You are on page 1of 8

ZAMAN PLURALITI SELEPAS MERDEKA (PENDIDIKAN)

FAIZAL BIN DUMIT

Sebelum Penyata Razak (1956), ada 4 aliran sistem pendidikan iaitu


aliran-aliran : (IMCI)

Setiap kumpulan etnik mempunyai adunan dan acuan pendidikan yang berbeza.

Semasa zaman penjajahan, sistem pendidikan di persekutuan Tanah Melayu boleh


dibahagikan kepada 3 peringkat :
Untuk siapa? : Anak-anak kalangan bangsawan Melayu dan hartawan cina dan india.
Matlamat : untuk jadikan mereka sebagai petani yang lebih baik sedikit daripada ibu bapa mereka. Dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri. Pendidikan British rendah dan menengah. Sekolah Melayu peringkat rendah yang dibantu oleh British.

Sekolah vernacular Cina dan India.

Selain perbezaan dalam aliran pendidikan, kerencaman sistem pendidikan juga dapat
dilihat daripada sudut kurikulum, sukatan mata pelajaran serta orientasi matlamatnya.

Sebagai contoh : sekolah Cina dan India (kurikulum, sukatan mata pelajaran dan
orientasinya berkiblatkan Negara asal mereka)

Sistem pendidikan Negara era pascamerdeka telah berubah kepada 1 corak baharu
yang berorentasikan unsur-unsur tempatan. (sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan KESERAGAMAN kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi)

Kerana menurut Wan Hashim (1983), pendidikan penting kerana ia dijadikan wadah
bagi menyatukan kepelbagaian budaya, nilai dan norma masyarakat ke dalam 1 acuan demi mencapai matlamat membentuk identiti kebangsaan Malaysia.

Usaha ini sebenarnya telah dilakukan semenjak sebelum merdeka lagi khususnya melalui 2 laporan iaitu :

Hasil catatan John Lowe (1960), dalam peruntukan perlembagaan persekutuan bagi
kemerdekaan (1957), Bahasa Melayu telah dijadikan Bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris masih lagi digunakan sebagai Bahasa rasmi. Walaubagaimanapun, pucuk pimpinan parti perikatan telah mencapai kesepakatan dan bersetuju dengan akta pendidikan 1957 atas prinsip :

1. Sekolah pelbagai aliran adalah dibenarkan, dan penggunaan dalam Bahasa ibunda
masing-masing dibenarkan.

2. Bahasa Melayu = Bahasa Kebangsaan. Jadi, disekolah-sekolah Cina dan Tamil


WAJIB mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran.

3. Pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku-buku teks yang lain
mestilah berteraskan Malaysia dan BUKAN lagi berteraskan Negara China dan India.

Selepas tragedi 13 Mei 1969, UMNO telah menegaskan bahawa pendidikan perlu
DISEIMBANGKAN bagi memperkasakan orang Melayu.

Secara beransur-ansur mulai Julai 1969, kerajaan telah melaksanakan penggunaan


Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar utama di SEMUA sekolah bantuan kerajaan.

Pada masa yang sama, golongan bukan bumiputera (khususnya masyarakat Cina)
merasakan 1 keperluan untuk melindungi budaya warisan nenek moyang dengan menggunakan wadah PENDIDIKAN. Oleh yang demikian, masyarakat Cina masih mempertahankan sekolah jenis kebangsaan cina.

Namun begitu, sukatan pelajaran di sekolah-sekolah jenis kebangsaan cina adalah


SELARAS dengan apa yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran Malaysia.

KESIMPULAN
Memahami pluraliti adalah asas penting kearah memahami pembentukan masyarakat
plural.

Pluraliti masyarakat Malaysia diperkukuh melalui dasar-dasar Negara yang dibentuk


berteraskan persetujuan bersama.

Kedatangan penjajah bukan sahaja mewujudkan masyarakat pluralistik dan


membahagikan alam melayu kepada negara-negara yang lebih kecil, tetapi juga mewujudkan sistem hidup barat seumpama politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Semangat kerjasama rakyat yang berbilang etnik telah membawa kemerdekaan alam
melayu seperti malaysia, indonesia dan sebagainya.

Usaha-usaha ke arah mempereratkan lagi kerjasama ini perlu diperkukuhkan bagi


memastikan negara terus berada dalam susana aman dan harmoni.

You might also like