You are on page 1of 3

ANALISIS KOMPONEN MAKNA PERKATAAN“MULUT”

Semantik atau kajian makna adalah suatu bidang yang luas iaitu, mencakupi
kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa serta masalah dalam bidang psikologi,
falsafah dan antropologi. Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan
semantik berasal daripada bahasa Greek iaitu, “semantikos” yang memberi maksud
“erti yang penting”. Merujuk kepada Kamus Dewan (2015), Semantik bermaksud
kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Seterusnya,
Tarigan (1985:9) dalam Laman Web BTM16UKM mendefinisikan kata semantik
berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani iaitu “semantickos” yang bermaksud
“penting” atau “bererti”.

Istilah semantik agak baharu digunakan jika dibandingkan dengan istilah dalam
bidang ilmu yang lain di mana istilah semantik mula digunakan pada akhir abad ke-19.
Menurut Akmajian et al. (1995:222) dalam Shila Daly (2015) pula menyatakan dalam
bidang linguistik, semantik ialah kajian tentang makna dalam bahasa. Semantik
berkaitan dengan kajian tentang unit linguistik dan prinsip serta gabungannya. Dalam
bidang logik, semantik dianggap sebagai kajian tentang rujukan linguistik atau
denotasi dan syarat kebenaran. Kajian semantik boleh dimulakan pada aras kata atau
pada aras yang lebih tinggi iaitu aras ayat yang terbina daripada gabungan beberapa
frasa atau klausa. Teori analisis makna adalah salah satu teori di bawah bidang
semantik.

Teori Analisis Komponen Makna merupakan teori yang diasaskan oleh Katz dan
Fodor dan diperluas oleh Jackson (1988) serta John Lyons (1995). Teori ini
menghuraikan kata-kata yang mempunyai hubungan makna antara satu sama lain dan
hubungan ini dikenali sebagai struktur leksikal. Teori yang diasaskan oleh Katz dan
Fodor ini merupakan usaha pertama dalam menerapkan kaedah analisis komponen
makna ke dalam kerangka tatabahasa transformasi. Menurut John Lyons (1981) dalam
Abdullah Yusof et al. (2009), motivasi secara teori bagi analisis komponen
menyediakan cara yang sistematik, berprinsip dan ekonomik kepada para ahli bahasa
untuk memerihalkan sesuatu hubungan makna yang didukung oleh leksem dalam
sesuatu bahasa dan dengan satu andaian iaitu komponen-komponen ini bersifat
universal dan merentas pelbagai bahasa.

1
Analisis komponen makna ditandai dengan fitur-fitur + ataupun -. Tanda tersebut
diperlukan kerana ianya mempunyai pengertian khusus dalam memberikan makna.
Tanda + membawa maksud fitur tersebut adalah wujud pada perkataan yang dianalisis
maknanya manakala tanda - bermaksud perkataan tersebut tidak wujud bagi fitur
tersebut. Analisis komponen makna dikatakan antara kaedah yang terbaik untuk
menganalisis makna-makna sesuatu perkataan sehingga makna pertentangannya
paling minimum. Sebagai contoh, sekiranya diberikan suatu analisis komponen
terhadap elemen bernyawa, fana dan berakal, kita dapat membezakan manusia,
tumbuhan dan haiwan dengan logik akal. Contoh analisis komponen dapat dilihat
seperti berikut:

Manusia = (+) bernyawa --- (+) fana --- (+) berakal

Tumbuhan = (+) bernyawa --- (+) fana --- (-) berakal

Haiwan = (+) bernyawa --- (+) fana --- (-) berakal

Logikal berbahasa, komponen bernyawa, fana dan berakal adalah paling logik
dirujukkan kepada perkataan manusia dan bukan tumbuhan atau haiwan. Hal ini
demikian kerana, hanya manusia yang memenuhi komponen bernyawa, fana dan
berakal. Bagi tumbuhan dan haiwan, ia tidak memiliki akal sebagaimana yang
dimiliki oleh manusia. Seorang ahli semantik bernama Tarski telah mengemukakan
suatu teori logikal pada tahun 1993 di mana beliau telah membina satu skema rumus
yang memastikan sesuatu pernyataan itu adalah logik dan benar sekiranya memenuhi
suatu syarat yang tertentu. Sebagai contoh:

X benar jika dan hanya jika Y

Salji itu putih jika dan hanya jika salji itu putih

Abdullah Yusof, Adenan Ayob dan Mohd Ra’in Shaari melalui kajiannya yang
bertajuk “Analisis Komponen Makna Perkataan Makan” menyatakan bahawa
perkataan “makan” terbahagi kepada sebelas konteks, iaitu konteks perbuatan dan
kesan, konteks pengalaman, benda, tempat, makanan, peribahasa, unsur negatif, nilai
dan wang, perasaan, pujukan, pujian, nasihat dan konteks waktu. Abdullah Yusof et al.
Turut mengelaskan simpulan bahasa dan peribahasa berpandukan perkataan makan
dan mengklasifikasikannya dengan beberapa cara iaitu melalui makna, kelompok kata
dan unsur-unsur alam.

Sorotan kajian lepas yang dinyatakan oleh penulis di atas sememangnya relevan
dengan tajuk kajian oleh pengkaji. Penulisan kajian-kajian lepas sememangnya memberi
panduan kepada pengkaji untuk meneruskan kajian terhadap “Analisis Komponen Makna
Perkataan Mulut” dan mencari kelainan agar pengolahan penulisan menjadi lebih
menarik.

You might also like