You are on page 1of 17

PROGRAM MENGGILAP PERMATA 2.

0 2017 DTP PPD DARO


NEAR MISS LULUS BAHASA MELAYU SPM

KAEDAH ULANG, RUJUK DAN TAMBAH (URT)

Proses Ulang , Rujuk dan Tambah wujud dalam perenggan karangan.


Perhatikan proses Ulang, Rujuk dan Tambah dalam perenggan isi di bawah ini.

“Faedah Bersukan” – menyihatkan badan

(Ayat Topik) Selain itu, faedah bersukan juga ialah aktiviti ini dapat
menyihatkan badan. (Ayat Huraian 1) Aktiviti ini dapat menyihatkan badan kerana
badan kita akan berpeluh semasa bersukan. (Ayat Huraian 2) Peluh ini mengeluarkan
toksin daripada badan kita. (Ayat Huraian 3) Toksin mengandungi bahan berbahaya
yang tidak diperlukan oleh badan seperti urea dan garam mineral. (Ayat Huraian 4)
Bahan-bahan ini boleh mengundang pelbagai penyakit sekiranya berada dalam kuantiti
yang banyak di dalam badan. (Ayat Penegasan/Kesimpulan Kecil) Oleh itu, nyatalah
bahawa aktiviti bersukan sangat berfaedah untuk menyihatkan badan kita kerana
kesihatan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Perincian Kaedah Ulang, Rujuk dan Tambah dalam perenggan isi yang diberikan ini.

Ayat Topik Faedah bersukan perulangan kata kunci soalan


(AT) Aktiviti ini rujukan untuk bersukan
menyihatkan badan Isi atau idea utama yang
ditambah sebagai maklumat
baharu
Ayat Huraian 1 Aktiviti ini dapat menyihatkan rujukan dan perulangan untuk
(AH1) badan bersukan dan menyihatkan
badan dalam AT
berpeluh ditambah sebagai maklumat
baharu
Ayat Huraian 2 Peluh ini diulang dan dirujuk daripada
(AH2) AH1
toksin Maklumat baharu ditambah
Ayat Huraian 3 Toksin diulang daripada AH2
(AH3) bahan berbahaya ditambah sebagai maklumat
baharu
urea dan garam mineral ditambah sebagai contoh
Ayat Huraian 4 Bahan-bahan ini rujukan untuk urea dan garam
(AH4) mineral
Ayat Bersukan, berfaedah dan perulangan kata kunci soalan
Penegasan/Kesimpulan menyihatkan badan dan isi atau idea utama dari
Kecil AT
(AP) kesihatan tidak dapat dibeli ditambah ungkapan menarik
dengan wang ringgit

1
AKTIVITI 1
Lengkapkan ayat huraian 5 (AH5) dengan cara mengulang atau merujuk maklumat yang
terdapat dalam AH4 dan menambah satu maklumat baharu agar ayat itu bermakna.

(AT) Selain itu, faedah bersukan juga ialah aktiviti ini dapat menyihatkan badan.
(AH1) Aktiviti ini dapat menyihatkan badan kerana badan kita akan berpeluh semasa
bersukan. (AH2) Peluh ini mengeluarkan toksin daripada badan kita. (AH3) Toksin
mengandungi bahan berbahaya yang tidak diperlukan oleh badan seperti urea dan garam
mineral. (AH4) Bahan-bahan ini boleh mengundang pelbagai penyakit sekiranya berada
dalam kuantiti yang banyak di dalam badan.
(AH5)_____________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_(AP) Oleh itu, nyatalah bahawa aktiviti bersukan sangat berfaedah untuk menyihatkan
badan kita kerana kesihatan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

( ______ patah perkataan)

AKTIVITI 2
Salin ayat huraian 5 (AH5) yang telah dihasilkan dalam Aktiviti 1, kemudian lengkapkan
ayat huraian 6 (AH6) dengan cara mengulang atau merujuk maklumat yang ditambah dalam
AH5 dan menambah satu maklumat baharu agar ayat itu bermakna.

(AT) Selain itu, faedah bersukan juga ialah aktiviti ini dapat menyihatkan badan.
(AH1) Aktiviti ini dapat menyihatkan badan kerana badan kita akan berpeluh semasa
bersukan. (AH2) Peluh ini mengeluarkan toksin daripada badan kita. (AH3) Toksin
mengandungi bahan berbahaya yang tidak diperlukan oleh badan seperti urea dan garam
mineral. (AH4) Bahan-bahan ini boleh mengundang pelbagai penyakit sekiranya berada
dalam kuantiti yang banyak di dalam badan.
(AH5)_____________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_
(AH6)_____________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______(AP) Oleh itu, nyatalah bahawa aktiviti bersukan sangat berfaedah untuk
menyihatkan badan kita kerana kesihatan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

( ______ patah perkataan)

AKTIVITI 3
Kenal pasti kata atau rangkai kata yangg diulang atau dirujuk, serta maklumat yang
ditambah dalam setiap ayat dalam perenggan isi di bawah.

i) “Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat:” –makan makanan berkhasiat

(AT) Cara mengamalkan gaya hidup sihat adalah dengan makan makanan yang
berkhasiat. (AH1) Tabiat makan makanan yang berkhasiat dapat memastikan tubuh badan

2
kita sentiasa mendapat zat makanan yang cukup. (AH2) Sebagai contoh, untuk
memastikan seseorang itu mendapat zat makanan yang cukup, kita perlulah mengambil
lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dan mengurangkan pengambilan makanan
berlemak, makanan manis dan makanan bergaram. (AH3) Dengan mengamalkan cara ini,
sudah pastilah kita mendapat zat yang seimbang seperti yang terdapat dalam piramid
makanan. (AP) Dengan ini, ternyatalah bahawa amalan makan makanan berkhasiat ialah
cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

