Professional Documents
Culture Documents
DEFINISI FONETIK
Bertil Malmberg ( 1968 ) iaitu seorang ahli fonetik Perancis telah mendefinisikan fonetik sebagai pengkajian bunyi-bunyi bahasa. Menurutnya lagi, fonetik ialah pengkajian yang lebih memberatkan penglahiran bahasa bukan kandungannya. Hal ini
bermaksud perkara yang dipentingkan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan, bukannya makna yang cuba disampaikan.
DEFINISI FONEM
(a) Fonem ialah unit terkecil dan abstrak yang
membezakan makna dan fungsinya. (b) Menurut kamus dewan edisi keempat, fonem ialah unit bunyi yang terkecil yang boleh membezakan makna kata. (c) Contohnya dapat dilihat dalam perkataan palang /pala/ [pala], galang /gala/ [gala]. Dalam hal ini, konsonan /p/ dan /g/ dianggap sebagai fonem yang berbeza.
DEFINISI VOKAL
(a) Vokal merupakan segmen bunyi yang dihasilkan apabila udara ditekan keluar dari paru-paru dengan menggetarkan pita suara tanpa penyekatan udara yang signifikan di ruang oral. (b) Pengkelasan vokal BM adalah berdasarkan kepada sistem kardinal yang telah dihasilkan oleh Daniel Jones (1956). (c) Menurut Farid Onn(1980), vokal BM terbahagi kepada 6 iaitu /a/, /e/, /o/, /u/, // dan /i/
Tengah
Belakang
u
Separuh Tinggi
Rendah
(d) Vokal dibunyikan berdasarkan kepada dimensi-dimensi atau ciri-ciri seperti di bawah:-
(i) Tinggi * Ada 2 vokal tinggi dalam BM iaitu vokal depan /i/ dan vokal belakang /u/ - berkeadaan tinggi dalam rongga mulut. * Semasa membunyikan vokal depan tinggi /i/, hujung lidah dinaikkan tinggi menghampiri lelangit keras dan bibir dihamparkan. Udara keluar dari paru-paru melalui pita suara dan rongga mulut. * Begitu juga dengan vokal belakang tinggi /u/; belakang lidah dinaikkan tinggi mengarah ke lelangit lembut dan bibir dibundarkan apabila menghasilkan bunyi tersebut. Udara keluar dari paru-paru melalui pita suara dan rongga mulut.
CONTOH-CONTOH PERKATAAN
Vokal Tinggi /i/
Awal /ibu/ [ibu] /ikan/ [ikan] Tengah /pintar/ [pinta] /biak/ [bia] Akhir /api/ [api] /rapi/ [rapi]
Tengah
/buku/ [buku] /bua/ [bu]
Akhir
/balu/ [balu] /bau/ [bau]
(ii) Vokal separuh tinggi * Ada 2 vokal separuh tinggi dalam BM iaitu vokal depan /e/ dan vokal belakang /o/. * Bagi vokal depan/e/, hujung lidah dinaikkan separuh tinggi ke lelangit keras dan bibir dihamparkan. Udara dari paru-paru keluar melalui pita suara dan rongga mulut. Pita suara bergetar dan bunyi bersuara dihasilkan. * Bagi vokal belakang /o/ pula, belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke lelangit lembut dan bibir dibundarkan. Udara dari paruparu keluar melalui pita suara dan rongga mulut. Pita suara bergetar dan bunyi bersuara dihasilkan
Vokal /e/ Awal /enak/ [ena] Tengah /tele/ [tele] Akhir /tauge/ [tauge]
/o/
/onak/ [ona]
/tolo/ [tolo]
/koko/ [koko]
* Vokal rendah BM terdiri daripada vokal /a/. Semasa menghasilkan vokal rendah /a/, lidah diturunkan serendahrendahnya dan bibir dihamparkan. Udara keluar dari paru-paru melalui pita suara dan rongga mulut. Pita suara bergetar dan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi bersuara.
(iv) Vokal Tengah // * Tengah lidah dinaikkan separuh tinggi mengarah ke lelangit keras dan bibir dihamparkan dan udara keluar dari paru-paru melalui pita suara dan rongga mulut. Vokal tengah// merupakan bunyi bersuara.
CONTOH PERKATAAN
Vokal Rendah /a/
Awal /ambil/ [ambel] /abu/ [abu] Tengah /makan/ [makan] /alan/ [alan] Akhir /bara/ [bar] /puaka/ [puwak]
Vokal Tengah //
Awal /mak/ [ma] /mpat/ [mpat] Tengah /pnat/ [pnat] /pluh/ [peloh] Akhir /pada/ [pad] /lama/ [lam]
Urutan Vokal BM
1. Urutan vokal ialah dua atau lebih vokal yang hadir berurutan sama ada di awal, di tengah atau di akhir kata. 2. Kehadiran vokal berurutan dalam BM ini memperlihatkan ada dua bentuk penghasilan bunyi sama ada dibunyikan secara bisilabik iaitu terpisah suku kata (V.V) atau secara tautosilabik (diftong) iaitu satu suku kata (VV). 3. Manakala urutan vokal yang terpisah suku kata boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu pertama, urutan vokal yang dihadiri oleh konsonan (V.KV) seperti dalam perkataan /buah] [bu.wah], /diam/ [di.yam] dan /guna + an/ [gu.na. dan kedua urutan vokal an] tanpa dihadiri sebarang konsonan (V.V) seperti dalam perkataan /kain/ [ka.en], /main/ [ma.en], /daik/ [da.e /paut/ [pa.ot], ], /laut/ [la.ot] dan /sauh/ [sa.oh].
