You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS,

56000 KUALA LUMPUR

Nama Pelajar: MUHAMMAD HAIKAL BIN ABD RAHMAN

Angka Giliran: 2019172340103

No Kad Pengenalan: 000505-04-0025

Kumpulan/Unit: G3.2

Kod Kursus:
EDUP3053

Nama Kursus:
TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Nama Pensyarah: DR ALIZA ADNAN


JABATAN JARINGAN KORPORAT DAN KOMUNIKASI

Tarikh Hantar:
7/10/2020

Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

TUGASAN :
1
1.0 PENGENALAN MODEL ASSURE
Markah:
Menurut Heinich, Molenda & Russell (1999), model reka bentuk pengajaran iaitu
Model Assure direka bentuk sebagai panduan bagi mengintegrasikan penggunaan media
dan teknologi ke dalam perancangan pengajaran di bilik darjah. Secara umumnya, model
Assure ini terdiri daripada enam komponen iaitu Analisis Pelajar (A), Nyatakan Objektif (S),
Pilih Kaedah, Media dan Bahan (S), Guna Media dan Bahan (U), Penglibatan Pelajar (R),
serta Penilaian dan Kaji Semula (E). (Smaldino, Lowther, & Russell, 2012). Jadual
Pengintegrasian RPH subjek matematik tahun 5 menggunakan model Assure ini dilampirkan
dalam Lampiran 1.

2.0 PENGINTEGRASIAN KOMPONEN MODEL ASSURE DALAM PENGAJARAN

Langkah pertama pengintegrasian model Assure dalam pengajaran ialah


menganalisis ciri-ciri umum murid. Dalam hal ini, pengenalpastian ciri-ciri murid
dilaksanakan terlebih dahulu dimana murid yang diajar merupakan murid masalah
pembelajaran kategori autisme dan slow learner kumpulan aras tinggi. Keempat-empat
murid kategori ini mempunyai daya kognitif dan pemahaman berbeza berbanding murid
normal yang lain. Hal ini disokong dengan pendapat yang dikemukakan oleh Zalizan (2009)
yang menyatakan bahawa murid bermasalah pembelajaran merupakan antara murid yang
berisiko dalam aspek pemahaman dan penyimpanan maklumat berikutan keupayaan
mereka dalam memberi tumpuan adalah lemah. Perincian lanjut mengenai butiran murid
dilampirkan dalam Lampiran 1. Selain itu, bilangan murid yang diajar dalam kelas tersebut
adalah sedikit iaitu seramai 4 orang sahaja bagi mewujudkan suasana yang kondusif dalam
pembelajaran mereka untuk kekal fokus semasa PdP. Dari aspek pencapaian dan
perkembangan dalam pembelajaran, laporan keempat-empat murid tersebut dilampirkan
dalam Lampiran 1.

Secara tidak langsung, penganalisisan ciri-ciri murid memudahkan guru


melaksanakan penetapan objektif pembelajaran murid. Standard Kandungan (S.K) yang
dipilih ialah 1.4 Membundarkan nombor bulat manakala Standard Pembelajaran (S.P) yang
dipilih ialah 1.4.1 Membundarkan nombor kepada ratus yang terdekat. Menurut Mohd
Sharani Ahmad (2004), proses pembelajaran adalah suatu aktiviti kompleks kerana banyak
perkara berlaku serentak pada masa yang sama. Oleh itu, kurikulum pembelajaran
digunakan oleh murid masalah pembelajaran adalah berbeza dengan murid aliran perdana
dimana penetapan S.K, S.P dan Objektif Pembelajaran adalah berdasarkan pengkhususan
DSKP Matematik Masalah Pembelajaran. Oleh hal yang demikian, objektif yang ditetapkan
adalah tidak terlalu membebankan murid dan bersesuaian dengan tahap. keupayaan
mereka iaitu membundarkan kepada ratus terdekat menggunakan ‘mesin bundar’ serta
menyatakan sekurang-kurangnya tiga nombor yang paling hampir dengan 0 atau nombor
yang paling hampir dengan 10.

