You are on page 1of 1

Terdapat tiga cabang bidang fonetik iaitu fonetik artikulatori, fonetik akustik, dan fonetik

auditori.

1.1 FONETIK ARTIKULATORI


Fonetik artikulatori menumpukan kajian pada fungsi organ pertuturan dan cara organ
tersebut menghasilkan bunyi-bunyi tertentu. Dengan kata yang lain, kajian ini berfokus kepada
penelitian dan penghuraian tentang alat artikulasi tertentu, kedudukan, dan pergerakan
kearah daerah alat artikulasi tertentu dalam menghasilkan bunyi bahasa.

1.2 FONETIK AKUSTIK


Fonetik akustik adalah fonetik yang mengkaji unsur bunyi yang terdiri daripada
gelombang,-gelombang bunyi yang mempunyai kelangsingan dan kelantangan tertentu dan
bunyi yang terhasil dilafazkan oleh penutur.

1.3 FONETIK AUDITORI


Fonetik auditori ialah kajian tentang bagaimana bunyi yang dilafazkan oleh penutur
itu didengar atau diterima dan dikenalpasti oleh pendegar melalui proses menganalisis bunyi
oleh saraf pendengaran.

Terdapat pelbagai jenis fonem dalam bahasa Melayu. John Lyons (1968), Peter Ladefoged
(1975), Gleason (1961), Hill (1958) mengatakan bahawa fonem dapat dibahagikan kepada
dua jenis iaitu fonem segmental dan fonem suprasegmental. Fonem bermaksud unit terkecil
bahasa yang dapat dan boleh dipenggal-penggalkan. Apabila fonem dipisahkan, ia tidak
akan memberi sebarang makna dimana jika ia diganti ia akan memberi makna yang
berbeza. Fonem segmental merujuk kepada bunyi penggalan yang bertumpu kepada proses
mengeluarkan unit linguistik daripada unjuran atau teks yang berurutan. Fonem segmental
dapat dibahagikan kepada fonem vokal, konsonan, konsonan pinjaman dan fonem diftong

You might also like