You are on page 1of 13

Ujian Bulanan 6 Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4

Nama: _________________________________________ Kelas:__________


1 Sajak Pasar Pengalaman
a) Nyatakan tema dan persoalan yang terdapat dalam sajak pasar
pengalaman(3m)
Ayam
Kumasuki senja hingar di sebuah pasar
Disambut ketuk seekor ayam
Yang kutemui di sini
Di tengah-tengah senja hingar ini
Kekosongan lahir daripada kesombongan
Yang kubelajar di sini
Di tengah-tengah pasar hingar ini
Kesombongan lahir daripada kekosongan
b) Apakah maksud rangkap sajak di atas(3m)
c) Berikan 2 nilai murni yang terdapat dalam sajak ini dan
huraikan(4m)
2 Sajak Anak Global
a) Nyatakan 3 kritikan penyajak terhadap golongan remaja(3m)
b) Berikan 4 persoalan yang terdapat dalam sajak(4m)
c) Nyatakan 3 punca berlakunya masalah sosial dalam kalangan
remaja masa kini(3m)
3 Sajak Mencari Srikandi
a) Mengapakah nama tokoh wanita seperti Khadijah dan Fatimah
digunakan oleh penyajak dalam sajak ini (4m)
b) Berikan 3 pengajaran yang terdapat dalam sajak ini(3m)
c) Aku menduga riak sirah
Siapa pula selepas Fatimah
Yang mentafsir masalah
Sebagai bukit pasir
Di tengah sahara,
yang mengasah jiwa suami
setajam belati
Berikan maksud rangkap sajak di atas(3m)

4 Sajak Merdekalah Bahasaku


a) Berikan 3 nada yang digunakan oleh penyajak dalam menulis sajak
ini(3

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014


SMK LIBARAN
TINGKATAN EMPAT
KESUSASTERAAN MELAYU

2 jam
Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1.

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian Satu dan

Bahagian Dua.
2.

Jawab semua soalan dalam Bahagian Satu.

3.

Jawab tiga soalan daripada Bahagian Dua, iaitu satu soalan


daripada tiap-tiap Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

SELAMAT MENJAWAB DAN SEMOGA BERJAYA


_________________________________________________________________

Disediakan Oleh,
Disahkan Oleh,

Disemak Oleh,

Wan Mohd Syamil B


Wei Ming
Wan Noridan
Guru Mata Pelajaran
Ketua Bidang Bahasa

.
Mohd Rahmat B Mohd Salleh

Chin

Ketua Panita Kesusasteraan Melayu

BAHAGIAN SATU

[40 markah]

Jawab semua soalan.

Inilah sifat Pak Pandir!


Asalkan bergaya itulah kaya,
Asalkan berkilat itulah intan,
Asalkan buntat pasti bertuah,
Asalkan berbungkal itulah emas,
Sifat mudah percaya,
Tiada sedar terpedaya,
Susah buatan sendiri,
Akhimya menyesal diri sendiri
(Dipetik daripada teks Seuntai Kasih Secebis
Harapan)
1 (a
)

Berikan satu gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam petikan
puisi di atas.
4 markah

Maka titah baginda, Wah, anakku berapakah halnya


anakanda menangkap raksasa ini yang besar panjang? Ada
pun pada rasa hatiku jika ditangkap kepada empat lima ratus
sekalipun, wallahhuaklam tiadalah kiranya dapat. Maka boleh
anakku dengan seorang diri jua, Subhanallah. Ajaib sekali
aku melihat anakku.
(Dipetik daripada Hikayat Indera Nata, teks Seuntai Kasih
Secebis Harapan)

(a
)

Siapakah baginda dan anakku dalam petikan di atas?


[2 markah]

(b Jelaskan satu sebab baginda kagum dengan anaknya.