(ii) “Peranan Ibu bapa untuk Membantu Anak-anak Menghadapi Peperiksaan”


– menyediakan keperluan untuk anak-anak belajar

(AT) Peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak
mereka menghadapi peperiksaan ialah ibu bapa perlu menyediakan keperluan untuk
anak-anak mereka belajar di rumah. (AH1) Dengan menyediakan keperluan untuk anak-
anak mereka belajar di rumah, sudah pastilah anak-anak akan dapat belajar dengan
selesa. (AH2) Sebagai contoh, anak-anak dapat belajar dengan selesa sekiranya ibu bapa
menyediakan bilik atau ruang untuk belajar dan buku-buku rujukan untuk anak-anak
mereka. (AH3) Kemudahan yang disediakan ini dapat menjadi perangsang kepada anak-
anak untuk belajar. (AP) Oleh itu, ibu bapa perlu menyediakan keperluan untuk anak-
anak mereka belajar di rumah agar anak-anak lebih bersedia untuk menduduki
peperiksaan.

(iii) “Faedah Kegiatan Kokurikulum” – memupuk nilai-nilai murni

(AT) Faedah Kegiatan Kokurikulum kepada pelajar di sekolah ialah kegiatan


ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. (AH1) Nilai-nilai murni
dalam kalangan pelajar ini dapat dipupuk dengan adanya aktiviti kokurikulum seperti
bersukan, berkawad dan berkhemah. (AH2) Sebagai contoh, aktiviti kawad kaki yang
terdapat dalam pasukan beruniform dapat membentuk nilai kerjasama dan nilai
kepimpinan dalam kalangan pelajar. (AP) Oleh itu, nyatalah bahawa aktiviti kokurikulum
dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.

KAEDAH: ULANG
Cara mudah untuk memulakan ayat baharu dalam perenggan karangan adalah dengan
mengulang kata atau rangkai kata daripada ayat sebelum.

Contoh:
1. “Cara Memupuk Minat Membaca”

Cara memupuk minat membaca ialah kanak-kanak perlu didedahkan


dengan pelbagai bahan bacaan. Bahan bacaan ini mestilah menarik seperti buku
yang mempunyai warna dan ilustrasi yang menarik. Dengan membaca buku yang
mempunyai warna dan ilustrasi yang menarik, sudah tentulah minat membaca
dalam kalangann kanak-kanak dapat dipupuk.

2. “Cara Menjaga Kesihatan”

Kita boleh melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu


sebagai cara untuk menjaga kesihatan. Aktiviti senaman ini dapat menjadikan

3
badan kita lebih bertenaga dan cergas. Dengan memiliki tenaga dan kecergasan,
seseorang itu dapat menjalani kehidupan harian dengan lebih ceria dan
bermakna.

AKTIVITI 4
Lengkapkan tempat-tempat kosong di bawah dengan cara mengulang perkataan atau
rangkai kata bergaris daripada ayat sebelum.

(i) “Kebaikan Mempelajari Seni Mempertahankan Diri”

Kebaikan mempelajari seni mempertahankan diri ialah seni ini dapat membentuk
sahsiah diri. ______________________________ dapat dibentuk kerana latihan dlam seni
mempertahankan diri memerlukan tahap disiplin yang tinggi. Dengan adanya
____________________________ , sudah tentulah seseorang itu akan mempunyai sahsiah
diri yang baik seperti berakhlak mulia dan mematuhi peraturan.

(ii) “Sebab-sebab Bangunan Bersejarah perlu Dikekalkan”

Bangunan bersejarah perlu dikekalkan kerana bangunan ini mempunyai nilai seni yang
unik. ________________________ ini dapat dilihat pada kehalusan dan reka bentuk
bangunan ini. _______________________________ melambangkan ciri-ciri budaya
bangsa yang terdapat di negara kita. _______________________ ini dapat menarik
pelancong ke negara kita.

(iii) “Usaha Mencegah Penyakit Demam Denggi”

Peranan setiap individu juga penting dalam usaha mencegah penyakit demam
denggi ini. __________________________ haruslah melindungi diri daripada menjadi
mangsa gigitan nyamuk aedes. Untuk mengelakkan
_______________________________________, seseorang itu perlulah menggunakan bahan
penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu.
______________________________ ini dapat dibeli dari kedai, farmasi atau di pasar raya.

KAEDAH: RUJUK
Perulangan kata atau rangkai kata yang terlalu kerap untuk memulakan ayat baharu akan
menimbulkan kebosanan pembaca. Oleh itu, penggunaan rujukan … ini, …itu, sana, situ, dia
beliau dan mereka digunakan untuk mengelakkan perulangan yang terlalu kerap.

Contoh:
1. Ibu memasak ketupat dan rendang. Ketupat dan rendang untuk tetamu.

- Ibu memasak ketupat dan rendang. Makanan itu untuk tetamu.

2. Kemalangan jalan raya kerap berlaku. Kemalangan jalan raya disebabkan oleh sikap
para pemandu sendiri. Para pemandu kerap kali melanggar peraturan jalan raya

- Kemalangan jalan raya kerap berlaku. Kejadian ini disebabkan oleh sikap para
pemandu sendiri. Mereka kerap kali melanggar peraturan jalan raya

4
AKTIVITI 5
Lengkapkan tempat-tempat kosong di bawah dengan rujukan yang sesuai.

(i) Pada minggu lepas, Khairul, Kartina dan Chin Meng pergi ke Pulau Pinang.
Khairul, Kartina dan Chin Meng pergi ke Pulau Pinang dengan menaiki kereta.

