You are on page 1of 61

KAJIAN NOVEL

NARATIF OGONSHOTO

BIODATA PENULIS
LATAR BELAKANG
Nama Penuh : Dato Dr. Anwar Ridhwan
Tarikh lahir : 5 Ogos 1949
Tempat lahir : Parit Satu Timur, Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.
PENDIDIKAN
SK Sungai Besar (1956 1962)
SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam (1963 1967)
Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur (1968 1969)
Universiti Malaya (1970 1973) Ijazah Sarjana Muda Sastera (1973)
Ijazah Sarjana Sastera (1983)
SEA Write Award (2002)
Sasterawan Negara ke-10 (2009)
KERJAYA
- Mei 1973 : Pegawai Penyelidik di DBP
- Pernah menjadi anggota Sidang Editor Dewan
Siswa, Dewan Sastera, Dewan Budaya.
- Pernah menjadi Ketua Bahagian Pembinaan
dan Pengembangan Sastera DBP
- Pemangku Timbalan Ketua Pengarah DBP
- 2005 bersara daripada DBP Jawatan akhir
sebelum bersara Pengarah Penerbitan DBP.
- Setiausaha I GAPENA (1974 1976)

PENGLIBATAN
ANUGERAH
- mengikuti International Writing Program di
- 2002 Anugerah Darjah Kebesaran
Universiti Iowa, Amerika Syarikat (1986)
Dato Paduka Mahkota Selangor
- menyertai majlis Pertemuan Puisi Dunia di
yang membawa gelaran Dato.
Struga, Yugoslavia (Ogos 1988)
- tetamu undangan Persatuan Penulis Soviet
(September/Oktober 1988)
- Profesor Pelawat di Tokyo University of Foreign
Studies (1977-2000)
- Kini Pensyarah Penulisan Kreatif, Akademi Seni
Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

SUMBANGAN DALAM DUNIA SASTERA


- Novel beliau :
- Sasterawan yang prolifik dan berbakat besar
dalam penulisan cerpen, novel, puisi dan skrip
- Hari-hari terakhir seorang Seniman
drama pentas.
(DBP:1979) memenangi Hadiah
Pertama Peraduan Mengarang Novel
- Memenangi Hadiah Karya Sastera melalui
anjuran Yayasan Sabah-GAPENA II
- Cerpen beliau :
- Arus (Pustaka Cipta : 1985)
- Perjalanan Terakhir (1971)
memenangi Hadiah Sastera Malaysia
- Dunia adalah sebuah apartmen (1973)
1984-85
- Sesudah perang (1976)
- Naratif Ogonshoto (Matahari : 2001)
- Sasaran, Sahabat, dan Menjadi Tua (1982/83)
menang Hadiah Sastera Perdana
2002/2003 dan Hadiah Sastera Majlis
- Dari Kijev ke Moskova menang hadiah
Sastera Asia Tenggara (MASTERA)
pertama cerpen DBP-Maybank.
- Karya cerpen beliau diterbitkan dalam
tahun 2002
- Di Negeri Belalang (Marwilis
kumpulan Parasit (DBP:1976), Sesudah
Publisher : 1989)
Perang (DBP:1978) dan Sangkar (DBP:1986)
-

KARYA-KARYA LAIN

- Skrip drama beliau yang memenagi


hadiah utama Peraduan Menulis Drama
Yayasan Seni-Berani Harian 1990 :
- Orang-orang kecil (DBP : 1990)
- Yang Menjelma dan Menghilang
(DBP:1992) juga memenangi Hadiah
Sastera Malaysia 1992/1993.
- Buku Kajian : Sudut Pandangan Dalam
Cereka (DBP:1985)

WATAK & PERWATAKAN


JENIS WATAK

NAMA WATAK

Watak utama

Presiden

Watak

1) Kawai Maru (kapal)


2) Nakhoda kapal dari Eropah
3) Jeneral
4) Tuan rumah/Ketua kumpulan Protes
5) Orang Tua dari Runakita
6) Pemuda Banaba
7) Pentafsir / Resi Muda
8) Guru Sains
9) Dia (pencipta kamera eksperimental)
10 ) Nakhoda
11) Lelaki berusia 80 tahun
1)
Tuan Kawai
2) Isteri nakhoda Eropah
3) Pegawai Kanan Provinsi

Sampingan

Watak Pembantu

12) Tuan Wakil Ture


13) Ibu Presiden
14) Pemuda 20-an, Seseorang

4) Orang tua dari Kuri


5) Tetangga
6) Ibu pemuda Banaba
7) Pentafsir / resi tua
8) Sahabat di rumah lepra
9) Lelaki Tua bekas komando
10) Anak lelaki nakhoda
11)Encik Noor
BAB
1

PROLOG :
KAWAI MARU
(Hal: 1 6)

15) Nakhoda, Pakar aisberg


16) Tentera (jip), resi-resi
17) Orang dari Tatamanu
18) Tentera / lelaki tegap
19) Pemandu teksi
20) abang tua
21) wanita tukang masak
22) Ayako
WATAK & PERWATAKAN

1) Tuan Kawai
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)
j)
k)
l)

Pemilik kapal Kawai Maru.


Menamakan kapal itu sempena namanya.
Menjadi nelayan sejak berusia 15 tahun
Mengenali ombak Jepun
Kaya raya sejak umur awal 30-an (Hal:1)
Memilih untuk belayar dan jadi nelayan.
Berpengetahuan tentang dunia laut dan isinya.
Menggunakan teknologi canggih seperti komputer dan satelit untuk mengetahui lubuk ikan.
Arif tentang nilai ikan dan hidupan laut.
Berasa malu kerana Jepun import ikan dari Amerika, China, Thailand, Rusia, India dan Chile.
Mahu rebut sebahagian besar rezeki laut.
Suka menangkap ikan laut dalam kerana isinya yang enak.

2) Kawai Maru
a) Sebuah kapal raksasa/ besar.
b) Mengambil nama sempena Tuan Kawai.

c) Didaftarkan di Kobe.
d) Menempatkan 200 orang pekerja.
e) 5 tingkat ( 2 tingkat tempat penyimpanan ikan-ikan laut dalam, lengkap dengan bilik sejuk beku. 2 tingkat lagi
untuk penginapan pekerja kapal, dan satu tingkat untuk dapur dan dewan makan)
f) Dilengkapi dengan komputer yang boleh berhubung dengan satelit untuk mendapat maklumat tentang lubuk ikan
laut dalam.
g) Mempunyai sistem telekomunikasi dan pasaran yang canggih.
h) Tiada saingan.
i) Kemunculannya digambarkan seperti 490 ekor paus biru yang berenang 70 ekor dalam 70 lapis Hal:4).

