You are on page 1of 31

Tugasan Projek 1.

Melukis rajah yang berkaitan dengan bagaimana sesuatu bunyi dihasilkan juga
menerangkan perbezaan dan persamaan cara-cara bunyi tersebut terbentuk.Tugasan dilakukan secara berpasangan.

PENDAHULUAN Pengenalan Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri. Seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya untuk menguasai kemahiran bertutur bahasa Melayu dengan baik. Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang iaitu fonologi dan fonetik. Fonologi Fonologi adalah bidang untuk mengkaji sistem bunyi yang dituturkan atau diucapkan oleh manusia. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1986:61), bidang fonologi adalah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting dalam bahasa iaitu bunyi. Kamus Linguistik ( Harimurti Kridalaksana, 1984:61) pula menjelaskan ilmu fonologi merupakan bidang linguistik yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Abdullah Hassan (1993:40) menerangkan fonologi ialah ilmu mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu. Parker (1974:112) menjelaskan ilmu fonologi ialah ....sesuatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu yang berkaitan rumus-rumus atau peraturan yang menentukan sebutan.

Fonetik Bagi fonetik pula ialah bidang yang memperkatakan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan dalam saluran suara dikenali sebagai Fonetik Artikulasi, juga sifat gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara iaitu Fonetik Akustik, dan ilmu yang mengkaji berkenaan dengan pendengaran dan proses-proses yang tertentu yang wujud semasa telinga kita mendengar bunyi bahasa dikenali sebagai Fonetik Auditori. Menurut Arbak Othman (1983), fonetik ialah 1

bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diujar. Kamus Dewan (2005:354) menyatakan fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Marsono (1986:1) menyatakan ilmu fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa tanpa meneliti fungsi bunyi itu sebagai pembeza makna dalam sesuatu bahasa. Abdullah Hassan (1993:40) pula menjelaskan ilmu fonetik sebagai ilmu yang mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya.

Penghasilan bunyi bahasa dan alat artikulasi Udara merupakan sumber tenaga utama dalam penghasilan bunyi bahasa. Udara yang disedut ke dalam paru-paru dan dihembuskan keluar bersama-sama sewaktu kita bernafas. Udara yang di hembuskan itu kemudian mendapat halangan di berbagai-bagai tempat alat artikulasi dengan berbagai-bagai cara sehingga terjadilah bunyi-bunyi bahasa. Aliran udara juga di gunakan untuk mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi Alat-alat artikulasi atau disebut juga artikulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa terdiri daripada sepertimana rajah di bawah :

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

PENGHASILAN BUNYI-BUNYI VOKAL DAN KONSONAN BAHASA MELAYU Terdapat tiga golongan bunyi dalam bahasa Melayu iaitu vokal, konsonan dan diftong. Kumpulan pertama ialah bunyi yang di hasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi ini hanya di pengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi ini dikenali sebagai vokal. Konsonan pula terhasil apabila bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara di sekat atau di halang dan udara keluar melalui rongga mulut atau rongga hidung. Terdapat pula bunyi geluncuran iaitu bunyi yang bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain. Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong. Vokal

Bunyi vokal mempunyai mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Bunyi vokal dapat didengar lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi konsonan. Vokal terdiri daripada a, e, i, o, u dan . Dalam Bahasa Melayu vokal terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

i. Vokal Hadapan ii. Vokal Tengah iii. Vokal Belakang

Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal ialah lidah, sama ada bahagian depan lidah, tengah lidah atau belakang lidah. Sekiranya bahagian depan lidah ynag berperanan maka bunyi vokal yang di hasilkan ialah vokal depan. Bunyi vokal tengah pula dihasilkan sekiranya bahagian tengah lidah yang berperanan dan jika bahagian belakang lidah yang berperanan dalam penghasilan bunyi itu maka bunyi vokal tersebut ialah bunyi vokal belakang.

Rajah menunjukkan kedudukan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu.

