You are on page 1of 2

Alat muzik rodat

Alat yang digunakan dalam tarian rodat adalah satu sahaja iaitu tar rodat. Bentuk tar rodat
adalah seakan-akan rebana tetapi lebih kecil. Ia diperbuat daripada kayu leban dan permukaanya
daripada kulit kerbau yang berumur tiga tahun. Menurut Muhammad Irfan Nyia Abdullah (2013)
Saiz badan (perimeter) tar rodat ialah 12 inci. Bingkai tar rodat diletakkan kepingan tembaga yang
dipanggil caping. Kulit kerbau di permukaan tar yang diikat menggunakan lilitan aluminium dan
dipaku dikenali sebagai kendit. Di sekeliling bingkai atau baluhnya pula terdapat tiga pasang
kepingan tembaga yang turut menghasilkan bunyi dikenali sebagai kerincing atau caping. Ukuran lilit
bagi sesebuah tar rodat biasanya adalah di antara 25 cm hingga 30 cm.
Untuk menghasilkan bunyi tepukan rodat yang baik, sejenis rotan kecil lebih dikenali sebagai
sedak diletakkan diantara tar dan bingkai tar. Bunyi yang rendah akan dihasilkan apabila dipaluu
ditengah tar dan bunyi yang tinggi atau juga dikenali sebagai gemercing akan terhasil apabila dipalu
di tepi tar. Didalam persembahan, setiap kumpulan muzik rodat memrlukan sekurang-kurangnya tujuh
buah tar rodat dimana setiap pada mereka memainkan pelbagai rentak untuk disesuaikan dengan
bentuk lagu yang dipermaikan.

Bibliograf

Muhammad Irfan Nyia Abdullah, Sakinah Abu Bakar, dan Tasnim Mohd Annuar,
Rodat: Budaya
Tradisi Yang Berevolusi, Wacana Seni Journal of Arts Discourse.
Jil./Vol.12. 2013.
Jymma. 1974. Peranan rodat di Terengganu. Dewan Masyarakat, July: 40.
Sheppard, M. C. 1967. Tarian rodat dalam pesta. Mastika, August: 35.

You might also like