You are on page 1of 10

PENULISAN ESEI II

Kategorikan fonem segmental yang terdapat dalam kajian fonetik dan fonologi bahasa
Melayu. Analisis satu teknik bacaan yang sesuai dilaksanakan untuk mengajar kemahiran
membaca seseorang murid serta pelaksanaan teknik berkenaan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.

1.0 PENGENALAN FONEM SEGMENTAL DALAM FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA


MELAYU

Menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa ( linguistik ) yang
berkaitan dengan penyebutan kata. Fonologi pula dapat didefinisikan sebagai kajian tentang
bunyi sebutan   Terdapat pelbagai jenis fonem dalam bahasa Melayu. John Lyons (1968),
Peter Ladefoged (1975), Gleason (1961), Hill (1958) mengatakan bahawa fonem dapat
dibahagikan kepada dua jenis iaitu fonem segmental dan fonem suprasegmental. Fonem
bermaksud unit terkecil bahasa yang dapat dan boleh dipenggal-penggalkan. Apabila fonem
dipisahkan, ia tidak akan memberi sebarang makna dimana jika ia diganti ia akan memberi
makna yang berbeza. Fonem segmental merujuk kepada bunyi penggalan yang bertumpu
kepada proses mengeluarkan unit linguistik daripada unjuran atau teks yang berurutan.
Fonem segmental dapat dibahagikan kepada fonem vokal, konsonan, konsonan pinjaman
dan fonem diftong.

2.0 FONEM KONSONAN

Dalam Bahasa Melayu, terdapat 18 fonem konsonan asli dimana ianya sudah sedia
ada dan diguna oleh penutur Bahasa Melayu tanpa sebarang adaptasi. Bunyi konsonan
terhasil apabila udara dari paru-paru menerima sekatan atau gangguan udara. Bunyi
konsonan dapat dibahagikan kepada dua iatu bunyi bersuara dan tidak bersuara. Daripada
tujuh fonem konsonan, terdapat dua jenis bunyi iaitu konsonan asli Bahasa Melayu dan
konsonan pinjaman. Antara tujuh fonem konsonan tersebut ialah letusan, letupan, sisian,
geseran, separuh vokal, getaran, dan sengauan.

a) Konsonan Sengauan
Bunyi sengau yang dihasilkan apabila lelangit lembut diturunkan membolehkan
udara keluar dari rongga hidung. Dalam bahasa Melayu, ia dihasilkan dengan pita
suara bergetar. Kesemua bunyi sengau adalah bersuara. Contoh konsonan sengau
ialah [m], [n], [ny] dan [ng].
DAERAH BIBIR GUSI LELANGIT LELANGIT PITA GIGI
CARA KERAS LEMBUT SUARA

SENGAUAN m n
ᶮ ᵑ

m minyak, rimba, malam

n nuklear, nasi, taman

ᶮ nyiru, senyap, nyamuk

ᵑ nganga, bunga, lalang

CONTOH KONSONAN SENGAUAN

b) Konsonan Sisian
Bunyi ini dihasilkan apabila udara dilepaskan melalui kiri dan kanan lidah. Ianya
terdiri daripada satu bunyi konsonan sisian iaitu [L] yang dinamakan bunyi sisian gusi
bersuara. Contoh perkataan ialah baldi, lari, katil

c) Konsonan Letupan
Bunyi letupan terhasil apabila alat sebutan dirapatkan pada mana-mana daerah
sebutan. Antara contoh konsonan letupan ialah b, p, t, d, k, g, ?, c, j, s, h, r, l dan
lain-lain.

Konsonan Letupan Contoh Perkataan


b batuk
p pedas
t latih
d datang
k kilat
g gagal
c campak

Jadual 1 Fonem Konsonan Beserta Contoh


d) Konsonan Separuh Vokal
Bunyi yang dihasilkan tidak sempurna bunyi vokalnya kerana ia dilafazkan semasa
sekatan berlaku kepada aliran udara. Antara konsonan separuh vokal ialah w dan y.

w wayang, kawan, haiwan


y yang, tayang, bayar

e) Konsonan Getaran
Bunyi getaran dihasilkan apabila lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan
dirapatkan pada dinding tekak supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga
hidung. Hujung lidah dikenakan pada aras gusi diikuti dengan peti suara dirapatkan.
Kemudian, udara keluar dari rongga mulut menggetarkan hujung lidah dan peti suara
digetarkan. Contohnya, getaran gusi bersuara [ r ]. Contoh perkataannya ialah
rumah, marah dan lapar.

f) Konsonan Letusan
Letusan ataupun afrikat ialah gabungan dua cara artikulasi, iaitu antara bunyi hentian
dengan bunyi frikatif. Udara disekat dalam rongga mulut dan kemudiannya
dilepaskan secara menggeserkannya.