Rajah kedudukan vokal diatas menunjukkan rajah kedudukan lidah mengikut bahagianbahagiannya. Bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan lidah, bahagian kanan 4

merupakan bahagian belakang lidah dan di bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Garisan melintang pula merupakan garis yang menunjukkan ketinggian lidah yang di naikkan. Bagi membunyikan bunyi vokal i dan u, contohnya, lidah di naikkan tinggi sekali. Bagi membunyikan vokal a, kedudukan lidah letakknya rendah sekali. Berdasarkan rajah di atas dapatlah dirumuskan: 1. Vokal hadapan : i) [i] vokal hadapan sempit.

ii) [e ] vokal hadapan separuh sempit. iii) [] vokal hadapan separuh luas. Contoh: ( dalam dialek Kelantan dan pinjaman daripada bahasa Inggeris. iv) [a ] vokal hadapan luas. 2. Vokal tengah: i) [ ] vokal tengah pendek.

ii) [ ] vokal tengah panjang. 3. Vokal belakang: i) [ u ] vokal belakang sempit.

ii) [ o ] vokal belakang separuh sempit. iii) [] vokal belakang separuh luas. Contoh: (terdapat dalam dialek Kelantan) Vokal [,, ] wujud dalam dialek ( bahasa daerah). Dalam sistem tulisan biasa, lambang ini tidak digunakan. Terdapat satu lagi vokal iaitu vokal yang dinasalkan atau sengauan. Ia terjadi melalui proses nasalisasi yang ditandakan dengan atas lambang vokal. Sebagai contoh, nyanyi [ ai ], udara tidak seratus peratus keluar melalui rongga mulut semasa kita menuturkannya, tetapi apabila [ ] disebutkan ada aliran udara melalui rongga hidung dan terjadilah sengauan. Vokal nasal banyak terdapat dalam dialek Kelantan, bahasa Acheh dan Perancis. Vokal nasal dalam dialek Kelantan dan bahasa Acheh misalnya, [a, i, e, u ] 5

( Sulaiman, 1970: 5 ).

Cara Penghasilan Vokal Semua vokal dalam bahasa Melayu bersuara, bermaksud pita suara bergetar dan aliran udara keluar tanpa sekatan. Berikut dihuraikan bagaimana atau cara bunyi vokal kardinal i, e, a,u,o dan dihasilkan oleh alat artikulasi. Vokal Hadapan 1. Vokal Hadapan Sempit ( Tinggi) [ i ]

1. Bibir dihamparkan. 2. Hadapan lidah dinaikkan tinggi ( setinggi mungkin ) ke arah gusi. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.

Di awal perkataan : ibu, ikan, ipar Di tengah perkataan : sila, kita, biru Di akhir perkataan : tali, beli, besi 6

Gambarajah : Rajah penghasilan vokal hadapan sempit [i]

2. Vokal Hadapan Separuh Sempit ( Separuh Tinggi ) [ e ]

1. Bibir dihamparkan separuh sempit. 2. Hadapan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Di awal perkataan : elok, ela,ekor Di tengah perkataan : sepet, berang, leper Di akhir perkataan : sate

3. Vokal Hadapan Separuh Luas ( Separuh Rendah ) []

1. Bibir dihampar separuh luas. 2. Hadapan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. 5. Contoh kehadiran bunyi , bunyi vokal ini dalam dialek Kelantan : Di awal perkataan : esok,ejek, edoh Di tengah perkataan : getek, pelek,beso Di akhir perkataan : ude, tule, gode

4. Vokal Hadapan Luas ( Rendah ) [ a ]

1. Bibir dalam keadaan hampar. 8

2. Hadapan lidah diturunkan serendah mungkin. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paruparu tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Di awal perkataan : adik, ajar, asuh, Di tengah perkataan : paku, satu, baju, Di akhir perkataan : bila, kita, rasa, Vokal Tengah 1. Vokal Tengah ( Pendek ) []

1. Keadaan bibir hampar 2. Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara.

Di awal perkataan : emak, enam, emas, Di tengah perkataan : kemas, penat, berat, Vokal ini hanya terdapat di awal dan di tengah perkataan sahaja.

Vokal Belakang 1. Vokal Belakang Sempit ( Tinggi ) [ u ] 9

1. Bibir dibundarkan. 2. Belakang lidah dinaikkan tinggi( setinggi mungkin) ke arah lelangit lembut. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru menggetarkan pita suara ke rongga mulut.

Di awal perkataan : ubi, unta, untuk, Di tengah perkataan : buka, kabur, gandum Di akhir perkataan : paku, bayu, labu,

2. Vokal Belakang Separuh Sempit ( Separuh Tinggi) [ o ]

1. Bibir dibundarkan

10

2. Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut menggetarkan pita suara. Di awal perkataan : obor, oren,oleh, Di tengah perkataan : boleh, tolong, Di akhir perkataan : solo

3. Vokal Belakang Separuh Luas ( Separuh Rendah) []

1. Bibir dibundarkan 2. Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. 5. Contoh ( dalam dialek Kelantan ) : Di awal perkataan : oloh, otok, ore, Di tengah perkataan : sudoh, pokok, boroh, Di akhir perkataan : bilo, kito, guwano, Vokal Sengau