BAB
KOLONIAL
(Hal: 7 24)

WATAK & PERWATAKAN


1) PRESIDEN
a) Anak luar nikah dari Malagana (pusat hiburan) yang tidak diketahui siapa ayahnya.
b) Kehidupan di Ogonshoto yang miskin.
c) Disayangi ibunya.
d) Ketika berusia 7 tahun, menghabiskan masa merayap di pantai.
e) Berani menyelinap masuk ke dalam kapal Nakhoda dari Eropah.
f) Mempunyai keinginan untuk belayar dalam kapal besar ke Eropah.
g) Tidak mempedulikan kesedihan ibunya yang akan mencarinya kelak, tetapi teringat akan ibu apabila berasa lapar.
h) Bijak menangani situasi ketika bersembunyi dalam kapal. Membiarkan diri tertangkap pada hari ke-10 kerana
yakin yang dia tidak akan dihantar pulang disebabkan pelayaran yang ditempuh telah jauh.
i) Diambil menjadi anak angkat kepada Nakhoda Kapal Eropah.
j) Mempunyai semangat belajar yang tinggi. Oleh itu dia diberikan pendidikan hingga ke peringkat Universiti.
k) Dianggap anak terpintar di Ogonshoto.
l) Seorang yang berani, contohnya setelah tamat belajar dan sebelum mula bekerja di sebuah firma Eropah, dia telah
belayar bersama 3 orang rakannya.
m) Bijak dalam pelajaran dan mendapat markah tertinggi unuk latihan ilmiah dan tesisnya.
n) Mempunyai wawasan yang tinggi untuk terlibat dalam politik Ogonshoto.
- Menyertai parti politik paling popular di Ogonshota (Hal: 19)

o)
p)
q)
r)

Mengumpul data tentang kelemahan dan kesilapan pihak atasan parti, termasuk presiden ketika itu.
Ingat kembali dan baca kajiannya tentang kumpulan haram dan kongsi gelap, cara mengambil dan meluaskan
kawasan serta kaedah menghadapi penentang.
Dilantik sebagai Presiden. Bijak menyusun strategi pentadbiran sebagai presiden (Hal:24).
- bina 7 keajaiban ghaib yang kukuh tebal dan tinggi agar kedudukannya sentiasa aman dan kekal di puncak .
Berpegang kepada prinsip kapitalisme.
lebih suka ditakuti berbanding dihormati (Hal:24)
prinsipnya setiap penentang ialah kuman yang harus dihapuskan seawal mungkin dengan apa cara sekalipun.
Mempunyai biografi yang bertapis dan maklumat yang terpilih.
Dianggap sebagai kolonial baharu di Ogonshoto.

2) NAKHODA KAPAL EROPAH


a) Belayar ke Ogonshoto.
b) Seorang yang baik hati kerana menerima dengan baik walaupun presiden menyelinap masuk ke kapalnya.
c) Mengambil Presiden sebagai anak angkatnya.
d) Bertanggungjawab memberikan pendidikan kepada presiden hingga ke peringkat Universiti
e) Mengagumi semangat belajar Presiden.
f) Mengasihi Presiden sebagaiseorang anak kecil dari pasifik yang datang sebatang kara (berani) ke Eropah.
g) Melihat presiden sebagai seorang yang cepat belajar menyesuaikan diri, pintar dan dihormati oleh rakan-rakan
sebayanya di sekolah (Hal:13)
3) ISTERI NAKHODA
a) Menurut pandangan Presiden isteri Nakhoda seorang yang berbudi pekerti tinggi.
b) Menerima pendidikan dari Sorbonne dan Oxford.
c) Baik hati kerana menerima Presiden sebagai anak angkat.
d) Bertanggungjawab menjaga Presiden semasa ketiadaan suaminya.

BAB
JENERAL

WATAK & PERWATAKAN

1) JENERAL
a) baru bersara daripada angkatan bersenjata.
(Hal: 25 42)
b) Ada rumah besar di Tatamanu ( diberikan kepada anak perempuannya yang baru lulus Universiti Waseda dan
berkerja di Tatamanu (26). Jeneral juga beli rumah lain di Ture.
c) Berjaya dalam pertempuran di beberapa buah pulau pasifik ketika perang.
d) Kejayaan dalam pertempuran di Kiribati menjadikannya Jeneral terkenal.
e) Baik hati kerana mengundang beberapa orang kacukan Jepun, Futu-Ata,wartawan akhbar dan televisyen dan
beberapa penduduk Ture ke acara memuja semangat rumah di Ture.
f) Pandai ambil hati penduduk Ture dengan keramahannya, membuatkan merasa diberi penghormatan (26).
g) Murah hati, hulur bantuan kepada teman-teman sekampung yang baru dikenalinya (26).
h) Menganggap kunjungan paus-paus biru sebagai petanda baik untuk mereka menetap di Ture (27).
i) Bijak memasang strategi untuk menyertai politik (32), contohnya :
i) memilih Ture kerana peribadi dan pimpinan politik Ture mulai lemah.
ii) mempunyai matlamat jangka pendek untuk ganti wakil dalam pemilihan umum akan datang (32).
iii) matlamat jangka panjang untuk terus dapat penghormatan sebagai jeneral serta imbuhan kewangan.
iv) hanya parti politik pemerintah sahaja boleh beri kedudukan dan kemewahan.
j) Memilih menggunakan taktik ketenteraan dalam strategi politiknya, iaitu menyerang tatkala musuh lalai (36).
k) Berpura-pura mengatakan belum bersedia menceburi politik, yang telah mengaburi Pegawai Kanan(35).

l) Menepati masa (33) ketika menghadiri undangan daripada Tuan wakil.


m) Sentiasa membawa pistol bersadur emas (33). Jeneral dibenarkan membawa senjata dengan 25 butir peluru
dalam satu-satu masa kerana dia bekas tentera berpangkat tinggi. Menurutnya : bekas Jeneral tanpa senjata
seperti laut tanpa ikan (33).
n) Tidak mempunyai syak wasangka terhadap Pegawai Kanan yang mahu melihat pistol bersadur emasnya (39)
o) Bertindak mengikut perasaan kerana telah membunuh Pegawai Kanan Provinsi Ture dan membuang
mayatnya ke laut (40) ketika menanti kedatangan Presiden yang katanya boleh mencadangkan penyelesaian
yang menguntungkan semua (37).
p) Tindakannya itu diketahui oleh Presiden dan dimaklumkan oleh Tuan Wakil dengan bukti bergambar.
q) Akhirnya ditangkap polis.
2) PEGAWAI KANAN PROVINSI TURE
a) sumber kewangannya terbatas (32).
b) Wajahnya buruk
c) Badannya bau medak kahang (bau ikan yang terlalu busuk) (32).
d) Mata kirinya agak tersembul.
e) Bibirnya paling tebal di seluruh Ogonshoto.
f) Suaranya garau dan kadang-kadang halus macam bapuk.
g) Ucapannya langsung tidak menarik.
h) Berusaha menguatkan pengaruhnya di Ture (27).
i) Menganggap kehadiran Jeneral umpama beban baharu baginya, atau racun paling jahanam di Ogonshoto (27).
j) Berusaha melawan pengaruh Jeneral (28).
k) Sanggup lakukan apa sahaja asalkan hasratnya tercapai, terutama hasrat menyingkirkan Jeneral.
l) Suka menambah retorik dengan tujuan mahu menghina Jeneral (28).
m) Berusaha menyebarkan maklumat palsu terhadap Jeneral (kerana politik) untuk mengurangkan sokongan
terhadap Jeneral.
n) Mahu merasuah kenalannya untuk mendapatkan maklumat kelahiran Jeneral di Pukana (29).
o) Kecewa apabila mengetahui Jeneral bukannya lahir di Pukana (30)
p) Dia dikatakan lahir di atas kapal yang dalam pelayaran dari Tubua ke Ture, anak laut (30), tetapi tidak dapat

mengesahkan hal itu kerana ibunya telah 40 tahun meninggal dunia (31).
q) Pandai bawa diri, dan berpakaian mengikut keadaan sekeliling, contohnya berpakaian kemas di pejabat dan
berpakaian umpama nelayan Ture apabila ke kampung (27).
r) Berhasrat untuk membunuh Jeneral (40), tetapi akhirnya dia yang terbunuh dan mayatnya dibuang ke laut
oleh Jeneral.