Dalam aspek pemilihan media dan bahan, pemilihan bahan memfokuskan


penglibatan penggunaan kelima-lima deria murid ketika mengikuti PdP. Menurut Chen
(2005), penggunaan aktif kelima-lima deria ini semasa PdP dapat meningkatkan penglibatan
murid masalah pembelajaran dengan menjadikan konsep matematik lebih bersifat visual.
Hal ini dikatakan kerana aktiviti pembundaran yang melibatkan deria sentuhan, penglihatan,
serta pendengaran melibatkan bahan multimedia dan bahan maujud seperti papan garis
nombor, jadual bundar, dan bukit bundar yang dapat dilihat sama ada melalui media seperti
gambar dan video yang dipancarkan oleh pemancar LCD ke Smartboard mahupun melalui
bahan maujud. Dari aspek penggunaan media dan bahan oleh murid, penggunaan BBM
berbentuk bukit akan digunakan sebagai kaedah simulasi dalam pembundaran. Hal ini
bertujuan untuk membawa situasi sebenar ke dalam bilik darjah dimana murid dapat
menggerakkan nombor tersebut ke atas dan ke bawah berdasarkan kisah ‘Hujan Turun’.
(Rujuk Lampiran 2)

Dalam pada itu, penglibatan murid dalam PdP berfokuskan kepada pemusatan
murid yang bertujuan untuk meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti PdP. Oleh itu,
murid dikehendaki hadir di hadapan kelas untuk melekatkan dan menggerakkan ‘Bukit
Bundar’ setelah menerima arahan daripada guru melalui kaedah main peranan. Menurut
Chinnici, Joyce, & Torres (2004), kaedah main peranan merupakan kaedah yang efektif
dalam memperkukuhkan pembelajaran demi meningkatkan pencapaian murid. Guru akan
bertanyakan kepada murid mengenai keputusan yang akan dibuat sama ada perlu patah
balik ke rumah atau meneruskan perjalanan ke pasar dimana keputusan tersebut
bergantung kepada jarak mereka sebagai budak lelaki antara rumah dan pasar. Dalam hal
ini, penggunaan ‘Bukit Bundar’ memudahkan murid untuk memahami konsep pembudaran
dengan lebih mudah.

Langkah terakhir pengintegrasian model Assure dalam pengajaran ialah penilaian


dan pengkajian semula selepas PdP. Dalam perkara ini, penilaian dilaksanakan bagi
mengenalpasti objektif yang telah ditetapkan dicapai atau tidak. Penilaian dilaksanakan
untuk melihat dari segi aspek murid berjaya untuk membundarkan kepada ratus terdekat,
memahami konsep pembudaran yang betul dan menyiapkan lembaran kerja yang diberikan
dalam masa yang diberikan. Selain itu, pengkajian juga dilaksanakan bagi menguji
keberkesanan penggunaan media terhadap murid agar lembaran kerja yang diberikan serta
media yang digunakan adalah bersesuaian dengan murid masalah pembelajaran. Hal ini
termasuklah penggunaan pelbagai media seperti media elektronik, cetak dan lain-lain.
3.0 PENUTUP
Secara rumusannya, pengintegrasian teknologi ke dalam kurikulum adalah kaedah
yang terbaik untuk memberikan impak yang positif terhadap PdP. Terdapat pelbagai strategi
yang dapat digunakan untuk memudahkan kefahaman pelajar yang mempunyai
kepelbagaian dalam gaya pembelajaran. Oleh itu, setiap guru haruslah mengintegrasikan
model Assure dalam pengajaran agar PdP lebih menarik, aktif dan menyeronokkan.
RUJUKAN
Chen. K. (2005). Math In Motion: Origami Math For Students Who Are Deaf And Hard Of
Hearing. Journal of Deaf Studies and Deaf Education 11(2): 262-266.

Zalizan Mohd Jelas. (2009). Pendidikan Inklusif dan Murid Berkeperluan Khas. UKM: Bangi.

J.P Chinnici, Joyce, W.Y. & K.M. Torres. (2004). Students As Human Chromosomes In Role
Playing Mitosis And Meiosis. Journal The American Biology Teacher, 66(1), 35-39

Heinich, R., Molenda, M. & Russell, J. (1982). Instructional Media And The New
Technologies Of Instruction. New York: Macmillan.

Sharon E. Smaldino, Deborah L. Lowther & James D. Russell. (2012). Instructional


Technology and Media for Learning, 10th Edition. United States: Pearson
Publications.