11

Penyengauan atau nasalisasi merupakan artikulasi tambahan yang berlaku pengaruh daripada proses penyebutan bunyi perkataan yang mengandungi konsonan sengau yang diikuti oleh vokal. Semasa menyebut bunyi sengau, misalnya m, n, ny, ng seperti dalam perkataan malam, nasi, nyamuk, ngantuk pengaruh bunyi sengau m, n, ny dan ng merebak kepada bunyi vokal kerana rongga hidung tidak sempat ditutup sepenuhnya semasa menyabut bunyi vokal dalam perkataan tersebut. Biasanya vokal-vokal sengauan ini hadir dalam keadaan berikut : 1. Sebelumnya terdapat konsonan sengauan. Contohnya :

[ mama ] [ minum ] 2. Kedua-dua vokal dalam susunan perkataan KVKV atau KVKVK. Dalam struktur ini, konsonan yang pertamanya adalah separuh vokal atau geseran glotis [ h ]. Contoh :

[ awa ] [ m hu ] 3. Kedua-dua vokal yang menuruti konsonan sengauan dalam susunan KVVK. Contoh :

[mal]

[mak]

4. Kedua-dua vokal yang mengikuti konsonan sengauan dalam susunan KVKVV. Contoh :

[ duniya ] [ m n ua i ]

5. Vokal bagi perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang menuruti geseran rongga tekak [ ] dalam tulisan jawi dilambangkan oleh [ E ]. Contoh : [ saat ] [ m n fa t ] 12

Diftong Gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal yang disebut secara berterusan tanpa ada segmen dan bunyi yang bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain. Terdapat tiga diftong dalam bahasa Melayu iaitu, [ ai, oi, au ].

Diftong yang pertama iaitu ai, berlaku apabila bahagian hadapan lidah pada mulanya berada pada kedudukan untuk vokal [ a ], kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [ i ] tetapi tidak setinggi membunyikan vokal [ i ]. Contohnya, cuai, gulai, salai. Diftong yang kedua ialah au, hadapan lidah berada pada kedudukan untuk vokal [ a ], kemudian bergerak kepada kedudukan vokal [ u ], bibir yang dihamparkan kemudian dibundarkan. Contohnya, garau, surau, silau. Yang ketiga ialah diftong oi. Semasa dihasilkan, lidah berada pada kedudukan vokal [ o ] dan kemudian bergerak kepada vokal [ i ]. Bibir yang mula-mula dibundarkan tetapi kemudian berkeadaan hampar. Contohnya, amboi, sepoi, dodoi. Konsonan Konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal. Bunyi konsonan bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat gangguan atau halangan (hambatan) oleh alat artikulasi. Konsonan boleh terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara ialah konsonan yang semasa penghasilannya pita suara digetarkan oleh arus udara yang keluar dari paru-paru dan konsonan tidak bersuara pula adalah konsonan yang dihasilkan tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus udara . Konsonan dalam Bahasa Melayu terdiri daripada dua golongan iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman.

13

Menurut Yunus Maris, terdapat sebanyak 19 konsonan asli dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara, dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara, satu konsonan hentian glotis, dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara, dua konsonan geseran tidak bersuara iaitu geseran gusi tidak bersuara dan geseran glotis bersuara, satu konsonan getaran bersuara, satu konsonan sisian bersuara, empat konsonan sengau bersuara, dua konsonan separuh vokal bersuara iaitu satu separuh vokal dua bibir bersuara dan satu separuh vokal lelangit keras bersuara dan terdapat lapan konsonan pinjaman.

Cara Penghasilan Konsonan Konsonan Letupan 1. Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [ p ]

1. Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara dari paru-paru yang keluar ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak bagi menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat sepenuhnya pada bibir kemudian dilepaskan serta-merta.

Di awal perkataan : pokok, pukul, panjat, Di tengah perkataan : lepas, dapur, sepak, 14

Di akhir perkataan : atap, dakap, sedap,

2. Letupan Dua Bibir Bersuara [ b ]

Konsonan letupan [b] dan [p] 1. Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya seketika pada bibir mulut kemudian udara dilepaskan dengan serta merta. Di awal perkataan : buku, batu, budak, Di tengah perkataan : tiba, tubuh, tabur, Di akhir perkataan : sebab, kitab, adab

3. Letupan Gusi Tidak Bersuara [ t ]

1. Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

15

2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

3. Udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, kemudian tersekat pada bahagian gisi. Udara kemudiannya dilepaskan dengan serta merta. Di awal perkataan : tahu, tarik, tolong, Di tengah perkataan : satu, datuk, putus, Di akhir perkataan : sebut, lembut, patut, 4. Letupan Gusi Bersuara[ d ]

Konsonan letupan [d] dan [t] 1. Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar dengan mengetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya pada gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan serta merta.