- Pada minggu lepas, Khairul, Kartina dan Chin Meng pergi ke Pulau Pinang.
______________pergi ke _________________Pulau Pinang dengan menaiki
kereta.

(ii) Sebagai pelajar yang akan menduduki peperiksaan yang penting pada hujung tahun ini,
pelajar tidak sepatutnya keluar rumah sehingga lewat malam. Keluar rumah
sehingga lewat malam akan merugikan pelajar sendiri.

- Sebagai pelajar yang akan menduduki peperiksaan yang penting pada hujung
tahun ini, ____________ tidak sepatutnya keluar rumah sehingga lewat malam.
______________________________akan merugikan _____________sendiri.

AKTIVITI 6
Lengkapkan tempat-tempat kosong di bawah dengan rujukan yang sesuai dengan
berpandukan perkataan atau rangkai kata bergaris dalam ayat sebelum.

(i) Langkah mengatasi masalah pencemaran sungai adalah melalui penguatkuasaan


undang-undang. _________________________ dapat memastikan masyarakat tidak
mencemarkan sungai sewenang-wenangnya.

(ii) Dengan adanya keluarga yang bahagia, seseorang itu dapat hidup dengan tenang tanpa
ada perselisihan faham. Sekiranya ada perselisihan faham,
_________________________ akan diselesaikan dengan segera.

(iii) Amalan kitar semula dapat menjamin kebersihan kawasan persekitaran.


_____________________________ akan mewujudkan suasana kehidupan yang
selesa dan tenang. ________________________________ dapat memastikan rakyat
hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera.

KAEDAH: GANTI
Selain Ulang dan Rujuk, kaedah Ganti juga dapat digunakan untuk memulakan ayat-ayat
baharu dalam perenggan karangan. Kaedah ganti ini sesuai untuk menggantikan perbuatan
atau frasa kerja yang terdapat dalam ayat sebelum. Oleh itu, perbuatan atau frasa kerja yang
terdapat dalam ayat (yang biasanya opanjang dan tidak sesuai diulang) hanya digantikan
dengan berbuat demikian atau berbuat begitu dalam ayat yang berikutnya.

Nota: Rangkai kata berbuat demikian dan berbuat begitu membawa maksud yang sama. Oleh
itu, kedua-dua rangkai kata tersebut boleh digunakan secara bertukar ganti untuk
menggantikan perbuatan atau frasa kerja dalam ayat sebelum.

Contoh:
1. Untuk mengurangkan masalah kewangan keluarga, saya akan menyimpan lebihan
wang wang saku yang diberikan oleh ibu bapa saya ke dalam tabung simpanan saya.

5
Apabila saya menyimpan lebihan wang saku yang diberikan oleh ibu bapa saya ke
dalam tabung simpanan saya, sudah tentulah saya dapat menggunakan wang yang
saya simpan itu sekiranya ibu bapa saya mengalami masalah kewangan.

- Untuk mengurangkan masalah kewangan keluarga, saya akan menyimpan


lebihan wang wang saku yang diberikan oleh ibu bapa saya ke dalam tabung
simpanan saya. Apabila saya berbuat demikian, sudah tentulah saya dapat
menggunakan wang yang saya simpan itu sekiranya ibu bapa saya mengalami
masalah kewangan.

2. Langkah pencegahan yang dapat dilakukan di sekolah adalah dengan mengadakan


aktiviti gotong-royong untuk membersihkan persekitaran sekolah. Dengan
mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan persekitaran sekolah,
sudah pastilah tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes di sekolah dapat dimusnahkan.

- Langkah pencegahan yang dapat dilakukan di sekolah adalah dengan


mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan persekitaran sekolah.
Dengan berbuat begitu, sudah pastilah tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes
di sekolah dapat dimusnahkan.

AKTIVITI 7
Lengkapkan tempat kosong dengan cara menggantikan kata dan frasa yang berhuruf
condong dengan berbuat demikian atau berbuat begitu.

1. Terdapat pengusaha kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai. Mereka
membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai kerana mahu mengambil jalan mudah.

- Terdapat pengusaha kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai. Mereka
________________________kerana mahu mengambil jalan mudah.

2. Untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak, ibu bapa harus
membawa anak-anak mereka ke pameran buku. Dengan membawa anak-anak ke
pameran buku, sudah pastilah anak-anak akan berminat untuk membeli buku-buku
yang dijual di situ.

- Untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak, ibu bapa harus
membawa anak-anak mereka ke pameran buku. Dengan
____________________________, sudah pastilah anak-anak akan berminat untuk
membeli buku-buku yang dijual di situ.

KAEDAH: TAMBAH
Kaedah Ulang, Rujuk dan Ganti digunakan untuk memulakan ayat-ayat dalam perenggan
karangan. Namun begitu, kata atau rangkai kata yang diulang, dirujuk dan diganti tersebut
masih belum lengkap dan perlu ditambah dengan maklumat baharu agar idea yang
disampaikan itu menjadi lengkap, jelas dan bermakna.

6
Contoh:

“Kebaikan Aktiviti Gotong-royong”- mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat

(AT) Kebaikan yang diperoleh daripada aktiviti gotong-royong ialah aktiviti ini
dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat. (AH1) Hubungan dalam
kalangan masyarakat dapat dieratkan kerana _____________________________ untuk
melakukan aktiviti ini. (AH2) Semasa mereka berkumpul dan bekerja bersama-sama,
mereka akan menggunakan peluang itu untuk __________________________. (AH3)
Apabila mereka berbuat demikian, sudah tentulah mereka dapat
____________________________ sesama mereka kerana _______________________ .
(AP) Dengan ini, memang tidak dapat dapat disangkal lagi bahawa hubungan yang erat
_________________________________ dapat diwujudkan melalui aktiviti gotong-
royong.