DAERA BIBIR GUSI GUSI- LELANGIT PITA GIGI LELANGIT


H LELANGIT LEMBUT SUARA KERAS
KERAS
CARA
LETUSAN
BERSUARA j
LETUSAN
TIDAK c
BERSUARA

Contoh Konsonan Letusan

g. Konsonan Geseran
 Konsonan yang dihasilkan dengan menolak udara melalui saluran sempit yang
terhasil dengan merapatkan dua daerah artikulasi dalam saluran suara.
DAERA BIBIR GUSI GUSI- LELANGIT PITA GIGI LELANGIT
H LELANGIT LEMBUT SUARA KERAS
KERAS
CARA
GETARAN
BERSUARA r
GETARAN
TIDAK
s
BERSUARA

Contoh Konsonan Geseran

h. Konsonan Pinjaman
Terdapat lapan konsonan pinjaman dimana ianya merupakan pinjaman daripada
perkataan yang berasal daripada Arab, Inggeris dan Melayu. Jadual ini
memperlihatkan konsonan pinjaman bersama contohnya.

Huruf Fonem Contoh


f /f/ fakir
th /Ɵ/ mithal ( misali)
v /v/ variasi
dh /ð/ dharab (darab)
z /z/ zaman
sy /Ṧ/ masyarakat
kh /x/ khas
gh /γ/ ghaib

Jadual 2 Konsonan Pinjaman Beserta Contoh

3.0 FONEM VOKAL

Terdapat lapan bunyi vokal iaitu enam asli [ a, e, i, o, u ] dan vokal yang terdapat dalam

kebanyakan dialek [ Ɔ dan ɛ ]. Daripada lapan bunyi vokal tersebut, empat daripadanya
iaitu [ I, e, ɛ dan a ] adalah empat vokal dihadapan manakala [ u, o dan Ɔ ] adalah vokal
dibelakang.

Nama Vokal Lambang Contoh ( Awalan, Tengah,


Akhiran)
Vokal depan luas [a] asam, amali, alahan
Vokal depan separuh luas [ɛ ] ɛlok, tɛlor
Vokal depan sempit [i] isi, tiba,kami
Vokal separuh depan [e] elok, toleh, tauge
sempit
Vokal tengah [ǝ] ǝmak, bǝtul
Vokal belakang separuh [Ɔ] ɔrang, bɔleh
luas
Vokal belakang separuh [o] otak, bosan, polo
sempit
Vokal belakang sempit [u] ulang,hutang, sapu

Jadual 3 Contoh Fonem Vokal Beserta Contoh

4.0 FONEM DIFTONG

Fonem diftong ialah fonem yang terdiri daripada dua vokal yang mempunyai satu
puncak kelantangan. Ianya dapat dihuraikan sebagai dua lambang vokal atau dua huruf
vokal. Dalam proses menghasilkan fonem ini, dua vokal yang dikeluarkan dengan satu
hembusan dan mempunyai satu puncak kelantangan kerana berlakunya geluncuran
daripada satu vokal yang mendahului ke vokal yang menurutinya. Terdapat 3 jenis diftong
dalam Bahasa Melayu iaitu:

Jenis Contoh
ai keldai, balai, tapai, rantai, sidai
au kerbau, aurat, wau, surau, limau
oi koboi, kaloi, dodoi, amboi, boikot

Jadual 4 Contoh Fonem Diftong

RUMUSAN

Sebagai rumusannya, fonem-fonem segmental ini memberikan makna yang amat


menarik bagi menambahkan kegramatisan perkataan dan kosa kata yang menarik dalam
bahasa Melayu agar dapat menarik minat pembaca untuk mempelajarinya.
5.0 TEKNIK BACAAN YANG SESUAI UNTUK MENGAJAR KEMAHIRAN MEMBACA
DALAM KALANGAN MURID

Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan,


intonasi, jeda dan kelancaran yang betul dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan.
Untuk menerapkan penguasaan pembacaan di kalangan murid, terdapat banyak teknik
bacaan yang boleh digunakan untuk mengajar murid seperti KWLH, SQ3R, CHATT,QUACK,
ACID dan lain-lain. Namun, sejauh mana keberkesanannya terhadap murid ?. Oleh hal yang
demikian, guru seharusnya bijak menggunakan teknik pengajaran membaca yang berkesan
agar murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan mudah khususnya kepada
murid yang baru hendak belajar membaca.

Teknik bacaan yang seharusnya dilaksanakan untuk mengajar asas kemahiran


membaca dalam kalangan murid ialah teknik bacaan secara mekanis. Bacaan mekanis ialah
bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan
intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat
pertuturan iatu mulut. Teknik bacaan ini merupakan asas kepada seseorang untuk murid
menguasai kemahiran membaca. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas
rendah atau pada peringkat kelas permulaan.

