You are on page 1of 13

KELAS BAHASA TEKNIK

MENGHURAIKAN
MELAYU CIKGU KARANGAN

HANNANI
Bagaimanakah kita hendak menghuraikan isi
karangan?
M-Mengapa?

B- Bagaimana?

K- Kesan
TAJUK: Faedah Bersukan

isi
M-Mengapa?
Isi 1:
Bersukan
dapat B- Bagaimana?
menyihatkan
badan.

K- Kesan
Bersukan dapat menyihatkan badan.

• M : kerana apabila kita bersukan, badan akan


mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak
dalam tubuh kita
• B : kita boleh bersukan dengan cara berbasikal,
bermain badminton atau sekadar berjoging.
• K : kesannya badan kita akan menjadi sihat dan cergas
serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.
Bagaimanakan hendak membina satu
perenggan isi yang mantap?

• Ayat topik : 1 ayat (bermaksud isi yang kita


maksudkan kita)
• Ayat huraian: boleh lebih daripada 1 ayat, lebih
banyak hurai lebih panjang karangan.
• Ayat contoh : boleh lebih daripada 1 ayat
• Ayat penegas : 1 ayat (menunjukkan yakin dengan
perenggan, awak boleh tambah peribahasa atau kata-
kata hikmat. Karangan lebih mantap!
Sambungkan semua huraian isi dengan
gramatis menggunakan penanda wacana
yang sesuai.

• Hal ini demikian kerana,


• Sebagai contoh, (jika kamu ada contoh), Contohnya
• Jelaslah Bahasa, tegasnya, Jelas terbukti (Penegasan)
Isi (ayat topik=ayat isi)

Salah satu daripada faedah bersukan ialah


kita dapat menyihatkan tubuh badan.

• Ayat huraian :

Hal ini demikian kerana, apabila kita bersukan, badan


akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran
lemak dalam tubuh.
Ayat huraian:
Kesannya badan kita akan menjadi sihat
dan cergas serta tidak berasa lesu ketika
belajar di dalam kelas.

• Ayat contoh :

Sebagai contoh, kita boleh bersukan dengan cara


berbasikal, bermain badminton atau sekadar berjoging
sahaja untuk mengeluarkan peluh.
Ayat penegas :

Jelaslah bahawa, tubuh badan kita akan sihat jika kita


rajin melakukan aktiviti sukan.
Salah satu daripada faedah bersukan ialah kita dapat
menyihatkan tubuh badan. Hal ini demikan kerana, apabila kita
bersukan, badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku
pembakaran lemak dalam tubuh kita. Sebagai contoh, kita
boleh bersukan dengan cara berbasikal, bermain badminton
atau sekadar berjoging sahaja untuk mengeluarkan peluh.
Kesannya, badan kita akan menjadi sihat dan cergas serta tidak
berasa lesu ketika belajar di dalam kelas. Jelaslah bahawa,
tubuh badan kita akan sihat jika kita rajin melakukan aktiviti
sukan.

74 patah perkataan darab 3 isi = 222 patah perkataan belum


tambah pendahuluan dan penutup. Boleh tambah peribahasa
dan sebagainya . Terhasil lah karangan yang cemerlang!
LATIHAN
• Huraikan isi berikut:

Bersukan juga merupakan aktiviti mengisi


masa lapang secara bermanfaat.
SEKIAN,TERIMA
KASIH

You might also like