Maklumat baharu yang ditambah itu biasanya terdiri daripada sebab, akibat, contoh dan
ungkapan menarik. Penambahan maklumat baharu inilah yang menjadikan sesuatu idea itu
berkembang sehingga terhasil perenggan karangan yang lengkap.

Contoh: (AT) Kebaikan yang diperoleh daripada aktiviti gotong-royong ialah aktiviti ini
dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat. (AH1) Hubungan dalam
kalangan masyarakat dapat dieratkan kerana para penduduk akan berkumpul dan
bekerja bersama-sama untuk melakukan aktiviti ini. (AH2) Semasa mereka berkumpul
dan bekerja bersama-sama, mereka akan menggunakan peluang itu untuk berbual-bual
dan mengenali jiran tetangga mereka dengan lebih dekat. (AH3) Apabila mereka
berbuat demikian, sudah tentulah mereka dapat menjalin hubungan silaturahim
sesama mereka kerana tak kenal maka tak cinta . (AP) Dengan ini, memang tidak dapat
dapat disangkal lagi bahawa hubungan yang erat seperti isi dengan kuku dapat
diwujudkan melalui aktiviti gotong-royong.

Dalam ayat topik, (AT) kebaikan aktiviti gotong-royong ialah perulangan kata kunci soalan
aktiviti ini ialah rujukan untuk aktiviti gotong-royong, dan mengeratkan hubungan dalam
kalangan masyarakat ialah isi atau idea utama yang ditambah sebagai maklumat maklumat
baharu. Dalam ayat huraian 1 (AH1), Hubungan dalam kalangan masyarakat dapat
dieratkan ialah maklumat yang diulang dan dirujuk daripada (AT) dan ditambah para
penduduk akan berkumpul dan bekerja bersama-sama sebagai maklumat baharu. Dalam
ayat huraian (AH2), mereka berkumpul dan bekerja bersama-sama diulang dan dirujuk
daripada (AH1) dan peluang itu ialah rangkai kata untuk menggantikan mereka berkumpul
dan bekerja bersama-sama daripada (AH2) , selain ditambah frasa berbual-bual dan
mengenali jiran tetangga mereka dengan lebih dekat. Dalam (AH3), berbuat demikian,
ialah rangkai kata untuk menggantikan frasa berbual-bual dan mengenali jiran tetangga
mereka dengan lebih dekat daripada (AH2) dan ditambah menjalin hubungan silaturahim
dan ditambah ungkapan menarik, tak kenal maka tak cinta . Dalam ayat penegasan
/kesimpulan kecil (AP) hubungan yang erat ialah isi atau idea utama yang diulang dari (AT)
aktiviti gotong-royong ialah kata kunci soalan yang diulang dari (AT) , serta ditambah
ungkapan menarik seperti isi dengan kuku.

7
AKTIVITI 8
Lengkapkan tempat kosong dalam perenggan dengan menambah maklumat baharu.

(i) “ Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum” – mengisi masa lapang

Antara faedah pelajar menyertai kegiatan kokurikulum ialah pelajar dapat mengisi
____________________ mereka. Dengan mengisi masa lapang dalam kegiatan
kokurikulum, pelajar dapat menjauhkan diri daripada
_______________________________. Sebagai contoh, dengan melibatkan diri dalam
aktiviti kokurikulum, mereka terhindar daripada aktiviti negatif seperti melepak di
__________________________ dan menyertai perlumbaan ____________. Oleh itu, para
pelajar perlu menyertai kegiatan kokurikulum sebagi cara untuk mengisi masa lapang
mereka kerana _________________________.

(ii) “ Peranan Ibu Bapa dalam Membantu Anak-anak Membuat Persiapan bagi
Menghadapi Peperiksaan” – memastikan kesihatan anak-anak sentiasa dalam
keadaan baik

Ibu bapa haruslah memastikan_______________________________


_____________________________________ untuk membantu anak-anak mereka
menghadapi peperiksaan. Dengan memastikan kesihatan anak-anak mereka
sentiasa dalam keadaan baik, sudah pasti anak-anak mereka berada dalam keadaan
_______________________________________. Anak-anak yang sihat dan cerdas
dapat ___________________________________________tanpa masalah
berbanding dengan anak-anak yang mengalami masalah kesihatan. Anak-anak yang
dapat menduduki peperiksaan tanpa masalah kesihatan sudah pasti memperoleh
_______________________________________________ . Oleh itu, ibu bapa harus
memastikan kesihatan anak-anak mereka sentiasa dalam keadaan baik kerana otak
yang cerdas_______________________________________

A) TAMBAH SEBAB

Dalam kehidupan seharian, sesuatu peristiwa yang berlaku pasti ada sebabnya. Sebagai
contoh, kejadian banjir kilat disebabkan oleh hujan lebat, longkang tersumbat dan aktiviti
pembanagunan yang tidak terkawal; pencemaran udara berpunca daripada asap kenderaan,
asap kilang dan pembakaran terbuka; dan, murid mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan kerana jadual belajar yang teratur, usaha pihak sekolah dan dorongan ibu bapa.

AKTIVITI 9
Lengkapkan petak di bawah ini dengan sebab yang sesuai.