Tujuannya adalah sebagai latihan teknik supaya kanak-kanak dapat menyembunyikan


bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna. Selain itu,
bacaan ini membolehkan murid mengenalpasti laras bahsa yang pelbagai, membolehkan
murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara, membaca dengan
irama yang betul, menghayati unsur estetik dalam bahan bacaan dan mengulas isi yang
terdapat dalam bahan bacaan.

6.0 PELAKSANAAN TEKNIK BACAAN MEKANIS DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU.

Untuk melaksanakan teknik bacaan mekanis dalam pengajaran dan pembelajaran


Bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah, guru boleh memberikan petikan teks yang
yang berkaitan dengan perkara yang mereka minati seperti kartun Boboiboy, Upin dan Ipin
dan lain-lain dalam satu masa yang dikhaskan untuk pembacaan. Aktiviti seumpama ini
menarik minat murid untuk menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat.

Selain itu, guru juga boleh menggunakan Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) yang
bersesuaian dengan aktiviti yang melibatkan pembacaan murid-murid. Seterusnya, guru
boleh meminta murid-murid untuk menyemak bacaan guru sebagai medan kepada murid-
murid untuk mencontohi teknik bacaan yang cuba disampaikan oleh guru kepada murid-
murid. Tidak hanya itu, guru juga boleh mengadakan pertandingan bercerita dan menyanyi
kerana kedua-dua aktiviti ini membolehkan murid-murid menyampaikan persembahan
mereka dengan intonasi yang betul, menggunakan kosa kata dengan l uas dan tatabahasa
yang betul.

Di samping itu, guru juga boleh menjalankan sesi soal jawab bagi membantu murid-
murid dengan perkataan-perkataan dan rangkai kata yang susah sama ada dari segi
sebutan atau makna perkataan-perkataan itu. Akhir sekali, guru boleh menggunakan media
seperti Powepoint yang mempunyai reka bentuk grafik yang menarik seperti anak panah
yang menunjuk perkataan-perkataan satu per satu untuk membantu murid-murid membaca
secara individu secara bergilir-gilir dengan jelas dan berkesan.

7.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, saya dapat membezakan fonem segmental yang terdiri


daripada fonem vokal, konsonan, konsonan pinjaman yang terdapat dalan fonetik dan
fonologi Bahasa Melayu dimana fonem-fonem ini menjadikan Bahasa Melayu gramatis dan
lebih menarik. Bagi memudahkan murid dalam menguasai kemahiran membaca, guru
hendaklah bijak menggunakan teknik mengajar bacaan murid yang dapat memudahkan
murid menguasai kemahiran membaca dalam masa yang singkat. Akhir kata, saya berharap
agar pengajaran dan pembelajaran fonem segmental dapat membolehkan murid
membezakan fonem-fonem tersebut disamping teknik bacaan yang sesuai dapat
diaplikasikan di dalam bilik darjah ketika mengajar.

BIBLIOGRAFI

Zulkifley Hamid, Ramli Md Salleh, Rahim Aman .Linguistik Melayu. (2006). Bangi:
penerbitan ukm.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu I. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Amat Taarop Sumo, Abu Bakar Ahmad, Patarai Cholen, Thahir Nuruddin, Hasizan Dahalal,
Azhar Md. Sabil ,Shahariman Ahmad. Pengantar Bahasa Melayu. (2015). Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Dr. Khairuddin Mohamad, Dr. Maridah Alias, Dr. Faiziah Hj Shamsudin. Bahasa Melayu
Komunikatif. (2016). Kota Damansara: Sasbadi Sdn.Bhd.

Puteri Roslina Abdul Wahid (2010). Pengantar Penterjemahan Bahasa Melayu. Sp


Sdn.Bhd.

Fonem Segmental. Retrieved from https://www.slideshare.net/fatinainnabila/fonem-


segmental-dalam-bahasa-melayu-68250858

Fonem segmental dalam Bahasa Melayu. Retrieved from https://prezi.com/...uz/fonem-


segmental-dalam-bahasa-melayu

BIBLIOGRAFI.....................................................................................................................................8
1.0 PENGENALAN FONEM SEGMENTAL...........................................................................................9
2.0 FONEM KONSONAN...................................................................................................................9
a) Konsonan sengauan...................................................................................................................9
b) Konsonan sisian.........................................................................................................................9
c) Konsonan letupan......................................................................................................................9
d) Konsonan separuh vokal............................................................................................................9
e) Konsonan getaran....................................................................................................................10
f) Konsonan letusan....................................................................................................................10
g) Konsonan geseran...................................................................................................................10
h) Konsonan pinjaman.................................................................................................................10
3.0 Fonem vokal............................................................................................................................10
4.0 Fonem diftong.........................................................................................................................10
5.0 Teknik bacaan yang sesuai untuk mengajar kemahiran membaca..........................................10
6.0 Pelaksanaan teknik bacaan dalam pengajaran dan pembelajaran..........................................10
7.0 Kesimpulan..................................................................................................................................10

ISI KANDUNGAN
Bibliografi
Lampiran

You might also like