You are on page 1of 18

0

SEMESTER 2 SESI 2005 / 2006


( Ambilan 4, 2003 )
UW2122
SENI DAN MASYARAKAT

SINOMBIAKA
PEMBENTANG:
JUNIPAH BINTI DUBIS @ LUBIS YT2003 6447
PENYELIDIK:
AINIE BINTI NOOR
6181
DAYANG FATIMAH BINTI MAJID
6193
YAHINA @ SABRINA INGGIT
6228

YT2003
YT2003
YT2003

Perkahwinan tradisional di Sabah dikatakan salah satu


adat istiadat yang cukup
menarik dan bermakna.
Perkahwinan tradisional di Sabah berbeza mengikut kaum.
Perbezaan bukan sahaja daripada segi upacara tetapi juga
perbezaan fesyen dan corak pakaian. Pakaian perkahwinan
biasanya juga akan menjadi pakaian tradisional dan dipakai
pada hari perayaan bagi satu-satu kaum di Sabah tetapi
berbeza dengan `Sinombiaka,pakaian perkahwinan bagi etnik
Kadazandusun Liwan.
Pakaian mereka dikatakan keramat pada masa dahulu
kerana ia cukup istimewa sebab itulah pakaian ini tidak
boleh dipakai `sembarangantetapi hanya boleh dipakai oleh
mereka yang melangsungkan perkahwinan sahaja (wanita). Walau
bagaimanapun ia boleh juga digunakan oleh mereka yang telah
selesai `rinait(belajar amalan animisme) dan mencapai
tahap`bobolian.Sinombiaka yang kebanyakannya hanya terdapat
di pedalaman Sabah iaitu di kawasan Keningau dan Tambunan
mempunyai keunikan tersendiri kerana dibuat sendiri oleh
`sumandak(wanita yang masih muda dan bujang) sebelum mereka
berkahwin dengan hanya menggunakan kehalusan jahitan tangan.
Set Sinombiaka (lampiran 1a,1b,1c) dihasilkan daripada
kain ela hitam, benang pelbagai warna seperti merah,kuning,
putih,
ungu,
dan
merah
jingga.Satu
set
sinombiaka
mengandungi 8 item yang lain terdiri daripada `tapi,
`sinombiaka,
`garung.`sunduk
ngolitan,`tangkong,`pinadang,`botungkat dan `lumbagai.
1. `Tapi
Sarung atau kain yang merupakan kain kosong berwarna
hitam yang dijahit dengan benang berwarna putih.(lampiran 2)
2. `Sinombiaka
Baju tiga lapis. Ketiga-tiga baju ini tidak melekat di
antara satu dengan yang lain.Setiap satu baju mempunyai saiz
yang berlainan; apabila si pemakai memakai baju sinombiaka
setiap lapisan itu akan kelihatan di bahagian depan atau
dada. (lihat lampiran 4).Lapisan pertama lebih besar kerana
ia akan menutupi seluruh badan dan bawah leher, sementara
lapisan kedua terbuka sedikit dan memperlihatkan sulaman
depan pada lapisan pertama, dan lapisan ketiga lebih kecil
kerana bukaan depan nya akan memperlihatkan sulaman depan
lapisan pertama dan lapisan kedua.Di bahagian lengan baju
pula lapisan kedua lebih panjang dan menutup bahu sedangkan
lapisan pertama tidak kelihatan dan lapisan pertama pendek
sedikit daripada lapisan kedua. Setiap lapisan baju
sinombiaka ini disulam di bahagian belakang (lampiran 3),
hujung lengan dan bahagian depan serta lilit
leher.Motif
yang digunakan adalah sama pada setiap lapisan.

