You are on page 1of 2

Berbuat Istana Zaman Dahulu

Maksud
Rangkap 1:
Raja menitahkan orang besar empat untuk membina istana berkota. Orang besar
empat lalu memanggil Pawang Raja dan beliau mengerahkan empat puluh empat
tukang yang pandai, bekerja tidak berhenti siang dan malam.

Rangkap 2:
Selepas tujuh bulan, siaplah istana dengan segala kelengkapannya. Istana itu
sangat besar dan mempunyai Sembilan ruang, sepuluh rembat guntung, sebelas
pancung serong dan dua belas anjung tinggi.

Rangkap 3:
Terdapat juga tiga sudut menteri delapan, tiang panjang maharaja lela dan tiang
tengah syukur menanti. Galang-galangnya ular berang, kasau kecil puteri
menyembah dan kasau lentik helang terbang.

Rangkap 4:
Keunikan seni ukiran dinding istana itu terletak pada corak hiasan dindingnya
yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan berbunga dan unsur semula jadi. Ukiran
seni bina Jawa dan Cina turut digunakan di samping motif haiwan dan tumbuh-
tumbuhan seperti ular, laying-layang, dan sebuku garam.

Rangkap 5:
Sebaik-baik sahaja istana itu siap, tukang yang ditugaskan untuk membina istana
itu telah meninggal dunia. Tiada seorang pun tukung yang lain dapat meniru
kehebatannya menghasilkaan seni ukiran dan corak tersebut. Kemudiannya istana
tersebut diserahkan kepada raja.

Tema
Tema seloka ini ialah keunikan seni bina istana yang dibina oleh jurubina yang
setia. Hal ini dapat dibuktikan apabila tukang bina istana meninggal dunia selepas
istana siap dibina dan memastikan tiada sesiapa yang mampu meniru pembinaan
itu.
Persoalan
- Kegigihan dalam melakukan tugas.
- Kesetiaan rakyat tanpa berbelah bahagi kepada pemerintah.
- Kehalusan seni ukiran dan keunikan seni bina.
- Tanggungjawab seorang pemerintah terhadap rakyat.
- Ketelitian dalam reka bentuk istana.

Bentuk seloka
- Seloka ini berbentuk bebas.
- Terdiri daripada lima rangkap.
- Bilangan baris dalam rangkap pertama hingga rangkap ketiga ialah enam
baris, rangkap keempat ialah lapan baris, dan rangkap kelima ialah tiga
baris.
- Setiap baris mengandungi dua hingga enam patah perkataan.
- Jumlah patah perkataan paling sedikit ialah pada rangkap keempat baris
kedua, Bertakuk bersedelinggam, iaitu dua patah perkataan.
- Jumlah patah perkataan paling banyak ialah pada rangkap pertama baris
kelima, Empat puluh empat tukang dan utas, iaitu enam patah perkataan.
- Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada lapan hingga tujuh
belas suku kata.
- Jumlah suku kata paling sedikit ialah pada rangkap keempat baris ketiga,
Berjenang berbatu kawi, iaitu lapan suku kata.
- Jumlah suku kata paling banyak ialah pada rangkap kelima baris ketiga,
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri., iaitu tujuh belas suku
kata.
- Rima akhir seloka ini ialah rangkap pertama: abbbcd, rangkap kedua:
aabcde, rangkap ketiga: abcdeb, rangkap keempat: abcddefa dan rangkap
kelima: aba.

You might also like