsonan rangkap tidak terdapat dalam Bahasa Melayu kecuali dalam kata-kata pinjaman dalam bahasa Jawa dan bahasa Inggeris. Konsonan rangkap yang terdapat dalam perkataan-perkataan pinjaman yang dipinjam daripada bahasa Jawa dan bahasa Inggeris ialah: Contoh: Trampil Prihatin Draf

Contoh: Dia Bau Jauh


Soalan 5

a) Fonetik Auditori merujuk kepada kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan kedalam lambang-lambang yang tetap. Fungsi cabang fonetik ini adalah meneliti bunyi berasaskan pendengaran terhadap bunyi bahasa yang dihasilkan, iaitu proses yang terjadi apabila seseorang itu menerima bunyi dan bagaimana telinga dan otak bertindak terhadap gelombang bunyi itu didengar sebagai persepsi bahasa. Selain itu, penerimaan bunyi yang berasaskan nada, kelantangan dan kualiti bunyi juga turut dikaji dengan teliti. Abdul Hamid dan Nur Farah Lo Abdullah menjelaskan bahawa fonetik auditori merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap

bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya dapat diperturunkan kedalam lambanglambang yang tepat. Fonetik Auditori juga melibatkan kajian bunyi melalui pendengaran iaitu, membuat deskripsi bunyi yang didengar untuk membezakan bunyi-bunyi bahasa pendengaran bunyi seperti kasar, garau, halus, nyaring, lantang, dan lunak. (Rujukan daripada Buku Lingustik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu)

b) .Pebbezaan antara istilah Pembibiran dengan Penyengauan ialah: Pembibiran Dikenali sebagai labialisasi ialah artikulator tambahan yang berlaku semasa hendak menyebut bunyi vokal belakang. Penyengauan Dikenali sebagai nasalisasi yang merupakan artikulasi tambahan yang berlaku pengaruh daripada proses penyebutan bunyi perkataan yang mengandungi konsonan sengau yang diikuti vokal. Ditanda dengan lambang [] Semasa menyebut bunyi sengau, pengaruh bunyi sengau merebak dalam bunyi vokal kerana rongga hidung tidak sempat ditutup sepenuhnya semasa menyebut bunyi vokal dalam sesuatu perkataan. Melibatkan konsonan m, n,, . Contohnya: [#mti#] [nsi#] #mnis#

Ditanda dengan lambang [w] Semasa kita hendak menyebut bunyi huruf [k] dalam perkataan [wkuni telah berlaku sedikit pembundaran bibir , iaitu pengaruh daripada hendak menyebut vokal belakang [u]. Melibatkan vokal belakang iaitu, [u, o, , . Contohnya: [#wkuni# [#wtula# [#wdowdol#]

c) Contoh gambar rajah dan Pola Sistem Kekecualian Vokal dalam bahasa Melayu ialah: a

e o

i u

Pola Sistem Kekecualian Vokal ae ao e o ie io

Contoh aneh, awet calon, atom gmbleng jmpol, gabnor parlimen, simen pilon, difting

ue uo a ei eu i oi ou u

tulen, subjek kupon, konduktor pakm, teatr hipotesis, objektif petroleum, spectrum ppt, dmdm film, artikl fosil, hipokrit bonus, forum lumr, skutr

(Rujukan daripada Buku Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2: Teks dan Rujukan Lengkap)

You might also like