3) TUAN WAKIL DI TURE


a) Seorang yang pelupa (33).
b) Mula nyanyuk (35).
c) Berjalan terketar-ketar.
d) Berhasrat mengundurkan diri daripada bidang politik, kerana tidak sihat lagi untuk memikul tugas-tugas
politik di Ture (31 & 35).
e) bekas nelayan (32)
f) memiliki rumah (kecil sedikit berbanding istana Presiden) bercat putih dan bumbung biru.
g) Ada kapal persiaran mewah yang boleh bawa 100 tetamu.
h) Memiliki 10 buah bot laju
i) Memiliki 5 buah kereta mewah buatan Jerman dan 3 buah buatan UK.

BAB
PENYAMARAN (Hal: 43 55)

WATAK & PERWATAKAN


Peristiwa berlaku apabila orang-orang Presiden merancang membuat pembangunan di pedalaman Tubua untuk
pelancongan kerana keindahan alam semulajadinya (43-44).
- Sekumpulan penduduk mengemukakan protes melalui sepanduk-sepanduk, perahu-perahu nelayan, radio,
televisyen dan akhbar.
- Protes itu sampai ke Aitu, timur Futu-Ata, Ture, timur Rai-Rapa dan Tubua.
1) LELAKI TUA
a) memakai pakaian seperti nelayan Kuri (45).
b) Badannya mulai bongkok sabut.
c) Wajahnya hampir ditutupi janggut, jambang dan misai.
d) Memakai kaca mata gelap yang murah.
e) Menyatakan tujuan kedatangan tatkala mendengar bantahan yang dibuat.
f) Berani mengata Presiden tidak akan menghiraukan bantahan penduduk Tubua (46).
g) Bersikap berhati-hati ketika dijamu dengan minuman arak.
h) Menyatakan bahawa dunia sudah berubah tiada lagi presiden yang akan menyamar untuk melihat keadaan
rakyat dan negeri.
i) Menyatakan bahawa masyarakat telah melupakan adat turun temurun Ogonshoto dahulu yang akan duduk
berkumpul berbincang atau mencari jalan penyelesaian (47).
j) Mencadangkan agar kumpulan protes berjumpa dengan seorang pemuda lulusan universiti di pejabat

Presiden (48).
k) Mencadangkan agar mereka berarak ke Tubua (50).
l) Mengetuai perarakan (51) menuju Tubua dan Tatamanu.
m) Aksinya menepuk dahi dan mengusap-usap jambangnya menimbulkan tanda tanya kepada pemuda 20-an
(51).
n) Mengarahkan para demonstrasi jangan bergerak (52), dan tiba-tiba dia meluru ke arah anggota angkatan
bersenjata sambil menjerit dari Kuri (53) dan lenyap dalam asap kuning pemedih mata.
o) Disyaki presiden yang menyamar dan menggunakan kod rahsia dari Kuri (55).

2) KETUA KUMPULAN PROTES / TUAN RUMAH


a) menyatakan pendapat bahawa Presiden dan orang-orangnya tidak akan berunding dengan mereka(46).
b) Bermurah hati mempelawa lelaki tua bermalam di rumahnya.
c) Baik hati, menjamu tetamunya dengan makanan dan layanan mesra.
d) Bijak membuat analisis perbandingan pemimpin zaman dahulu yang sering menemui rakyat untuk
mengetahui masalah-masalah rakyat secara lebih dekat (47).
e) Mengharapkan pemimpin negara mendengar pendapat mereka dan ambil tahu akan masalah rakyat.
f) Peka kerana dapat mengesan perubahan lenggok bahasa lelaki tua berbaur di antara lenggok Kuri dengan
Tatamanu (48).
g) Menyatakan sebab protes pembangunan kerana tidak mahu hulu Tubua dijadikan tempat pelancongan dan
perjudian, yang akan menyebabkan rumah tangga dan keluarga jungkir balik (48).
h) Tidak mahu alam semulajadi dirosakkan, kerana manusia memerlukan alam (49).
i) Mencadangkan mereka berarak terus ke pintu istana Presiden (50).
j) Melihat kesungguhan lelaki tua berjuang bersama dengan mereka kerana sanggup meninggalkan Kuri selama
dua hari.
k) Mula mengesyaki lelaki tua itu ialah Presiden (54) yang menyamar.
3) ANAK MUDA AWAL 20-an
a) suka akan sikap lelaki tua yang berani mengata Presiden (46).
b) Menurutnya perbincangan tradisional lalu sudah berpindah ke Dewan Presiden yang tertutup, dan jarang

mendengar keputusannya.
c) Mahu protes tersebut diteruskan (48).
4) SESEORANG
a) menyokong pendapat tuan rumah dan menambah pemimpin dahulu ada yang menyamar untuk melihat
keamanan negeri serta meninjau keadaan rakyatnya.
b) Memperlihatkan kerisauan kawasan tadahan hujan akan menyebabkan kawasan sekelilingnya ketiadaan air
sungai yang menjadi sumber kehidupan di Tubua (50).
c) Yakin Tuhan akan turunkan bala (letupan gunung berapi) jika perjudian dilakukan di Gora-Gora.

BAB
AISBERG
(Hal: 56 70)

WATAK & PERWATAKAN


- usaha membawa aisberg ke Ogonshoto akibat kemarau keras 9 bulan menyebabkan pemerintah membuat
keputusan membawa aisberg ke Ogonshoto untuk dijadikan penawar kemarau (59)..
1) NAKHODA
a) mengetuaipasukan menarik aisberg ke Ogonshoto.
b) Menerima bayaran yang tinggi untuk menarik aisberg ke Ogonshoto (60).
2) PAKAR AISBERG
a) dibesarkan di Pulau Disko, di pantai barat Greenland.
b) Telah berkali-kali ke kutub selatan.
c) Pakar mengurus aisberg
3) WARTAWAN
a) berpendapat bahawa Ogonshoto tidak perlukan biaya besar dengan menarik aisberg, seandainya cukup
bijaksana mengurus alam sekitar terutama kawasan tadahan hujan di Gora-Gora, Rai-Rapa dan Futu-Ata (60).
b) Pendapat itu tidak diendahkan oleh-orang-orang presiden.
4) LELAKI TUA DARI RUNAKITA
a) hidup sebatang kara (65).
b) buta huruf.

c) mundar-mandir sepanjang pantai mahu menyaksikan aisberg dibawa ke Ogonshoto (61).


d) Membeli 14 tong air di Tatamanu.
e) Berusaha mencari air
f) Berkerja keras (68).
g) Tidak mempunyai televisyen dan radio di rumah (64)
h) Menggorek kolam hingga ke permukaan dasar membatu, pejal lagi keras (69).
i) Dapat berita daripada jiran tetangga.
j) Menggali lubang untuk mencari mata air (67-68)
k) Tabah menghadapi cabaran untuk mendapatkan air (68).
l) Tidak mudah berputus asa mengisi tong-tong airnya dengan air laut melalui proses pengewapan.
m) Gigih berusaha sepanjang hari menggorek lubang/ kolam (67), akhirnya bertemu dengan mata air (70).
n) Menggunakan kaedah pengeluwapan air laut untuk dijadikan air tawar.
o) Tertanya-tanya tentang cerita aisberg dan 14 orang anak kapal, adakah itu benar (70).
5) TETANGGA LELAKI TUA
a) membawa perkhabaran tentang cerita aisberg (66).