(i)

Kemalangan jalan raya

Kecuaian pengguna jalan


raya

8
(ii)

Masalah kewangan keluarga

Kenaikan harga barangan

(ii)

Badan sihat

Sentiasa bersenam

Dalam perenggan karangan, penambahan sebab sebagi maklumat baharu biasanya


dimasukkan selepas kata atau rangkai kata yang diulang, dirujuk atau diganti daripada ayat
sebelum. Rumus untuk menambah sebab ialah:

ULANG/RUJUK/GANTI + kerana …
+ disebabkan oleh …
+ berpunca daripada

Contoh:
Salah satu kepentingan pengangkutan awam di negara ini ialah pengangkutan awam dapat
menjimatkan kos. Pengangkutan awam dapat menjimatkan kos (ULANG) + kerana…

- Salah satu kepentingan pengangkutan awam di negara ini ialah pengangkutan


awam dapat menjimatkan kos. Pengangkutan awam dapat menjimatkan kos
(kerana) seseorang itu tidak perlu menggunakan kenderaan sendiri untuk
pergi ke sesuatu tempat.

AKTIVITI 10
Lengkapkan tempat kosong dengan menambah sebab yang sesuai.

(i) Aktiviti perkhemahan dapat membentuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.
Semangat ini dapat dibentuk melalui aktiviti perkhemahan (kerana)
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________.

9
(ii) Bersukan dapat membentuk disiplin diri. Disiplin diri dapat dibentuk dalam diri
seseorang melalui aktiviti sukan (kerana)
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________.

(iii) Antara kebaikan penggunaan telefon bimbit ialah alat ini dapat menyampaikan
maklumat dengan cepat dan mudah. Maklumat dapat disampaikan dengan cepat
dan mudah (disebabkan oleh)_____________________________________________

B) TAMBAH AKIBAT

Sesuatu peristiwa yang berlaku akan menghasil akibat atau kesan. Sebagai contoh, kejadian
banjir kilat menyebabkan kemusnahan harta benda, menjejaskan aktiviti harian dan
menyebabkan kesesakan lalu lintas; pencemaran udara menyebabkan penyakit, membawa
kepada perubahan iklim dan mengakibatkan jerebu; dan, murid mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan menyebabkan ibu bapa berasa bangga, dapat mengharumkan
nama sekolah dan murid itu dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

AKTIVITI 11
Lengkapkan petak di bawah ini dengan akibat/kesan yang sesuai.

(i)

Kemalangan Jalan raya

Kecederaan parah

(ii)

Masalah kewangan keluarga

Tekanan perasaan

(iii)

Badan sihat

Hidup ceria

10
Dalam perenggan karangan, penambahan akibat sebagai maklumat baharu biasanya
dimasukkan selepas kata atau rangkai kata yang diulang, dirujuk atau diganti daripada ayat
sebelum. Rumus untuk menambah akibat ialah:

Contoh:
1. Kempen tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai diperlukan. Kempen ini
(ULANG dan RUJUK) + dapat …

- Kempen tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai diperlukan. Kempen ini


(dapat) menyedarkan masyarakat tentang peranan mereka.

2. Cara mengawal tekanan perasaan adalah dengan mengambil angin di luar rumah,
berjoging dan beriadah. Dengan berbuat demikian (GANTI), sudah pastilah…

- Cara mengawal tekanan perasaan adalah dengan mengambil angin di luar


rumah, berjoging dan beriadah. Dengan berbuat demikian (sudah pastilah)
tekanan perasaan dapat dikurangkan.

AKTIVITI 12
Lengkapkan tempat kosong dengan akibat atau kesan yang sesuai.

(i) Aktiviti bersukan dapat mencerdaskan minda. Dengan memiliki minda yang cerdas,
(sudah pastilah) seseorang itu (dapat)
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

(ii) Antara usaha untuk meningkatkan minat remaja terhadap permainan tradisional adalah
dengan mewujudkan persatuan di sekolah. Dengan mewujudkan persatuan di sekolah
(sudah tentulah) pelajar dapat
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

(iii) Penguatkuasaan undang-undang merupakan salah satu langkah untuk mengatasi


masalah pencemaran sungai. Penguatkuasaan undang-undang ini (menyebabkan)
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

C) TAMBAH CONTOH

Dalam perenggan karangan, isi atau idea utama dalam ayat topik (AT) dihuraikan dalam
beberapa ayat huraian (AH) dengan cara mengulang kata atau rangkai kata dalam ayat
sebelum, dan menambah sebab dan akibat. Penambahan sebab dan akibat ini menjadikan isi
atau idea utama dalam perenggan itu berkembang.

11
Contoh:

“ Implikasi Penggunaan Telefon Bimbit dalam kalangan Pelajar” – menjelaskan tumpuan


dalam pelajaran

(AT) Telefon bimbit mendatangkan implikasi negatif terhadap pelajar kerana alat
komunikasi ini dapat menjejaskan tumpuan mereka dalam pelajaran. (AH1) Alat ini
menjejaskan tumpuan mereka dalam pelajaran kerana banyak masa mereka dihabiskan
dengan menggunakan alat ini. (AH2) Apabila mereka kerap berbuat demikian, sudah
pastilah prestasi mereka dalam ujian dan peperiksaan akan merosot. (AP) Dengan ini,
memang tidak dapat disangkal lagi bahawa telefon bimbit mendatangkan implikasi negatif
kepada pelajar sebagai akibat sikap mereka yang terlalu obses terhadap telefon bimbit
sehingga menjejaskan tumpuan terhadap pelajaran.

(78 patah perkataan)

Namun begitu, perenggan di atas kurang berkembang kerana huraian isi kurang jelas tanpa
dimasukkan contoh. Oleh itu, contoh yang sesuai perlu ditambah, sama ada sebagai ayat
huraian yang baharu, atau dalam ayat huraian yang sama. Dengan penambahan contoh yang
sesuai, sudah pastilah huraian idea menjadi lebih jelas dan lebih berkembang.

