You are on page 1of 17

SISTEM URINARI

Fungsi Sistem Urinari


Sistem urinari adalah kumpulan organ yang menyah air berlebihan dan bahan-bahan tidak diperlukan daripada salur darah. Bahan ini di tapis keluar daripada badan sebagai air kencing. Air kencing dihasilkan di ginjal, dikumpul di bladder dan keluar di urethra.

Organ urinari ialah ginjal, ureters, bladder dan urethra. Sistem ini membantu menstabilkan homeostasis. Ginjal adalah organ utama homeostasis kerana ia menstabilkan asid asas dalam badan dan air garam dalam darah.

Ginjal

Fungsi Ginjal
Pengaturan komposisi ion darah Pengaturan pH darah Pengaturan kuantiti darah Pengaturan tekanan darah Penghasilan hormon
calcitriol (bahan aktif vitamin D) Erythropoietin (penghasilan sel darah merah)

Pengaturan aras glukose dalam darah Menapis bahan-bahan yang tidak diperlukan.

Ginjal berbentuk kacang, berwarna merah coklat bersaiz penumbuk berukuran 10-12 cm. Bahagian luarnya dilitupi renal kapsul iaitu kapsul keras daripada tisu penghubung fibrous Mempunyai dua lapisan lemak yang bertindak sebagai kusyen.

Ginjal terletak di dinding belakang di atas garis pinggang dan dilindungi oleh tulang rusuk. Ginjal mempunyai 3 kawasan utama, renal cortex, renal medulla dan renal pelvis. Bahagian luar ialah renal cortex. Ia memanjang ke bawah ke bahagian tengah yang berjalur. Bahagian kedua ini dinamakan renal medulla. Ia mengandungi tisu berbentuk piramid bernama renal piramid yang dibahagikan oleh renal column. Ureters bersambung dengan renal pelvis dan berada di tengah ginjal.

1. Renal pyramid 2. Interlobar artery 3. Renal artery 4. Renal vein 5. Renal hylum 6. Renal pelvis 7. Ureter 8. Minor calyx 9. Renal capsule 10. Inferior renal capsule 11. Superior renal capsule 12. Interlobar vein 13. Nephron 14. Minor calyx 15. Major calyx 16. Renal papilla 17. Renal column

Ginjal menapis urea daripada darah melalui nephrons. Setiap nephron mempunyai kapilari darah yang berbentuk bola dipanggil glomerulus dan saluran kecil dinamakan renal tubule. Urea, air dan bahan lain bercampur akan menghasilkan air kencing.

Manusia mempunyai 2 ureters. Ia adalah tiub kecil yang menghantar air kencing ke bladder.

Otot di dinding ureter mengecut dan mengetat untuk menghantar air kencing ke bawah jauh daripada ginjal.

Jika air naik semula ke ginjal maka jangkitan akan berlaku dan merosakkan ginjal.

Setiap 10-15saat ureter akan menghantar air kencing ke bladder dalam jumlah yang sedikit.

Bladder, berbentuk segitiga dan terletak di abdomen bawah. Ia diikat oleh ligament yang bercantum dengan organ lain dan tulang pelvic.

Dinding bladder mengecut dan mengembang untuk menyimpan air kencing dan mengecut untuk membuang air kencing. Bladder dewasa mampu menyimpan air kencing sebanyak dua cawan sehingga 2 jam.

Otot sphincter ialah otot yang membantu menahan air kencing daripada bocor. Urethra ialah tiub yang membuang air kencing. Otak memberi isyarat untuk otot bladder mengecut untuk membuang air kencing keluar daripada bladder.

Dalam masa yang sama, otak memberi isyarat kepada otot sphincter untuk berehat untuk membenarkan air kencing keluar daripada bladder dan ke urethra.

You might also like