BAB
MAINAN
(Hal: 71 94)

WATAK & PERWATAKAN


1) PEMUDA BANABA
a) Berpendidikan. Mendapat keputusan paling cemerlang di Banaba(82).
b) Tergolong dalam kalangan 10 pelajar terbaik bagi seluruh Kiribati.
c) Menduduki ujian Bahasa Inggeris untuk melayakkan diri ke Kolej di Sydney.
d) Bercita-cita menyambung pelajaran ke Australia atau New Zealand.
e) Mengisi masa lapang (sementara menunggu keputusan permohonan penempatan ke Kolej serta Biasiswa
Pemerintah Australia) Pemuda berperahu menangkap ikan (83).
f) Wajahnya seperti nelayan totok.
g) Teringat peristiwa :
i) hanyut di lautan selama 60 hari oleh badai barat.
ii) Peristiwa itu menjadi penyesalan baginya kerana sengsara dan tubuhnya hampir tinggal rangka setelah
daging dan semangatnya diuji gelombang ganas pasifik.
iii) ditemui hampir mati di Pantai Barat Gora-Gora (74).
iv) diselamatkan oleh penduduk
v) beransur sihat dan pulih di Hospital Tubua.
vi) setelah pulih dia diambil menjadi anak angkat Presiden (81).
h) Menyoal pada dirinya benarkah akan ada suatu hari yang malang dalam hidupnya (83).
i) Mendapat keistimewaan sebagai anak angkat presiden (83), yang dipanggilnya papa.

j) Menyertai permainan yang tidak terdapat di Kiribati ataupun Banaba.


Syarat pertandingan (79) :
i) binatang peliharaan atau binatang yang paling disayangi dibela, dilepaskan, diburu dan dibunuh.
ii) menagih ketangkasan pemburu.
iii) setiap pemburu hanya dibenarkan 3 kali menggunakan senjatanya
iv) pemburu mesti bebaskan binatang buruan jika 3 kali tembakan tidak berjaya membunuhnya.
v) permainan ini dilangsungkan setiap 1642 hari di Ogonshoto, sempena perisdtiwa gerhana matahari (81).
vi) dimainkan sehari selepas gerhana matahari di Ogonshoto
vii) waktu permainan dari matahari gelincir rembang hingga matahari terbenam.
k) Membuat latihan dengan sabut kelapa dan senjatanya temiang dan damak (80).
l) Binatang peliharaannya ialah tupai kerawak jantan.
m) Amat terhutang budi dengan kebaikan, kasih sayang dan kemurahan hati Presiden (84).
n) Diberi keistimewaan melihat seluruh kawasan istana, kecuali bilik tidur presiden (77).
o) Diajar cara berpakaian yang sesuai untuk berbagai-bagai majlis (77);
berbahasa dengan orang kenamaan.
tatatertib menikmati juadah.
p) Tidak menyangka dirinya menjadi binatang buruan papa/Presiden.
q) Dia telah ditembak oleh Presiden yang tembakan kedua mengenai lengan kanannya (86), dan tembakan ketiga
mengenai betis kirinya (87).
r) Dia lari menyelamatkan diri dan menyangka terselamat dan tidak diburu lagi.
s) Merancang untuk pulang ke kompleks presiden setelah hari gelap (87)
t) Dia tertanya-tanya apakah reaksi presiden kelak (88)
u) Sangkaannya meleset, Presiden terus memburunya dengan beberapa orang tentera elit presiden (88).
v) Nasib malang, pemuda ditembak di tapak tangan kanannya oleh presiden, lidahnya dipotong sekerat oleh
seorang tentera dan juga kedua-dua tangannya dikerat (88).
w) Dia dilarang pulang ke istana dan diarah keluar dari Ogonshoto oleh Presiden (88) .
x) Dia kini menjadi cacat dan bisu (89).
y) Membawa diri ke kanan hutan di kawasan pergunungan itu (90) dan berharap mendapat bantuan daripada
pertapa ataupun resi.

z) Akhirnya dia mendapat bantuan dan rawatan daripada sekumpulan resi yang menjungkir diri umpama
keluang (91) di hutan itu.
aa) Masih tertanya-tanya mengapa dirinya dijadikan binatang buruan presiden (92).
bb) Dia merayu agar resi merawat lidah dan tangannya, tetapi para resi merawat kakinya terlebih dahulu (92).
cc) Dia tidak menyesali betapa pendeknya zaman indah yang dinikmati, sebaliknya menyesali betapa palsunya
dunia warna-warni Ogonshoto.
dd) Dia mula memahami sebab-sebab para resi merawat kakinya terlebih dahulu (94).
ee) Masih bernasib baik kerana tidak dibunuh oleh Presiden.

2) PRESIDEN
a) sentiasa menyertai permainan dengan berlainan jenis haiwan setiap permainan. Antaranya Keluang, musang,
babi hutan tua, beruk (81 82)
b) mengambil pemuda dari Banaba yang hanyut di lautan selama 60 hari menjadi anak angkatnya (84)
c) seorang yang berpura-pura baik/hipokrit .
d) tidak mematuhi peraturan permainan (89).
e) Bertindak kejam menjadikan pemuda dari Banaba sebagai mangsa permainannya (87).
f) Mementingkan diri sendiri, kerana tidak mahu dipandang rendah oleh masyarakat, maka dia sanggup
mencacatkan pemuda Banaba.
g) Masih ada perikemanusiaan kerana tidak membunuh pemuda Banaba sebaliknya memberi pemuda itu
peluang untuk hidup dan menyuruhnya jangan kembali ke Ogonshoto.
3) IBU PEMUDA
a) bermimpi aneh seekor camar terbang lesu di bawah bebola matahari yang sedang menyinsing turun ke dalam
lautan. Semakin lama, camar dan bebola matahari itu semakin terbenam ke lantai samudera pagi. Biru air
samudera bertukar menjadi warna merah api (74).
b) Menyangkakan anaknya telah mati, maka ibu dan keluarga mengadakan acara keagamaan untuk mengingati
roh anaknya di gereja (74).
c) Terperanjat mendapat tahu daripada tentera bahawa anaknya selamat dan sebaik sahaja pulih akan dijadikan

anak angkat Presiden. Si ibu pengsan (75)


d) Setelah sedar ibu memanjatkan rasa gembira kepada Tuhan (75)

BAB
PENTAFSIR
(Hal: 95
114)

WATAK & PERWATAKAN


1) RESI RESI OGONSHOTO
a) bertapa dalam gua
b) menyendiri di sela-sela lereng gunung
c) berkumpul di hutan
d) menjungkir balik seperti keluang
e) menyelam
2) RESI MUDA
a) Pendamping resi tua / pentafsir Aitu.
b) Mencari maksud tersirat di sebalik kejadian yang berlaku di Aitu, iaitu apabila Aitu diselubungi warna kelabu
iaitu debu gunung berapi dan bangkai seekor paus (97)
c) Tertanya-tanya apakah perkara yang baru sahaja berlaku di Ogonshoto yang menyebabkan tanda-tanda buruk
dihantar ke Aitu (97).
d) Membuat tafsiran bahawa Tuhan mengutus tanda-tanda celaka di daratan yang ertinya kejahatan mula
berlaku di daratan (98).
e) Berani menyertai pertandingan sayembara (peserta termuda) yang tawaran hadiah sebutir kelapa emas (101).
f) Mengilhamkan ciptaan yang menepati syarat pertandingan (102).
g) Bijaksana cipta sesuatu yang tidak hidup tapi tampak seakan-akan hidup (tiru).