Di awal perkataan : duka, dapur, dalam

16

Di tengah perkataan : duduk, sidang, padang Di akhir perkataan : tekad, maksud, abad

5. Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [ k ] 1. Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat pada bahagian lelangit lembut, kemudian dilepaskan dengan serta merta.

Di awal perkataan : kita, kami, kucing Di tengah perkataan : sukan, syukur, sakat Di akhir perkataan : badak, pekak, dekak 6. Letupan Lelangit Lembut Bersuara [ g ]

Konsonan letupan [k] dan [g] 1. Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru.

17

2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapay keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat pada bahagian lelangit lembut. Udara tersebut kemudiannya di lepaskan dengan serta merta.

Di awal perkataan : gila, gayung, gambir Di tengah perkataan : syurga, agar, agih Di akhir perkataan : epilog, dialog, blog 7. Letupan Lelangit Keras- Gusi Tidak Bersuara [ ] 1. Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersebut tersekat seketika pada bahagian lelangit keras-gusi. Kemudian udara tersebut dilepaskan dengan perlahan(bukan dengan cepat atau dengan serta merta).

Di awal perkataan : cuti, curi, cili Di tengah perkataan : banci, benci, kuaci Di akhir perkataan : mac, koc 8. Letupan Lelangit Keras Gusi Bersuara [ ]

18

Konsonan letupan [j] 1. Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras- gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk menyekat udara daripada memasuki rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar kerongga mulut dengan menggetarkan pita suara dan tersekat pada daerah lelangit keras gusi. Udara dilepaskan perlahan ( bukan dilepaskan dengan cepat atau serta merta ).

Di awal perkataan : juga, jambu, jampi Di tengah perkataan : bujang, hujan, tajam Di akhir perkataan : kolaj, kolej, imej

9. Hentian Glotis [

19

1. Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar dan tersekat serta terhenti pada bahagian glotis dan tidak dilepaskan.

Di awal perkataan : ibu, ikan, ada Di tengah perkataan : saat, jumaat Di akhir perkataan : ana, golo, tida Konsonan Geseran 1. Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ]

Konsonan geseran [s]

20

1. Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak bagi menyekat udara daripada keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi. Pita suara tidak digetarkan.

Di awal perkataan : sama, sapu, samar Di tengah perkataan : dasar, pasar, kasar Di akhir perkataan : beras, bilis, hiris

2. Geseran Glotis Bersuara [ h ]

Konsonan geseran [h] 1. Pita suara direnggangkan untuk membuat sempitan pada glotis. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung. 3. Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glotis. Pita suara digetarkan. Di awal perkataan : harap, hangus, hampir Di tengah perkataan : pihak, sihat, tahap

21

Di akhir perkataan : letih, lebih, kasih Konsonan Getaran 1. Getaran Gusi Bersuara [ r ]

Konsonan getaran [r] 1. Hujung lidah dikenakan pada gusi. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah dan pita suara digetarkan.

Di awal perkataan : rata, ralat, ramai Di tengah perkataan : keras, garas, karut Di akhir perkataan : lebar, edar, dadar Konsonan Sisian 1. Sisian Gusi Bersuara [ l ]

22

Konsonan sisian [l] 1. Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut, tetapi hanya dapat keluar melalui sisian atau tepian.

Di awal perkataan : laba, lama, lampu Di tengah perkataan : bulat, pelat, kilat Di akhir perkataan : pukal, bekal, basikal Konsonan Sengauan ( Nasal ) 1. Sengauan Dua Bibir Bersuara [ m ]

23

Konsonan sengauan [m] 1. Bibir bawah dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan supaya udara dapat memasuki rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru memasuki rongga mulut dan keluar melalui rongga hidung. Bibir mulut dibuka dan pita suara digetarkan.

Di awal perkataan : masam, malam, mula Di tengah perkataan : lima, nama, timun Di akhir perkataan : geram, salam, tilam

2. Sengauan Gusi Bersuara [ n ]

Konsonan sengauan [n] 1. Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung.