) [2 markah]

Pisau cukur
Rayunya tajam
Rayunya mata pisau berkilau
Ditancapnya pisau itu
Tepat ke jantung para lelaki
Tipunya tajam
Menghiris cinta lelaki
Kota ini mengasah pengalamannya
Dan pisau berkilat di pingganya
(Dipetik daripada sajak Pasar
Pengalaman, oleh T.Alias Taib)
a) Apakah

kritikan

penyajak

terhadap

berdasarkan rangkap di atas [4markah]

golongan

pisau

cukur

di

atas

4. Zahid : (Terperanjat) Aik setahu aku rumah tangga kau tidak ada
masalah.Selama ini bukankah hidup bahagia? Isteri kau Norhayati kan
seorang yang baik, penyayang, agak warak, cantik pula. Masalah apa pula
lagi? (Diam seketika) Beginilah Imran, kita ni bekerja dengan firma swata,
jika ada mana-mana bahagian bermasalah, seluruh firma turut terjejas.
Apa kata kita bincang sedikit. Engkau tu kawan aku, tapi dalam kerja,
kawan tu kita kena ketepikan. Aku harap kau faham maksud aku.
(Dipetik daripada drama Menggapai Pelangi oleh
Hilmi Rindu)
(a)

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan perwatakan Hayati


markah]

[4

Rosemira : Begitulah ceritanya. Maka Kampung Baru kampung


Melayu ini terus memburuk dan melayu. Janji akan lebih baru rupanya
bertambah bercelaru. Impian untuk maju jadi makin terharu. Harapan
untuk menjadi lebih tentu mula jadi buntu. Komuniti tikus tambah
membiak dan semakin sihat, segar dan semakin besar. Longkang atas
tanah dan bawah terus juga melekat dan tersumbat. Banjir kilat
dengan air hitam pekat dan bau yang meloyakan tekak terus
menyelinap masuk ke bawah rumah dan lantai dapur. Ertinya janji
pembangunan menawan tidak juga menjadikan kampuang dalam
kota ini terkemaskini dan tersuci murni. Saya tahu sngat kerana
budak-budak sayalah yang menjadi perakan sejarah. Merakan segala
ucapan yang terkandung segala macam janji manis, janji lunak dan
janji terlajak, merakan segala bencana alam merakan segala gerak di
tepi jalan.
(Dipetik daripada Drama Muzikal Kampung Baru karya
Hatta Azad Khan)

(a) Berdasarkan petikan di atas berikan dua persoalan berserta contoh.


[4 markah]
Nyatakan gaya bahasa bagi frasa di bawah
6

a) Bara kemarahan
b) Kacang hantu
c) Matanya menikam tajam ke
arah sahabatnya itu
d) Tentu tak salah mencuba
sesuatu yang baru kan

(Dipetik daripada cerpen Melakar Impian karya


Mohd Kassim Mahmud)

7. Biarlah hujan ribut, dia ingin bersama-sama kerbaunya di lembah ini.


Lembah Bilut akan dipertahankan walaupun apa yang terjadi. Mat Seman
tidak pernah meminta apa-apa bantuan daripada orang. Daripada wang
sagu hati dia putus kaki, dia membina kandang baru yang ada atap untuk
kerbau-kerbaunya, dia membeli mesin penyodok untuk menolak tahi-tahi
kerbaunya ke tepi setiap pagi.
(a) Berdasarkan petikan berikan dua perwatakan Mat Seman
[2markah]
(b)Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam petikan
[2markah]
8. Dan yang paling pasti, potret seorang gadis kampung berbaju kurung
sering menghiasi kanvas apabila dia kehabisan idea. Potret itu tidak
berubah wajahnya sejak dia mula-mula melukis. Malahan, semakin lama
semakin cantik lakaran itu. Gadis berambut ikal dan bermata galak itu
sering sahaja tersenyum di kanvas putih.
( Dipetik daripada Novel Dari Lembah ke Puncak karya Hashim Latiff )
(a) Siapakah yang dimaksudkan dengan gadis di dalam petikan tersebut
[ 1 markah ]
(b) Siapakah pelukis potret gadis tersebut
[ 1 markah ]

(c) Apakah hubungan pelukis dengan gadis tersebut


[ 2 markah ]

9
Kita tidak berharta untuk membayar balik, jalan paling baik,
berikan sedikit jasa kita untuk keluarga Tuk Syed, bisiknya malam
semalam kepada Anuariza. Anuariza mengangguk, dia juga sudah
menganggap Syed Fariz dan Syarifah Farisya seperti adik-adiknya
sendiri. Bagaimana sayangnya dia kepada Azuera begitu juga
dirasakannya kepada dua beradik itu. ( hlm 102 )
(Dipetik daripada novel Jeriji Kasih karya Md Ishak A.Rahman)
Berdasarkan petikan di atas, berikan dua nilai kemanusiaan beserta
contoh. [ 4 markah ]

10

Seuntai kasih secebis harapan,


berhati bersih berbudi bersopan.
Kepada para pemimpin yang berkuasa,
pastikan penghuni alam aman sentosa.