Urutan Vokal BM
5. Urutan vokal (V.V) yang tidak dihadir sebarang konsonan di antara urutan vokal dikenali sebagai heterosilabik atau hiatus. 6. Manakala, urutan vokal (VV) yang dibunyikan sebagai satu fonem, yakni tanpa memisahkan urutan vokal tersebut dikenali sebagai diftong. Dalam BM terdapat tiga jenis diftong iaitu diftong /au/, /ai/ dan /oi/. Contoh, dalam perkataan /kalau/ [kalau], /lambai/ [lam.bai] dan /kaloi/ [ka.loi] 7. Oleh itu, struktur permukaan urutan vokal BM boleh terdiri daripada tiga bentuk-bentuk suku kata seperti yang berikut: Bentuk-bentuk suku kata bagi urutan vokal BM a. V.KV b. V.V c. VV
DIFTONG
* Diftong merupakan urutan vokal atau dua deretan vokal yang hadir serentak sama ada di awal, tengah dan akhir kata. Bunyi diftong terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal yang mula-mula hadir tanpa menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Hal ini bermaksud bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja.
Kedudukan lidah pada posisi menghasilkan bunyi vokal [a] dan cepat beralih kepada bunyi [i] Bahagian depan lidah yang dinaikkan tidak benar-benar sampai kepada posisi seperti melafazkan bunyi [i]
Hujung lidah menyentuh gigi depan pada bahagian bawahnya lelangit lembut dinaikkan pita suara bergetar
DIFTONG [ai]
Bentuk bibir dalam keadaan neutral pembukaan rahang sederhana dan luas
Kedudukan lidah secara anggaran pada posisi seperti melafazkan bunyi [a] dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal [u]
Bibir pada mulanya tidak dalam keadaan bundar tetapi menjadi bundar apabila hampir selesai lafaz bunyi ini. Hujung lidah hampir menyentuh gigi depan bawah
DIFTONG [au]
Kedudukan lidah mula menggeluncur pada posisi vokal [o] dan cepat beralih kepada bunyi [i]
Bentuk bibir bundar pada geluncuran pertama tetapi menghampar semasa hampir selesai melafaznya
DIFTONG [oi]
DEFINISI KONSONAN
Konsonan ialah bunyi selain daripada bunyi vokal.
Terdapat 2 jenis konsonan dalam BM iaitu konsonan oral dan konsonan nasal. Konsonan oral terhasil melalui rongga oral dan konsonan nasal terhasil melalui rongga nasal. Konsonan BM terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli BM ialah konsonan yang sedia ada pada penutur Melayu itu sendiri dan tidak melalui sebarang perlakuan adaptasi.
Dua Bibir p b t
Gusi
Lelangit Keras
Lelangit Lembut k g
Glotis
Hentian
Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian Separuh Vokal
d
s r l
pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan, arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta. Cara membunyikan konsonan /d/ sama seperti membunyikan konsonan [t]. Yang berbeza ialah pita suara dirapatkan, arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara dan bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi bersuara /d/.
Konsonan Awal Tengah Akhir
/t/
/d/
/takut/ [takot]
/dalam/ [dalam]
/batas/ [batas]
/tanduk/[tando]
/padat/ [padat]
/abad/ [abad]
lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara dari paru-paru melalui rongga hidung. Pita suara di renggangkan. Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta merta.
konsonan /k/. Yang berbeza ialah: 1. Pita suara dirapatkan . 2. Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengetarkan pita suara.
Konsonan /k/ Awal /kala/ [kal] Tengah /makan/ [makan] Akhir /tamak/ [tama]
/g/
/garam/ [garam]
/pagar/ [paga]
/dialog/ [dailog]
HENTIAN GLOTIS //
Untuk menghasilkan bunyi hentian glotis, lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan sepenuhnya. Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara. Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara. Dalam BM, konsonan /k/ berubah menjadi hentian glotis [] di posisi akhir kata suku kata atau di posisi koda. Konsonan /k/ kekal sebagai velar /k/ apabila berada di posisi awal suku kata atau di posisi onset. Oleh itu hentian glotis [] tidak hadir di awal kata dalam BM Contoh perkataan:Awal Tengah /laksa/ [las] /rakyat/[rayat] Akhir /anak/ [ana] /budak/ [buda]
(a) Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. (b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Pita suara di renggangkan. (d) Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara (e) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi.
Awal /silap/ [siyap] /satu/ [satu] Tengah /lasak/ [lasa] /lsu/ [lsu] Akhir /pdas/ [pdas] /lmas/ [lmas]
* Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan. * Bunyi yang terhasil adalah bunyi bersuara.
Awal /malam/ [malam] /masuk/ [maso] Tengah /tmpat/ [tmpat] /rmpit/ [rmpet] Akhir /kolm/ [kolam] /tanam/ [tanam]
Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat
sekatan arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara /n/ seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
KONSONAN NASAL //
(e) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara //. Cara
membunyikannya: * Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan digetarkan. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung. Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-pelahan.
Awal /ilu/ [ilu] /ri/ [ri] Tengah /bika/ [bik] /rakap/ [rakap] Akhir /lala/ [lala] /tula/ [tula]
KONSONAN NASAL //
Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara // :* Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan digetarkan. Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung. Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan
(a) Bibir di bundarkan. (b) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. (c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke rongga hidung. (d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. (e) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan bunyi separuh vokal bersuara/w/.
Awal /waya/ [waya] Tengah /kawan/ [kawan] Akhir /takraw/ [taraw]
membunyikannya: (a) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi. (b) Bibir di hamparkan. (c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung. (d) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal /y/.
Awal /yakin/ {yaken] /yuran/ [yuran] Tengah /payu/ [payo] /saya/ [saya]
KESIMPULAN
Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.