You are on page 1of 1

LANGKAH 1: PENGHASILAN IDEA

Idea untuk penyelidikan diperolehi daripada pelbagai sumber. Mula dengan tempat kerja dan keadaan
sekiling anda.
Jika anda seorang guru, berbagai idea untuk kajian wujud dalam bilik darjah yang melibatkan dengan
ciri-ciri pelajar,
kaedah mengajar, ciri-ciri guru dan bahan pengajaran.
Jika anda seorang pengurus pendidikan, idea untuk penyelidikan wujud dalam tugas seharian
mentadbir sesuatu
organisasi pendidikan.
Jika anda seorang pelatih korporat, berbagai jenis idea wujud dalam bidang latihan yang melibatkan
pelajara dewasa,
bahan pengajaran serta sistem penyampaian maklumat.
Idea untuk penyelidikan juga wujud daripada isu-isu semasa seperti masalah gengster di sekolah,
ketagihan dadah di kalangan
remaja, minat pelajar terhadap persekolahan, masalah ponteng dan sebagainya. Bagaimana isu-isu ini
hendaklah dikaitkan
dengan teori dan kajian-kajian lampau yang berkaitan. Kajian-kajian yang dijalankan oleh penyelidik lain
dalan bidang juga
merupakan idea untuk penyelidikan. Anda boleh mereplikasi atau mengulang kajian-kajian mereka
dengan mengambil kira
keadaan tempatan dan menukar atau mengubah ariabel tertentu. !eori-teori yang kemukakan dalam
sesuatu bidang boleh
menjadi sumber penyelidikan untuk diuji dalam keadaan dan budaya tempatan.

You might also like