h) Sedar hanya Tuhan sahaja yang boleh mencipta sesuatu yang hidup (102).
i) Berjaya dalam pertandingan, tetapi kemudian dihancurkan oleh Presiden dengan cara yang sangat hina (107)
j) Melakukan ritual penyelaman sepanjang malam hingga matahari terbit (107).
k) Melihat dirinya dikelilingi oleh sejumlah ikan karang berwarna-warni berenang-renang mengelilinginya (107).
l) Yakin bahawa Tuhan tidak silap apabila menghantar isyarat-isyarat ke dunia ini.
m) Yakin bahawa kuasa baik sedang diintai oleh kuasa jahat (108).
n) Yakin bahawa sesiapa yang melawan kuasa jahat apabila mati kelak akan mendapat balasan nirwana (109),
berkaitan ajaran agama Buddha (110).
o) Dianggap oleh orang dari Tatamanu sebagai resi yang mempersulit pengertian akan kata-kata resi tua yang
dianggap sebagai sesuatu yang mudah difahami (111).
3) RESI TUA
a) seorang lelaki tua
b) gemar menyelam untuk menyelami erti kesucian dan kebenaran dalam kehidupan, juga untuk meninggalkan
segala kekotoran (95).
c) Wajahnya lembut dan tenang.
d) Matanya jernih
e) Masyarakat tak sanggup tentang matanya mahupun wajahnya (95).
f) Berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata yang paling terpilih bagai madu lewat saringan (mengemukakan
pendapat) (96).
g) Kata-katanya tidak pernah mempunyai makna tunggal, tetapi berlapis-lapis.
h) Turut menyertai pertandingan sayembara.
i) Ciptaannya tidak berjaya kerana menyalahi tafsiran Presiden.
4) ORANG DARI TATAMANU
a) Ingin tahu siapa yang menyatakan tentang imbuhan nirwana (110).
b) Ingin bertemu dengan resi tua.
c) Menyatakan bahawa keadaan resi tua dalam bahaya kerana memberikan pendapat yang sangat mengelirukan,
iaitu mengatakan akan ada imbuhan nirwana bagi mereka yang membunuh hidupan laut yang merosakkan

karang (110 111).


d) Mendapat jawapan yang jelas setelah bertemu dengan resi tua, iaitu imbuhan nirwana ditentukan oleh Tuhan.
e) Menyedari bahawa mudahnya berbicara dan memahami resi tua.
f) Berterus terang dengan resi Aitu bahawa tafsirannya akan kata-kata resi tua itu berliku-liku, mempersulitkan
sesuatu yang mudah (112).
g) Menurutnya pendapat resi tua amat jelas dan tidak perlukan tafsiran lain (111).
h) setelah bertemu dan berbicara dengan resi tua dan resi muda, dia percaya bahawa Tuhan akan tiba dari
Samudera/laut.
i) Menanti kehadiran Tuhan.
j) Terus tercegat berdiri menanti ketibaan Tuhan (112).
k) Mendapat simpati daripada penduduk Aitu, lalu memberinya makanan.
l) Beberapa tahun kemudian dia meninggal dunia dengan matanya tetap terbuka memandang ke arah laut (113).
m) Mayatnya dihantar pulang ke Tatamanu dengan kapal layar (113).
n) Menurut resi tua dan pentafsir Aitu, orang dari Tatamanu salah tafsir maksud resi tua. Sebenarnya maksud
resi tua yang tiba kelak bukan Tuhan, tetapi kebenaran daripada Tuhan (114)

BAB
JARI
(Hal: 115
131)

WATAK & PERWATAKAN


1) GURU SAINS
a) Seorang guru sains yang juga dipanggil sebagai guru kidal.
b) Berpindah tempat bertugas dari Sekolah Tinggi Tatamanu (119)
c) Membawa bersama barang-barang seperti buku, peralatan dan balang berisi jari.
d) Jujur menceritakan kisah sebenar perkara yang menimbulkan tanda tanya orang ramai tentang angan
kanannya yang kurang satu jari.
e) Berani mempertaruhkan jari manisnya bahawa makalah yang ditulis oleh beliau, setelah diterbitkan beliau
dan keluarga tidak akan dikenakan tindakan. Makalah tersebut berkenaan dengan kepincangan dalam agihan
tanah daratan yang dikuasai oleh orang asing yang mengabaikan hak orang tempatan (117-119).
f) Bertindak terburu-buru yang mengakibatkan kerugian pada dirinya. Contohnya dia bertaruh, jika makalah
yang dihasilkannya akan diterbitkan, yang dia dan keluarganya tidak dikenakan apa-apa tindakan.
g) Menepati janji untuk mengerat jari manisnya setelah melihat pihak pentadbiran Ogonshoto tidak mengambil

tindakan atas dirinya dan keluarganya.. Beliau mendapatkan bantuan sahabatnya yang mengidap lepra
h) Bernasib malang kerana :
- setelah dua minggu jari manisnya dipotong (122) dia menerima surat arahan dua puluh empat jam
berpindah dari Tatamanu ke pedalaman Kuri (123).
- keluarganya turut menerima padah iaitu ada yang dipindahkan, diturunkan pangkat, diberhentikan
(penghapusan keturunan dalam skala kecil).
i) Dianggap oleh penduduk Kuri sebagai orang yang bijak yang boleh memberikan pendapat dan pandangan
tentang rancangan kerajaan untuk membuka padang golf di pedalaman Kuri.
j) Tidak serik dengan kejadian lalu. Guru Sains pertaruhkan jari hantunya pula.
k) Berani mempertaruh jari hantunya pula kerana menyangka bahawa projek pembinaan padang golf di Kuri
akan dibatalkan.
l) Bersyukur kerana hutan pedalaman Kuri akan selamat(129). Oleh itu Guru Sains mengadakan jamuan
thanksgiving yang meriah (128).
m) Akhirnya memotong sendiri jari hantunya, setelah mendapat berita bahawa sebuah padang golf bertaraf
antarabangsa akan direalisasikan di Kuri (129-130)
2) SAHABAT
a) dulunya seorang tukang kayu, tetapi setelah mengidap penyakit lepra (kusta) dia dipindahkan ke perumahan
para penghidap Lepra
b) kulit wajahnya kering, berkedut-kedut, bibirnya herot-benyot.
c) Kedua-dua tapak tangannya hampir tanpa jari (120). Kulitnya sudah kebas dan keras
d) Tutur katanya kurang jelas.
e) Menceritakan tentang mimpinya pengembaraan 10 jarinya yang hilang telah masuk ke sebuah negeri yang
dipenuhi dengan bangkai(121).
f) Sahabat menganggap guru sains membayar janji tolol (122)

BAB
KAMERA
(Hal: 132
148)

WATAK & PERWATAKAN


1) DIA (PENCIPTA KAMERA EKSPERIMENTAL)
a) berasal daripada Runakita juga dianggap sebagai kota pembangkang (133).
b) Meminati bidang kemahiran kamera.
c) Seorang yang bertuah kerana dipilih dan dihantar ke Tokyo untuk mengikuti Program Penyelidikan Muda AsiaPasifik selama 4 bulan (132 - 133)
i) di tempatkan di sebuah politeknik di pinggir Tokyo;
ii) dibimbing oleh seorang profesor yang terkenal dalam dunia akademia;
iii) Isnin Jumaat menghadiri kuliah
iv) Sabtu dan Ahad melakukan aktiviti bebas seperti merayau di bandar Harajuku, Shibuya atau Shinjuku, atau ke
bandar Elektrik Akihabara, atau berendam dalam kolam air panas (onsen) atau menonton kabuki (teater
tradisional) (133)
d) tidak meminati bidang kesenian teater (133).
e) Merendah diri. Dia tidak menaruh sebarang harapan untuk dipilih mengikuti program tersebut kerana 3 alasan :
i) ada beberapa orang penyelidik muda lain yang berbakat di Tatanamu;
ii) dia berasal dari kota pembangkang;
iii) abang tuanya seorang aktivis hak asasi manusia yang telah menghilangkan diri.
f) Memikirkan tentang keadaan manusia yang memakai beberapa topeng di dunia ini, sehingga menenggelamkan
peribadi mereka yang sebenar.

g) Mengilhamkan sebuah kamera yang dipanggil sebagai kamera eksperimental (134)