3. `Garung
Kain panjang(kain hitam bercorak jahitan jalur putih)
yang ditebuk panjang di bahagian tengah untuk memudahkan si
pemakai memasukkan kepala dan seterusnya menutup tiga
lapisan baju; menandakan pengantin yang sangat pemalu dan
bersopan santun.Hujung bahagian depan disulam dengan manikmanik pelbagai warna sementara hujung bahagian belakang
disulam dengan `giring-giring yang terdiri daripada locengloceng kecil yang berbunyi nyaring apabila bergerak.
(lampiran 5)
4.`Sunduk Ngolitan
Kain penutup kepala.Sulaman pada atas kepala dan
bahagian bawah. Ia juga seperti garung yang merupakan kain
hitam bercorak jalur putih.(lampiran 6)
5.`Pinadang
Merupakan tali pinggang kecil yang lebarnya 2 inci dan
panjangnya adalah mengikut ukuran si pembuat. Tali ini
dililit pada bahagian punggung. Coraknya sangat menarik
dengan sulaman penuh dengan manik-manik kecil membentuk
motif `nulu(bukit-bukit) di setiap permukaannya.(Lampiran
7)
6. `Botungkat dan `Tangkong
Kedua-dua item ini menghiasi bahagian pinggang dan
punggung
pengantin.Kedua-duanya
dibuat
daripada
besi
tembaga, telah di kumpul dan disatukan membentuk rantai yang
panjang(
cukup
untuk
lilit
pinggang
dan
punggung
pengantin)dengan
menggunakan
tali
yang
kuat.Tangkong
(lampiran 8b) berbentuk cincin sebanyak tiga utas
dan
setiap satu mempunyai saiz yang berlainan; bentuk pinggang
dan punggung. Botungkat pula terdapat dalam
dua utas dan
keduanya mempunyai panjang yang sama tetapi saiz yang
berlainan (lampiran 8a). Oleh kerana benda-benda ini susah
didapati pada zaman dahulu ;botungkat yang terdiri daripada
wang syiling dolar, maka ia dijadikan lambang kekayaan dan
keberadaan sesebuah keluarga. Ia diperturunkan kepada anak
perempuan sulung ataupun anak yang sangat dikasihi oleh
ibunya. Walau bagaimana pun ahli keluarga yang lain masih
boleh menggunakannya.
7. `Lumbagai
Ia berbentuk seperti `sirung` (salah satu kraf yang
digunakan sebagai penutup kepala kaum wanita semasa bekerja,
menziarahi dan menghadiri perayaan tertentu) namun ia lebih
lebar dan terbuka luas. Pun begitu asas bentuknya ialah
segitiga dan agak
kurang stabil bila diletakkan di atas
kepala namun ketinggian nilai estetika adalah dilihat dari
segi corak dan pembuatan yang dihasilkan. Lumbagai dipakai
oleh pengantin agar tidak terkena cahaya matahari yang boleh
merosakkan kesegarannya sebelum melangsungkan perkahwinan.Di

3
bahagian atas lumbagai terdapat kain merah yang melambangkan
anak dara yang akan menjadi isteri dan perlu berani
menghadapi cabaran dalam alam perkahwinan. Bagi bobolian
kain merah ini melambangkan kebijaksanaan dan keberanian
dalam menjalankan upacara keagamaan( bertarung dengan kuasa
ghaib yang jahat). (Lampiran 9).
Pengunaan corak pada motif set sinombiaka.
Berikut adalah motif-motif yang menghiasi set sinombiaka
etnik Kadazandusun Liwan di pedalaman Sabah. Kebanyakan
motif yang digunakan adalah bercorak negatif. Istilah pada
motif yang terdapat menunjukkan adanya hubungan yang begitu
rapat dengan benda-benda dari alam semulajadi.
Nama Motif
1. Kaban

2.
Sinaranipon

3.Tongkuyu

4. Sered

5. Nulu-nulu

Dasar
(negatif)

motif

Aplikasi
geometri

Pembentukan
corak

Rumusan
Berdasarkan kepada corak yang digunakan memperlihatkan ia
mempunyai persamaan dengan pelbagai motif lain pada kraf
tradisional di sabah, ini menjelaskan hubungan dan persamaan
kebudayaan dan amalan. Istilah motif yang kelihatan
mempunyai kaitan rapat dengan benda-benda alam semulajadi
seperti bintang (Tongkuyu-ketam) dan alam sekitar (nulubukit) menjelaskan bahawa amalan kepercayaan Kadazandusun
Liwan pada waktu dahulu adalah amalan animisme.
Pun begitu sinombiaka masih menjadi kebanggaan masyarakat
Kadazandusun Liwan kerana pakaian ini masih kekal digunakan
oleh generasi muda yang mencintai kebudayaan, walaupun
keramatnya pakaian ini semakin hilang.

Rujukan.

Kulinah Gorong,(75),Kg.Bunga Raya Keningau,Temubual pada 2930 Januari 2006.

6
Lampiran 1a

Set Sinombiaka dilihat dari pandangan hadapan

Lampiran 1b

Set Sinombiaka dilihat dari pandangan belakang.

8
Lampiran 1c

Set Sinombiaka dilihat dari pandangan sisi.

Lampiran 2

Tapi. Sarung kain kosong berwarna hitam

Lampiran 3

10

Sinombiaka. Baju tiga lapis yang mempunyai saiz


berlaianan tetapi corak motif yang
sama.(Dilihat dari pandangan belakang)

Lampiran 4

11

Sinombiaka. Baju tiga lapis yang mempunyai saiz


berlaianan tetapi corak motif yang sama.(Dilihat
dari pandangan hadapan.

12
Lampiran 5

Garung. Kain hitan berjalur putih


sebagai leher baju.

yang ditebuk di tengah

13

Lampiran 6

Sunduk Ngolitan. Kain penutup kepala.

14

Lampiran 7

Pinadang.Tali
punggung.

pinggang

yang

dililit

pada

bahagian

bawah

15
Lampiran 8a

Botungkat.Dua jenis Botungkat


(botungkat
sais
kecil)
dan
punggung(botungkat sauz besar)

dipasangkan di pinggang
dipasangkan
di
bawah

16
Lampiran 8b

Tangkong. Penghias bahagian punggung, terdiri daripada tiga


pasang berlainan saiz.

17
Lampiran 9

Lumbagai. Penutup kepala berbentuk


pengantin daripada pancaran matahari.

kon,

untuk

menutup

You might also like