(AT) Telefon bimbit mendatangkan implikasi negatif terhadap pelajar kerana alat
komunikasi ini dapat menjejaskan tumpuan mereka dalam pelajaran. (AH1) Alat ini
menjejaskan tumpuan mereka dalam pelajaran kerana banyak masa mereka dihabiskan
dengan menggunakan alat ini. (AH2) (( Sebagai contoh, mereka menghabiskan masa
dengan bermain permainan yang terdapat dalam telefon bimbit dan menghantar mesej
kepada kawan-kawan.)) Apabila mereka kerap berbuat demikian, sudah pastilah prestasi
mereka dalam ujian dan peperiksaan, ((seperti ujian bulanan, peperiksaan penggal dan
peperiksaan SPM)) akan merosot. (AP) Dengan ini, memang tidak dapat disangkal lagi
bahawa telefon bimbit mendatangkan implikasi negatif kepada pelajar sebagai akibat sikap
mereka yang terlalu obses terhadap telefon bimbit sehingga menjejaskan tumpuan terhadap
pelajaran.
(104 patah perkataan)
Penambahan contoh dapat ditunjukkan dalm peta alir di bawah:

1.
Motosikal Kereta Kanser

Asap Kenderaan Pencemaran Udara Penyakit

Lori Masalah Pernafasan

Berdasarkan peta alir ini, akan terhasil satu perenggan seperti berikut:

Pencemaran udara berpunca daripada asap kenderaan. Asap kenderaan


mengandungi bahan berbahaya. Bahan berbahaya yang terkandung dalam asap kenderaan

12
((seperti motosikal, kereta dan lori)) ini ialah karbon monoksida dan plumbum. Bahan-
bahan ini dapat mendatangkan penyakit seperti ((masalah pernafasan dan penyakit kanser)).
Oleh itu, nyatalah bahawa asap kenderaan ialah punca utama pencemaran udara.

AKTIVITI 13
Lengkapkan tempat kosong dalam perengga di bawah dengan contoh yang terdapat dalam
peta alir.

Pembinaan Perniagaan
bangunan

Aktiviti Menjejaskan
Banjir Kilat
Pembangunan aktiviti harian

Pembinaan jalan
Ke sekolah atau ke
raya
pejabat

Kejadian banjir kilat berpunca daripada aktiviti pembangunan yang tidak terkawal.
Sebagai contoh, aktiviti pembangunan yang tidak terkawal ialah
___________________________________________ dan _____________________ di
Kuala Lumpur. Pembinaan bangunan dan jalan raya yang pesat ini sudah pasti
menjejaskan sistem saliran yang sedia ada. Apabila hujan lebat, sistem saliran yang terjejas
ini tidak dapat menampung jumlah air hujan yang banyak. Sebagai akibatnya, air akan
melimpah dan menyebabkan kejadian banjir kilat. Kejadian ini sudah tentu menjejaskan
aktiviti harian seperti menyukarkan anak-anak ______________________ dan ibu bapa
pula tidak dapat pergi ___________________________. Selain itu, kejadian ini juga akan
mendatangkan kerugian kepada para peniaga kerana premis_____________ mereka
ditenggelami air.

Dalam perenggan karangan, rumus untuk menambah contoh ialah:

ULANG/RUJUK/GANTI + …seperti…
+ Sebagai contoh,…
+ Tamsilnya, …
+ Sebagai bukti,…
+ Misalnya, …

Contoh:

1. Bersukan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Masyarakat yang


bersatu padu dapat dilahirkan (ULANG) melalui aktiviti sukan + …seperti…

13
- Bersukan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Masyarakat yang
bersatu padu dapat dilahirkan (ULANG) melalui aktiviti sukan (seperti)
permainan bola sepak, hoki dan bola jaring.

2. Sekiranya seseorang itu tidak berbudi bahasa, sudah tentu orang itu dipandang
rendah oleh masyarakat. Sebagai contoh, + orang itu akan dipandang rendah oleh
masyarakat (ULANG) jika selalu ....

- Sekiranya seseorang itu tidak berbudi bahasa, sudah tentu orang itu dipandang
rendah oleh masyarakat. (Sebagai contoh), orang itu akan dipandang rendah
oleh masyarakat jika selalu bercakap kasar dan biadap.

AKTIVITI 14
Lengkapkan tempat kosong dengan contoh yang sesuai.

(i) Untuk memupuk budaya membaca, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak ke
perpustakaan. Dengan berbuat demikian, sudah pastilah anak-anak akan dapat
membaca pelbagai jenis bahan bacaan (seperti)
_____________________________________________________________________
.

(ii) Salah satu cara menjaga kesihatan ialah kita perlu menjaga pemakanan harian
dengan mengambil makanan seimbang. Kita perlu mengambil makanan seimbang
kerana makanan ini mengandungi semua zat makanan yang diperlukan oleh badan
(seperti)______________________________________________________________

TAMBAH UNGKAPAN MENARIK


Perenggan karangan yang ditambah sebab, akibat dan contoh menjadikan huraian idea
dalam perenggan karangan itu menjadi lebih jelas dan lebih berkembang.

Contoh:

Peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk mewujudkan amalan membaca
dalam kalangan anak-anak adalah dengan menjadi contoh kepada mereka. Dengan
menjadi contoh kepada anak-anak, sudah pasti mereka akan mengikut perbuatan ibu bapa
mereka. Dengan mengikut perbuatan ibu bapa mereka, sudah tentulah akan menyebabkan
anak-anak menjadi biasa dengan amalan ini. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah menjadikan
amalan membaca surat khabar dan majalah sebagai tabiat di rumah. Dengan ini, nyatalah
bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak untuk
mewujudkan amalan membaca.