- dengan baki duit elaunnya dia membeli :
i) sebuah kamera hitam, perakam suara saiz mini:
ii) sebuah radio transistor ;
iii) termometer, pengesan pergerakan udara elektronik ;
iv) buku elektronik tentang jadual cuaca global ;
v) sebuah kalendar elektronik ;
vi) beberapa utas wayar yang sesuai.
h) Tidak suka membuang masa, buktinya dia menyesali dan mengutuk kesilapan dirinya yang tidak membawa naik
ke kabin perkakas untuk kamera eksperimentalnya dan boleh memasang serta mengujinya (135).
i) Bermimpi : ketika sedang berendam seorangan di onsen sambil memandang ke arah hutan dan pergunungan
ddiliputi salju (135), tiba-tiba muncul ratusan lembaga bertopeng hannya (bertanduk) dengan wajah garang
dan bersiung bergerak ke arahnya. Seekor daripadanya merentap tangan kirinya dan membawanya terbang
jauh. Tubuhnya menggigil kesejukan.
j) Berasa rindu untuk mengetahui khabar Ogonshoto, lalu membeli senaskah akhbar 12 halaman (135).
k) Berasa aneh dengan iklan memohon maaf daripada seorang lelaki tua bekas komandan tentera, kepada semua
pihak atas kesilapan yang dilakukan sepanjang perkhidmatan dalam Angkatan Bersenjata Republik
Ogonshoto(136).
l) Mempunyai keinginan untuk melihat keadaan bekas komandan, setelah mendengar kisahnya daripada pemandu
teksi.
m) Mempunyai kepakaran menghasilkan kamera untuk melihat peristiwa lalu (140) yang dinamakan kamera
eksperimental, yang menurut temannya merupakan ciptaan luar biasa (142).
- cubaan pertama : dia mengimbas peristiwa yang berlaku 4 bulan lalu (142)
- cubaan kedua : peristiwa abang tuanya (143) ditembak di kepala dan mayatnya ditolak masuk ke dalam
kawah gunung berapi Gora-Gora 5 tahun lalu, oleh seorang tentera dan komandan (144).
n) Menuntut keadilan untuk abangnya. Dia membawa bukti daripada foto kamera ke pejabat undang-undang di
Tatamanu.
o) Seorang yang berhati-hati. Sebelum ke pajabat undang-undang, sebagai persediaan awal, dia menulis panduan
penggunaan kamera eksperimentalnya, dan mengamanahkan kamera itu kepada temannya (145).

p) Berani menuntut keadilan untuk abang tuanya. Dia membawa kes pembunuhan abang tuanya ke pengadilan
untuk :
i) mengetahui kebenaran;
ii) menghukum orang yang bersalah dengan hukuman yang setimpal;
iii) supaya roh abang tuanya gembira (146).
q) Malangnya, dia disabitkan bersalah (kesalahan yang amat besar) kerana menggunakan kamera yang belum
diluluskan penggunaannya di Ogonshoto (146). Akibatnya dia dipenjarakan di lokap tentera.

2) PEMANDU TEKSI
a) memiliki sebuah teksi tua berwarna biru sebam buatan Jepun.
b) Memakai topi daun pandan lusuh.
c) Suka meletakkan pencungkil gigi di mulutnya.
d) Arif tentang jalan-jalan di Tatamanu (137)
e) Pernah tengok orang menghadapi saat mati :
i) seorang tua mahu ke muzium
- asyik bercerita tentang topeng-topeng suku kaum purba di Rai Rapa. Kemudiannya senyap, kerana telah
mati.
ii) seseorang yang menyelinap masuk teksinya :
- menjerit-jerit dan melolong minta dihantar ke hospital.
f) Bertanggungjawab, beliau membawa orang yang telah mati di dalam teksinya ke krematorium (137).
3) LELAKI TUA BEKAS KOMANDAN TENTERA
a) mengalami hidup tuanya yang tidak tenteram, dan sering diganggu oleh roh-roh yang mati akibat
kezalimannya (139-140)
b) memohon maaf melalui surat khabar atas kesilapan semasa berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata Republik
Ogonshoto (136).
c) Sudah 2 minggu sakit dan meracau. Anak-anaknya tidak seorang pun yang mahu menjaganya (137)

d) Isterinya telah tua dan lumpuh (138)


e) Teringat akan kejahatannya (139), dia melihat orang-orang yang dizaliminya ketika berkhidmat dahulu
datang membalas dendam.
f) Terkenang peristiwa 5 tahun lalu, atas perintah sulit presiden untuk menghukum lelaki aktivis hak asasi di
jurang gunung berapi Gora-Gora (139).
g) Terlihat sesuatu yang aneh di siling rumahnya seolah-olah gambar yang hidup (140).
h) Akibat daripada itu dia dipikul ke hospital tentera oleh lelaki tegap (139).
i) Menjerit-jerit dan pengsan apabila melihat foto-foto dan suara peristiwa pembunuhan lelaki ketua aktivis
yang diperoleh daripada pencipta kamera eksperimental.
j) Dalam keadaan lemah, kurus dan umpama bakal mayat (147) menaiki teksi untuk dihantar ke rumahnya.
4) SEORANG LELAKI TEGAP
a) Bertubuh tegap.
b) Seorang tentera.
c) Menganggap komandan tua bodoh kerana meminta maaf.
d) Menyarankan komandan meminta maaf kepada Tuhan yang pemaaf
e) Memikul bekas komandan ke jip untuk dibawa ke hospital kerana menceritakan tentang kes lelaki aktivis hak
asasi yang dijatuhi hukuman (139).
f) Tidak mahu cerita tentang arahan sulit presiden itu, disebarkan oleh komandan tua itu.

10

BAB
BAHTERA
(Hal: 149
167)

WATAK & PERWATAKAN


a) NAKHODA BAHTERA
b) berumur akhir 50-an
c) mempunyai pengetahuan waktu yang sesuai untuk belayar. Contohnya, dia membuat perkiraan waktu yang
sesuai untuk mula belayar mengikut cara perhitungan orang tua di Ogonshoto iaitu apabila fajar menyinsing.
d) Teringat peristiwa melihat penyu gergasi yang lalu di bawah sampan cadik sebelah, menjelang senja ketika
hendak pulang ke rumah.
e) Teringat juga kata-kata lelaki pendiam yang duduk di warung bersamana, mengatakan penyu raksasa dapat

merasa gelisah perut bumi yang akan menggegar menjadi gempa.


f) Tidak berjaya meyakinkan pengunjung warung tempat kebanyakan lelaki desa berkumpul mencarut dan
bercerita lucu.
g) Sabar apabila diejek oleh mereka.
h) Mempunyai kepakaran dan kemahiran mengendali kerja-kerja membuat bahtera, untuk pindahkan penduduk
Ogonshoto ke daratan baharu.
i) Mula mendapat kepercayaan penduduk Ogonshoto, tetapi mendapat tentangan daripada anak lelakinya yang
tidak percaya akan teorinya tentang penyu raksasa . Anak lelaki nakhoda tidak percaya pendapat ayahnya
dengan alasan Ogonshoto terletak jauh dari sisi plat lingkaran gunung berapi pasifik.
j) Nakhoda hampir buta huruf, manakala anak lelakinya berpelajaran.
k) Nakhoda teringat akan peristiwa yang diceritakan 1000 tahun lalu apabila berlaku gempa bumi luar biasa
yang menyebabkan hilang lenyap beberapa pulau di Ogonshoto.
l) Mendapat bantuan daripada Firma Jepun dari segi kewangan (peruntukan besar) dan persetujuan daripada
pentadbiran Ogonshoto untuk kerja membuat bahtera. 500 ekar hutan di Utara Futu Ata digunakan untuk
projek tersebut.
m) Gigih berusaha menyiapkan bahtera, buktinya (155) :
- tidur 4 jam sahaja setiap malam kerana :- beri tunjuk ajar dan arah tukang membuat bahtera (120 meter panjang; 25 meter lebar; 15 meter
dalam);
- mempengaruhi lebih banyak orang Ogonshoto untuk menyertai pelayarannya;
- memujuk anaknya.
n) Bijak mengawal keadaan, conohnya ketika 2 orang wanita dan seorang lelaki yang berpenyakit tetapi
berkeras untuk mendaftar menaiki bahtera (156)
o) Prihatin akan nasib orang lain. Contohnya nakhoda berasa serba salah sama ada mahu membawa atau
meninggalkan sahaja mereka yang berpenyakit akibat makan makanan tercemar di Istana, atau membawa
mereka, tetapi risiko yang bakal dihadapi ialah wabak bakal tersebar dalam bahtera.
p) Bijak bertindak dengan membawa bersama mereka yang berpenyakit dengan mengasingkan/menempatkan
mereka(22 orang) di bahagian buritan bahtera (161).
q) Berperikemanusiaan (166). Nakhoda masih mempertimbangkan akan kehidupan orang yang berpenyakit

