You are on page 1of 1

4.

0 PEMBAHAGIAN DIFTONG DALAM BAHASA MELAYU



Huruf diftong adalah gabungan dua buah huruf vokal yang menghasilkan bunyi
rangkap. Terdapat tiga jenis diftong standard dalam bahasa Melayu, iaitu [ay], [aw]
dan [oy]. Manakala, dalam onotografi bahasa Melayu pula, diftong dilambangkan
kepada tiga jenis, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Sebagai contoh perkataan aising, lampau
dan boikot.
Dalam perkataan asli bahasa Melayu pula, diftong hanya terdapat pada suku kata
kedua atau suku kata akhir bagi suku kata terbuka. Dalam keadaan lain pula,
kedudukan diftong [ai] dan [au] boleh berlaku di awal, tengah dan akhir perkataan,
manakala diftong [oi] hanya terhad pada suku kata terbuka akhir perkataan sahaja.
Dalam bahasa Melayu lagi, diftong dianggap sebagai satu suku kata yang
dilambangkan oleh dua fonem vokal tetapi disebut sebagai satu bunyi. Diftong juga
mempunyai puncak kelantangan dan ciri geluncuran dalam membunyikannya, iaitu
lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan seperti hendak membunyikan sesuatu
vokal, kemudian digeluncurkan kearah membunyikan vokal yang lain.
Pembahagian fonem diftong dalam bahasa Melayu dapat ditunjukkan dalam
jadual berikut:

Jenis Kedudukan Diftong
Diftong Awal Tengah Akhir
/ai/ /aising/ /ghairah/ /pandai/
/au/ /aurat/ /daulat/ /kalau/
/oi/ - /boikot/ /amboi/

Jadual 4.1 Diftong yang terdapat dalam bahasa Melayu




Diftong dalam bahasa Melayu disebut dengan bunyi vokal pertamanya lebih
nyaring, lebih panjang dan lebih tekenannya daripada bunyi vokal yang kedua.
Selain itu, diftong boleh dibahagi kepada dua jenis, iaitu diftong naik atau diftong
turun. Diftong naik adalah diftong yang bunyi vokal keduanya disebut lebih kuat atau
nyaring, lebih panjang dan tekanan vokalnya lebih daripada tekanan vokal pertama.
Manakala diftong turun pula ialah bunyi vokal pertamanya disebut lebih nyaring,
lebih panjang dan lebih tekanannya daripada vokal kedua. Selain itu, diperkenalkan
juga diftong /ei/ dari kata pinjaman, contohnya, Mei, esei. Diftong dibezakan dari
"vokal rangkap" iaitu geluncuran dua vokal yang bersebelahan dalam dua suku kata,
contohnya:
a) /a-i/ contoh: kain
b) /a-u/ contoh: laut

You might also like