Untuk menjadikan perenggan karanganlebih berkesan dan menarik hati pemeriksa, calon
perlu menambah ungkapan menarik (UM) pada tempat yang sesuai.

Contoh:

Peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk mewujudkan amalan membaca
dalam kalangan anak-anak adalah dengan menjadi contoh kepada mereka. Dengan
menjadi contoh kepada anak-anak, sudah pasti mereka akan mengikut perbuatan ibu bapa

14
mereka. Dengan mengikut perbuatan ibu bapa mereka, sudah tentulah akan menyebabkan
anak-anak menjadi biasa dengan amalan ini, (( bak kata peribahasa, alah bisa tegal biasa)).
Sebagai contoh, ibu bapa haruslah menjadikan amalan membaca surat khabar dan majalah
sebagai tabiat di rumah. Dengan ini, nyatalah bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh
yang baik kepada anak-anak untuk mewujudkan amalan membaca kerana ((bagaimana
acuan, begitulah kuihnya)).

Dalam perenggan di atas, peribahasa alah bisa tegal biasa dan bagaimana acuan, begitulah
kuihnya ditambah sebagai ungkapan menarik (UM). Penambahan peribahasa itu menjadikan
perenggan di atas lebih menarik dan berkualiti. Dengan ini, penambahan ungkapan menarik
pada tempat yang sesuai dalam perenggan karangan dapat mempengaruhi tanggapan
(impression) pemeriksa untuk memberikan markah yang lebih tinggi.

Dalam penulisan karangan, baik karangan Bahagian A ( Karangan Berdasarkan Bahan


Rangsangan), mahupun karangan Bahagaian B (Karangan Umum); calon digalakkan
menambah ungkapan menarik seperti peribahasa, kata-kata hikmat, slogan atau cogan
kata, petikan hadis, maksud al-Quran, petikan ucapan tokoh, pantun, sajak, lirik lagu dan
sebagainya pada tempat yang sesuai dalam perenggan karangan.

*** Tugasan Kendiri


(i) Dapatkan senarai peribahasa sebanyak mungkin mengikut tema-tema karangan, dan
fahami maksudnya.

AKTIVITI 15
Lengkapkan tempat kosong dalam perenggan yang diberi dengan ungkapan menarik seperti
peribahasa, kata-kata hikmat atau slogan.

(i) “ Peranan Ibu Bapa untuk Memupuk Semangat Kejiranan” – menjadi contoh kepada
anak-anak

Peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan
kepada anak ialah ibu bapa harus menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
Sebagai contoh, ibu bapa perlu berbaik-baik dan sering bertegur sapa dengan jiran.
Ibu bapa juga harus mengucapkan salam kepada jiran ketika berjumpa dengan jiran di
halaman rumah atau di mana-mana sahaja di luar rumah. Oleh itu, ibu bapa haruslah
menjadi contoh kepada anak-anak sebagai usaha untuk memupuk semangat kejiranan
kerana _____________________________________________.

(ii) “Langkah untuk Mengelak Kemalangan Jalan Raya – memandu kenderaan dengan
cermat

Langkah yang dapat dilakukan untuk mengelakkan kemalangan jalan raya ialah para
pemandu perlu memandu kenderaan mereka dengan cermat. Dengan memandu
kenderaan mereka dengan cermat, para pemandu masih dapat bertindak dengan
selamat sekiranya berlaku kecemasan. Sebagai contoh, jika pemandu memandu
dengan berhati-hati di kawasan kampung atau di kawasan perumahan, sudah tentu
pemandu itu dapat membrek kenderaannya sekiranya kanak-kanak melintas di jalan
kerana _____________________________________________________________.

15
AKTIVITI 16
Lengkapkan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah dengan kata atau rangkai kata
yang sesuai dengan menggunakan Kaedah ULANG, RUJUK dan TAMBAH
Soalan:
Kenaikan harga barangan dan peningkatan kos perkhidmatan telah menimbulkan
pelbagai masalah kewangan kepada sesebuah keluarga.
Sebagai anak yang bertanggungjawab, huraikan usaha-usaha anda untuk membantu
keluarga bagi mengurangkan masalah tersebut.