Mohd Sharani Ahmad. (2004). Psikologi Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: PTS Publications

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2014). DSKP Matematik Tahun 5 Pendidikan Khas


(Masalah Pembelajaran). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia
LAMPIRAN 1:
LAPORAN RPH
MENGGUNAKAN
MODEL ASSURE
Tajuk: Membundarkan nombor bulat dalam lingkungan 1000
Kelas: 5 Pintar
Subjek: Matematik
Standard Kandungan: 1.4 Membundarkan nombor bulat
Standard Pembelajaran: 1.4.1 Membundarkan nombor kepada ratus yang terdekat
Masa: 30 Minit
Tarikh: 4/10/2020

1. Bilangan murid: 4 orang murid masalah pembelajaran berlainan kategori yang


terdiri daripada kumpulan murid aras tinggi

2. Kategori-kategori tersebut adalah autisme dan slow learner


Analyze
learners 3. Murid terdiri daripada 3 lelaki dan 1 perempuan

Kumpulan Aras Tinggi

Nama Murid Kategori Kehadiran


Bil
1 Azhar bin Ahmad Slow learner
2 Tengku Iman bin Tengku Slow learner
Abdul
3 Hidayah binti Azfar Slow Learner
4 Ahmad Badrun bin Musafir Autisme
Rajah 1: Senarai Nama Murid Kumpulan Aras Tinggi

4. Keempat-empat murid terdiri daripada umur yang sama iaitu 11 tahun

5. Tahap mental, sosial, dan fizikal murid-murid adalah berlainan

 Murid kategori autisme kerap hilang fokus ketika mengikuti PdP


 Murid kategori slow learner memerlukan pengulangan pengajaran yang
lebih

6. Murid telah mempunyai pengetahuan dalam pembundaran ratus terdekat


sebelum aktiviti PdP.

1. Membundarkan kepada ratus terdekat menggunakan ‘mesin bundar’ dengan


tepat.

State 2. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga nombor yang paling hampir dengan 0


objectives
atau nombor yang paling hampir dengan 10.

Select 1. Pemancar LCD


instructional
methods, 2. Smartboard
media, and
3. Papan garis nombor
materials
4. Jadual bundar
5. Lembaran kerja
6. Komputer riba
7. Bukit bundar
8. Lembaran kerja

Utilize media 1. Di permulaan PdP, saya akan menggunakan BBM berbentuk bukit dimana
and materials BBM tersebut akan beperanan dalam penceritaan perbundaran
2. Apabila murid selesai melaksanakan aktiviti tersebut, saya akan menunjukkan
satu garis nombor yang lengkap menggunakan LCD. Saya akan menerangkan
perkaitan nombor kecil iaitu 0-4 dan nombor besar iaitu 5-9 dengan
penambahan +0 dan +1.
3. Saya akan menunjukkan “Mesin Bundar” kepada murid. Langkah membuat
perbundaran dengan menggunakan mesin bundar ditunjukkan dimana anak
panah yang ditunjuk merupakan nombor yang perlu dibundarkan
4. Di akhir pembelajaran, setiap murid akan membimbing murid untuk membuat
rumusan tajuk yang dipelajari berkenaan konsep “paling hampir”
menggunakan bbm seperti Bukit Bundar, Garis nombor, dan papan bundar

Require
learner 1. Setiap murid dikehendaki untuk hadir di hadapan kelas untuk melekatkan dan
participation menggerakkan ‘Bukit Bundar’ setelah menerima arahan daripada guru.
2. Ketika melaksanakan aktiviti, murid ditayangkan dengan pancaran gambar
dan video di papan smartboard dimana murid sendiri boleh menggerakkan
sendiri nombor-nombor tersebut.

Evaluate and Describe how/when you will assess the learning.


revise 1. Kejayaan murid di bilik darjah
 Murid berjaya untuk membundarkan kepada ratus terdekat
 Murid memahami konsep pembudaran yang betul
 Murid dinilai berdasarkan tahap pencapaian mereka dalam
menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru
 Murid dapat mengawal tingkah laku di bilik darjah serta memberikan
respon yang baik terhadap soalan yang diajukan
 Murid dapat menyiapkan lembaran kerja yang diberikan dalam masa
yang diberikan
2. Keberkesanan media
 Adakah lembaran kerja yang diberikan kepada murid efektif dalam
menilai penguasaan tahap kefahaman murid terhadap topik?
 Adakah penggunaan ‘Bukit Bundar’ membantu dalam penceritaan atau
pengajaran terhadap murid mengenai topik pembundaran?
 Adakah penggunaan BBM dapat menjadikan sesi PdP lebih interaktif
dan menarik
 Adakah murid menggunakan kaedah ‘Mesin Bundar’ untuk
memudahkan pembundaran nombor?
3. Maklum balas daripada guru matapelajaran matematik yang lain
 Keberkesanan penggunaan BBM kepada murid masalah pembelajaran
LAMPIRAN 2: KISAH
“HUJAN
TURUN”MENGGUNAKAN
BUKIT BUNDAR
+0 +1
4 5
3 6
2 7
1 8
0 9

Rumah Pasar

You might also like