sebelum membuat sesuatu keputusan.


r) Mempunyai kebolehan menyelesaikan kes. Nakhoda berjaya merungkai punca permasalahan wabak penyakit
yang dihidapi oleh mereka yang makan makanan Istana menerusi pengakuan tukang masak.
s) Sedih dengan tindakan anaknya(164) yang meninggalkan bahtera / enggan turut serta meninggalkan
Ogonshoto.
t) Meyaksikan kepulauan Ogonshoto ranap(168) dilanda gelombang besar (tsunami) yang setinggi 6 kali ganda
tinggi bangunan 10 tingkat di Tatamanu.
u) Berusaha untuk mencari daratan baharu untuk para pengikutnya.

2) ANAK NAKHODA
a) Seorang kepada remaja
b) anak lelaki nakhoda
c) berpendidikan
d) tidak mudah percaya : pernyataan ayahnya bahawa Ogonshoto akan dilanda malapetaka (160)
e) menulis catatan untuk ayahnya (160).
f) lebih yakin pada ilmu geografi yang diperoleh, menyebabkan dia menolak pendapat ayahnya.
g) Lebih percaya pada tafsiran sendiri yang sebenarnya akan mati bukan penduduk yang ada di Ogonshoto, tetapi
masyarakat yang berada dalam bahtera, jika bahtera tersebut dipukul ombak besar(160).
h) Mengambil keputusan terjun daripada bahtera ketika bahtera mula bergerak meninggalkan pantai.
i) Akhirnya terkorban bersama Ogonshoto
3)
a)
b)
c)

WANITA TUKANG MASAK


bijak menyembunyikan identiti diri, dengan menyamar sebagai lelaki tinggi berpakaian serba putih.
tukang masak di dapur istana Presiden Ogonshoto.
seorang yang jujur(162). Beliau menceritakan peristiwa tingkah laku manusia yang berada di istana Presiden,
yang memandang rendah pada orang lain dan mementingkn diri mereka shj.
d) bersikap kejam kerana membunuh lelaki yang datang ke rumahnya, dan mengambil daging lelaki itu untuk
mengantikan daging rusa (yang sepatutnya dimasukkan sebagai ramuan dalam bubur berkenaan) (163).

e) akibat tindakannya, semua yang makan bubur yang dihidangkan itu mengidap penyakit aneh.
f) akibat kesalahannya, nakhoda tempatkan wanita tukang masak bersama dengan mereka yang berpenyakit iaitu di
buritan kapal.

11

BAB
EPILOG :
TSUNAMI
(Hal: 168
174)

WATAK & PERWATAKAN


1) NAKHODA BAHTERA
a) bertanggungjawab kerana berusaha kebumikan mereka yang meninggal dunia, di kaki bukit serta menghantar
mereka yang sakit ke wad.
b) Sabar menunggu keputusan daripada pemerintah pulau berhubung status mereka yang tiba di pulau tersebut.
c) Akur dengan keputusan pemerintah Pulau sama ada mereka diterima sebagai penduduk pulau itu atau
disuruh pergi.
2) PENCERITA
a) Berusia 80 tahun
b) Baru 20 tahun bersara daripada berkerja dengan Kawai Maru.
c) Tsunami berlaku ketika usianya 45 tahun 10 hari.
d) Berterusan bercerita tentang peristiwa tsunami yang dahsyat itu.
e) Masih mengenangkan Tuan Kawai dan ingin mengetahui berita tentangnya dengan menghantar teleks (170).
f) Setelah tamat berkhidmat dengan Kawai Maru, beliau kembali ke kampung halaman (170).
g) Berasakan kampung halaman begitu asing untuknya.
h) Tiada rakan akrab untuk berbual dan berjenaka seperti ketika dalam Kawai Maru.
i) Isterinya telah lama meninggal dunia iaitu ketika usianya 50 tahun (171).
j) Tidak mempunyai anak.

k) Oleh itu dia memilih untuk tinggal di rumah orang tua-tua di Daerah Kita, Tokyo.
l) Hidupnya sepi,sunyi, sendirian.
m) Membayangkan hidup rakan-rakannya yang lain, hidup dengan isteri mereka dan pergi ke mana-mana
mengekori isteri mereka (171)
3) ENCIK NOOR
a) berusia separuh abad (50 tahun)
b) ada misai dan janggut berwarna putih dan hitam (173)
c) dipanggil dengan gelaran Nooru-san ( Tuan Noor ) oleh jururawat Ayako.
d) Selesai menjalani pembedahan.
e) Merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan keluarga dan sahabat
f) Bertugas di sebuah organisasi Asia-Pasifik di Tokyo
g) Dirawat oleh jururawat bernama Ayako.
h) Berasal daripada Kali Besar Semenanjung Malaysia. Terjemahan Kali Besar ke bahasa Jepun ialah Okigawa.
4) AYAKO
a) seorang jururawat .
b) merawat Encik Noor.
c) Warganegara Jepun.

LATAR
BAB

LATAR MASA

LATAR TEMPAT
Kapal Kawai Maru.

1
Prolog

2) Masyarakat yang mempunyai kemahiran teknologi contohnya


Kawai Maru menggunakan komputer dan satelit untuk mengesan
lubuk ikan.
1) Masyarakat yang berani menempuh cabaran belayar di lautan
pasifik. Contohnya pelayaran kapal besar dari Eropah ke Malagana.

Pagi

Kapal besar ke Eropah

Pagi

Ture

1) Masyarakat yang pandai mengambil hati / menjaga hubungan baik


dengan masyarakat tempatan.

malam

Tubua

1) masyarakat yang bermuafakat untuk mencapai sesuatu hasrat.

2
kolonial
3
Jeneral
4
Penyamaran

LATARMASYARAKAT
1) Masyarakat yang berkerja sebagai nelayan dan kelasi kapal.

2) Masyarakat yang menolak pembangunan yang difikirkan akan


merosakkan akhlak dan institusi keluarga (48)
3) masyarakat pemimpin yang mengambil berat akan keamanan

5
Aisberg

6
Mainan

7
Pentafsir

9 malam (57)

Lautan pasifik

negara dan ketenteraman rakyatnya (47).


1) Masyarakat yang berkerjasama menawan aisberg.

selepas seminggu

Runakita

2) Masyarakat yang belum belum menerima kemajuan teknologi.

Pagi (74)

Banaba

1) Masyarakat yang menerima musibah sebagai takdir Tuhan (75)

Malam

2) Masyarakat yang membantu orang yang menghadapi kesusahan.