Sejak akhir-akhir ini, ekonomi negara kita menjadi tidak stabil akibat kemerosotan
nilai mata wang yang teruk. __________________________ yang tidak menentu ini telah
menyebabkan kenaikan _________________ dan peningkatan ________________.
___________________ ini memberikan kesan buruk terhadap keluarga yang berpendapatan
rendah dan sederhana. Keluarga yang berpendapatan ___________ pasti terkesan dengan
kenaikan ______________________ dan ___________________ kerana pendapatan ibu
bapa tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga tersebut. Sekiranya _________________
dibiarkan berlarutan, sudah pastilah keharmonian dan kebahagiaan sesebuah keluarga akan
tergugat. Untuk memastikan ________________ tidak berlaku, setiap ahli keluarga,
khususnya _______________ perlu memainkan peranan masing-masing. Oleh itu, sebagai
seorang _________________________ yang ____________________, saya perlu berusaha
untuk membantu ________________ saya bagi mengurangkan _________________ yang
dihadapi oleh mereka.
Kenaikan _______________________ dan peningkatan ______________________
menimbulkan keresahan kepada sesetengah pasangan suami isteri kerana _____________
terpaksa memperuntukkan wang yang lebih untuk membeli barangan keperluan rumah
tangga, membayar sewa atau ansuran rumah, melunaskan bayaran ansuran kereta dan
membayar bil-bil. _____________________________ menyebabkan baki wang yang tinggal
tidak cukup untuk menampung keperluan keluarga. Sebagai anak
_______________________, saya tidak mahu ___________________ menjadi duri dalam
daging yang dapat menggugat keharmonian keluarga saya. Oleh itu, saya mengamalkan
amalan menabung sebagai usaha untuk mengurangkan ___________________ ibu bapa.
Sebagai contoh, saya ___________________ wang saku yang diberikan oleh ibu bapa saya
ke dalam _________________ saya. Dengan ________________ , saya dapat menggunakan
___________________ sekiranya ibu bapa saya mengalami ______________________.
________________________ juga dapat saya gunakan untuk membeli keperluan
persekolahan seperti _____________________, _____________________ dan
_____________. Oleh itu, nyatalah bahawa amalan sediakan payung sebelum hujan ini dapat
membantu______________________ untuk mengurangkan __________________________.
Selain itu, kenaikan ____________________ dan peningkatan __________________
juga menyebabkan sesetengah keluarga terpaksa berhadapan dengan bebanan hutang yang
semakin meningkat. ________________________ menyebabkan suasana rumah tangga
menjadi tidak tenteram. Sebagai anak yang ____________________ , saya perlu berusaha
agar ______________tidak berlaku dalam keluarga saya. Oleh itu, saya perlu mengelakkan
diri saya daripada sikap membeli barangan mengikut __________________ saya. Sebagai
contoh, saya perlu mengawal diri daripada mendesak ibu bapa saya untuk membeli barangan
yang mahal dan di luar kemampuan ibu bapa saya seperti ___________, _____________ dan
_______________ sehingga menyebabkan ibu bapa saya terpaksa _______________ untuk

16
____________ kehendak saya itu. Apabila saya dapat ________________ diri saya daripada
membeli ________________, sudah pastilah ibu bapa saya dapat menggunakan
_______________ untuk membeli barangan keperluan harian yang lebih penting seperti
_____________, _____________, dan membayar bil __________ dan ____________.
Jelaslah, dengan mengamalkan tabiat ukur baju di badan sendiri, saya dapat mengurangkan
__________ ibu bapa saya.
Di samping itu, sesetengah ibu bapa terpaksa mengeluarkan wang simpanan mereka
untuk menampung perbelanjaan harian akibat kenaikan _______________ dan
peningkatan________________. Sebagai anak yang ___________________, saya tidak
mahu ___________________ terjadi dalam keluarga saya. Oleh itu, saya perlu mengambil
inisiatif untuk melakukan kerja sambilan sebagai usaha untuk mengurangkan
______________ ibu bapa saya. Dengan _______________, sudah pastilah wang yang
diperoleh daripada ___________dapat saya gunakan untuk membantu _______________
bagi menampung ____________________. Misalnya, pada waktu petang, saya bekerja
sebagai pembantu di kedai runcit yang berdekatan dengan rumah saya. Pendapatan yang saya
peroleh daripada _________________ dapat saya gunakan untuk membeli barang-barang
keperluan saya dan adik-adik saya. Oleh itu, saya berharap agar ibu bapa saya membenarkan
saya untuk ________________ demi mengurangkan ________________________ mereka
sebagai usaha untuk mengelakkan ibu bapa saya mengeluarkan
_____________________untuk membeli ___________________anak-anak.
Masalah ________________________ yang dihadapi oleh sesebuah keluarga akibat
peningkatan kos perkhidmatan ialah kenaikan kadar bayaran untuk _____________bulanan
seperti bil elektrik, bil _________________ dan bil ________________. Peningkatan
_______________________ menyebabkan ibu bapa terpaksa memperuntukkan wang yang
lebih daripada biasa untuk membayar _________________. Sebagai anak yang
_______________, saya harus berjimat cermat ketika menggunakan _____________ di
rumah. Sebagai contoh, saya sentiasa memastikan suis _____________dan
_______________ ditutup ketika meninggalkan bilik. Selain itu, saya juga harus berjimat
cermat menggunakan _____________ semasa mandi dan membasuh pakaian. Dengan
_______________, sudah pasti kadar _____________________ air di rumah saya dapat
dikurangkan. __________________ dalam penggunaan _______________ dan _________
sudah pasti dapat ______________ bil elektrik dan bil air yang perlu ditanggung oleh
________________ saya. Oleh itu, saya harus memastikan diri saya dan adik-beradik saya
yang lain sentiasa berpegang pada peribahasa ingat sebelum kena, jimat sebelum habis ketika
menggunakan ___________________ elektrik, ________________ dan _____________
sebagai usaha untuk _____________________bebanan kewangan ibu bapa.
Pendek kata, sungguh banyak ________________ yang dapat saya lakukan untuk
membantu keluarga bagi mengurangkan ___________________ akibat kenaikan
__________________ dan peningkatan ________________ yang melanda negara kini. Oleh
itu, saya harus berusaha sedaya upaya untuk memastikan __________________ dapat saya
laksanakan dan bukan sekadar bertanam tebu di bibir sahaja. Saya amat berharap agar
___________________ turut diamalkan oleh ______________________ saya yang lain
kerana saya tahu bahawa keharmonian dalam sesebuah _____________________
memerlukan usaha dan kerjasama daripada semua _______________ saya. Dengan
____________ tersebut, saya berharap agar ibu bapa saya akan berasa senang hati dan tidak
terbeban dengan pelbagai ______________ akibat kenaikan ____________________ dan
peningkatan yang __________________ negara kita sekarang.

17

You might also like