(dipetik daripada teks Seuntai Kasih Secebis Harapan)


Berikan dua ciri gurindam yang terdapat dalam petikan gurindam diatas
[4 markah]
BAHAGIAN DUA
[60 markah]
Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan


yang berikutnya.

SYAIR SI BURUNG NURI SATU

Tersebut pula satu cerita,


Hairan segala di dalam cita,
Baharulah kami mendengar warta,
Nuri konon tahu berkata.

Di gunung puteri akan tempatnya,


Dari udara konon asal mulanya,
Terlalu harum akan baunya,
Tiada menyamai pada zamannya.

Elok manis indah rupanya,


Terlalu halus barang katanya,
Sangatlah bijak akan akalnya,
Dalam istana sukar bandingnya.

Cantiknya tiada terkira-kira,


Terlalu manis ia bersuara,
Eloklah tiada lagi bertara,
Ialah penghulu di udara

(a
)

(b
)

Huraikan maksud
[10 markah]

keseluruhan

rangkap

syair

di

atas

Huraikan lima gaya bahasa yang terkandung dalam syair di

atas beserta contoh [10 markah]

ATAU//

Berdasarkan cerita Hikayat Seri Kelantan:

(a
)

(b
)

Jelaskan lima persoalan.


[10markah]
Huraikan watak dan perwatakan Tuan Puteri Sadung dalam
cerita Hikayat Seri Kelantan. [10markah]

Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)

Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4

3
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

PULANG

Semalam kita dipertemu


Kurasa debar sejenak
Kita jalin persahabatan
Setia anak watan
Menguntum senyum
Berbunga tawa
Semusim kukembara
Sesaat teringat pertemuan di hujung musim
Seakan matamu berkata
Rerambut hitammu berbisik
Hatimu menyanyi:
Kawan
Terbanglah bersama beburung di gunung
Menarilah bersama
Riak ombak di laut
Kini aku mengerti
Padi menguning melambai pulang
Air kali berkocak rindu
Seruling senja sayu berlagu:
Pulang anak kembara pulang
Pulang pulang anak kembara pulang
Dik
Kukalung bintang kejora
Seketul mutiara
Segulung kertas bertinta emas
Buat dirimu dilamun rindu

KARYA Adi Badiozaman


Tuah, Madu Ilmu

(a
)

Jelaskan
[4 markah]

tema

(b
)

Analisis empat unsur keindahan


[8 markah]

sajak

(c) Kemukakan empat gaya bahasa beserta contoh berdasarkan

ini.

sajak di atas
[8 markah]

ATAU

4 Berdasarkan drama Dongeng Sang Puteri karya Shaharom Husain:

(a
)

Jelaskan lima kritikan pengarang terhadap masyarakat.


[10 markah]

(b
)

Huraikan
[10 markah]

lima

nilai

Bahagian C

(Cerpen dan Novel)

kemanusiaan.

Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6

5 Berdasarkan cerpen Aksi Sang Jerut karya Muhammad Isa:

(a
)

Jelaskan temanya.
[4 markah]

(b
)

Huraikan empat pengajaran.


[8 markah]

(c) Bincangkan empat latar masyarakat yang terdapat dalam


cerpen.
[8 markah]

ATAU

6 Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd . Rashid :


(a
)

(b
)

Jelaskan lima keistimewaan watak Anuariza yang patut


dicontohi oleh remaja.
[10 markah]
Bincangkan lima persoalan beserta contoh.
[10 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan Oleh,
Oleh,

Disemak Oleh,

Disahkan

Wan Mohd Syamil B Wan Noridan


Wei Ming

Mohd Rahmat B Mohd Salleh

Chin

Guru Mata Pelajaran


Bidang Bahasa

Ketua Panita Bahasa Melayu

Ketua

You might also like