Contohnya resi-resi membantu pemuda yang cedera parah.

Pagi (97)

Kawasan hutan di
pinggang Gunung GoraGora.
Perkampungan Aitu.

Petang (103)

Pantai Aitu.

Hari sabtu

Rumah guru sains.

8
Jari

9
Kamera

Isnin Jumaat

Politeknik pinggir Tokyo.

3 Jam

Pejabat Undang2 di
Tatamanu.
Gunung berapi Gora-Gora.

2 hari
Berminggu 2

Lautan

petang/ maghrib

Sebuah warung

10
Bahtera

1) Masyarakat yang dikejutkan dengan peristiwa bumbung rumah


penduduk Aitu diselubungi warna kelabu.
2) Masyarakat yang menyahut cabaran menyertai pertandingan
sayembara (103)
1) Masyarakat yang berkerjasama untuk menjayakan sesuatu
perkara/acara. Contohnya Thanks Giving . (129)
2) Masyarakat yang bersyukur dan berkongsi rasa kesyukuran dengan
orang lain.
1) Masyarakat yang menuntut ilmu.
2) Masyarakat yang menuntut keadilan menerusi undang-undang.
3) Masyarakat yang berusaha mencari bukti terhadap kezaliman yang
dilakukan terhadap ahli keluarga.
1) Masyarakat yang berusaha mencari tempat/daratan baharu yang
lebih selamat selepas mengalami bencana.
2) Masyarakat lelaki yang berbincang hal ehwal kehidupan.

45 tahun 2 bulan

Kapal Kawai Maru

1) Masyarakat yang mengingati peristiwa tsunami di Ogonshoto. (170)

Hospital

2) Masyarakat yang mendapatkan rawatan untuk mengubati atau


menghadapi penyakitnya. Contohnya masyarakat yang
mendapatkan rawatan di hospital, termasuklah Encik Noor.

11
Epilog

NILAI DAN PENGAJARAN


BAB

NILAI
Kebijaksanaan

PENGAJARAN
Kita haruslah menggunakan kemudahan yang ada dengan bijaksana agar dapat memperoleh hasil
yang memuaskan. Contohnya Tuan Kawai bijak menggunakan kemudahan komputer dan satelit
yang memudahkannya mengesan kawasan lunuk ikan.

Keberanian

Kita hendaklah berani menempuh cabaran demi mencapai sesuatu cita-cita.

Hormatmenghormati

Kita hendaklah menghormati orang lain dan berusaha untuk menjaga hubungan baik sesama
manusia.

Bermuafakat

Kita hendaklah bermuafakat dalam melakukan sesuatu pekerjaan ataupun menghadapi sesuatu
dugaan.

Kegigihan

Sebagai manusia, kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kesenangan yang diharapkan.

Kesyukuran

Kita hendaklah memanjatkan rasa syukur terhadap berita atau sesuatu perkara yang baik.

1
Prolog

2
kolonial
3
Jeneral
4
Penyamaran
5
Aisberg

6
Mainan
7
Pentafsir

8
Jari
9

keredhaan

Cintakan alam
sekitar (126)
Keadilan
Amanah

Kamera
Berkerjasama
10
Bahtera
Ketabahan
11
Epilog

Kita hendaklah sedar bahawa keupayaan manusia amat terbatas berbanding dengan pencipta
manusia (tuhan)

Kita hendaklah memelihara alam sekitar agar tidak dicemari.


Kita hendaklah berani menegakkan keadilan demi kesejahteraan hidup bersama.
Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan amanah agar tidak menyusahkan
diri di kemudian hari.
Kita hendaklah bijak mencari jalan penyelesaiankepada sesuatu cabaran agar tidak menjejaskan
hubungan kemanusiaan.
Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan Tuhan. Contohnya En. Noor tabah menghadapi dugaan
penyakit menjalani pembedahan

TEKNIK PLOT
1

TEKNIK PLOT
PEMERIAN

DIALOG

MONOLOG

MONOLOG
DALAMAN
IMBAS KEMBALI

CONTOH AYAT
HALAMAN
Permukaan air membuak kecil sebaik-baik sahaja si resi muda timbul. Dia
melihat air jernih di sekeliling, menghijau zamrud dan semakin membiru Hal : 98
di kejauhan. Sebuah kapal, layarnya padat ditolak angin barat, mungkin
dari Tatamanu, sedang meluncur laju menuju Aitu. Angin barat tidak
sahaja menghembus kapal besar itu ke timur, tetapi juga menyampaikan
bau kuda ke hidung resi muda.
Perbualan di antara tuan rumah dengan seseorang dan lelaki tua serta
Hal : 47
anak muda dua puluhan, tentang cara pemimpin masa kini berbanding
pemimpin masa dahulu mendekati rakyat.
Sungguh, kehadiran jeneral mrupakan suatu beban baharu, malah racun
paling jahanam di Ogonshoto, gumamnya lagi.
Ajakan yang kedengaran bersungguh-sungguh, fikir pegawai kanan itu.

Hal : 27

Mustahil dia akan terlibat dalam permainan ini kalau telah maut ketika

Hal : 72

Hal : 33

IMBAS MUKA

SASPENS

KEJUTAN

hanyut lebih enam puluh hari di lautan, beberapa tahun dahulu.


Sebentar lagi, dengan pertolongan Papa, mereka akan meredah belukar
Hal : 86
tempat tupai kerawak jantan bersembunyi.
Kemudian dapat dirasainya, tangan-tangan lembut keluang itu memegang
tengkuk, pinggang dan kakinya. Mungkin tiga atau empat ekor keluang itu Hal : 91
mengangkat dan mengusungnya masuk ke dalam sebuah pondok kecil.
Segalanya berlaku begitu pantas. Pemuda itu mengerang kesakitan amat
sangat, hanya sempat melihat Presiden buat kali terakhir menuruni
pinggang gunung gelap sambil berkata, Jangan pulang ke istana! Jangan
berada di Ogonshoto!

Hal : 88

LATAR
MASA

TEKNIK
PLOT

PERSOALAN

NILAI
LATAR
TEMPAT

PERISTIWA
LATAR
MASYARAKAT

PENGAJARAN
WATAK
PERWATAKAN

Mengguna internet dan


computer untuk
mengesan lubuk ikan

Pelayaran anak Malagana


(Presiden) ke Eropah

Pertemuan Jeneral,
Pegawai Kanan & Tuan
Wakil Ture

Bantahan penduduk
tempatan Tubua terhadap
program pembangunan
pelancongan

Kemarau keras yang


panjang

Melanggar perbuatan
permainan

Melakukan percaturan
mengenai sesuatu
perkara

Komanden memohon
maaf

Kawasan Aitu diselubungi


debu gunung Gora-Gora

Membina bahtera

Kehidupan selepas besara

Nama
Watak
Nama
Tempat

SUMBER MAKLUMAT

objek
BAB

PROLOG

KOLONIAL

JENERAL

PENYAMARAN

AISBERG

MAINAN

JARI

KAMERA

PENTAFSIR

BAHTERA

TSUNAMI

LATAR

LATAR MASA

LATAR TEMPAT

LATAR
MASYARAKAT

Dengan rasa takzim dan rendah hati, saya sedekahkan ilmu


yang Allah beri kepaad diri yang kerdil ini untuk kemudahan
bersama. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada
semua demi memartabatkan ilmu ke dalam jiwa setiap manusia
bergelar pelajar. Segala yang baik itu hanya daripada Allah dan
segala yang kurang itu datangnya daripada kedaifan ilmu
diriku sendiri.
CIKGU NADHIRAH ABDULLAH
SMK PUTATAN.

You might also like