You are on page 1of 1

MOHD NIZAM BIN MUSA (D20091036520)

MONODRAMA
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, monodrama adalah karya yang dituliskan untuk seorang pelaku. Ianya membawa maksud, monodrama adalah sebuah persembahan melibatkan seorang pelakon yang membawakan satu watak atau lebih, asalkan ia sebuah drama yang lengkap iaitu mempunyai permulaan dan pengakhiran. Lengkap bermakna sebuah monodrama itu harus berjaya memperkenalkan semua watak dalam lakonannya, menampilkan isu dan persoalan cerita, menampilkan pertembungan antara watak, mempunyai kemuncak cerita dan merungkai permasalahan yang telah dibangkitkan dengan bijaksana. Dengan erti kata yang lain, monodrama membawa maksud : Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon.sa Pelakon mesti menghayati watak yang dipilih. Pelakon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan dan tindakan watak dalam sesuatu karya . Berdasarkan lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya danperwatakan individu lain. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

MONOLOG

Kamus Pelajar edisi ke-2 mentakrifkan monolog adalah percakapan yangg agak panjang oleh seorang penutur sahaja, biasanya menafikan kesempatan orang lain untuk bercakap atau mengeluarkan pendapatnya. Dalam erti kata lain, ianya membawa maksud percakapan yang panjang lebar oleh seorang pelakon sahaja dalam drama, filem dan sebagainya. Kamus dewan edisi ke-4 pula mentakrifkan monolog merupakan percakapan yangg agak panjang oleh seorang pelakon sahaja dalam sesebuah drama filem. Dengan kata mudahnya, adegan drama atau sandiwara dengan seorang sahaja pelakonnya yangg menyampaikan percakapan seorang diri. Monolog ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu monolog dalaman dan luaran.

You might also like