24

3. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. Di awal perkataan : naga, nama, nombor Di tengah perkataan : kenanga, kenal, lunak Di akhir perkataan : simpan, sampan, lapan 3. Sengauan Lelangit Keras [ ]

Konsonan sengauan [ ] 1. Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit mulut dan anak tekak diturunkan dengan membuka rongga hidung supaya udara dari paru-paru dapat keluar dari rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit keras-gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. Contohnya :

Di awal perkataan : nyamuk, nyaman, nyakat Di tengah perkataan : minyak, banyak, lanyak

4. Sengauan Lelangit Lembut Bersuara [ ] 25

Konsonan sengauan [] 1. Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan sehingga membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar dari paru-paru ke rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung. Contoh penghasilan bunyinya adalah seperti berikut :

Di awal perkataan : ngarut, ngaji, nganga Di tengah perkataan : bangga, bangkai, bingkai Di akhir perkataan : petang, tuang, tunang

5. Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [ w ]

26

Konsonan separuh vokal [w] 1. Belakang lidah di angkat ke arah lelangit lembut, tetapi tidak menyentuh lelangit lembut (sama seperti kedudukan lidah untuk membunyikan vokal belakang [u] ). 2. Udara keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara. Semasa menghasilkan bunyi vokal [u], lidah dengan pantas berubah ke kedudukan (posisi) untuk menghasilkan vokal tengah [e]. Contohnya :

Di awal perkataan : wang, wangi,wanita Di tengah perkataan : awan, lawan, lawak Di akhir perkataan : sepak takraw 6. Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [ j ]

Konsonan separuh vokal [j] 1. Depan lidah dinaikkan ke arah gusi seperti hendak menghasilkan bunyi vokal [ i ], kemudian semasa menghasilkan bunyi itu kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal tengah [ e ]. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara.

27

Di awal perkataan : yatim, yakin, yuran Di tengah perkataan :dayang, bayang, sayang Konsonan Pinjaman Konsonan pinjaman bukan berasal daripada bahasa Melayu tetapi dipinjam daripada bahasa lain, seperti bahasa Arab, Inggeris, Sanskrit dan sebagainya. Ada yang bunyi asalnya terus digunakan dalam banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi itu ialah bunyi-bunyi geseran. 1. Geseran Bibir- Gigi Tidak Bersuara [ f ]

1. Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggeser melalui ruang yang sempit.

2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah bibir-gigi. Pita suara tidak digetarkan. Di awal perkataan : faham, fikir, fitnah Di tengah perkataan : sifir, sifar, sifat Di akhir perkataan : alif, huruf, maaf 2. Geseran Bibir-gigi Tidak Bersuara [v]

28

Konsonan pijaman [f] dan [v] 1. Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggeser melalui sempitan. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah bibir-gigi. Pita suara digetarkan.

Di awal perkataan : vokal, varnis, variasi Di tengah perkataan : universiti, novel

3. Geseran Gusi Bersuara [z]

Konsonan pinjaman [z] 29

1. Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak bagi menyekat udara daripada keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi. Pita suara digetarkan. Di awal perkataan : zink, zaman, zakat Di tengah perkataan : muzium, muzik Di akhir perkataan : lafaz, kuiz

4. Geseran gusi lelangit keras [s]

Konsonan pinjaman [s] 1. Lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkan ke lelangit keras. 2. Pita suara tidak bergetar. Di awal perkataan : syukur, syamil, syahadah Di tengah perkataan : misal, mesyuarat

30

PERBEZAAN DI ANTARA FONEM DAN ALOFON DALAM SISTEM FONOLOGI BAHASA MELAYU Pengenalan Bidang fonemik ialah bidang linguistik yang membincangkan tentang hal yang berkaitan dengan sistem atau fungsi bunyi bahasa. Dalam bidang ini, bunyi-bunyi bahasa akan di analisis dan menentukan taraf sesuatu bunyi itu sama ada bunyi itu distingtif (membezakan makna) atau tidak distingtif. Jika buny itu bertaraf distingtif iaitu membezakan makna, maka bunyi itu bertaraf fonem. Jika bunyi itu tidak distingtif dan tidak membezakan makna maka bunyi itu dianggap alofon. Fonem Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi dan dapat membezakan makna. Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan. Misalnya, pasangan minimal pedang dengan sedang. Dalam pasangan minimal perkataan pedang dengan sedang itu terdapat bunyi yang berbeza (distingtif) iaitu bunyi / p / dan / s /. Oleh sebab perkataan pedang berbeza makna dengan perkataan sedang (walaupun dari segi bunyinya hampir sama), maka dikatakan bahawa bunyi / p / dan / s / adalah bunyi yang distingtif yang membezakan makna. Oleh itu, bunyi / p / dan / s / adalah bertaraf fonem yang berbeza. Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan / /.

31

You might also like